Tuesday, September 23, 2014

Tempat Makan Menarik Di Sentul "AR STEAK"


| AR STEAK SENTUL | Go for Western Food lagi!  At first nak try Muslim Wersten Food dekat Klang, berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi tetapi memandangkan my mood is like thunder storm yang tengah aktif. AA terus ke KL bawa liz cari supplier.  Senyap seribu bahasa dalam kereta. My mogok day! Nak tahu sebab apa? Mana boleh, adalah rahsia tau.  Okay fokus-fokus nak cerita pasal AR Steak ni.

Lokasinya adalah seperti berikut : 
Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Masa nak balik ke pahang, AA tanya nak makan dekat mana. Liz just jawab tak kisah as long as ada western food.  Mujurlah sangat laluan nak keluar dari KL ke Pahang akan lalu Sentul. Dia tanya lagi okay nak pergi Naili's Place tak? Liz terus cakap tak nak. Cerewet kan liz ni! Mujur juga lah ternampak AR STEAK restaurant ni. Masa ni dahlah hujan. Hujan lebat okay. Kalau nak baca pasal Naili's Place boleh click sini.
Sampai-sampai je terus cari tempat duduk. Dan perkara pertama AA cakap "Jom duduk dekat tempat ada air terjun tu, tolong ambil gambar sekali dan buat caption 'Crying at Aeon Bukit Tinggi meleleh-leleh likes watersfall.' "  Lepas tu dia gelak-gelak.


Tempat ni ramai memang ramai orang.  Walaupun hujan lebat, mungkin lokasinya berhadapan dengan kawasan rumah flat, apartment dan kawasan perumahan. Lokasi yang mudah orang nak jumpa. Suasana dalam restaurant ni pun seronok. Banyak lampu-lampu. Dan paling kelakar bila AA cakap "Pergi tengok toilet dia ... BEST! Perbuat daripada kayu." Masa tu dalam hati sempat juga kutuk, takda benda lain ke nak puji, toilet pulak dah.  Sebelum balik liz pergi toiletnya dan yes betul cakap AA, memang best sebab lantainya kayu. Lepastu guna cebok dalam tempayan. Macam dulu-dulu tu. Dah lama tak guna air dalam tempayan tau.  Memang fefeling zaman dulu-dulu.


Menu booknya! 



Dalam ni banyak hiasannya dengan payung. Lampu-lampu. Lebih kurang klasik sikit. Mereka gunakan sarang burung sebagai lampu. Letak bulb lampu dalam sarang burung. Kreatif kan? Tapi terlupa pula nak ambil gambar bila makanan tiba-tiba sampai.

 Jus Belimbing RM3.00 Jus Honey Dew RM3.50

 Chicken Chop RM10.50 (Murah kan?) Memang sedap. Liz suka semua yang ada. Habis makan!

 Chicken Chop with Mushroom Sauces RM11.50. Rasa dia agak creamy. 

 Kentang goreng RM5.00

Banana Split RM5.00 

Hah macam mana? Liz rasa harga memang murah sangat berbanding Naili's Place yang liz pergi dulu. Makanan nya juga lebih sedap sebenarnya dekat sini. Jadi sesiapa yang berhampiran dengan Sentul tu sesuai sangat nak makan sambil relax-relax. Orang detim pun ramai datang makan sini. Bagi yang tak makan western tu jangan risau sebab dekat sini ada makanan ala-ala Thai. Ikan siakap pelbagai rasa pun ada. Tom yam. Kerabu. Makanan panas yang lain pun ada. Ada tempat boleh lepak-lepak. Banyak pondok-pondok untuk makan beradap. Hihi sambil makan tentang-tentang mata bersimpul malu gituh!  Selamat mencuba.









6 comments:

Suria Amanda said...

Wah2..majuk2 tp dpt mkn western...sweet je kan...

Farah Waheda Wahid said...

wahhh boleh cuba ni...

Unknown said...

camne org sentul sendiri boleh x tahu ade tempat camni..hihi..murah lak tu

Mohd Rasul Abu Hanipah said...

food presentation dia memang menarik. tengok time waktu lunch ni memang terliur dibuatnya :D

Mia Kassim said...

Cantiknya hiasan chicken chop tu :)

mujagirl92 said...

mohon bawk aku ke sini nnti.. sobssss