Wednesday, May 1, 2013

Apa nak buat bila mesin ATM buat hal?


Salam. Jawab please walaupun awak tu stalker. Ops terasa? Anyway dua hari lepas duit dalam ATM dah tiada, perempuan la katakan. Beli itu ini tolak tambah bahagi dan darab semua still tak cukup. 
Tau tau je duit da habis.

So ada bantuan kemasukan duit dalam account.  Cerita ni sedih sebenarnya, *rasa sayup je tiba-tiba teringat kenangan zaman belajar yang terpaksa makan berjimat, serba serbi jimat. 
Siap dapat title "liz kedekut" hah itu mulut si Aqmaliah mok tu, bukan kedekut tapi berhemah cermat. Apa punya bahasa tapi pepehal pun BM dulu A+ ok. 

Situasi happy nak keluarkan duit.
Cucuk ATM Maybank, nak cash out RM*** lepas tu duit tak mahu keluar. Sabar lagi, tunggu dengan tenang. Belakang liz dah makin ramai beratur. Dalam hati dah cuak. Mana la duit tak keluar keluar ni, kad pun tak mahu keluar ke.
Muka releks lagi siap senyum dekat orang belakang. Tekan tekan cancel tak mahu juga keluar. 

Pandang ke belakang, "awak boleh tak tolong keluarkan kad saya yang ngok ni". Mujur adik comel tu tolong, tekan tekan dah macam main game dekat mesin ATM. 
Zreeeetttt keluar pun kad. Eh tapi mana duit ni tak keluar pun. Tak serik ni, masukkan lagi semula kad, check baki. 
Duit dah kena telan. Gelabah!! Bawak keluar semula kad dan tutup tepi tengok orang belakang keluarkan duit satu persatu. Terasa loser pulak.

Terus call orang ni orang tu semua semua call kecuali mama. Nanti kena bebel kata "tu la tak pandai berdikari."
Tak jadi nak makan. Terus tak selera. Macam mana nak buat ni. Benda macam ni pun nak kena ada orang assist.
Huhu dah terima arahan pertama iaitu : 
1. Salin no dekat ATM tu.
2. Call talian yang in charge ATM tu. ATM RHB contohnya. Better call guna celcom jimat. Sebab lama juga nak tunggu customer services dia angkat call. 
3. Dah maklumkan pada RHB. Dia minta liz call Maybank. Siap no maybank ada orang bagi kan. Bertapa manjanya.
   1300886688 
4. Tunggu dengan penuh kesabaran sebab hampir 15 minit tunggu di talian. Akhirnya dilayan. Mereka akan buat beberapa pengesahan seperti : Nama, ic, dimana kita buat acc kita, pukul berapa keluarkan duit, amount duit dan lokasi ATM.  NO account Maybank sekali. Jadi ready semua ni baru call ye.
5. Dah buat pengesahan. RHB dah refund semula duit liz tadi tu.

Senyum dan kerja dengan happy. Semua atas talian dan tak perlu pun pergi ke bank. 

Thanks kepada yang membantu dan menenangkan liz yang mudah gelabah.
 
 
  

No comments: