Saturday, June 28, 2014

Puasa Handphone - 3R Sanggupkah you alls?


Assalamualaikum semua. Hi esok dah puasa betul tak? Puasa-puasa juga tapi semenjak kecanggihan teknologi SmartPhone, semua orang nak update itu dan ini. Betul tak? Jadi topik yang paling sesuai liz nak share dan tanya pendapat kawan-kawan semua ialah sanggup tak "PUASA HANDPHONE"? 




Friday, June 27, 2014

Jus Timun


Assalamualaikum. Hai hari ni liz share juice yang sangat menyegarkan tekak lagi-lagi musim panas. Jus Timun atau bahasa mengada liz "cucumber juice". Mengada dalam blog sendiri tak salah. Tak menganggu jiran tertangga pun. Cuma yang suka mengganggu tu, mohon berhentikanla tabiat anda. Anda bahagia? Saya juga mahu bahagia. :)

Mudah sangat-sangat nak buat tau kawan-kawan. Mestilah kena ada TIMUN. Timun ni khasiat nya pelbagai. Jadi agak-agaknya berapa kali sebulan kamu semua makan timun? Macam liz wajib dalam sebulan 4 kali. Tapi cara liz bukanlah dengan memakannya mentah-mentah.


Bahan-bahan:
1. Timun
2. Susu

Cara-caranya:
1. Potong dan blend kan sebiji timun.
2. Kemudian tapiskan.
3. Campur susu 1 atau 2 sudu. Macam liz 1 sudu je sebab timun ni dah manis. Berbeza dengan Juice Tomato sebab masam sikit.
4. Letak ais. Sedapnya!!!!

Jomlah minum kerana ia mampu membantu merendahkan tekanan darah dalam badan kita. Elok untuk kulit juga. Jomlah join cabaran liz untuk sihat dan cantik liz.


Thursday, June 26, 2014

Baju Raya Zalora


Assalamualaikum.
Alhamdullilah dah nak dekat hujung bulan. Rutin harian liz macam biasa, agak sibuk nak process payroll dan segala bagai anak-anak kerja yang berkaitan dengannya. Hari ni sempat juga buka blog, nampak pula iklan baju raya ZALORA!!! Cantiknya!!!

Antara yang liz suka ____________ ehh banyak yang liz suka sebenarnya. Cuma harganya pun cantik juga. Baju raya liz tak berjaya pun beli sebelum puasa. Mission beli baju raya awal fail. Tapi apa yang best shopping raya kali ni Boss nak teman. Yes Boss! Saya kasi la Boss ikut. Takda orang nak marah pun Boss.

Tapi kan best kalau Boss belanja saya 1 baju Zalora yang saya berkenan ni. Ataupun sesiapa yang nak pos buat surprise pun boleh. #hoho

RM650

RM450

RM99

Mula-mula liz tengok kenapa semua mahal-mahal je ni. Lepas tu check punya check. Yang murah-murah pun ada. Banyak sangat-sangat!!! Jangan lupa tau singgah ke ZALORA untuk shopping baju raya.

Wednesday, June 25, 2014

Kaunter Borang Kreatif


Liz cuma nak share gambar "Kaunter Borang" yang liz buat tadi dekat Office. Sebab staff selalu salah isi dan keliru bila nak tukar cuti ataupun tukar shift. Hah sekarang dah terang-terang liz buat cantik-cantik lagi tu. Mudahan tak da masalah 'tersalah isi borang' dah lepas ni.



Tuesday, June 24, 2014

Jus Tomato Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikkan


Hai Assalamualaikum.
Suka liz hari ni nak share dengan kamu semua tips untuk sihat dan ceria!!! Ramai tak pembaca blog liz yang suka makan sayur? 50-50? Okay takpe-takpe! Jangan risau-risau sebab resepi hari ni, yang tak suka makan sayur pun mesti suka dan lepas ni mesti tak da masalah nak amalkannya hari-hari.

Kalau liz confirm-confirm la tak suka makan sayur. Seminggu boleh dikira macam sekali je makan. Itupun kalau makan, kadang-kadang liz tak berapa gemar sangat sayur ni sebab rasanya macam takda rasa. Boleh dikatakan tidak menaikkan selera makan liz sekiranya berlaukkan sayur.

