Friday, June 27, 2014

Jus Timun


Assalamualaikum. Hai hari ni liz share juice yang sangat menyegarkan tekak lagi-lagi musim panas. Jus Timun atau bahasa mengada liz "cucumber juice". Mengada dalam blog sendiri tak salah. Tak menganggu jiran tertangga pun. Cuma yang suka mengganggu tu, mohon berhentikanla tabiat anda. Anda bahagia? Saya juga mahu bahagia. :)

Mudah sangat-sangat nak buat tau kawan-kawan. Mestilah kena ada TIMUN. Timun ni khasiat nya pelbagai. Jadi agak-agaknya berapa kali sebulan kamu semua makan timun? Macam liz wajib dalam sebulan 4 kali. Tapi cara liz bukanlah dengan memakannya mentah-mentah.


Bahan-bahan:
1. Timun
2. Susu

Cara-caranya:
1. Potong dan blend kan sebiji timun.
2. Kemudian tapiskan.
3. Campur susu 1 atau 2 sudu. Macam liz 1 sudu je sebab timun ni dah manis. Berbeza dengan Juice Tomato sebab masam sikit.
4. Letak ais. Sedapnya!!!!

Jomlah minum kerana ia mampu membantu merendahkan tekanan darah dalam badan kita. Elok untuk kulit juga. Jomlah join cabaran liz untuk sihat dan cantik liz.


No comments: