Sunday, June 1, 2014

Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung


| Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung |  Assalamualaikum kepada semua pembaca yang singgah membaca. Terima kasih. Hari ni liz nak kongsikan kepada semua pembaca kebaikan dan apa yang bestnya guna Safi Shayla ni. Yang paling best dekat semua syampu Safi Shayla ni dia highlight kan "Syampu Wanita Bertudung" rasa special sangat untuk kita-kita yang bertudung ni.


Variasi warna yang menceriakan. Senyum-senyum dan ceria sambil syampu rambut. Terapi diri sambil menggunakan produk. Kan seronok!!


Safi Shayla terdiri daripada empat jenis syampu iaitu:

1. Safi Shayla - Licin Terurus dengan Multivitamin
2. Safi Shayla - Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer
3. Safi Shayla - Anti Kelemumur dengan ZPT
4. Safi Shayla - Kawalan Rambut Gugur dengan Protein.

Safi Shayla juga ada mengeluarkan Penyegar Kulit Kepala dan Perapi Rambut iaitu:

1. Penyegar Kulit Kepala (Scalp Refresher)  - Penyegar Kulit Kepala SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x Habbatus Sauda & Mentol untuk menghilangkan ketidakselesaan kulit kepala dengan efektif  disamping menyegar dan menyamankannya dengan serta merta.

2. Perapi Rambut (Hair Conditioner) - Perapi Rambut SAFI SHAYLA diperkaya dengan 2x Habbatus Sauda menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan Multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus

"SAFI SHAYLA memberikan definisi gaya terkini setiap selendang dengan reka bentuk produk berestetika moden dengan percikan palet warna ceria definisi setiap wanita SAFI SHAYLA – Penuh keyakinan, personaliti menarik dan mendukung kemuliaan diri disebalik “Shayla” mereka."


Antara 4 orang Duta Safi Shayla ni ialah Senior Liz masa dekat UiTM Jengka dulu. Siapa lagi kalau bukan Kak Fatin Suhana (baju pink) dan kepada blogger sudah pasti anda sinonim dengan blog beliau iaitu : http://fatinsuhana.blogspot.com Nak tahu perkembangan terbaru beliau jangan segan-seganlah blogwalking ke sana ye. Walaupun Kak Fatin Suhana ni sedang sibuk membina kerjaya tetapi beliau seorang yang sangat ramah tamah. Sempat juga berWasap-wasap tegur menegur "Hi senior" Hi Junior" Antara role model la bagi liz, cantik pandai dan paling best beliau sedang mencipta nama dalam dunia perniagaan.

Fatin Suhana

Liz sendiri juga pengguna SAFI SHAYLA. Buat masa ni liz menggunakan SAFI SHAYLA - Segar Bermaya (Fresh & Bounce) serta diikuti dengan penyegar dan perapinya. Tak lengkap kalau hanya menggunakan Syampu sahaja, nak hasil yang lebih baik haruslah menggunakan penyegar dan perapinya juga.



Harumannya sangat menyegarkan. Buka saja penutupnya tak sah kalau liz tak hidu dulu. Menaikkan mood tau, walaupun rasa penat lepas balik dari tempat kerja ataupun kuliah tapi itu bukan penghalang untuk kita malas syampu rambut. Ayuh wanita berhijab, walaupun kita tidak bergaya dengan rambut berjurai untuk pandangan umum tetapi kita harus tampil segar dan selesa dengan gaya berhijab kita.

1. Safi Shayla - Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer (Hijau)

Habbatus Sauda mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam. Juga kaya dengan nutrient semula jadi yang menyihatkan, melindungi dan menyihatkan rambut.

Nano Lipid partikel nano yang melindungi setiap helaian rambut agar kekal bermaya walaupun seharian bertudung.

2. Penyegar Kulit Kepala - Ratakan dan urutkan perlahan-lahan selama 1 minit, kemudian bilas.

3. Perapi Rambut - Sapu dan ratakan keseluruh rambut tetapi elakan terkena kulit kepala, kemudian bilas hingga bersih.

4. Keringkan betul-betul. Masa tu nak tidur malam selesa sangat-sangat sebab rambut rasa segar, rngan dan Wangi hingga ke pagi. Kalau bangun tidur tu, rapikan dengan jari je dah boleh. Kalau tak percaya kenalah cuba. Liz dah! Anda bila lagi?

Jangan lupa lawati page mereka di :

                                                                 http://safi.com.my/
                                                https://www.facebook.com/SAFI.MY
                                                   http://instagram.com/safimalaysia















6 comments:

Sis Vee said...

kebanyakan syampoo utk kelimumur tak berkesan pun ... mungkin blh cuba yg ini

Nadia Johari said...

ramai yang dah cuba..akk pun nak cuba yang kelemumur jugak

khairul asrol said...

hanya mampu tersenyum apabila tak jumpa profile liz kat fb. kenapa eh? :)

muja said...

aku pun baru start guna ni syampu shayla ni,, memang best giler ar,, jauh beza ngan si pantene,,, hehehe

ps- nape letak lagi blog irene kat bloglist.. dah private dah blog dia,, hee

Liyliz said...

Cb tau jgn x cb

Liyliz said...

Kne la jg rmbut, ko kn nk nikah da haha