Tomato

Tomato ni kadang-kadang buat liz keliru. Nak kategorikan beliau sebagai sayur ke buah? Panggilan buah tomato. Takdanya nak panggil sayur tomato. Tapi rasanya tak semacam rasa buah. Setuju tak kan.

Jadi liz cari altenatif lain macam mana liz dapat khasiat original buah tomato ni. Nak makan sebiji sehari pun rasa macam setahun nak habiskan. Fikir-fikir _______________ why not kalau kita try buat juice. Mula-mula liz blend tomato ni dengan sunquick. Rasanya not bad juga. Tapi bila tomato ni masam campur dengan oren sunquick yang manis masam. Urhhmmm rasanya sedap juga tapi ada bau tomato tu masih kuat. Tahu kan bau tomato macam mana? Yuck! Liz tak suka.

Kemudian ___________________ liz cuba lagi sekali buat juice. Blend 2 biji TOMATO campur sikit susu manis 1 ataupun 2 sudu ikut tekak masing-masing okay. Ya Rabbi sedapnya you alls!!! Sedap sangat-sangat tau. Juice yang murah lagi sedap. Buah tomato kan murah je berbanding buah lain nak buat juice. Dan lagi satu you alls tahu tak khasiat tomato ni banyak sangat-sangat tau. Antaranya seperti dibawah:

Sumber dari http://www.puterikasih.com/2014/03/khasiat-tomato-untuk-kesihatan-dan-kecantikan/

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.
2) Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.
3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
4) Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan
1) Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.
2) Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.
3) Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.
4) Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.
5) Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.

Untuk kawan-kawn yang tengah nak diet pun boleh la order jus tomato ye bila keluar makan lunch ke dinner ke. :) sambil tu boleh ajar makcik pakcik kedai tu buatkan. Bila dah cuba nanti jangan lupa sambil minum ingat liz tau. Okay. Love you! Bye.



 

Sunday, June 22, 2014

Gambar Erin Malek Bertunang

Selamat Pagi. Semalam Erin Malek sah menjadi tunangan orang. Liz google pagi ni nak tengok siapa tunangnya. Sama padan sama cantik. Taniah Erin. Liz kongsi gambar yang liz tengok tadi dekat google. 





Saturday, June 21, 2014

Boss Teman Saya Pergi KLIHF



Assalamualaikum. Ini alkisah minggu lepas bersamaan 13hb 14hb dan 15hb Jun 2014 secara besar-besaran Kuala Lumpur International Hijab Fair diadakan di PWTC. Gigihnya liz nak ke sana, tahap kegigihan yang tersangat-sangat. Sebenarnya ingatkan dapat jumpa Kak Nadia. Rindu sangat dah dekat dia sebenarnya tapi apa-kan-daya Kak Nadia last minutes kena bergerak awal ke tempat kenduri ayah saudaranya.


Jadi ____________________ nak tak nak boss kenalah buat muka rela teman liz ke PWTC. Thanks yeah!! Dahlah siangnya pergi jumpa client pun dah berteman.  Excited sesangat liz datang sini. Pertama kalilah katakan dapat KLIHF 2014 ni. Orangnya ramai sangat-sangat!! Nak masuk kenalah daftar dan bayar RM1 sahaja. Dahlah ajak boss datang, mintak duit bos pula tu lagi. Alasan "Boss saya takda duit kecit la". #smiling

Daftar kena tulis nama dan pasangan. Urk tertulis bawa "Husband" pulak!!

Gambar yg habis baik dari diak! Shoot banyak kali kut dekat sini. 
Last aku merajuk! Beranilah sangat nak merajuk.
 "its only a pica okay".
He said!!

Ramainya orang!! Time ni ramai sangat berebut nak bergambar dengan Ustaz Don. Takpe-takpe kalau Usztaz Don takda ____ kita ada ini!!

Yeah!! Kita ada wife Ustaz Don. Cantik sangat kakak ni. Dan yes absolutely!! Muka dia memang manis je. Btw masa ni baby tengah tidur. Bos bagi hint. "With her wife please".
Aik bos dengan Ustaz? Okay okay. Ingatkan dapatlah bergambar with both.
(Macam biasa bos ambil memang shaking punya)

A lit bit tired i think! Peace yo!

