Thursday, March 21, 2013

Manfaat Menjaga Gigi

Suka sangat udate perihal gigi. Sebab gigi itu aset ok, aset yang sangat penting antara terpenting. Tetapi ramai sangat yang abaikan penjagaan gigi, bukanlah nak kata gigi liz ni cantik sangat tapi rasanya antara yang tercantik juga sebab "i" ada gigi. 

Puncanya semalam, keluar shopping barang dengan sis ina. Cari sabun, cari syampoo, cari ubat gigi, cari lah semua-semua barang keperluan toiletry, padahal takbeli. Yang dibeli makanan, makanan dan makanan lagi. Yang lain-lain tu buat jelajah untuk comparing harga. *Kononnya praktis untuk jadi surirumah yang berjimat cermat. 

Bila sis ina ni da nampak pula deretan ubat gigi, keluar la pula 1 cerita pasal gigi. "Hari tu akak ni keluar makan dengan si ** tiba-tiba ternampak karies banyak sangat dekat gigi si **. Tak lalu makan, pandang bawah je sebab geli.

Okey situasi di atas, andai anda antara orang yang mempunyai karies itu ataupun orang yang ternampak karies tu. Nak biarkan ke selamanya begitu?  Terpulang.  

Dentist liz dulu selalu pesan, gigi tak cantik takpe tetapi haruslah bersih.  Dulu masa kecil kesedaran jaga gigi ni memang sangat kurang, tetapi bila start decide untuk pakai braces baru rasa gigi ini sangat-sangat penting. 

Macam mana nak senyum kalau gigi tak cantik.  Isu terbaru dengar yanayonet twit pasal lelaki mintak putus tunang sebab bakal tunang yang dipilih oleh ibunya tiada gigi.  Tidak ke haru biru dah macam tu.

Rasa bertuah la lagi gigi ni masih lagi elok cantik, tapi da lama tak jumpa dentist, dulu setiap 2bulan mesti jumpa my favret dentist iaitu Miss pretty. (Dr. India) tapi dentist kesayangan i Miss Noraliza.  Masa doktor practical dia buat gigi liz bleeding hari tu, wow kemaian marah dia dekat Dr. praktikal tu.  Sikit je, tak sakit pun, pada liz small matter je, kesian Dr. praktikal tu.

APAKAH MASALAH GIGI YANG MENYEBABKAN KECANTIKKAN SESEORANG ITU TERJEJAS?

Tentulah karies. Tahu tak karies tu yang hitam-hitam tu lekat dekat celah gigi.  Yea macam mana benda tu boleh ada? Mesti sebab jarang jaga gigi atau malas gosok gigi. Tapi jangan lah risau, pergi lah klinik untuk cuci. Ngilu la sikit.  Jadi siapa yang takut rasa ngilu tu, tolong ye jaga gigi anda.  Lagi-lagi perempuan pula tu kawan sis ina tadi. 
Dan lagi-lagi stain, liz pun rasa gigi liz nak ada stain ni sebab faktor makanan. Maksudnya, gigi kita yang putih mula bertukar warna kekuningan. Kadang-kadang bukan sebab tak gosok gigi tapi sesetengah orang mudah stain. Mungkin product yang kita guna. Mungkin lah.

APAKAH RUTIN PENJAGAAN GIGI YANG DOKTOR SELALU PESAN.

Gosok gigi pagi, after makan dan malam.  Lagi satu guna la ubat pencuci mulut. Tapi jangan guna selalu sebab nanti boleh hilangkan deria rasa.  

Paling cikai pun, tolonglah pergi jumpa doktor gigi anda 6bulan sekali.  Lagi best andai dapat pergi dengan dia. Huhu.



 



1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

you know what, ena memang jarang cek gigi.. bila baca entry ni risau lak.. kalau cek pun time nurse2 gigi tu datang kat universiti ni.. huaaaaa