Monday, March 25, 2013

ENERGISE SPA BATH SCRUB

Ya ALLAH sempat lagi terbongkok-bongkok sambil membelet-belet barangan di GUARDIAN.  Tengok benda yang sama, compare harga, compare kuantiti, compare kualiti dan compare macam-macam.

Konon-kononya nak teman sis ina je belikan cream pencerah sebab katanya muka dia da semakin gelap since balik dari training di ALOR STAR. But then me, join shop sekaki. Ohh tak mo tak mo tak mo ni membeli, dah puas dah tahan diri. 

Hakikatnya beli juga. 
Energise Spa Bath Scrub.  


Liz tak rajin nak transfer gambar jadinya liz download dari pakcik google.  Share with you all something tentang product ni.  Ada 3 pilihan wangian. Liz suka yang tengah-tengah tu, iaitu dari pati delima. Dah pun kata scrub ye dak, jadinya dalam tu ada bijian yang halus-halus which bila you all sental dekat kulit masa mandi, urmm best sangat rasa macam pergi spa cuma sedih bukan orang yang buatkan. Bau dia memang boleh menceriakan hari-hari you all tau.  

Tak tipu.  Masa liz belajar lagi memang inilah treatment untuk rasa segar. Lagi-lagi waktu musim exam.  Wajib guna.  Roommate liz pun semua guna yang liz, sanggup tunggu liz siap mandi semata nak guna bath scrub ni.  Sebab diorang tu *kedekut nak beli. Hik tak kisah pun. Sharing is caring, kadang-kadang suka juga guna barang dorang.
Tiba-tiba perasaan rindu waktu duduk hostel.

Dengan Scrub ni, liz jamin sangat-sangat you all akan rasa rajin je nak study. Sebab dah wangi kan. Lagi-lagi bau dia manis-manis buahan.  Ala-ala bau ceri dan strawberry. YUmmy.  

Dia boleh tolong you all uplift mood tau tau.  Hah, kalau dah rasa hilang sangat mood, apa lagi tunggu. Price dia tak mahal! Betul tak mahal, after diskaun RM9.90.

Pergi bayar dekat kaunter, sebab seronoknya ada diskaun. Sekali scan price RM12.90. Tekun tanya cashier tu. "awak ni salah scan harga" cashier gelabah check.  Liz pergi check dekat rak tengok diskaun ni hanya available start 21-24 march. 

Siapa yang salah dalam hal ni? Semestinya liz.  Siapa suruh tak perasan tarikh promosi. 

Tapi apa-apa pun jadi. Ianya sangat best. 
Tak mahal kan kan. Tapi bebaloi.    
Selamat mencuba.

No comments: