Saturday, August 16, 2014

Cabaran dan dugaan sebagai Human Resources


Assalamualaikum.
15 Ogos 2014 dugaan kesabaran hati bila liz balik dari kerja tengok kereta liz dicalarkan. Ini ialah kali kedua terjadi. Kereta liz baru 3 bulan tapi calarnya bukan sebab accident. Ianya perbuatan khianat. Liz tak suka nak tuduh sesiapa walaupun ada maklumat yang nampak 'siapa-siapa' yang buat.

Ramai yang tanya
: "liz kerja apa, sampai ada orang sanggup buat macam tu?" "Ada buat orang sakit hati ke?"
Me
: HR. (Human Resources) apa yang pasti bila setiap kali berlaku kes dalam tempat kerja. Mesti kereta jadi mangsa untuk mereka lepaskan rasa tidak puas hati. Dan ada yang akan tanya HR dekat mana ni sampai macam tu sekali perangai orang-orang sana.
Culture : Retail (Mall/pasaraya besar) / Kilang
Pasti ada berlaku perkara macam ni. Dan itulah cabarannya. Liz boleh je senyap dan butakan mata bila nampak berlaku jenayah curi atau masalah disiplin dalam tempat kerja. Tapi liz bukan jenis yang nak makan gaji buta dan lepas tangan. Till forever pun ill do the right thing and stick with it.

Tapi pada liz kerja itu tanggungjawab. Selain payroll dan segala kebajikkan pekerja. Disiplin pun apart of it. Memang terbukti si ABC bersalah. Perkara ni dibawa ke pihak atasan. Terbukti bersalah. Kena buang kerja. Dan yes! Khianat dan perasaan dendam tu pasti liz yang kena tempiasnya. 
Tapi kalau jadi HR dalam company cultural yang berlainan, lain pula cabarannya.

Semua kerja ada cabaran. Yang paling penting ialah hati dan niat kita buat kerja. Kadang-kala ada rasa malas nak ambil tahu masalah bahagian front line. Rasa nak buat tak endah je pada laporan itu dan ini. Tapi dekat mana lagi pekerja boleh mengadu kalau bukan dengan HR. Dan bila kita terima laporan tak kan masih nak buat tak tahu.  Pada orang-orang yang rasa liz ni nak dengki dengan mereka atau rasa liz ni sabotaj ke. Terpulang. Tapi kalau tak buat salah semua ni pun tak kan jadi. Masing-masing ada peranan dalam syarikat ni.
Ada yang akan kata "u janganlah garang sangat, janganlah strict sangat. Tak elok check bag orang, check barang personal orang."
Ya Rabbi wahai sekalian manusia. Tahu tak retail macam mana. Dalam tempat kerja ni terlalu banyak barang untuk dijual. Sifat kelicikkan manusia juga ada pelbagai. Sorok baju dalam kotak, letak lipstick dalam purse. Macam-macam lagi.
Ada juga yang kata "Balik kerja pun kena body check. Macam waktu perhimpunan sekolah." Jadi lebih baik jangan kerja dalam retail. Kita bukan kerja dalam kedai runcit okay. Kita ada ratusan staff.
Ada yang kata "Buatlah pemantauan. Perhatikan dulu." "Tengok cctv." I was like macam nak naik angin dah. Cakap senanglah. Ingat liz ni kerja detective ke nak jadi penyiasat dan perlu tengok cctv dari pagi hingga ke petang.

Untuk langkah-langkah keselamatan. Ayah saudara liz (anjang) minta liz buat laporan. Itupun sebab dia kerja sebagai polis, jadi kalau dah polis sendiri pun kata perlu buat laporan. Yeah I think I should. Perbuatan khianat kali ni hanya calar balar. Kemudian hari kita tak tahu. Mungkin break? Tayar? Tapi untuk semua perkara tu liz mohon dijauhkan.




Alhamdullilah. Masih mampu bertenang dan senyum. Ramai sangat supporter yang pm dan whatapps. Call lagi. Thank you. Thank you. Ada rezeki InsyAllah tak kemana harta benda ni.

2 comments:

Suria Amanda said...

kalau akak ni...kereta kena macam ni...mmg akak nangis giler2...kurang ajar betul..kalau dapa la sapa yang calarkan tu...memang akak calarkan balik dua2 tangan dia mcm calar kat keta tuh...

Nadia Johari said...

kesian adik akk ni..banyak cabaran kerja HR..rasa bukan HR, kalau seseorang dah tak puas hati mesti akn buat..