Tuesday, March 26, 2013

Love Them So Much


Assalamualaikum!

Sometimes people keep talking about my sisters. Complaint with blum blum bee boo gossip yang kita tak tahu mana punca pangkal nya.

But i do dont care. I do love them so much. Dua orang sis yang suka manjakan liz dan banyak beri tunjuk ajar. Dalam 1 office, boleh belajar HR and Admin sekali gus.

Hari ni still dengar people said "yusmarliza tu sombong kan?" 
Huwee you all tak kenal the true colour lorr.
Tapi sumpah liz tak kisah, once bila you all dah hang out with me, tahu how crazy i am dengan mulut yang bagai bertih jangung meletop-letop. Ask them. Credit to Zulaiha and Azlina. 


 ..:sis zu:..

..:sis ina:..


Kiss them like this!!




Done!!
 

Monday, March 25, 2013

ENERGISE SPA BATH SCRUB

Ya ALLAH sempat lagi terbongkok-bongkok sambil membelet-belet barangan di GUARDIAN.  Tengok benda yang sama, compare harga, compare kuantiti, compare kualiti dan compare macam-macam.

Konon-kononya nak teman sis ina je belikan cream pencerah sebab katanya muka dia da semakin gelap since balik dari training di ALOR STAR. But then me, join shop sekaki. Ohh tak mo tak mo tak mo ni membeli, dah puas dah tahan diri. 

Hakikatnya beli juga. 
Energise Spa Bath Scrub.  


Liz tak rajin nak transfer gambar jadinya liz download dari pakcik google.  Share with you all something tentang product ni.  Ada 3 pilihan wangian. Liz suka yang tengah-tengah tu, iaitu dari pati delima. Dah pun kata scrub ye dak, jadinya dalam tu ada bijian yang halus-halus which bila you all sental dekat kulit masa mandi, urmm best sangat rasa macam pergi spa cuma sedih bukan orang yang buatkan. Bau dia memang boleh menceriakan hari-hari you all tau.  

Tak tipu.  Masa liz belajar lagi memang inilah treatment untuk rasa segar. Lagi-lagi waktu musim exam.  Wajib guna.  Roommate liz pun semua guna yang liz, sanggup tunggu liz siap mandi semata nak guna bath scrub ni.  Sebab diorang tu *kedekut nak beli. Hik tak kisah pun. Sharing is caring, kadang-kadang suka juga guna barang dorang.
Tiba-tiba perasaan rindu waktu duduk hostel.

Dengan Scrub ni, liz jamin sangat-sangat you all akan rasa rajin je nak study. Sebab dah wangi kan. Lagi-lagi bau dia manis-manis buahan.  Ala-ala bau ceri dan strawberry. YUmmy.  

Dia boleh tolong you all uplift mood tau tau.  Hah, kalau dah rasa hilang sangat mood, apa lagi tunggu. Price dia tak mahal! Betul tak mahal, after diskaun RM9.90.

Pergi bayar dekat kaunter, sebab seronoknya ada diskaun. Sekali scan price RM12.90. Tekun tanya cashier tu. "awak ni salah scan harga" cashier gelabah check.  Liz pergi check dekat rak tengok diskaun ni hanya available start 21-24 march. 

Siapa yang salah dalam hal ni? Semestinya liz.  Siapa suruh tak perasan tarikh promosi. 

Tapi apa-apa pun jadi. Ianya sangat best. 
Tak mahal kan kan. Tapi bebaloi.    
Selamat mencuba.

Thursday, March 21, 2013

Manfaat Menjaga Gigi

Suka sangat udate perihal gigi. Sebab gigi itu aset ok, aset yang sangat penting antara terpenting. Tetapi ramai sangat yang abaikan penjagaan gigi, bukanlah nak kata gigi liz ni cantik sangat tapi rasanya antara yang tercantik juga sebab "i" ada gigi. 

Puncanya semalam, keluar shopping barang dengan sis ina. Cari sabun, cari syampoo, cari ubat gigi, cari lah semua-semua barang keperluan toiletry, padahal takbeli. Yang dibeli makanan, makanan dan makanan lagi. Yang lain-lain tu buat jelajah untuk comparing harga. *Kononnya praktis untuk jadi surirumah yang berjimat cermat. 

Bila sis ina ni da nampak pula deretan ubat gigi, keluar la pula 1 cerita pasal gigi. "Hari tu akak ni keluar makan dengan si ** tiba-tiba ternampak karies banyak sangat dekat gigi si **. Tak lalu makan, pandang bawah je sebab geli.

Okey situasi di atas, andai anda antara orang yang mempunyai karies itu ataupun orang yang ternampak karies tu. Nak biarkan ke selamanya begitu?  Terpulang.  

Dentist liz dulu selalu pesan, gigi tak cantik takpe tetapi haruslah bersih.  Dulu masa kecil kesedaran jaga gigi ni memang sangat kurang, tetapi bila start decide untuk pakai braces baru rasa gigi ini sangat-sangat penting. 

Macam mana nak senyum kalau gigi tak cantik.  Isu terbaru dengar yanayonet twit pasal lelaki mintak putus tunang sebab bakal tunang yang dipilih oleh ibunya tiada gigi.  Tidak ke haru biru dah macam tu.

Rasa bertuah la lagi gigi ni masih lagi elok cantik, tapi da lama tak jumpa dentist, dulu setiap 2bulan mesti jumpa my favret dentist iaitu Miss pretty. (Dr. India) tapi dentist kesayangan i Miss Noraliza.  Masa doktor practical dia buat gigi liz bleeding hari tu, wow kemaian marah dia dekat Dr. praktikal tu.  Sikit je, tak sakit pun, pada liz small matter je, kesian Dr. praktikal tu.

