Thursday, June 19, 2014

Solaris Dutamas Publika


Assalamualaikum. Alkisah dua minggu lepas liz memang tak duduk diam, asyik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur). Kita skip cerita minggu lepas sebab nak story pasal minggu ni dulu. Semalam iaitu hari Rabu liz dapat 1 invitation interview untuk position ***** dekat sebuah company yang supply medical devices. HQ company ni based dekat Singapore dan ada beberapa branch offices dekat Malaysia, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Philippines.

Job scope dekat sini more to admin manakala liz pula experienced more in HR. Main job scope lebih kepada support team sales. Liz rasa kerja dekat sini communication skill kena tip top. Kena ramah-tamah sebab handle incoming outgoing calls dari clients. Kena keluar juga untuk jumpa vendor sebab warehouse ada di segambut. Akan selalu juga ada exhibition di luar. Macam senang je kerjanya kan tapi clients yang kita akan jumpa bukan la golongan yang biasa-biasa. Lagi-lagi nak kena speaking sokmo. Walaupun BI A masa SPM pun kalau dah tak bertutur hari-hari kelaut jugak. Dekat syarikat liz kerja sekarang liz banyak guna Mandarin, bolehlah asah balik lidah ni. Masa dekat Uni dulu lama juga tak bertutur dalam mandarin. Harapkan kelas sejam dua dalam seminggu memang tak cukup. Sama juga dengan BI, tak payah tunggu nak dapat A pun untuk fasih bertutur. Kena rajin cakap je.

Untuk pertama kalinya liz jejak kaki ke Solaris Dutamas Publika. Shopping Mall yang macam gallery dan banyak foreigner dekat situ. Rata-ratanya dekat situ "office attire" dan membuat aku kecut perut bila melangkah dekat situ. Diorang bukan pakai office attire biasa-biasa. Dah kalau keluar makan pun pakai blazer pakai coat. Seram juga!! 

Contohnya macam jejaka hensem di bawah. Penuh karisma dia makan tau. Hensem pulak tu. Kena sensor risau pula kena SUE upload gambar tanpa izin ni.


Susah sangat nak cari parking dalam ni. Kalau u all's datang jam 11 12 macam tu haah ~~~ memang akan nampak parking reserved sahajalah banyak kosongnya. Yang tak reserved nya FULL. Masa dah sampai ni melilau juga cari mana Blok B. Sambil melilau tu berselisih dengan orang yang sibuk nak pergi lunch. Macam pendapat liz sendiri, liz suka sampai awal supaya cari tempat tu dulu, bila dah jumpa baru tenang rasa hati nak jalan-jalan ke nak berjimba ke kalau lah sempat kan.

Then liz turun cari tempat nak lunch. Rasanya macam dah tak larat nak keluar lunch jauh-jauh dan masa tu jam pun dah pukul 1.15 btw interview pukul 3. Tapi untuk diri liz sendiri liz tak suka rasa kelam-kabut. Bila rasa kelam kabut tu akan buat liz rasa nervous. Nampak Nandos dekat tepi escalator rasa macam mudah nak bergerak ke Block B semula nanti. Risau sesat la katakan.

First time okeh masuk Nandos. Inipun boss yang bawa masuk sini. Dan mujurlah dia sanggup balik dari Kerteh ke KL untuk hantar liz hadir interview ni. Segan juga nak minta tolong boss, mulanya nak datang dengan teksi je ke minta mak teman. Okeh sebut pasal Nandos. Liz memang tak pernah makan Nandos. So i dnt know how to order. Biasa dengan Kenny Rogers je. Sebab ayam Kenny Rogers ayam dia besar urk tapi muak juga. Masa tunggu makanan liz sampai, sempat la juga perhatikan orang depan liz ni. Dia makan sangat slow. Seriously liz boleh rasa yang dia tak kenyang sebab masa dia makan, dia suap pun sikit-sikit je dan paling kelakar liz perasan mimik muka dia berkerut masa nak cut chicken tu into small pieces. Kesian dia tau. You all tak kesian ke? Krik~ Krik~


See!! Kecik! Ayam yang sangat kurus untuk liz santap.

Ni boss punya. Tak sah kalau takda nasi untuk lunch. 

Fuyoo dia makan sangat clean. Liz punya tak payah tengoklah, bersepah! Serius segan dengan bos. Liz  lapar tapi campur dengan gementar sikit-sikit nak interview campur dengan suasana yang sangat high class. Urk buat liz rasa buat serba serbi tak kena. Masa ni la bos tanya "are you sure you can overhaul your lifestyle yang macam ni? kerja I think you can do but lifestyle yang macam ni. Solaris Dutamas." Sambil gelak-gelak. Macam siot je bos ni. Dia lagi suggested kalau liz kerja dekat Klang dengan company logistic "Century". Sebelum datang sini, bila liz bagitahu bos pasal tempat ni pun dia dah gelak-gelak. He said "dalam kalangan engineer sendiri walaupun gaji 5 6 K ada yang tak boleh ikut lifestyle macam ni. And Im not suggested you working here. Tapi takpelah datang interview untuk test market your value of experienced macam mana.

 Sempat selfie sebelum ready for interview - 3 pm. Liz kalau nampak cermin besar alam macam ni tak sahih tak bergambar. Dan kebanyakkanya dalam tandas. Krik ~ krik ~  Tapi setuju tak kalau liz kata tandas ni cantik? Dekat KLCC pun tak macam ni tau.

Okeh masa melangkah je masuk. Tekan intercom dan say "Hi Im Yusmarliza come for interview!" Lebih kurang macam tulah. Then assistant dekat situ bagi liz borang isi detail dekat bilik discussion. Lepak la sesorang dekat situ isi borang. Seronok isi borang tu sebab tak complicated. Siap tanya hobbies dan side income. Liz siap tulis la hobby liz blogging and buat part time business. Lepas dah isi tu liz bagi borang tu semula pada assistant situ. Then lepas beberapa minit, interviewer tu datang. Hulurkan tangan said "Hi im Sophea" Fuhh cantik nya kakak ni.  

"Hilang fokus saya tau. Saya tengok perempuan cantik memang boleh buat tergamam. Walaupun dia bukan celebrity."

Seperti biasa. Kakak cantik ni akan mintak kita introduce diri kita. Dan liz rasa introduction memang sangat panjang. Lepas tu tak ingat bila dia mencelah tanya pasal hobbies liz. Siap cerita lagi pasal blogging la, pasal event la. Pasal review product la buat entry la. Lepas bila sebut pasal business, sempat pulak liz cakap nak order bantal boleh la dengan saya. 

Kemudian baru la bergerak kepada soalan-soalan yang berkait dengan pengalaman kerja. Dan job scope dekat situ. Dia tanya Why you want to leave? Soalan-soalan ni normal. Liz jawab je sebab increment and besides tu I love to advance in whatever im doing. Keep open my eyes for any opportunity yang datang.

Masa ni dia ada minta nego salary. Liz faham sebab job scope nya tak begitu susah cuma lebih kepada communication dan juga planning. Tapi pada liz, liz bukan terdesak nak kerja. Sekarang ni liz rasa dah cukup selesa. If yes liz memang nak pindah ke KL, yes i demanding for salary yang macam tu. 

Sebenarnya sangat berbeza dengan individu yang perlukan kerja dan bukan terdesak nak kerja. Dulu masa liz mula-mula graduated memang liz tak kisah pasal salary. Sekurangnya dapat kerja dan gain experienced. Berbeza sekarang bila da ada experienced sikit kita boleh main tarik-tali dengan depa. 

Salary yang dia offer pun banyak sebenarnya cuma when THE PLACE is at PUBLIKA. We need to think twice. Till meet again ye Publika. Setakat sini saja liz share cerita liz pasal semalam.

Engineer yang STRESS bila gt a call from boss asked him going back to Kerteh ready for inspection. 
Mampu gelak je la.


 Okeh last sekali before balik Lipis. Wefie dengan business partner. Thanks a lot sebab hantarkan liz interview dekat Solaris Dutamas. Phewww!















1 comment:

Melastik Bintang said...

boleh kena saman ni upload gambar orang lain..hehehhe....