"Last but not least"
Ayat macam nak ending ayat karangan dulu macam ni lah. Bye KLIFH!
(Shaking jugak kan)

Sebab tu malam tu bos pujuk ajak dinner kut.
Boleh baca di sini "Dinner with Boss"




Friday, June 20, 2014

Dinner With Boss #Naili's Place


Assalamualaikum.  Hari ni liz cuba untuk update sikit-sikit what was happened last two weeks. Pheww macam retis pulak. Well peeps, blogger akan selalu rasa dia ialah retis untuk blog mereka sendiri. Same goes to me! Nak fefeling jadi model di blog sendiri pun okay sebenarnya.

Minggu lepas keluar dinner dengan Boss for the first time dalam hidup. Dinner okay. Was thinking terlalu lama nak pakai apa sebenarnya. Most time only lunch together.
He said "Tonight lets dinner together, for sure you akan suka tempat ni".
Terasa special pula. Perasan special actually tak salah. Bhahaahaa!!

Then he text me "You dnt have to wear dress or skirt. Jeans pun okay."
Tiba-tiba blank jap!! Yela-yela!!

Terfikir-fikir juga, kat mana la dia ni bawa liz makan kan. Then bila dalam kereta he said "Areanya di Sentul". Okay whatever la bos, bukan saya tahu pun sentul tu macam mana. Bukan selalu pergi pun situ.

Pucatnya muka. Seriously siangnya da sangat penat. Dari 630am till 8pm baru balik rehat.
Then keluar lagi 930pm. Dinner! #wek

Yes! The place was at Naili's Place. First impression liz nampak je tempat ni. "Boss tolong snap gambar saya". Betul kata dia, liz memang suka sangat tempat ni. Sangat-sangat suka!!!! Lets find le place to lepak.

Jom order. Boss belanja kan. Wink Wink.

Liz pilih untuk duduk bersila. 
Sebab kaki ni dah sangat lenguh berjalan sana sini siang tadi.

Sebenarnya banyak sangat tempat yang liz nak pose tapi takut nak mintak boss ambilkan laaa. Siang tadi pun dah cukup serik bila boss "buat muka" bila dia kena snap my photo dekat KLIHF banyak-banyak kali. Yela, mana tidaknya dia ambil asyik shaking. 







 Tempatnya memang sangat awesome. Sebab ada saje benda menarik yang nak dilihat. Sentuh tentang makanan liz boleh kasi average. So so sahaja. :) Dan please jangan order ABC. Mahal tak kisah tapi bila rasa dan bahannya macam adeh. Sorry to say ye. Too bad!

Boss lanjew!! 

Yey dekat Bali! Ada juga yg PM tanya "bila liz pergi Bali?" 
Boleh balik senang hati. Kemahen baik boss snap gambar. Nak pujuk la teuw!

Naili’s Place
116C, Kampung Chempedak, Jln Taman Dato’ Senu,
51000 Sentul, KL
 
Contact No / No Tel : 0192020755 / 0193930878 / 0132056419 / 0199192165 
Email : booking@nailisplace.com
Operation hours: 5pm-2am

Thursday, June 19, 2014

Solaris Dutamas Publika


Assalamualaikum. Alkisah dua minggu lepas liz memang tak duduk diam, asyik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur). Kita skip cerita minggu lepas sebab nak story pasal minggu ni dulu. Semalam iaitu hari Rabu liz dapat 1 invitation interview untuk position ***** dekat sebuah company yang supply medical devices. HQ company ni based dekat Singapore dan ada beberapa branch offices dekat Malaysia, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Philippines.

