Sunday, August 10, 2014

Cara Menjadi Ahli THE BODY SHOP


Assalamualaikum.
Hari ni nak cerita pasal The Body Shop sikit. Mesti ramai yang dah biasa dengar dengan jenama ni. Betul tak? Liz pun antara salah seorang pengguna The Body Shop. Barang dia boleh tahan mahal. Tetapi berbaloi sesuai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka iaitu "We believe there is only one way to beautiful, nature's way".

Semua barang-barang The Body Shop ialah daripada bahan semula jadi. Selamat digunakan untuk semua golongan. Tapi sepanjang liz jadi pengguna The Body Shop, tak terfikir pula nak daftar jadi ahli. Alang-alang masa liz pergi The Mines. Liz singgah kedai mereka untuk cari moisturizer. Risau nak pakai moisturizer sebenarnya sebab liz jenis kulit berminyak. Nanti jerawat lagi mudah nak naik.

Pandai betul sales girl ni promote barang dia. Niat nak beli satu dah terbeli dua. Liz beli TEA TREE SKIN CLEARING LOTION untuk kegunaan waktu siang dan TEA TREE BLEMISH FADE NIGHT LOTION untuk kegunaan malam.

Alang-alang dah berbelanja RM100 keatas.
Boleh jadi ahli secara percuma.Antara faedah menjadi ahli The Body Shop ialah:
1. Setiap RM1 ialah 1 point.
2. Dan setiap 150 point kita dapat RM25 baucer.
3. Pada tarikh birthday kita pula setiap tahun dapat 25% diskaun pembelian. Limit 1 K untuk shop. Boleh bawa kawan-kawan. *katanya sambil promote.
 4. Hanya tunjuk IC sahaja bila setiap kali buat pembayaran. #takdakadbodyshop tau.


Kebetulan ada contest pula!!! Siapa nak jumpa Lisa Surihani boleh lah join contest ni. Kalau ada kerajinan InsyAllah nak join juga. Alang-alang kebetulan terbeli over RM100 kan.



  

5 comments:

Suria Amanda said...

Wah mrnarik ni kan.....

cik amal said...

amal minat body shop, tp xtau pulak siap boleh daftar :D

cik amal said...

amal minat body shop, tp xtau pulak siap boleh daftar :D

cik amal said...

amal minat body shop, tp xtau pulak siap boleh daftar :D

Liyliz said...

sama mcm liz cik amal ni lah. hahaks. lepas ni kena lah daftar ye.