Sunday, September 29, 2013

Gigihnya Jahit Bantal Konvo.


Salam.
Dear Blog ..

Hari ahad ialah hari paling aman dari segala masalah manusia dekat pejabat. Alam pekerjaan lagi horror dari alam Uni okeh. Yang pasti ada yang nak over take kita punya task pun ada, dalam cara halus. Busuk betul hati orang macam tu. Demi mengisi tabung beli kereta takpelah, menyabar lagi mampu.

Hari ni memang membuta sampai jam 12.30. Okeylah kan, revenge semula masa mata ni mencelik. Malam tadi liz tidur lewat jugak, bersaing dengan nana menjahit sama-sama melalui wataps. *yups kami memang sahabat yang comel. Jarak bukan penghalang menjadi mesra dan akrab.



okeh ini kapas untuk bantal liz nanti.
 
 
 
 

Ini benang yang liz gunakan. Buat masa ni hitam dan putih sahaja adooooo!
 
 
 
Dalam ni semua abjad yang liz dah buat. Tupperware cilok jek dekat dapur.
 
 
 
 
Ini jarum yang liz guna, memang besar barulah jahitan pun timbul.
Jangan risau semua barang boleh beli dekat DAISO.
 
 
 
Okeh ni ala-ala topi konvo gitu, puas memikir macam mana nak letak rambu rambai ni. Cuba je lah. Lagipun ni 1st try liz menjahit kain felt ni.
 
 
 
Yang ni pun belum siap lagi. Semua huruf ni akan dilapik dengan warna hitam. Baru dia timbul.
 
Nanti dah siap liz update lagi. Huk Nampak tak gigih bahagikan masa menjahit, betapa nak tunjuk ikhlasnye.  Untungnya bermenantukan liz ni makcik makcik, bantal sekeluarga macik-macik liz boleh jahitkan. Okeh cik yah cik ngah jangan gaduh-gaduh, hantar je calon nanti liz pilih.
 
Alrite nak simpan dah, kena mengemas diri dan pakaian pula, bila menjahit ni benda lain terabai.
 
Salam sayang.
 
 

Thursday, September 26, 2013

KLCC second episode


Salam.
Dear Diary.

KLCC for second time with him. Banyak 'him' dalam blog liz ni. Him yang pelbagai cerita.

Jadi after kisah yang mendukacita, liz jadikan ianya sebagai pengajaran untuk tidak terlalu expose dengan siapa liz berkawan sekarang.  Andai tak jadi nanti, ada juga pihak yang gelak-gelak kan kita, kutuk-kutuk kita. 

Lepas tu bila dah sampai ke saat ni, liz rasa macam tak best pulak andai sesebuah kenangan tu kita tak abadikan dalam bentuk penulisan. 'Manusia mudah lupa' percayalah. Mereka sukar mengingati kenangan pahit atau manis dengan details untuk jangka masa panjang.

Untuk recall kenangan bulan dan bulan yang lalu, date 1st we met ialah 2nd march. Alasannya semata nak makan red velvet.

 
1st KLCC

 
 
2nd KLCC
 
 

Temanya still sama. Malu-malu ala-ala sopan sangat senyum. Nak bayar ais kelim pun sopan lagi kan. Biarlah nak kata sopan pun. Tengok tu, mat saleh belakang tup pun contohi liz.

Lagi dua bulan nak lalui. Pergaduhan makananan kitaorang dah sekarang. Tetapi penawar kitaorang makanan. Ada ke liz dating KL bawak karipap, eh silap. Karipap 4 segi tu syaz*** suka makan. Hik yang ni nak goring pisang dengan kuah kicap lada bawang putih. Pakai cantik-cantik gini bawak beg plastic okeh. *Nampak tak ciri-ciri ehemmm..

Nanti sambung next story okeh. Holiday di langkawi next month with him.

Salam.

Wednesday, September 25, 2013

Met Up! Daiso Japan.


Salam.
Dear diary. Hari ni hari rabu, selalunya tema blogger suka buat WORDLESS WEDNESDAY. Tapi liz nak wordssss Wednesday hari ni.

Sejak kerja dekat tempat baru , liz baru perasan selepas sebulan kulit muka tangan kaki semua dah hangus. Senang cerita dah gelap gelita. Maybe sebab bila waktu lunch liz balik ke rumah, jadi ulang alik sehari harian dah dapat hasilnya.