Job scope dekat sini more to admin manakala liz pula experienced more in HR. Main job scope lebih kepada support team sales. Liz rasa kerja dekat sini communication skill kena tip top. Kena ramah-tamah sebab handle incoming outgoing calls dari clients. Kena keluar juga untuk jumpa vendor sebab warehouse ada di segambut. Akan selalu juga ada exhibition di luar. Macam senang je kerjanya kan tapi clients yang kita akan jumpa bukan la golongan yang biasa-biasa. Lagi-lagi nak kena speaking sokmo. Walaupun BI A masa SPM pun kalau dah tak bertutur hari-hari kelaut jugak. Dekat syarikat liz kerja sekarang liz banyak guna Mandarin, bolehlah asah balik lidah ni. Masa dekat Uni dulu lama juga tak bertutur dalam mandarin. Harapkan kelas sejam dua dalam seminggu memang tak cukup. Sama juga dengan BI, tak payah tunggu nak dapat A pun untuk fasih bertutur. Kena rajin cakap je.

Untuk pertama kalinya liz jejak kaki ke Solaris Dutamas Publika. Shopping Mall yang macam gallery dan banyak foreigner dekat situ. Rata-ratanya dekat situ "office attire" dan membuat aku kecut perut bila melangkah dekat situ. Diorang bukan pakai office attire biasa-biasa. Dah kalau keluar makan pun pakai blazer pakai coat. Seram juga!! 

Contohnya macam jejaka hensem di bawah. Penuh karisma dia makan tau. Hensem pulak tu. Kena sensor risau pula kena SUE upload gambar tanpa izin ni.


Susah sangat nak cari parking dalam ni. Kalau u all's datang jam 11 12 macam tu haah ~~~ memang akan nampak parking reserved sahajalah banyak kosongnya. Yang tak reserved nya FULL. Masa dah sampai ni melilau juga cari mana Blok B. Sambil melilau tu berselisih dengan orang yang sibuk nak pergi lunch. Macam pendapat liz sendiri, liz suka sampai awal supaya cari tempat tu dulu, bila dah jumpa baru tenang rasa hati nak jalan-jalan ke nak berjimba ke kalau lah sempat kan.

Then liz turun cari tempat nak lunch. Rasanya macam dah tak larat nak keluar lunch jauh-jauh dan masa tu jam pun dah pukul 1.15 btw interview pukul 3. Tapi untuk diri liz sendiri liz tak suka rasa kelam-kabut. Bila rasa kelam kabut tu akan buat liz rasa nervous. Nampak Nandos dekat tepi escalator rasa macam mudah nak bergerak ke Block B semula nanti. Risau sesat la katakan.

First time okeh masuk Nandos. Inipun boss yang bawa masuk sini. Dan mujurlah dia sanggup balik dari Kerteh ke KL untuk hantar liz hadir interview ni. Segan juga nak minta tolong boss, mulanya nak datang dengan teksi je ke minta mak teman. Okeh sebut pasal Nandos. Liz memang tak pernah makan Nandos. So i dnt know how to order. Biasa dengan Kenny Rogers je. Sebab ayam Kenny Rogers ayam dia besar urk tapi muak juga. Masa tunggu makanan liz sampai, sempat la juga perhatikan orang depan liz ni. Dia makan sangat slow. Seriously liz boleh rasa yang dia tak kenyang sebab masa dia makan, dia suap pun sikit-sikit je dan paling kelakar liz perasan mimik muka dia berkerut masa nak cut chicken tu into small pieces. Kesian dia tau. You all tak kesian ke? Krik~ Krik~


See!! Kecik! Ayam yang sangat kurus untuk liz santap.

Ni boss punya. Tak sah kalau takda nasi untuk lunch. 

Fuyoo dia makan sangat clean. Liz punya tak payah tengoklah, bersepah! Serius segan dengan bos. Liz  lapar tapi campur dengan gementar sikit-sikit nak interview campur dengan suasana yang sangat high class. Urk buat liz rasa buat serba serbi tak kena. Masa ni la bos tanya "are you sure you can overhaul your lifestyle yang macam ni? kerja I think you can do but lifestyle yang macam ni. Solaris Dutamas." Sambil gelak-gelak. Macam siot je bos ni. Dia lagi suggested kalau liz kerja dekat Klang dengan company logistic "Century". Sebelum datang sini, bila liz bagitahu bos pasal tempat ni pun dia dah gelak-gelak. He said "dalam kalangan engineer sendiri walaupun gaji 5 6 K ada yang tak boleh ikut lifestyle macam ni. And Im not suggested you working here. Tapi takpelah datang interview untuk test market your value of experienced macam mana.