APAKAH MASALAH GIGI YANG MENYEBABKAN KECANTIKKAN SESEORANG ITU TERJEJAS?

Tentulah karies. Tahu tak karies tu yang hitam-hitam tu lekat dekat celah gigi.  Yea macam mana benda tu boleh ada? Mesti sebab jarang jaga gigi atau malas gosok gigi. Tapi jangan lah risau, pergi lah klinik untuk cuci. Ngilu la sikit.  Jadi siapa yang takut rasa ngilu tu, tolong ye jaga gigi anda.  Lagi-lagi perempuan pula tu kawan sis ina tadi. 
Dan lagi-lagi stain, liz pun rasa gigi liz nak ada stain ni sebab faktor makanan. Maksudnya, gigi kita yang putih mula bertukar warna kekuningan. Kadang-kadang bukan sebab tak gosok gigi tapi sesetengah orang mudah stain. Mungkin product yang kita guna. Mungkin lah.

APAKAH RUTIN PENJAGAAN GIGI YANG DOKTOR SELALU PESAN.

Gosok gigi pagi, after makan dan malam.  Lagi satu guna la ubat pencuci mulut. Tapi jangan guna selalu sebab nanti boleh hilangkan deria rasa.  

Paling cikai pun, tolonglah pergi jumpa doktor gigi anda 6bulan sekali.  Lagi best andai dapat pergi dengan dia. Huhu.



 



Thursday, March 14, 2013

Tidak ada KEINDAHAN CINTA andai mengetepikan TUHAN


Salam ukhwah semuanya.  
Entry kali ni mengenai cinta, cinta dan cinta lagi. Semakin meningkat usia cara kita bercinta semakin berbeza. Betul?
Berapa kalikah anda gagal dalam bercinta? Berkali-kali? 
Taniah! Kerana pengalaman gagal itu mengajar anda mengenali manusia, manusia yang berbagai ragam. 

"Tidak anda keindahan cinta andai mengetepikan TUHAN"  Faham maksudnya di sini bukan, kerana terlalu kasihkan si dia, kita abaikan yang wajib, kita lupa apa yang harus apa yang tidak. Kerana terlalu menyayangi katanya.

Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempuh neraka? Fikir dan zikirlah. Begitulah realitinya kini, demi cinta segalanya berani diterjah dan sanggup diredah. 
Bahana menonton filem cinta Bollywood, Hollywood atau filem yang sewaktu dengannya. Cerita mengenai sanggup mengorbankan cinta kepada ibu bapa kerana terlalu cintakan si dia, melanggar tatasusila dalam beragama. Apa pun plot cerita dalam filem tapi akhirnya pasti cinta yang dimenangkan. Seolah-olah hidup dalam dunia ni semata-mata untuk cinta.

Mari renungkan sejenak.  Siapa yang anugerahkan kita rasa cinta dalam hati? Rasa sayang dalam hati.  Tentulah jawapannya ALLAH.  ALLAH yang mencipta manusia, hati, akal dan perasaaan.  Cinta itu fitrah yang dikurniakan ALLAH pada setiap hari.

Semalam liz ada terbaca satu kenyataan dan liz dah share dekat twitter liz. "Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks, wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta."  Fikirkannya sendiri.  Berapa ramai kita dengar kisah kawan-kawan kita yang terpedaya kerana cinta yang sebegini.  

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu.  Mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa kerana cintakan dia? Sungguh tidak sedar diri, sedangkan yang menjaga dan mendidik kamu ialah ibu bapa kamu bukan kekasih kamu.

Ekploitasi dan manipulasi cinta. 
-Lelaki mendapatkan seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas kerana kehendak nafsu tidak terbatas. 
-Wanita memberikan seks kononnya untuk mendapatkan cinta, tidak akan mendapatkan cinta sejati.  Hanya menemui kasanova dan lelaki berhidung belang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan.  Sebaik sahaja habis madu, sepah dibuang.  Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta tetapi juga maruah, kehormatan dan harga diri.  

Letakkan cinta sebagai alat untuk beribadat kepada ALLAH.  Insya-ALLAH cinta yang digunakan untuk mentaati TUHAN pasti diberi kebahagiaan.

Wasalam dari liyliz.



Sunday, March 3, 2013

RED VELVET KLCC


Banyak nye nak post. Banyak-banyak banyak banyak!!!
Hari ni nak post pasal red velvet dulu. Sebab RED VELVET la kawan (?) liz terpaksa menahan lapar tahap keruan, mujur tak pengsan je. 

Puasnya mencari Bisou Bake Shop ni. Rasa da lama tak datang KLCC, tanya security dekat situ dia kata dekat CC.  Floor bawah, so kami ni pun turun la kebawah. Tade pun. Last-last tanya customer service, dan mereka kata di 3rd floor. Naik semula, rasanya naik turun naik lebih dari 3kali, ini pun liz dah pedekkan cerita kalau ikutkan cerita dalam situasi yang sebenar boleh dikatakan, berat badan kawan liz ni boleh turun 1kg secara mengejut.

Kesimpulannya kepada siapa-siapa yang datang nak cari BISOU BAKE SHOP. Ianya terletak di 3rd floor ye.





Candid yang terbaik dari camera kawan liz.



Okey ini dia Bisou Bake Shop.


1 cup cake ni harganya RM5. For certain people mungkin akan rasa sangat mahal, tapi u all tak kan menyesal punya bila beli. Terutamanya RED VELVET.  My favourite cup cake. Tapi if u all beli 5, u all dapat free 1 dengan harga RM30.  Berbaloi kan. 1 dah hilang sebab dah masuk
dalam perut.
Hey readers dont forget get ur RED VELVET okey.
Its yummy enough!!