Friday, February 28, 2014

TF KUALA LIPIS


Holla Holla Hey!  Semenjak TF Kuala Lipis ni di buka, tak sempat lagi nak update.  Bermula operasi pada bulan Julai  2013 tetapi masa tu hanya dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja.  Ditutup semula bagi proses penyelanggaran yang masih belum selesai.  Proses pembukaan TF Kuala Lipis berperingkat kerana bekalan elektrik yang tidak mencukupi dari TNB.  Akhirnya bulan 12 perasmian pembukaan sepenuhnya terlaksana.




























Thursday, February 27, 2014

NESTLE Aiskrim Goreng



Holla Holla Hey!  Assalamualaikum. Selalunya menulis dulu baru letak gambar. Ni letak gambar dulu baru menulis.  Dah lama nak update pasal aiskrim ni.  RM10.50 masa liz beli ni dulu.  Flavor Chocolate pilihan liz.  Aiskrim ni ada dua flavor je setakat ni, chocolate dan vanila. Jadi boleh la pilih okey.



Inilah keadaannya apabila dikeluarkan dari dalam kotak. masih sejuk okeh.  Jom buka dan goreng cepat-cepat dalam kuali hanya dalam 8 ke 10 saat.  Ikut atas korang nak goreng macam mana, kalau korang goreng lama memang  aiskrim dalam tu cairlah. Tetepi     Haha tetepi pun boleh  *tetapi kalau korang goreng angkat cepat sangat nanti kulit aiskrim ni tak garing. Jadiiiiii terpulang okeh pada citarasa masing-masing.



                          




Selamat mencuba!!

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion


Marcapada kini, kita sedia maklum bahawa Malaysia sedang mengalami perubahan cuaca yang panas. Mudah berasa haus dan kadang kala badan kita sudah tidak mampu untuk menahan keperitan bahang yang menebusi kulit dalam menjalani kehidupan sehari-harian.  Kulit kering?  Itulah yang terjadi kepada ramai wanita kini.  Mungkinkah kita begitu mempunyai masa yang banyak untuk mandi kerap? Ataupun menyapu losyen badan sejam sekali?

Oooo tidak mungkin untuk saya!  Sebagai Human Resource di salah sebuah syarikat swasta, ianya tidak mungkin untuk saya lakukannya sepanjang masa.  Rutin harian saya sepenuhnya banyak dihabiskan di tempat kerja di mana saya akan masuk kerja setiap pagi dan adakalanya saya perlu pulang ke rumah pada jam 10 malam.  Saya perlu bangun lebih awal untuk bersiap, selepas mandi menyapu losyen ke seluruh badan dan perlu menunggu sehingga ianya kering, make up dan sebagainya? Urghh stress dengan masa! Rutin harian kadang-kadang terlalu memenatkan sehingga saya terpaksa mengabaikan penjagaan kulit.  Kulit yang terdedah pada matahari dan cahaya membuat saya berasa kering dan garis-garis halus mula kelihatan. Rutin harian sebegini belum tentu saya dapat ke spa melakukan rawatan kelembapan kulit dengan kerap.

Sehinggalah dikhabarkan bahawa NIVEA mengeluarkan produk madian BODY LOTION IN SHOWER.  Oleh itu saya dapatkannya di Gurdian berdekatan dengan harga RM11.80 (Discount Price) dan RM16.90 (Normal Price).  Setelah seminggu menggunakannya, saya dapati kulit yang mengelupas kerana kekeringan di celah-celah jari saya kian berkurang. Langkah menggunakannya adalah sangat mudah.  Boleh rujuk di rajah bawah ini.



 
Saya miliknya satu. Anda? 
Wow rasa sungguh menakjubkan.  Saya mengunakan Body Lotion In Shower Dry Skin dengan pati Almond Oil.  Bahagian siku saya yang mudah kering juga tidak lagi seperti dulu.  Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera produk NIVEA Body Lotion In Shower ini di pasaran dan alami sendiri perubahannya.
Macam losyen kan?

Anda wajib tonton video ini dan melihat keberkesanannya hanya dalam beberapa minit tau.