 Sempat selfie sebelum ready for interview - 3 pm. Liz kalau nampak cermin besar alam macam ni tak sahih tak bergambar. Dan kebanyakkanya dalam tandas. Krik ~ krik ~  Tapi setuju tak kalau liz kata tandas ni cantik? Dekat KLCC pun tak macam ni tau.

Okeh masa melangkah je masuk. Tekan intercom dan say "Hi Im Yusmarliza come for interview!" Lebih kurang macam tulah. Then assistant dekat situ bagi liz borang isi detail dekat bilik discussion. Lepak la sesorang dekat situ isi borang. Seronok isi borang tu sebab tak complicated. Siap tanya hobbies dan side income. Liz siap tulis la hobby liz blogging and buat part time business. Lepas dah isi tu liz bagi borang tu semula pada assistant situ. Then lepas beberapa minit, interviewer tu datang. Hulurkan tangan said "Hi im Sophea" Fuhh cantik nya kakak ni.  

"Hilang fokus saya tau. Saya tengok perempuan cantik memang boleh buat tergamam. Walaupun dia bukan celebrity."

Seperti biasa. Kakak cantik ni akan mintak kita introduce diri kita. Dan liz rasa introduction memang sangat panjang. Lepas tu tak ingat bila dia mencelah tanya pasal hobbies liz. Siap cerita lagi pasal blogging la, pasal event la. Pasal review product la buat entry la. Lepas bila sebut pasal business, sempat pulak liz cakap nak order bantal boleh la dengan saya. 

Kemudian baru la bergerak kepada soalan-soalan yang berkait dengan pengalaman kerja. Dan job scope dekat situ. Dia tanya Why you want to leave? Soalan-soalan ni normal. Liz jawab je sebab increment and besides tu I love to advance in whatever im doing. Keep open my eyes for any opportunity yang datang.

Masa ni dia ada minta nego salary. Liz faham sebab job scope nya tak begitu susah cuma lebih kepada communication dan juga planning. Tapi pada liz, liz bukan terdesak nak kerja. Sekarang ni liz rasa dah cukup selesa. If yes liz memang nak pindah ke KL, yes i demanding for salary yang macam tu. 

Sebenarnya sangat berbeza dengan individu yang perlukan kerja dan bukan terdesak nak kerja. Dulu masa liz mula-mula graduated memang liz tak kisah pasal salary. Sekurangnya dapat kerja dan gain experienced. Berbeza sekarang bila da ada experienced sikit kita boleh main tarik-tali dengan depa. 

Salary yang dia offer pun banyak sebenarnya cuma when THE PLACE is at PUBLIKA. We need to think twice. Till meet again ye Publika. Setakat sini saja liz share cerita liz pasal semalam.

Engineer yang STRESS bila gt a call from boss asked him going back to Kerteh ready for inspection. 
Mampu gelak je la.


 Okeh last sekali before balik Lipis. Wefie dengan business partner. Thanks a lot sebab hantarkan liz interview dekat Solaris Dutamas. Phewww!















Friday, June 13, 2014

Jom Lecka-Lecka di hujung minggu nanti.





Antara
Gelato flavours:
  • Raspberry
  • Mocha
  • Oreo cream
  • Crème brule
  • Strawberry Cheesecake
  • Chocolate Peanutbutter
  • Vanilla
  • Nockies
  • Tiramisu
  • Mango
  • Strawberry
  • Chocolate
  • After 8
  • Ferrero Rocher
  • Butterscotch
Milkshake or smoothie flavours:
  • Strawberry
  • Kiwi
  • Mango
  • Cookies
  • Oreo
  • Chocolate

Valid at:

Lecka-Lecka, eCurve
Lot 210 (ii), 2nd Floor, Cineleisure Damansara, No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Lecka-Lecka, Wangsa Walk Mall
Lot 2.02A, 2nd Floor, Wangsa Walk Mall, No. 1, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Lecka-Lecka, The Mines
Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Lecka-Lecka, Sungei Wang Plaza
Lot KG-1, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Phone: 03-6274 9900
Facebook: Lecka-Lecka

Pengalaman Pertama Beli Kereta #Part 3


Assalamualaikum semua. Macam tak percaya je liz dah seminggu lebih tak berhupdate blog. PV pun menurun juga. Rasa tidak lah lama mana liz tak hupdate. Main rasa-rasa ni memang tak bagus sebenarnya. Haish okeh!! Hari ni liz nak sambung cerita pasal pengalaman liz beli kereta. Panjang betul kisahnya. Yes! Memang panjang lagi-lagi yang baru pakai kereta sendiri macam liz ni.

