Monday, September 8, 2014

Bila borang permohonan kerja ramai 'Status JANDA'


Assalamualaikum.

Aku secamam seram bila semak borang permohonan kerja yang aku terima.  Ramai status nya JANDA ataupun Ibu Tunggal.  Aku sendiri faham bagaimana rasanya seorang ibu itu besarkan anak tanpa suami di sisi. Walaupun aku belum berkahwin dan mempunyai anak.

Dan mereka-mereka ini masih lagi muda. Berusia dalam lingkungan 19 tahun - 35 tahun.  Adakah faktor berkahwin muda? Faktor ekonomi? Faktor tidak sefahaman?  Perkahwinan sekarang boleh diselesaikan dengan cara bercerai.  Itu yang aku lihat dengan mata kasar aku. Ada sedikit masalah sahaja mereka lebih gemar mengambil langkah untuk membawa haluan masing-masing dan mangsa keadaanya adalah anak.

Aku sendiri belum bersedia berkahwin. Yeah mungkin didorong oleh persekitaran bila aku tengok  rakan-rakan yang sudah bertunang dan berkahwin. Well CINTA la sangat kononnya. Tapi itukah faktor untuk harungi kehidupan? Entah aku pun tak tahu.

Tapi ramai sangat yang berstatus janda dalam usia yang sangat muda. 19 tahun janda dan mempunyai anak 1. Susah aku nak percaya di zaman sekarang ni pun masih ada kes macam ni.

Bila dah bekerja mula rasa kebebasan sana sini. Peroleh pendapatan sendiri. Lain pula ceritanya. Bersuka ria sehingga terabaikan anak pula.  Totally not agree get married at the early age lah okay.



 

No comments: