Tuesday, June 24, 2014

Jus Tomato Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikkan


Hai Assalamualaikum.
Suka liz hari ni nak share dengan kamu semua tips untuk sihat dan ceria!!! Ramai tak pembaca blog liz yang suka makan sayur? 50-50? Okay takpe-takpe! Jangan risau-risau sebab resepi hari ni, yang tak suka makan sayur pun mesti suka dan lepas ni mesti tak da masalah nak amalkannya hari-hari.

Kalau liz confirm-confirm la tak suka makan sayur. Seminggu boleh dikira macam sekali je makan. Itupun kalau makan, kadang-kadang liz tak berapa gemar sangat sayur ni sebab rasanya macam takda rasa. Boleh dikatakan tidak menaikkan selera makan liz sekiranya berlaukkan sayur.

Tomato

Tomato ni kadang-kadang buat liz keliru. Nak kategorikan beliau sebagai sayur ke buah? Panggilan buah tomato. Takdanya nak panggil sayur tomato. Tapi rasanya tak semacam rasa buah. Setuju tak kan.

Jadi liz cari altenatif lain macam mana liz dapat khasiat original buah tomato ni. Nak makan sebiji sehari pun rasa macam setahun nak habiskan. Fikir-fikir _______________ why not kalau kita try buat juice. Mula-mula liz blend tomato ni dengan sunquick. Rasanya not bad juga. Tapi bila tomato ni masam campur dengan oren sunquick yang manis masam. Urhhmmm rasanya sedap juga tapi ada bau tomato tu masih kuat. Tahu kan bau tomato macam mana? Yuck! Liz tak suka.

Kemudian ___________________ liz cuba lagi sekali buat juice. Blend 2 biji TOMATO campur sikit susu manis 1 ataupun 2 sudu ikut tekak masing-masing okay. Ya Rabbi sedapnya you alls!!! Sedap sangat-sangat tau. Juice yang murah lagi sedap. Buah tomato kan murah je berbanding buah lain nak buat juice. Dan lagi satu you alls tahu tak khasiat tomato ni banyak sangat-sangat tau. Antaranya seperti dibawah:

Sumber dari http://www.puterikasih.com/2014/03/khasiat-tomato-untuk-kesihatan-dan-kecantikan/

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.
2) Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.
3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
4) Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan
1) Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.
2) Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.
3) Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.
4) Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.
5) Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.

Untuk kawan-kawn yang tengah nak diet pun boleh la order jus tomato ye bila keluar makan lunch ke dinner ke. :) sambil tu boleh ajar makcik pakcik kedai tu buatkan. Bila dah cuba nanti jangan lupa sambil minum ingat liz tau. Okay. Love you! Bye.



 

2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Ena suka ratah buah tomato macam tu je. Nanti nak try la rasa jus tomato

Noraizan said...

Makan cam tu je pun sedap..