Friday, February 6, 2015

Review : Citra Mulia Kosmetik


Review : Citra Mulia Kosmetik | Assalamualaikum semua.  Sekarang ni cuaca agak tak menentu kan? Sekejap panas sekejap hujan.  Aku pun sekejap sihat sekejap sakit.  Tapi penjagaan kulit kena juga buat hari-hari. Sedia maklum yang aku miliki kulit yang sangat sensitive kepada cuaca panas. Jadi dah agak ten-ten jugaklah kulit sejak akhir-akhir ni. 
Sebulan yang lalu aku dapat produk dari Citra Mulia Kosmetik.  Mesti ramai yang tak pernah dengar pasal produk ni betul tak? Produk ni asalnya dari Indonesia tau tapi sekarang ni dah mengembangkan sayap perniagaan mereka sehingga ke Malaysia.  Produk ni memang ada kelulusan KKM jadi boleh guna tanpa was-was.
Aku dapat je postage dari Citra Mulia Kosmetik ni memang gelojoh tahap gaban lah membuka-nya.


Aku kenalkan yang 2 botol besar tu ialah lotion badan dan juga tangan.  Ada dua bauan yang sangat menyenangkan lubang hidung aku ni.  Pertama sekali ialah Milano Ashley Green Tea. Aku memang suka sangat bau Green Tea sebab kesegaran daripada haruman ni membantu melegakan kepenatan seharian bekerja dekat pejabat.  Kalau yang Milano Ashley Rose Tea ni bau dia macam romantik-romantik gitu. Yelah bau ros kan, kalau aku nak tidur awal memang suka pakai bauan yang ni selepas mandi dan terus rasa macam tenang nak melelapkan mata. Fungsi kedua lotion ni sama sahaja iaitu melembapkan kulit sepanjang hari sebab kandungan lotion ni ada banyak protein, mineral dan vitamin yang membantu untuk menyerikan kulit lebih berseri dan sihat. 



The Face Supreme Whitening Day & Night Gel Serum.  Dua botol serum ni fungsinya untuk memutihkan kulit, sesuai sangat untuk buat mereka yang tengah mencari produk untuk memutihkan kulit. Boleh cuba serum ni cepat-cepat.  Aku memang suka serum ni sebab dia sejuk tau bila sapu dekat muka.  Rasa sayang sangat nak guna serum ni sebab dalam nya ada lingkaran emas gitu tau.  Jadi bila pakai memang nampak berseri dan bercahaya. Packaging-nya apatah lagi pada aku sangat mewah.  


Day & Night 
Gel Serum

Fungsi kedua serum ni sama cuma beza-nya ialah 1 pakai siang & 1 lagi pakai waktu malam.  Serum ni membantu mencerahkan kulit dan ianya anti-penuaan, menghilangkan kerut di wajah, melembapkan dan sudah pastilah untuk memutihkan.  Kandungan serum ni ada vitamin B5 yang mengaktifkan sel-sel kulit yang baru dan juga berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit.  Bukan tu saja tau sebab ada banyak lagi fungsi serum ni iaitu 
:   - mengurangkan bekas-bekas jerawat
    - memutihkan kulit wajah
    - menghilangkan flek hitam
    - mencerahkan warna kulit
    - meratakan warna kulit
    - menghaluskam dan mengenyalkan kulit



Lepas dah pakai serum kenalah pakai Dr. Herbal Whitening AB Cream.  Produk ni terbuat daripada 100% daripada herbal. Memang sesuai untuk semua jenis kulit.  Produk ni boleh membantu membaiki kulit dan lapisan kulit yang rosak.  Selain tu juga, produk ni ada kolagen yang membantu untuk meremajakan kulit kita. Bila semakin meningkat usia ni ehemmmm kolagen dalam kulit kadang-kadang perlukan bantuan daripada kolagen luar juga. 

Kelebihan Dr. Herbal Whitening AB Cream ni ialah :
- mencerahkan dan memutihkan kulit.
- memulihkan kulit yang kusam
- menghilangkan tompok-tompok hitamd an juga kesan jerawat
- menjaga keanjalan kulit dan menghilankan kedutan pada kulit
- mengatasi liang roma yang besar pada muka

Cara pakainya:
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu.
2. Sapukan The Face Supreme Gel Serum Day/Night.
3. Ambil krim A untuk siang & krim B untuk malam.

P/S - Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam dan akan mendapat kesan-nya selepas 7 hari.
Kalau korang rasa macam pening-pening lagi dengan cara nak guna produk ni kan. Sudi-sudikanlah klik video tutorial tak seberapa di bawah ni.  Hehe saya #malu pulak tiba-tiba.


 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh ke 

Website:

Facebook Page:


Telefon:
+6012-2542448 / +603-6274 6881

Faks:
+603-6273 1669 

Alamat:
Citra Mulia Beauty
No. 3, Jalan 20/38A,
Taman Sri Sinar,
Segambut,
51200 Kuala lumpur.