Ahad lepas liz pergi KL, sebulan lebih tau tak jumpa dia. Bertambah-tambah busy bila masing-masing dah involve dalam kerjaya masing-masing. SE vs HR. Software engineer vs Human Resource. Gila banyak benda bercanggah, jadi bila dalam telefon pun nak bergaduh, pasal itu ini pasal insurans pun nak gaduh, pasal EPF, pasal masa, pasal cari pasal pun ada. Jadi kalau jumpa kitaorang janji tak kan cerita pasal benda yang serius.

Bengang kut, sekali lagi, liz kena tunggu dia sampai. Kali ni 1 jam. Perut dengan laparnya gerak dari Pahang jam 8 pagi. 3 jam dalam bas bukan perkara yang best okeh. Boleh tidur bangun dan tidur lagi, orang selalunya pergi date, siap-siap terus ada orang datang ambil depan rumah sambil siap buka pintu lagi. *Ala-ala gentleman gituh.
Siap ada bunga lagi okeh. Ops pasal bunga sensitive okeh, ex plus ex classmates dia pernah bagi kat liz. *Siap jadi wanita pertama dapat bunga dari dia.

 
 
Now kulit kembali hitam manis, baru nak feeling-feeling alami pencerahan selama 1 minggu ala-ala "tagline" lotion dalam tv.
Orang dekat belakang tu nak tompang masuk blog liz la tu.
Welcome Sg. Wang.
 
Datang sini sebab liz nak pergi DAISO. Alrite siapa yang tak pernah pergi, DAISO ni ialah shop yang jual perbagai barangan untuk hand craft. Boleh deko dari A - Z.
 
 
 
Antara kedai yang jadi favourite liz sekarang. Ada sesiapa nak buat craft tangan sendiri untuk hadiahkan pada yang istimewa tapi tak nak cari dekat mana? Moh le kita jejak ke DAISO. If you all nak tahu mana location nya boleh google je. Ada banyak cawangan dalam Malaysia ni.
 
 
Total up RM75 .. hoho masa mula-mula masuk ni main ambil je, tak tahu pun price for each items ni how much. So liz bagitahu awal-awal na kat sini, semua harga RM5 setiap barang, tak kira kecit besar panjang pendek barang tu. Tak kira!! RM5 jugak.
Jadi waktu bayar tu, SE complaint 'kalau gitu kita kena ambil barang semua yang besar-besar barulah tak rugi.'
 
 
 
Antara kain felt yang liz shop! Tq nana sebab bagitahu kita mana nak cari kain felt ni. Tq sangat. Dalam usaha menjahit bantal now. Pada awak-awak yang nak jahit bantal atau apa apa sahaja menggunakan kan felt boleh dapatkan di sini. Kalau ada tempat yang lagi murah, jangan lupa bagitahu liz tau. *mana tahu ada yang jual berela-ela boleh liz jahit buat langsir. Macam awesome bukan langsir with felt.
 
Dalam ni macam-macam lagi ada, benang ada, jarum, button. Nanti liz update lagi pasal bantal yang liz tengah jahit ni.
 
Terima kasih sudi membaca, tak kisah kepada yang menyukai atau yang membenci.
 
Salam.

Wednesday, September 18, 2013

Korek Tabung Jom!


Assalamualaikum.
Dear BLog.

Hari ni liz lambat sikit masuk office. Jam 1 masuk office, macam awesome kan? Awesome la sangat kalau hari ni balik jam 10 malam eh.

Jadi bila dah terasa awesome sangat, awesome dengan masa berlalu menanti jam 1 petang, makanya ku lihat kiri, ku lihat kanan, ku lihat depan dan belakang dan kemudian depan lagi.

Tadaaa Nampak tabung. Dah dekat hujung bulan ni, duit gaji dah nak habis. Ops pembetulan, duit gaji dah habis. Jadi ini masanya untuk korek tabung. Korek korek keluar benda tak sepatutnya.

 
 
 
Ada cincin yang masa kena propose 6 bulan lepas. Hahak. Isi dalam ni dengan harapan bertukar menjadi emas berlian. *Likes A Diamond! Sebenarnya cincin ni saiz dia besar sangat, encik SE tu nak buat surprise tempah tak tanya size kan.  Jadi kena la duduk dalam tabung. *Menabung untuk cincin hujung tahun ni ye tak?
 
