Friday, August 30, 2013

Sebulan dah di tempat kerja baru. Tahu tak apa UBS payroll?


Assalamualaikum dan selamat malam. Hanya selamat malam mampu di-wish buat you all semua untuk masa tedekat dan masa masa yang mendatang. Update pun jarang-jarang sekali.

Masa tengah syampoo rambut tadi, macam-macam dah liz karang dalam kepala otak ni, apalah yang nak di update kan nanti. Memandangkan liz baru siap settle kan gaji untuk semua orang so liz nak share kan cara pengiraan gaji. Hoho excited nampaknya korang ni. Ada yang kata ala bukan susah pun kira gaji. Mungkin itu tidak menjadi masalah terlalu besar sekiranya pengiraan gaji mati. Maksudnya setiap bulan if gaji you all 1k, macam tulah selamanya. Tetapi macam mana yang ada OT - over time? Macam mana kalau lewat? Macam mana Mc? Macam mana public holiday? Dan banyak lagi sebenarnya.

Pernah tak dengar pasal UBS payroll? Andaikata sesiapa yang tengah belajar dalam kos HUMAN RESOURCE atau ada yang berminat nak jadi human resource executive. Cer korang search dekat google atau di jobstreet. Mesti akan ada tulis requirement pasal "must know ubs payroll system ataupun in ubs payroll will be advance to candidates atau pelbagai macam lagi ayat-ayat requirement.

Apa yang liz boleh share, apa ada dalam ubs secara rambang, secara details memang tak mampu. Dalam ubs payroll ni kita perlu key in data pekerja. Dari A sampai Z. Kalau dah berkahwin kena letak nama pasangan. Dalam UBS boleh automatic divide department sekiranya banyak department. Lepas tu key in gaji dia dan kwsp nombor. Bank akaun.
Masa nak kira gaji kena pastikan berapa day work dia, OT dia, ada kerja waktu public holiday tak, ada mc tak, ada claim leave tak?
Claim leave termasuk la kalau ada emergency leave. Contohnya kematian ibu bapa. Jadi penting sesangat korang sebagai staff, apa-apa masalah perlulah refer pada HR dekat syarikat korang. Andaikata HR korang tak tahu, dia assume kamu absent. Kan rugi tu ..

Lepas dah key in gaji semua. Kena process pay. Lepas tu kena check bayar cash ke cheque. Lepas tu kena tengok management report dengan cash/cheque/bank report. Lepas tu kena tengok kwsp dan socso betul tak dengan management report. Lepas tu kena print pay slip. Lepas tu kalau ada staff yang gaji 2.5k ke atas kena PCP atau tidak.

Korang tahu tak bila kita pergi interview dorang akan kata 1k basic, 2k basic dan lain-lain lagi, korang tahu tak berapa percent kena potong kwsp dan socso? Kwsp 11% tau dari gaji kita. Setiap angka gaji tu ada beza-beza nya. Tapi ada tak korang kerja bodoh-bodoh je?

Bila isi boring temuduga, pastikan tulis semua benda sama dalam ic. Salah binti dengan bt, salah alamat walaupun sikit. Sekiranya nak claim socso memang mimpi la di siang hari.

Nanti liz cerita 1 kes ni tapi bukan malam ni sebab pun dah penat.
Salam.

 

Thursday, August 22, 2013

Kami berlumba beli kereta!!


Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat liz dekat sini.

Hari ni liz asyik tergeleng-geleng kepala, dari kiri ke kanan dan dari kanan kiri, lepas tu berpunyi ‘ketakk ketakk’ gitu. Penatnya macam lah liz kerja kontrak kan, sedangkan main pen merah pen biru pembaris pemadam dan kertas yang bertebaran. Sedang-sedang sibuk buat kerja dapat mesej dari dia.

Dia:  “syg.. b dapat panggilan interview hari selasa ni.’’
Me:  “yeke yeke yeke! Dekat mana? Company apa? Gaji berapa?”

