Salam semua. Korang tahu kan liz pelajar semestar akhir di UiTM Pahang. Baru seminggu masuk kelas dah timbul masalah apabila 1 kelas perlu dirombak. Kelas untuk badge liz ada A B C D E F G. Kelas yang perlu dirombak tu ialah kelas G. Cuba letak kan diri korang dekat kels tersebut, bila korang dah selesa dengan suasana kelas dan rakan-rakan korang tu teteiba korang terpaksa berpecah dan masuk ke kelas orang lain seolah-olah masuk rumah orang lain. Pasti macam-macam perasaan timbul kan, lagi-lagi dah semestar akhir.
Alhamdullilah kelas liz bukan kelas G tu. Sebab liz kelas C. Itu masalah pertama bagi kelas G, kemudian apabila mereka masuk ke kelas orang lain, budak-budak kelasa asal pula akan menghadapi masalah yang sama iaitu tidak selesa dengan kehadiran mereka. Termasuk lah liz dan rakan-rakan lain, tapi ada juga rakan liz ni belakang konon tak suka ini tak suka itu tapi depan-depan hipokrit. Liz bukan jenis macam tu. People should be honest with their own feeling. Liz bukan tak suka mereka masuk kelas liz, tapi the environment they create in my class makes me feel uncomfortable.
Dan yang hairan bila lebih dari 4 students dari kelas G masuk kelas kami. Sepatutnya mereka perlu di bahagi kan lagi supaya kelas-kelas lain seimbang sama. Ini kelas liz dah jadi 32 orang. Ok pada liz memang liz tak selesa nak belajar sebab terlalu padat. Mungkin kalau liz dari part 1 - part 5 dan biasa dengan environment kelas macam tu maybe its fine with me.
Tapi sekirannya benda ni tak boleh buat apa, just positive kan minda ni supaya anggap nya sebagai saingan yang sihat. Lagipun sama-sama nak belajar, tapi bila dah ada sesi meluahkan perasaan, liz keluarkan lah apa yang terbuku ni, not others yang cakap-cakap belakang tapi tak cuba untuk berkomunikasi di depan-depan mereka. Bukan bergaduh tapi sebenarnya ianya 1 proses untuk luahkan apa yang kita rasa, atau korang suka memendam rasa lepas tu jadi lah seorang manusia hipokrit.
Lepas tu perkara ni dah selesai bila mereka pindah untuk kelas B sebab kelas B cuma ada 20 students macam tu. Kirannya tidak lah padat sangat berbanding kelas kami yang dah ada repeaters. Tapi kan macam kesian pula dekat kelas G sebab diorang pun bukan bersalah juga, diorang pun tak nak benda ni berlaku dan pasti nya kalau boleh mereka pun inginkan kelas sendiri. Tapi macam mana liz bukan tak suka diorang tapi liz tak suka suasana macam tu plus tak biasa to many guys in class. Alah kang kena pula korang kata liz anti sosial.
Dan kami ada masalah dengan students yang dari kelas lain masuk ke kelas kami. Tapi kemasukan mereka ni dah dalam 2 sem dan ada yang dah 3 sem dengan kami. Students dari kelas kami pun ada yang keluar kelas lain sebab tak serasi dengan suasana kelas kami. See dalam Universiti pun sama juga, kalau dah selagi di gelar manusia tu memang tak akan dapat lari dari ada perasaan macam tu.
Keserasian itu amat penting sama juga macam cari pasangan. Eceh-eceh pasangan pula muncul isu sini. Walau apa pun masalah itu timbul cuba untuk meluahkan walaupun luahkan itu kadang-kadang memang sakit. nge~~~~ Tapi maybe mereka akan rasa kami ini sebuah kelas yang tak fun, tak suka sosial dan puak-puak. Tapi dalam kelas kami tada puak. Even ada repeaters semalam pun, kami layan sangat baik.