Wednesday, June 4, 2014

Bazaar BayaHista 2014



Assalamualaikum. Semalam liz dah war-warkan di Facebook mengenai Bazaar BayaHista yang bakal berlasung pada hari Sabtu dan Ahad ni. Program Bazaar Bayahista 2014 ini dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan bahawa program anjuran pergerakan tersebut julung kali diadakan sebagai galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dan bersaing dengan usahawan sedia ada.
~Sumber Umno Onlin~



Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen oleh 10 pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik, pertunjukan fesyen karya pelajar tahun akhir jurusan tekstil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), persembahan daripada artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian.

Mesti ramai dah excited sangat-sangat kan nak pergi? Ini masanya sambil nak survey-survey baju raya ke shawl raya ke. Banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat melalui Bazaar BayaHista ni.


 Masuk percuma. Boleh jumpa artis. Boleh jumpa Blogger FashionLista. Ketiga-tiga blogger ni ialah icon fashion liz. Love them so much. Boleh jumpa liz. Krik krik~~ krik krik~~. 
*Tah siapa-siapa liz ni.

Akan ada juga pertunjukkan fesyen dari Butik-Butik yang sangat awesome!!! Antaranya ialah :
Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh:
-Butik EjaShahril Collection*
*Kakak yg pernah buat bengkel make up. Orang lipis tau. Proud to know you sis. *
-Sarung Anggun
-Ammara
- Minaz 
-EimanDamia
- HijabellaSafiyya
 -Hijria Home
 -Awni
 -Leeyana Rahman dan 
-Atika Exclusive
Semua nama-nama yang tidak asing lagi di dalam perniagaan dalam talian. Jadi tunggu apa lagi!! Jom kita memeriahkan program ini. Nak jumpa Liz? Hah boleh jumpa di sana juga. Ada macam-macam tutorial kita akan buat nanti. Macam-macam slot ada. Berbicara tentang shopping tanpa boros. Hah nak tahu tips nya? Kenalah datang dan dengar!!
 Ada yang nak jadi model? Inilah masanya untuk you all tunjuk bakat you all ni. Casting akan diadakan. Jangan segan-segan. Cuma perlu senyum je. Pakaian menutup aurat tau. Selamat berjaya kepada semua yang ingin mencuba nasib.  Sehingga berjumpa ye. Tak sabar ni nak tengok fashion-fashion terbaru ni.

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik ni liyliz, thanks for sharing dear...

Lieya Von Jay said...

dekat dh ni boleh sgt nak pergi cuci2 mata :)