 


Bagaimana dah tengok tak? Menajubkan bukan!  Jangan lupa langkah terakhir anda ialah ke page NIVEA MALAYSIA FACEBOOK PAGE untuk melihat pelbagai lagi input-input yang menarik bakal dikongsikan bersama anda. Boleh dapat produk free daripada Nivea juga tau dengan syarat dan terma. Smilling with NIVEA.



Tuesday, February 25, 2014

Lamaran yang sangat mengasyikkan.


Holla Holla Hai semua. Semua gadis yang semakin meningkat dewasa sudah pasti ternanti-nanti saat bilakah bakal dia dilamar kan? Liz pun sama. Eceh nak buat statement nervous lak. Okeh macam ni its not me. Sebenarnya liz terjumpa satu video ni, which is very happening.  Different daripada cara lelaki yang melutut kemudian keluarkan cincin say "Marry Me?" Nope! Tapi kali ni dengan cara yang sangat mengasyikkan dan terasa terhibur je hati perempuan yang di lamar tu.

Tonton video ini Okeh.


Friday, February 21, 2014

Felt Pillow #1


Holla Holla Hey!  Hi semua. Liz hari ni pun tak nak cerita banyak. Tapi 2 3 4 hari ni liz selalu tidur lewat juga sebab kerajinan menjahit meluak-luak. Jadinya 1 2 pagi juga baru tidur, dan keesokkan nya kerja seperti biasa.

Rajin sangat tu tidakla sebenarnya, tapi liz minat. Seronok buat benda-benda comel ni. Jadi disebabkan liz dah berkawan lama tak lama juga sebenarnya dengan BLogger NAdia Johari ni. Tetapi kami start chat pasal fashion, liz panggil dia kak nadia. Kak nadia ni nak berkahwin tidak lama lagi tau, jadi isu baju pengantin tu suka juga la sharing-sharing walaupun liz ni belum nak kahwin lagi. ~~~~nge~~~


 Masa dah siap menggunting dan jahit.






Tadaa siap. Sesiapa kawan-kawan blogger yang nak tempah boleh je. Jangan lupa add FB liz okey. 

VLOG Budak Ceklat


Holla Holla Hey!  Hari ni liz nak share video yang menjadi kegemaran liz. Kenal tak siapa Shazreen Fazlynda? Okeh bagi siapa yang dah kenal bagus.  Tapi liz baru 2 3 hari kenal dia ni. *kenal dekat youtube je ngeee ~~~

Dia ni memang kelakar GILER. Sebagai seorang perempuan, masih lagi jaga batas dan tidak keterlaluan pun cara dia melawak.  Admirer dekat dia sangat-sangat now. Tiba-tiba jumpa twitter dia, hah memang tanpa segan silu, liz terus klik butang follow. Lepas tu tanpa segan silu, tweets dia.  Nampak nya teruja sangat-sangat. Jumpa Dato Siti pun biasa-biasa je. *Memang la dah orang kampung sendiri.  Haish malas cakap banyak, liz share kan VLOG yang menjadi favorite liz sekarang ni. Korang kena tengok tau.



Macam mana dah tengok? Best kan? Liz teringin sangat nak lepak dengan Shazreen Fazlynda ni.

Thursday, February 20, 2014

KUANTAN 23 FEBUARI 2014


Holla Holla Hey! Ya ALLAH rasa hati ni nak cepatkan je tarikh 23 Feb 2014 ni.  Tak sabar nak jumpa kawan lama.  Mereka ni tempat luahan rasa hati dari pelbagai sudut. Mereka ni tak pernah jemu pun bagi nasihat dan mendengar.



Gambar kenangan masa part 5. Comot nya semua.
Nuyul, Ana, Me, Farahin, Sharina dan Nana.

Liz akan jumpa Nuyul dan Nana.

Sunday, February 16, 2014

Jangan Lafazkan Ini kepada AWEK yang sedang menangis!


HOLLA HOLLA HEY!  Assalamualaikum semuanya. 