Situasi atas ni siapa pernah alaminya? Kenapa perempuan punya excited tu akan melibatkan otot-otot bibirnya menjadi sangat ringan? Ke mulut liz je? OPss. Orang yang penuh kasih sayang jelah faham. 

Taniah-taniah akhirnya dah graduate pun. Degree holder. Me? Hukhuk Diploma holder. Memang liz kerja sekarang tetapi cita-cita untuk sambung Deg berkobar-kobar lagi. Semalam having conversation dengan kawan lama yang bakal sambung deg bulan ni. Taniah-taniah kepada semua yang mula nak sambung semula. Liz lagi beberapa tahun kut. Selesa dengan pekerja sekarang bersama pendapatan yang masyuk tak masyuk ni. 

Tajuk dekat atas tadi berebut pasal nak beli kereta kan? Alrite memandangkan kedua kami dah tamat belajar dan bekerja. Masing-masing mencabar diri masing-masing siapakah yang bakal miliki kereta dahulu. Kalah besarlah liz kalau dia yang beli dahulu sedangkan liz yang kerja dahulu. 

Excited untuk teman dia ke konvokesyen pula nanti. 


Monday, August 19, 2013

Langkah menuju perkawhwinan #2


Assalamualaikum dan selamat malam. Jom bersambung lagi tentang post liz yang lepas iaitu megenai langkah menuju perkahwinan. 

3. Hukum-hukum meminang.  Ramai yang nak masuk meminang anak dara orang tetapi tidak tahu caranya? Alrite lets read here.  Setelah membuat pilihan yang baik, si wanita dan si lelaki telah pun melihat pasangan masing-masing, mengenali hati budi masing-masing tetapi tetap masih ada hal-hal yang lain yang hanya diketahui oleh Allah.  Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w memberi tunjuk ajar agar kita beristikharah untuk mengetahui hal tersebut.  Istikharah adalah meminta yang terbaik kepada Allah di antara dua perkara. Ingat lagi tak maksudnya ni? Dulu masa sekolah menengah kamain lagi menghafal semata nak dapat A SPM kan tetapi mana perginya ilmu kalau tidak diaplikasikan sekarang.

4. Istikharah.  Solat istikarah adalah solat sunat dua rakaat yag diikuti dengan doa khusus yang didalamnya seorang hamba meminta kebaikan untuk melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan uang diperbolehkan oleh syariat.

Seandainya dah tiba masanya, laksanakanlah solat istikarah. Mudahan anda semua diberi pertunjuk. 

Will be continue ..

Sunday, August 18, 2013

Langkah menuju perkahwinan #1.


Assalamualaikum. Taniah buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam bulan syawal ini.
Dan tak lupa juga untuk teman-teman yang sedang merancang kearah itu. Liz doakan semoga kalian semua disatukan tidak lama lagi. InsyAllah berdoalah banyak-banyak padaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang tebaik buat hambaNya sekalian.

Oleh itu, liz ada soalan untuk korang semua hari ni.  Sepanjang korang bercinta lah kan, sejauh mana korang mengenali hati budi pasangan masing-masing? Dan sejauh mana korang kenal ahli keluarga pasangan korang? Jadi ada baiknya juga korang bercinta sekali dengan ahli keluarganya.  Ketahuilah tentang perilakunya terhadap keluarganya, khususnya kepada kedua ibu-bapanya.

Tidak semestinya lelaki yang cepat sediakan itu dan ini untuk kamu itu ialah lelaki yang baik.  Pernah tak kaji mana sumbernya? Mana tahu dari sumber yang haram.

1. Pilihlah kerana agamanya, perkahwinan dibina atas sebab akhlak dan agama.  Andai memilih pasangan kerana hartanya atau kedudukannya, biasanya mereka akan meninggalkan pasangan mereka apabila semuanya hilang. 