Alhamdullilah liz dah dapat kereta. Kemahen lama kan, sebab lepas je selesai dengan Bank, Proton pula akan mainkan peranan seterusnya. Hantarkan kereta liz ke Puspakom, check itu ini. Daftarkan No Flat kereta liz.

Tiba-tiba nak sentuh huruf dibelakang. D untuk? Haha bukan Dato ke Datin okeh. Tak da kena mengena dengan yang mungkir janji. Kelakar sangat masa dapat gambar ni tru wassap. Sekarang mestilah dah melekat dekat kereta. Wink Wink.

Nak tahu warna apa? Kena tunggu next post. 
Boleh baca kisah pengalaman | part 1 | part 2 |


Wednesday, June 4, 2014

"Giveaway Jun by Syira Lokman"



http://syiralokman.blogspot.com/2014/06/giveaway-jun-by-syira-lokman.html


Assalamualaikum. Jom la kita beramai-ramai join GA Jun by Syira Lokman ni. Kalau bulan May liz jadi sponsor tetapi bulan ni liz pulak menyertai. Nak jugak menang hadiah. Klik je bannar tu untuk join okeh.

Semoga liz berjaya dapat hadiah dari sponsor-sponsor yang memang awesome la hadiahnya.


Bazaar BayaHista 2014



Assalamualaikum. Semalam liz dah war-warkan di Facebook mengenai Bazaar BayaHista yang bakal berlasung pada hari Sabtu dan Ahad ni. Program Bazaar Bayahista 2014 ini dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan bahawa program anjuran pergerakan tersebut julung kali diadakan sebagai galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dan bersaing dengan usahawan sedia ada.
~Sumber Umno Onlin~



Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen oleh 10 pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik, pertunjukan fesyen karya pelajar tahun akhir jurusan tekstil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), persembahan daripada artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian.

Mesti ramai dah excited sangat-sangat kan nak pergi? Ini masanya sambil nak survey-survey baju raya ke shawl raya ke. Banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat melalui Bazaar BayaHista ni.


 Masuk percuma. Boleh jumpa artis. Boleh jumpa Blogger FashionLista. Ketiga-tiga blogger ni ialah icon fashion liz. Love them so much. Boleh jumpa liz. Krik krik~~ krik krik~~. 
*Tah siapa-siapa liz ni.

Akan ada juga pertunjukkan fesyen dari Butik-Butik yang sangat awesome!!! Antaranya ialah :
Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh:
-Butik EjaShahril Collection*
*Kakak yg pernah buat bengkel make up. Orang lipis tau. Proud to know you sis. *
-Sarung Anggun
-Ammara
- Minaz 
-EimanDamia
- HijabellaSafiyya
 -Hijria Home
 -Awni
 -Leeyana Rahman dan 
-Atika Exclusive
Semua nama-nama yang tidak asing lagi di dalam perniagaan dalam talian. Jadi tunggu apa lagi!! Jom kita memeriahkan program ini. Nak jumpa Liz? Hah boleh jumpa di sana juga. Ada macam-macam tutorial kita akan buat nanti. Macam-macam slot ada. Berbicara tentang shopping tanpa boros. Hah nak tahu tips nya? Kenalah datang dan dengar!!
 Ada yang nak jadi model? Inilah masanya untuk you all tunjuk bakat you all ni. Casting akan diadakan. Jangan segan-segan. Cuma perlu senyum je. Pakaian menutup aurat tau. Selamat berjaya kepada semua yang ingin mencuba nasib.  Sehingga berjumpa ye. Tak sabar ni nak tengok fashion-fashion terbaru ni.