Ada awek yang sesitif? Yang suka nak merajuk? Yang sikit-sikit je nak menangis? Cengeng gitu? Ada?  Macam mana eh korang atasi dan pujuk awek korang bila dorang menangis? Mesti ramai wanita setuju dengan liz if liz kata, kalau kami ni si wanita sedang menangis, janganlah cakap macam ni “ awak dah la tu, jangan menangis ye.”  Dan kita waktu tu mesti lagi la makin tersesak-esak ye dak?  Manja pun kemain lah menjadi-jadi.  Jadi liz share sikit perkara yang jangan dilafazkan apabila awek menangis!

“Tidaklah seberat mana pun masalah awak tu”

Haishhh!  Boleh lelaki cakap macam ni? Weehh dude, perempuan kalau dah menangis maksudnya dorang tak boleh nak atasi masalah tu, perasaan sedih tu yang buat dia menangis.  Liz sendiri kalau dapat ayat macam ni, memang hilang mood langsung nak mengadu. Kita nak mengadu sebab nak rasa dilindungi.  *Buat-buat lemah gituh, biasalah perempuan kan. Walaupun edok la lemah mana.

“Eh, awal datang bulan lagi ker?”

Ini memang rasa nak bagi kaki, amboi lelaki kan suka sangat nak keluarkan ayat tu.  Memang la bila perempuan datang bulan, mood mereka ni tidak tentu.  Badan pun lemah, kadang-kadang benda yang tak masuk dek akal untuk menangis pun boleh buat menangis bila perasaan sensitif timbul.

“Awak ni mengada-ngadalah..”

Ini serius! Liz memang tak suka terima ayat ni. Sampai bila pun tak suka.  Wanita luar sana suka kah? Bila perempuan menangis je dikatakanya mengada.  Oooh kalau macam tu, tak guna la ada boyfriend untuk memujuk kesedihan hati.  Dah bila menangis je dikata mengada-ngada, jangan mereka menangis dan mengadu pada lelaki lain sudah.  Gigit jari lepas tu jangan marah pulak.

“Sudahlah tu..berhenti menangis okey”

Yang ini ramai sangat akan sebut.  Tetapi percayalah, bila perempuan tengah sedih dan menangis, jangan disekat, biarkan mereka menangis. Tetapi kongsi kan la bahu anda untuk buat mereka berasa lega dan tunggulah sehingga mereka habis menangis. Minta mereka bertenang dan sabar.  Ayat-ayat semangat bukannya ayat-ayat seperti di atas.

SO PLEASE DON’T!

 

 

 

 

Saturday, February 15, 2014

Makan-makan dan Jalan-jalan #CAMERON HIGHLAND



Holla Holla Hey!  Hari ni liyliz nak share tempat makan yang liz dah try.  Nama kedai ni ialah Restauran Fauzi Tom Yam tetapi Tom Yam dia tak berapa Kaw!  Haish malas la nak komen lebih lebih.  Yang pasti if you all pergi Cameron Tanah Rata nak makan CENDAWAN GORENG yang sedap, boleh singgah restaurant ni tetapi if nak makan TOM YAM please don’t.  Dah la mahal tau. 1 SET RM40.00.


 
Macam gerai-gerai biasa sahaja. #MAHAL
 
 
Ini hidangan nya Nampak macam tak sabar je nak baling masuk periuk!
#excited
 
 
Sebelah tu yang hujung tu, cedawan goring yang liz cakap tu. Memang sedap. RM5.00 lepas tu liz tapau lagi 1 tau bawak balik rumah.
 
Terima sudi singgah baca.
 

"Mini Giveaway by www.AimanAziz.com"


Holla Holla hey! Liyliz join giveaway lagi. Giveaway kedua untuk tahun ini. JOin giveaway blogger kecik ni. Amboi dik, taniah taniah, akak walaupun dah lama blogging pun tak berani buat contest lagi. Kite ni tak femes, tak dok orang nak join. BTW followers semula ayuh la kita join giveaway adik kita yang berusia 15 tahun ni.

http://www.aimanaziz.com/2014/02/mini-giveaway-by-wwwaimanazizcom.html
 
Sila Klik untuk ke page budak kecit ni. Hah yang lebih umur 15 tahun tu jangan nak mengurat pulak.
Takda nya nak buat anak ikan.
 