2. Periksa kesihatan sebelum berkahwin.  Banyak Negara mensyaratkan semua pasangan melakukan ujian ini tetapi pemeriksaan ini bersifat anjuran untuk kebaikan kedua belah pihak sahaja.  Contohnya jika kumpulan darah suami positif, sedangkan kumpulan darah isteri negative, anak pertama akan mewarisi kumpulan darah ayahnya yang positif.  Sehingga dalam tubuh si ibu akan muncul unsur-unsur yang berlawanan dalam darahnya yang akan semakin bertambah banyak pada setiap kali hamil.  Meskipun anak pertama yang lahir dalam keadaan baik, tetapi anak yang lahir selanjutnya memerlukan adaptasi pada sel darahnya sesaat selepas kelahiran.

Diantara pemeriksaan yang biasa diadakan sebelum perkahwinan ialah pemeriksaan air mani bagi lelaki, untuk memastikan kesuburan dan mengubati kelemahan atau penyakit.  Selain itu juga melakukan pemeriksaan prostate untuk memastikan bahawa dia terbebas dari radang menahun yang mungkin akan pindah ke leher rahim si isteri.

Liz pun tak tahu dengan detail sebab tak tempuhi lagi proses ini, janganlah tanya liz macam tanya doctor pula ye. Liz cuma share apa yang liz tahu. Selebihnya pergilah rujuk pada yang pakar. Liz beritahu apa yang sepatutnya dilakukan sahaja sekiranya ingin berkahwin.  
Pemeriksaan kesihatan ini penting untuk keduanya juga.


Untuk step seterusnya nanti akan bersambung lagi. 

Thursday, August 15, 2013

Memilih pasangan hidup!


Wanita muslimah sering kali terjebak pada beberapa kesalahan dalam memilih pasangan hidup, yang mana hal itu boleh menjadi salah satu penghalang kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga.

Keberkatan, kebaikan, keberuntungan dan kebahagiaan tidak akan diraih oleh seseorang wanita andai memilih pemuda yang tidak rajin solat, sebab ciri orang Islam adalah solat. 

Lelaki yang tidak mencintai ilmu dengan orang yang berilmu. Sebab dia adalah manusia yang paling jauh dari kebahagiaan rumah tangga. Tidak mahu mengenal ilmu dunia dan akhirat. Leka dan lalai dengan keasyikan dunia tanpa menghirau dosa dan pahala.

Kebahagiaan rumah tangga akan terwujud jika suami adalah orang yang berilmu. Mengenai dosa dan pahala, halal dan haram dan lain-lain lagi. Mengapa ada manusia yang marah apabila ditegur untuk melakukan kebaikan? Sedar atau tidak kebaikan itu adalah tiket untuk kita ke syurga namun mengapa tidak memilih jalan yang betul? Megah dengan kebesaran diri sehingga lupa bahawa Allah adalah Maha besar lagi Maha kuasa. Pilihlah pasangan yang menyayangi kita dunia dan akhirat kerana akhirat itu yang kekal. 

Jangan mengutamakan lamaran dari lelaki yang banyak hartanya, tinggi jawatannya atau tampan rupanya, jika tidak beragama dan berakhlak dengan baik.  Sebab itu ukuran ‘anak dunia’.  Jadilah kita ‘anak akhirat’ bukan anak dunia. Pilihan di tangan kita, untuk menjadi muslimin keturunan atau muslimin yang beriman. Sedar atau tidak, usia kita semakin meningkat, jangan jadikan alasan masalah dunia sebagai tiket untuk kita langgar larangan Allah. Yang ditegur adalah kebaikan.


Istikharah itulah kuncinya dalam soal memilih pasangan. 

Wednesday, August 14, 2013

Nilainya Cinta Sejati


Assalamualaikum. Syawal yang ke-berapa pun liz dah tak sedar bila dah mulai sibuk dengan kerja. Tetapi hari ini liz bukan nak cerita mengenai kerja yang bertimbun berhari-hari tu.