Tuesday, June 3, 2014

Pengalaman Pertama Beli Kereta #Part 2


Assalamualaikum. Alhamdullilah semua urusan bank sudah pun selesai. Cuma ada beberapa perkara yang liz perlu buat semakan. Down payment pun selesai bayar. 10% dari harga kereta. Liz sebenarnya bukanlah pandai sangat bab-bab membeli kereta ni. Diskaun tu mungkin tak dapat la cuma apa yang boleh kita dapat ialah FREE GIFT. Free Gift yang kita dapat akan berbeza sebab bergantung kepada sales man or sales girl yang kita berurusan tu.

Jadi rajin-rajinkanlah bertanya kepada kawan-kawan yang dah beli kereta. Di mana dan apa Free Gift nya nanti. Waktu ni lah skill bodek membodek perlu diasah.  Masa liz bertanya pada sales man dekat Mentakab dulu liz dapat akan dapat ini if beli kereta dengan dia:

1. Payung
2. Minyak Full Tank
3. Steering Lock
4.Voucher Tinted RM150

Berbeza dengan di Klang. *Sebab kawan yang tolong rekemankan dan sebab dia juga yang banyak tolong uruskan untuk liz. Thank you. #27 Liz dapat ini:

1. Payung
2. Steering Lock
3. Voucher Tinted RM250
4. Smart Tag
5. Card Touch & Go
6. Minyak RM50 *liz yg gedik bodek
7. Dapat wang tunai RM300 *Special hasil konspirasi

Okeh ini hasil idea cerdik pandai kesayangan liz #27. Kawan liz memang banyak sangat tolong liz itu ini. Jasa dia tak terhingga sangat-sangat. Liz stress sikit je, dia cepat-cepat mainkan peranan. I hope i can do the same thing to you bila dalam keadaan sekarang ni. 

Contohnya la kan. Dulu kawan liz beli kereta dengan 'sales person' ni juga. Kemudian sales person ni bagitahu "kalau ada kawan-kawan nak beli kereta, rekeman kan la pada akak. Nanti akak bagi duit poket."
Biasa tak dengar?

Okeh jadi sebenarnya ada banyak kebaikkan nya kita beli melalui orang yang rekemen. Tetapi diingatkan pilih lah kawan macam kawan liz ada ni. Kalau kawan yang sekadar kawan confirm lah korang tak dapat. Ataupun korang share RM300 tu divide 2 dapat juga sorang RM150. *Daripada takda. Dan komisyen rekemen ni berbeza tau mengikut kereta.

Masih tertanya-tanya kan liz beli kereta apa. Sabar ye. Liz tak ambil lagi kereta. Semalam baru hantar masuk JPJ daftar no Flat. Liz pun tak tahu no Flat liz apa. Liz belanja gambar sikit ye. Hihik gambar yang liz dah pos di IG sebenarnya.


Celebrity Follow "Twitter Liyliz Yusof"


Hi Assalamualaikum. Tajuk nya macam tertanya artis mana lah follow twitter liz ni. Malam tadi masa nak tidur email masuk notify daripada Twitter. Liz tengok nama Imran. Biarlah baru tengok semula. Liz memang semak siapa followers yang baru, sebab nak elakkan daripada orang yang tak sepatutnya follow. Almaklum twitter ni medium yang paling best untk ups twets compare Facebook yang boleh mendatangkan banyak isu sensitivity sesama manusia. Melainkan "Engkau stalker tegar nak stalk twets aku dan scroll."


Imran Ajmain follow kite lah. Artis yang famous dengan lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang". 
Macam tak percaya je, ke fake account. Sebab liz tak pernah pun follow account twitter dia. Bhaahaa. Tapi sekarang dah follow dah. #blushing

Boleh follow twitter Imran Ajmain 
Twiiter:  @ImranAjmain

Mana tahu boleh request tahun depan dia nyanyi free kat liz. 
~ Krikk Krikk Krikk ~ 

Sunday, June 1, 2014

Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung


| Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung |  Assalamualaikum kepada semua pembaca yang singgah membaca. Terima kasih. Hari ni liz nak kongsikan kepada semua pembaca kebaikan dan apa yang bestnya guna Safi Shayla ni. Yang paling best dekat semua syampu Safi Shayla ni dia highlight kan "Syampu Wanita Bertudung" rasa special sangat untuk kita-kita yang bertudung ni.