Antara Hadiah yang adik AIMANZIZ.com ni ialah seperti di bawah:
 
$$$$ Yey wang tunai RM50. Akak harap la akak dapat, boleh buat beli hadiah birthday kawan akak bulan 3 nanti.
 
 
Tapi if tak dapat RM50 ni, mintak-mintak la dapat ini:
 
 
Selamat Menyertai nya you all dari liyliz www.lilizazaliza.blogpsot.com

TIP UNTUK RAMBUT CEPAT PANJANG #KECANTIKAN



Holla holla hey! Haruslah bagi sapaan yang ceria betul tak.  Makin dewasa ni, eceh dewasa! Alah betul lah, liz dah 22 tahun okey. 22! Hah tak rasa ke girl turn tu lady.

“Alah kau liz, dari birthday ko 20 tahun hari tu ko asyik cakap girl turn to lady, tapi cam gitu jugak.”

Baik! Balik kepada topic tip yang liz nak kongsi kan hari ni, semua ni punca terasa rambut macam lambat je nak panjang.  Ayuh la kita wahai wanita sekalian alam, adik adik sekolah yang tengah nak belajar jadi perempuan tu, meh akak kongsi kan tips. Mari sini dekat-dekat.

Rambut sangat penting kut bagi perempuan, yeke ada perempuan tak penting kan rambut. Eh Pengkid pun tahu jaga rambut tau.  Liz ada 6 tip untuk dikongsi, rajin dengan tak rajin je anda semua ni nak laksanakannya.

TEH HIJAU
The hijau ni buat pengetahuan umum memiliki kandungan antioksida yang tinggi, jadi teh hijau ni dapat membantu rambut kita panjang dengan lebih cepat.
Caranya                :  Bancuh the hijau dan ratakan pada kulit kepala dan seluruh rambut.  Kemudian   balut dengan tuala selama 20 minit.  Lepas tu bilas  bersih-bersih ok.

KULIT EPAL
Kisar kulit epal hinggan lumat, sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, biarkan selama 15 ke 20 minit.  Elakkan kulit epal yang berketul-ketul, nanti pati dia tak keluar habis.

PUTIH TELUR
Asingkan kuning telur dan putih telur. Ambil yang putih telur tu dan hingga ringan. Sapu ke rambut sambil memicit kulit kepala dalam 5 ke 10 minit.

MINYAK ZAITUN
Ambil 4 hingga 5 titik minyak zaitun dan titiskan ke tapak tangan. Oleskan ke rambut hingga cecah ke kulit kepala. Biar semalaman barula penyerapan dapat belaku.

SANTAN
Caranya cukup mudah. Tuangkan 300ML ke 500ML santan ke kulit kepala dan ramas hingga melitupi rambut. Senang cerita, korang mandi la dengan santan ni. Rambut memang akan lembut dan berkilat.
Selamat mencuba.  Liz try yang santan ni, sebab mudah je nak buat. Curah dan releks jap 10 minit, bilas bersih-bersih.

Friday, February 14, 2014

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"


Holla holla. Salam semua pembaca blog liyliz yusof, jom la bulan dua ni kita join GIVE AWAY. Ini ialah first Give Away liz join untuk tahun ni. Sambil-sambil tu dapat la promote blog cik adik manis ni kan. Click Bannar di bawah ini untuk terus ke Blog Adik Chocolate ni tau. Nak lagi feel apakata sambil blog walking tu makan chocolate.

http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2014/02/intanberlian-mega-giveaway-2013.html
 
 
Hah untuk sesiapa yang giler fashion macam liz ni, elok sangat la join give away ni, jangan malas. Walaupun liz ni tak pernah pun memang mana-mana give away, tapi jom je kita join sambil kita join tu sebenarnya kita juga antara yang memeriahkan give away seseorang tu. Tengok bawah ni Ya Allah banyak Nye Sponsor.
 
 
Nak tengok hadiah betul-betul? Jangan lupa click banner atas tu dan korang akan dapat maklumat dengan lebih detail lagi. Sambil tu follow juga la blog adik chocolate tu.
 
 

Saturday, February 8, 2014

Dr. Ko #part 2 Ruangan Menunggu dan Menyelidik


Holla. After 2 months with Dr. Ko, just now appointment kali ke 3 nak update blog pasal tempat ni.  Itu pun bila da ramai menanya.

Ingat lagi tak entry liz before ni ada update pasal antibiotic dan vitamin A. Okeh, ada yang tanya, actually ramai yang tanya, mahal ke? Mahal tu berapa? Liz segan nak cakap sebenarnya, tapi insyALLAH untuk kebaikkan. Liz tak perasan since pindah kerja dekat lipis, kulit muka, pimples makin teruk. Mungkin salah pakai produk, tapi tak nak mengaku. Liz pakai produk 1 ni yang direkemen oleh kawan tapi Uish makin teruk. Bintik-bintik hitam naik dekat pipi. Rasa sedih sangat-sangat dan upset pun ada. Tapi bukanlah marah dekat kawan liz tu, liz tahu dia nak bantu liz. Mungkin tak sesuia untuk liz. Cuma toner dia best, sejuk dan ada campuran air zam zam. Tapi untuk krim siang dan malam dia buat muka liz makin teruk. Mungkin tak sesuai sebab cream nya buat liang pori tertutup dan naik pula bintik-bintik hitam. Kulit pun makin gelap.

Till la bulan 12 tahun lepas, 1st met up dengan Dr. Ko. Eceh malu-malu je. Siap buat sesi kenal-kenalan lagi. First visit, dia tengok kulit muka liz, dan detect liz kulit berminyak that's why pimples mudah naik. Second, hormone liz tak stabil. Stress pun another part yang buat circulation darah kita tak bagus. Semua tu saling berkait.
Nasihat liz, jangan jadikan benda-benda macam ni down kan you all punya confident level. Trust me, I know how the feeling bila korang rasa macam orang tengok you all semacam. Walapun itu cuma perasan korang sahaja.

First medication liz ambil mula-mula ialah antibiotic dan vitamin A. Cost nya ialah antibiotic RM180 dan vitamin A RM120. Total up RM300 tapi for first visit hari tu RM330. Mungkin charge sekali consultation sikit, tak pun ada session photography sikit. Aaaa haak! Kalau la liz boleh tunjuk kulit liz masa bulan 12 hari tu, mesti you all terkejut giler-giler lah. Tapi gambar tu tiada dalam simpanan liz. Dekat klinik ada. 



Eh eh tiba-tiba keluar picture dari belakang ni apahal. Ini memang candid, macam ni rupanya liz kalau tengah ngedap gambar Dr. Ko dan staff dia, kali ke 3 appointment baru perasan gambar-gambar dekat pintu ni. Ada banyak sangat bilik tau. Liz tak pasti berapa tapi liz perasan ada no 11 12 jadi mungkin anggaran lebih dari tu bilik ada dekat klinik ni. Besar kan?




Eh eh ada lagi. Okeh liz rasa, liz tengah focus meneliti gambar Dato Lee Chong Wei. Liz ada tau snap gambar dia dekat sini, tapi balik rumah check phone mesti hilang!!
Hah stress. Phone baru 1 please!!
Jadi jangan ragu-ragu untuk datang sini.

Before ni, liz ada juga search dan cari info pasal Dr. Ko atau pengguna produk Dr. Ko tapi sangat kurang. So I decide to blog pasal ni. Mana tahu kalau ada outsider yang google search boleh ke link entry liz. Who knows?


Jom masuk bilik No. 5 giliran no 119. Bayangkan hari Khamis jam 12 patient yang ke 119. Alo alo tekun liz mengadu dan meluahkan perasaan. Haishhh sambil bercerita dalam hati ni, cantik nye kulit awak. Tak make up kut. Korean look!! Ni 1st time kena consult dengan dia, before ni dengan Vincci. Lupa pula nak cerita, bila masa 1st time datang, korang akan jumpa punya dengan Dr. ko tapi after treatment bulan yang lain tu, akan ada consultant yang in charge kita. Dr. Ko ni kalau you all check dekat you tube, macam-macam siaran tv dia da keluar. Jadi keyakinan terima rawatan dengan Dr. Ko ni tinggi la jugak. NGeeee~~~~






Okeh nak end up discussion. Gerak tubuh masing-masing macam nak bangun, tapi liz tak tahu kawan liz snap-snap, tengok muka si awek depan ni sampai lupa nak pandang belakang dah.