Hohoho sebenarnya mengenai cinta gitu. Tajuk pun sudah terang lagi bersuluh kan. Bukan nak describe what is the true meaning about love or membebel jiwang-jiwang tetapi liz nak share kisah benar cinta seseorang.

Percaya atau tidak terpulang. Hari ni keluar melepak dengan seorang kawan lelaki, makan kedai mamak. Cerita punya cerita keluarlah soalan, "bila nak kahwin?" Memandangkan dia lebih berusia dari liz, makanya soalan itu ialah dari liz kepadanya.
Selambanya kawan liz tu jawab, belum masanya lagi. Calon pun tak cari lagi.

Cerita punya cerita lagi. Rupanya ada kisah sedih disebalik semua yang berlaku. 'HATI' yang masih belum mampu melupai sejarah silam yang perit dengan pengorbanan. Semua kerana salah faham kata-kata yang terluah dari kedua belah pihak. Bila tesedar rupanya masing-masing saling mencintai namun semuanya sudah terlewat. 

Si lelaki terlalu sibuk membina kerjaya sehingga membiarkan si gadis ternanti tanpa jawapan. Setelah sekian beberapa lama, pinangan dari pihak lain datang merisik si gadis itu. Si gadis pula masih dalam keadaan keliru untuk menerima pinangan itu atau setia menanti cinta yang belum pasti.

Si gadis menghantar pesanan ringkas "Saya nak bertunang"
Si lelaki terkejut lalu terus menjawab "Atas pilihan awak, kalau dah sedia bertunang lah"

Saat ini keduanya salah faham. Si lelaki menganggap si gadis sudah pun membuat keputusan untuk bertunang. Sebab tu lelaki ni secara redha berikan jawapan acuh tak acuh kerana menganggap buah hatinya memilih untuk bertunang dengan lelaki lain sedangkan si lelaki ini sudah pun merancang untuk membeli cincin dan menghantar rombongan merisik minggu hadapan. Disebabkan statement kedua belah pihak begini, akhinya si gadis merasakan dia tidak perlu lagi menanti si lelaki yang tidak lagi menyayanginya. 

Makanya bertunanglah si gadis ini atas pilihan keluarga. 
Selepas beberapa hari gadis ini bertunang, barulah si lelaki ni meluahkan rasa hati kecewanya. Masa tu dah terlewat, pujaan hati sendiri telah pun sah menjadi tunangan lelaki lain. 
Kedua belah pihak menyesal tak sudah. Shahdu menahan perasaan masing-masing. 
Sehingga ke saat si gadis tu bernikah, lelaki tu muncul juga pada hari majlis. Sesi bergambar, si gadis tu sempat menarik lengan kawan lelaki liz tu atas pelamin tu bergambar berdua. Sahabat dan saudaramara yang tahu mengenai kisah mereka menitis air mata tengok moment tu. Masa tu pengantin lelaki tu tengah tukar persalinan kedua. 

Jadi waktu tu walaupun impian tak sepenuhnya tercapai untuk duduk bersanding bersama. Membina impian hidup bersama sehingga ke akhir hayat apatah lagi. Cukuplah sekadar sekeping gambar pengubat impian yang tidak terlaksana. 
Sehingga ke saat ini, kawan liz tu masih tidak dapat mencari pengganti yang boleh menggantikannya. 




Sempat lagi liz bergurau dengan soalan. Andai kata suatu hari nanti mereka bercerai atau lelaki tu pergi dahulu disebabkan ajal masihkah awak sudi terima dia sebagai suri hati?

Kawan liz jawab "YE SUDI". Walaupun sudah beranak dua. Cinta bukan semata kerana wanita itu masih dara atau janda. Cinta itu datang dengan pelbagai cara. 
Hanya yang ikhlas tahu menilainya. 

Sekian kisah liz share dengan korang hari ni. Bahasa agak baku kaku, tak reti nak cerita kisah orang lain. Tapi liz rasa sedih sangat dengar cerita tu tadi. 

Salam ketemu kemudian story.