Tuesday, May 28, 2013

Hujan


Malam hujan
Hati pun terasa macam renyai-renyai menitis juga
Impian tinggi menggunung tetapi satu per satu sedang digapai
Terasa perit lalui semuanya.


Saturday, May 18, 2013

Gift For My Convocation


Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat. Hari yang bersejarah selalunya hanya sekali. Dan ini adalah antara hari bersejarah saya menjadi Alumni UiTM. Im graduated!! Diploma done. ALhamdullilah Diploma da tamat pada umur 20 tahun.

Kejutan bermula pada hari Jumaat lagi. Starting dengan gift from Sis Zulaiha. Thank you be the first person yang wish me happy convocation with 'Lembu' yang sangat comel ni.




Next dengan kehadiran ma dan abah pada hari Ahad. Ma hadiahkan cincin. Unexpected gift. Sebab saya sebenarnya bukan suka pakai emas. Lebih tepat "tak suka pakai accessories."

Ingatkan cincin ada orang nak merisik. Cuak! So mak kata belajar-belajarlah pakai cincin ye. Rasa semacam, cincin emas pula tu. Anyway thank you mak abah. 




Hari Isnin. 13 May 2013.
Bila da sampai KL. Keluar jalan-jalan dengan syazwan memandangkan saya mak dan abah bukan familiar sangat dengan jalan KL. Terkejut kan? We still be friend, Alhamdullilah. Terima kasih tak terhingga pertolongan awak bagi. So makan dekat Sogo, kemudian sesi mencari kasut bermula. Tak jumpa, so bawa pergi ke Time Square. Sedang mencari-cari kasut dengan mak dan abah tiba-tiba datang bear yang sangat besar. Ternganga tengok bila datang menuju ke arah saya. Aucakk!! Syazwan rupanya yang bawa. Speechless!! Senyum melerek sampai telinga. Sengih macam kerang busuk. Lepas tu berebut nak dukung bear tu. Tapi akur bagi dia dukung, if not how im gonna try the shoes.


Dapat dah kasut, off to Shah Alam. Stay dekat Alami Garden. Rehat dan rehat. Petang keluar lagi cari baju pula. Semua last minutes. Kerja membuatkan tiada masa untuk prepare awal-awal. Seronok juga buat semua last minutes ni. 

Malam pula keluar makan dengan anak-anak Norazan. Hik. Wait tak nak story pasal awak lagi. Yes anak-anak, maksudnya ramai.

14 May 2013.
Hari konvokesyen Yusmarliza Mohd Yusof.
Sidang kelapan. 12:30 P.M.

Our story will begin on post about convocation day. 




Friday, May 17, 2013

Update about what was happened on 7 May 2013


Im back! Serious ini adalah sesuatu yang patut dihukum bagi manusia yang mengabaikan blog mereka. 

Ingatkan tiada manusia yang perasaan kewujudan lilizazaliza.blogspot ni. Rupanya ramai juga stalker. Soon famous la kan, Liyliz Yusof. Why because nama saya sekarang ni ramai yang panggil liz dan ramai juga yang panggil liyli. 

So if mereka yang panggil nama saya dengan panggilan liz atau liyli. Itu menunjukan mereka dari demensi yang berbeza-beza. See how special nya diri ini. So terjawab sudah kan why now my FB or twitter is LiyLiz Yusof. Asal nya dari lili zaza liza. So nama lili da lekat sehingga terlupakan nama Liz. Sebabkan sayangkan lagi panggilan liz tu, saya pun tukar ianya kepada Liyliz Yusof. So happy masih menggunakan dua nama ini.  

So nak update pun da keliru eh, which name nak bahasakan. Liyli or liz? Kesimpulannya, now im using "saya"

Kembali pada topik apakah berlaku 7 May 2013. Hari itu adalah hari saya pergi mengambil jubah. Jubah untuk konvokesyen setelah tamat Diploma. Rasa sangatlah SKEMA uit bila guna "saya".

Berjumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi tak semua pun boleh gather dengan semua kawan. Ramai sangat manusia di sana.

Tunggu nak ambil beg ni pun sekian. 
Thank You kepada peneman. 
Settle. 
Wait for convocation day.






Wednesday, May 1, 2013

Apa nak buat bila mesin ATM buat hal?


Salam. Jawab please walaupun awak tu stalker. Ops terasa? Anyway dua hari lepas duit dalam ATM dah tiada, perempuan la katakan. Beli itu ini tolak tambah bahagi dan darab semua still tak cukup. 
Tau tau je duit da habis.

So ada bantuan kemasukan duit dalam account.  Cerita ni sedih sebenarnya, *rasa sayup je tiba-tiba teringat kenangan zaman belajar yang terpaksa makan berjimat, serba serbi jimat. 
Siap dapat title "liz kedekut" hah itu mulut si Aqmaliah mok tu, bukan kedekut tapi berhemah cermat. Apa punya bahasa tapi pepehal pun BM dulu A+ ok. 

Situasi happy nak keluarkan duit.
Cucuk ATM Maybank, nak cash out RM*** lepas tu duit tak mahu keluar. Sabar lagi, tunggu dengan tenang. Belakang liz dah makin ramai beratur. Dalam hati dah cuak. Mana la duit tak keluar keluar ni, kad pun tak mahu keluar ke.
Muka releks lagi siap senyum dekat orang belakang. Tekan tekan cancel tak mahu juga keluar. 

Pandang ke belakang, "awak boleh tak tolong keluarkan kad saya yang ngok ni". Mujur adik comel tu tolong, tekan tekan dah macam main game dekat mesin ATM. 
Zreeeetttt keluar pun kad. Eh tapi mana duit ni tak keluar pun. Tak serik ni, masukkan lagi semula kad, check baki. 
Duit dah kena telan. Gelabah!! Bawak keluar semula kad dan tutup tepi tengok orang belakang keluarkan duit satu persatu. Terasa loser pulak.

Terus call orang ni orang tu semua semua call kecuali mama. Nanti kena bebel kata "tu la tak pandai berdikari."
Tak jadi nak makan. Terus tak selera. Macam mana nak buat ni. Benda macam ni pun nak kena ada orang assist.
Huhu dah terima arahan pertama iaitu : 
1. Salin no dekat ATM tu.
2. Call talian yang in charge ATM tu. ATM RHB contohnya. Better call guna celcom jimat. Sebab lama juga nak tunggu customer services dia angkat call. 
3. Dah maklumkan pada RHB. Dia minta liz call Maybank. Siap no maybank ada orang bagi kan. Bertapa manjanya.
   1300886688 
4. Tunggu dengan penuh kesabaran sebab hampir 15 minit tunggu di talian. Akhirnya dilayan. Mereka akan buat beberapa pengesahan seperti : Nama, ic, dimana kita buat acc kita, pukul berapa keluarkan duit, amount duit dan lokasi ATM.  NO account Maybank sekali. Jadi ready semua ni baru call ye.
5. Dah buat pengesahan. RHB dah refund semula duit liz tadi tu.

Senyum dan kerja dengan happy. Semua atas talian dan tak perlu pun pergi ke bank. 

Thanks kepada yang membantu dan menenangkan liz yang mudah gelabah.