Okeh kalau korang ni jenis tekad stalk aku kan. Korang boleh zoom, Nampak tak lagi parut pimples dekat pipi tu. Muka pun baru nak baik dari burning.



Huhuk ketar tangan keluar kan duit, total up RM492. Ada lagi 2 produk baru liz try, toner dan essence. Nanti liz share cara guna dan fungsi nya okeh?


Rasa selekeh nya pose yang ini. Tak kisah ah, blog sendiri je pun. Yang pasti happy, bulan ni punya ubat dah ambil.

Sambungan entry akan datang mengenai 2 lagi produk ok. Sabar ye.

Salam.




Friday, February 7, 2014

Diri ini yang ke 22 tahun.


Alhamdullilah .. Alhamdullilah .. Alhamdullilah ..
Liyliz yusof sudah berusia 22 tahun pada 06 hb Febuari 2014 baru ini. Yey!! Jadi blogging kali ni for sure pasal my birthday yang ke 22 tahun.

Kiranya dah setahun liz berada dalam dunia pekerjaan, tahun 2014 ialah tahun kedua liz bekerja. Cabaran tu tetap ada walau di mana pun kita berada. Face up dengan masalah memang sangat memenatkan, lagi-lagi kalau ada perkara yang kita tak boleh bagitahu kebenaran. Cakap salah sikit, orang putar belitkan jadi pekara negative, boleh macam tu? Hah ikut hati tak sabar, rasa nak je cili mulut budak tu. Dia yang keluarkan statement negative, tapi putar belit cakap jadi lain. Cepat atau lambat, ill always believe, do the rite thing, and stick with it. Don't to care what people talk about.

5 HB 2014,
Liz dapat advance celebration dari family dulu, sebab esok tu ke KL celebrate dengan kawan. Alang-alang tu liz ambil cuti kemudian buat appointment dengan Dr. Ko sekali. Owh ok ok simpan story pasal Dr. Ko. Nanti liz cerita dan share pasal Dr. Ko.

Liz share a few pictures dengan korang semua okey.

Moist Coke Cake.
Memang sangat banyak coklatnya.  Thanks to mak dan abah.
 
Semakin meningkat usia, semakin dan semakin ke arah kepada kebaikkan. Liz tak kan lupa pada both parents liz, pada dee, pakcu dan maksu. Antara orang yang sangat banyak membantu dan chill up kehidupan liz. Last year at the 21 punya celebration, dee bawa pergi pizza, paling best dapat 5 jenis kek. Cuma mak abah je dekat lipis. This year pulak, dee, maksu dan pakcu tak da. Sebab liz dekat lipis dan mereka di mentakab.
 
Ha ahh next share with you all hadiah-hadiah dari mereka untuk liz.
Thanks you all!!
 
Tadaaa! Ubat kasi gemuk. Thanks yeah.
Not really like chocolate tapi really appreciate sebab tak pernah dapat present seperti ni lagi.
 
Lalalalaaa ros pink! Hadiah paling sukaaaa.
Terlalu suka pada pink. Ros pun orang kasi warna pink.
 
 
Kad birthday. Nice wishes.
Thanks yeah.
 
Lastly dapat 1 lagi hadiah melalui postage. Apa la agaknya dalam kotak besar ni. Okeh jom bukak.
 
Tadaaaa!
Macam dah boleh agak. Aaaa hakk.
 
 
Oh my!! Pink Colour. Suka sangat.
Thanks yeah.
 
Thanks juga kepada semua yang wish. Everybody yang doakan untuk liz, many thanks yea untuk semua. So far ini sahaja untuk di kongsi blogging kali ni. Yang lain-lain haruslah P & C.