Korek tabung untuk petang ni. Nak tahu beli apa? Tunggu ok.
 

Monday, September 16, 2013

Tumpang bangga pada kejayaan Blogger Ainaa Roseberry



Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Taniah Malaysia kita dah 56 tahun Merdeka. Taniah juga buat kawan blogger liz, Ainaa Roseberry. Tak ingat bila kenal, sangat friendly orangnya dan suka share mengenai hal peribadi walaupun kami tak pernah berjumpa kerana kami percaya story pada stranger tu lagi best dari story pada orang yang kita kenal.  Taniah ena sebab blog anda sudah keluar di UTUSAN! Teruskan cita-cita tau. *Teruskan juga hobi suka bergambar di kedai makan.
Walaupun dah famous sekarang ni tapi sudi lagi reply chat kita dekat facebook, sudi follow kita semula di twitter. Sudi lagi likes status kita, hihi sebenarnya dulu liz selalu perasaan ena ni kan dia suka likes status liz banyak banyak. Mungkin dia buat terjahan ke wall facebook liz. Bangga sekejap cik ainaa roseberry buat gitu. Apa yang liz boleh buat penilaian kasar terhadap ainaa roseberry ni ialah beliau seorang yang pandai menguruskan masa antara study dan lifestylenya as blogger.

Kawan-kawan blogger lain boleh jenguk blog ena, dan you all tak kan menyesal berkawan dengan beliau. Sangat friendly okeh. Boleh visit blog dia www.ladyainaa.com 

Liz life still biasa, pergi kerja dan balik kerja. Tapi sedih nya ramai lagi orang dalam Malaysia tak tahu HR tu apa. Sedih betul. Its okeh, nanti liz explain apa itu HR sebenarnya.

Selamat malam, sekian.

 

Wednesday, September 4, 2013

Lets try New Product.


Dear BLOG,

Apa yang menarik untuk di kongsi hari ni? Normal life? Bangun pagi, pergi kerja, makan, mandi, rehat dan tidur? Bored macam ni ke life you all? Atau pergi kuliah dan balik kuliah? 

Hari ni confident sangat dalam purse banyak duit.  Jadi bila balik kerja dah berangan nak beli macam-macam.  Daripada fikir kerja apa ye nak buat hari ni, apa yang tak siap, apa yang perlu siap, lebih baik fikir perkara yang tak stress. 

Sambil jerit horey horey dengan nada yang perasan merdu bak sembilu, liz pun punch card kemudian teruskan misi nak membeli itu ini.  Lalu sana sini, depan belakang. Dan lalu banyak kali lagi di tempat yang sama, berdiri depan rak tu. Nak beli ke tidak, beli ke tidak, tak beli susah, nak beli pun susah.  Sambil terkenang-kenang lagu dan iklan dalam screen tv yang sangat meyakinkan tu, so liz pun beli. Baru RM9.50 je, boleh beli banyak barang lagi ni.  Tapi perasaan yakin tak yakin tu dah menimbul, apakata check dalam purse dulu. GULPPPP.

Muka penuh dengan keyakinan lagi, pura-pura jalan dalam tu cari benda lain.  Last-last ambil kek APOLO yang harga dia RM2.30.  Cukup ke tidak duit ni.  Kira pun belum, ishhh ni la stress bila dalam purse yang menebalnya duit seringgit-ringgit. Bayar je la kan, tak cukup nanti swipe je la credit card. Tapi tak segan ke kalau total RM11.80 pun nak guna credit card? Hohohoho cool siihhh!

Iklan yang liz maksudkan tu ialah iklan sunsilk.  Hari-hari balik kerja sambil tunggu cerita tv3 jam 7 petang tu habis, berselang seli juga iklan tu melintasi mata kepala ni.  Kehendak nak try membuak-buak.  Itu yang beli jugak tadi.  Lepas je mandi terus spray dekat rambut.  Wangi sudah pasti, bila sikat memang awesome giler lah, tak da sekat-sekat.  Licin je walaupun liz tak cuci rambut malam ni sebab pagi tadi dah cuci.  Jadi kekusutan tu dari hasil seharian rambut dalam tudung.  Bila da spray! Horey horey sekali lagi lah. Senang mudah dan terurus semula.   

Selamat mencuba.