Variasi warna yang menceriakan. Senyum-senyum dan ceria sambil syampu rambut. Terapi diri sambil menggunakan produk. Kan seronok!!


Safi Shayla terdiri daripada empat jenis syampu iaitu:

1. Safi Shayla - Licin Terurus dengan Multivitamin
2. Safi Shayla - Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer
3. Safi Shayla - Anti Kelemumur dengan ZPT
4. Safi Shayla - Kawalan Rambut Gugur dengan Protein.

Safi Shayla juga ada mengeluarkan Penyegar Kulit Kepala dan Perapi Rambut iaitu:

1. Penyegar Kulit Kepala (Scalp Refresher)  - Penyegar Kulit Kepala SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x Habbatus Sauda & Mentol untuk menghilangkan ketidakselesaan kulit kepala dengan efektif  disamping menyegar dan menyamankannya dengan serta merta.

2. Perapi Rambut (Hair Conditioner) - Perapi Rambut SAFI SHAYLA diperkaya dengan 2x Habbatus Sauda menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan Multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus

"SAFI SHAYLA memberikan definisi gaya terkini setiap selendang dengan reka bentuk produk berestetika moden dengan percikan palet warna ceria definisi setiap wanita SAFI SHAYLA – Penuh keyakinan, personaliti menarik dan mendukung kemuliaan diri disebalik “Shayla” mereka."


Antara 4 orang Duta Safi Shayla ni ialah Senior Liz masa dekat UiTM Jengka dulu. Siapa lagi kalau bukan Kak Fatin Suhana (baju pink) dan kepada blogger sudah pasti anda sinonim dengan blog beliau iaitu : http://fatinsuhana.blogspot.com Nak tahu perkembangan terbaru beliau jangan segan-seganlah blogwalking ke sana ye. Walaupun Kak Fatin Suhana ni sedang sibuk membina kerjaya tetapi beliau seorang yang sangat ramah tamah. Sempat juga berWasap-wasap tegur menegur "Hi senior" Hi Junior" Antara role model la bagi liz, cantik pandai dan paling best beliau sedang mencipta nama dalam dunia perniagaan.

Fatin Suhana

Liz sendiri juga pengguna SAFI SHAYLA. Buat masa ni liz menggunakan SAFI SHAYLA - Segar Bermaya (Fresh & Bounce) serta diikuti dengan penyegar dan perapinya. Tak lengkap kalau hanya menggunakan Syampu sahaja, nak hasil yang lebih baik haruslah menggunakan penyegar dan perapinya juga.



Harumannya sangat menyegarkan. Buka saja penutupnya tak sah kalau liz tak hidu dulu. Menaikkan mood tau, walaupun rasa penat lepas balik dari tempat kerja ataupun kuliah tapi itu bukan penghalang untuk kita malas syampu rambut. Ayuh wanita berhijab, walaupun kita tidak bergaya dengan rambut berjurai untuk pandangan umum tetapi kita harus tampil segar dan selesa dengan gaya berhijab kita.

1. Safi Shayla - Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer (Hijau)

Habbatus Sauda mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam. Juga kaya dengan nutrient semula jadi yang menyihatkan, melindungi dan menyihatkan rambut.

Nano Lipid partikel nano yang melindungi setiap helaian rambut agar kekal bermaya walaupun seharian bertudung.

2. Penyegar Kulit Kepala - Ratakan dan urutkan perlahan-lahan selama 1 minit, kemudian bilas.

3. Perapi Rambut - Sapu dan ratakan keseluruh rambut tetapi elakan terkena kulit kepala, kemudian bilas hingga bersih.

4. Keringkan betul-betul. Masa tu nak tidur malam selesa sangat-sangat sebab rambut rasa segar, rngan dan Wangi hingga ke pagi. Kalau bangun tidur tu, rapikan dengan jari je dah boleh. Kalau tak percaya kenalah cuba. Liz dah! Anda bila lagi?

Jangan lupa lawati page mereka di :

                                                                 http://safi.com.my/
                                                https://www.facebook.com/SAFI.MY
                                                   http://instagram.com/safimalaysia