Thursday, September 18, 2014

Layanan Pekerja BSN Semakin Teruk


|BSN KUALA LIPIS| Bank yang semakin tenat dengan sikap dedikasi sebagai pekerja.  Sebelum saya buat keputusan untuk blog kan mengenenai Bank BSN Kuala Lipis saya buat beberapa pembacaan di carian GOOGLE. Rupanya memang ramai dan sudah bertahun-tahun aduan demi aduan di luahkan oleh para pengguna BSN di seluruh negara. Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelangan.  Segan sebenarnya nak aibkan BSN di daerah sendiri tetapi yang pahit itulah kebenarannya.

Bila di luahkan kepada rakan-rakan. Kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan di laman sosial. Ye memang terlalu ramai mengutuk dan mengata mengenai kamu wahai BSN. Kenapa dan kenapa masih tidak mengambil iktibar dan memperbaiki? Dari generasi ke generasi mewarisi carta No. 1 dengan aduan paling banyak? Itukah misi dan visi kamu wahai BSN.

Wahai BSN, tahukah kamu bahawa kamu adalah bank simpanan saya sejak dari kecil lagi. Ketika itu saya baru mula belajar menabung. Sehingga kini sudah bekerja masih cuba untuk setia dengan BSN. Walaupun simpanan tidak selalu ke sana tapi saya tak pernah pun berniat untuk menutup akaun di BSN.

Pakaian para pekerja sudah tampak kemas. Cantik manis dan kacak belaka namun adab dan adat tidak seperti itu. Tidak segan kah pekerja di BSN bila kamu di bandingkan dengan pekerja bank-bank yang lain.

Ye betul kata salah seorang pekerja BSN, kalau tak suka BSN pergi je bank lain.  Tergelak kecil saya di dalam hati. Kata-kata itu dilemparkan kepada seorang pakcik tua yang sedang membebel-bebel kerana kaunter cuma buka 1 sahaja sedangkan penanti-penanti setia kebanyakkannya daripada golongan vateran ini sudah terlalu bosan menunggu. Kalaulah semua gaji orang sektor kerajaan ataupun pencen pakcik makcik yang dah uzur ni diberi pilihan untuk menyimpan bank kesukaan masing-masing. Saya pasti BSN bukanlah pilihan mereka. Jadi wahai pekerja sekalian janganlah terlalu angkuh dengan kata-kata sendiri. Kerana adanya kerja kamu di situ kerana mereka. Kerana adanya pengguna.

Tetapi apa yang kelakarnya BSN ni ada sahaja alasan yang direka sendiri. Untuk golongan vateran bolehlah nak kelenton sana sini. Jangan diberi alasan kerana kakitangan tak cukup sebab pelanggan terlalu ramai. Inikan saya yang datang ketika orang tak ramai pun ada sahaja alasannya. Biarkan kenalan-kenalan sendiri memotong nombor giliran pelanggan yang lain. Haish ini boleh mendatangkan kemarahan.

Alasan paling bernas mereka beri adalah "ini ialah customer yang terlepas nombor". Amboi-amboi sampai dua orang terlepas nombor kah? Ingat saya pekak tak dengar perbualan kamu atau buta tak nampak daripada mana datangnya mereka. Mengamalkan konsep AMBIL NOMBOR DAHULU dan DATANG KEMUDIAN kah?

Email aduan pun telah dibuat pada servicemanager@bsn.com.my entahlah apakah feedback nya nanti. Macam-macam lagi berlaku tadi. Terlalu banyak sangat adab dan kelicikkan sudah sebati dalam diri pekerja BSN ni agaknya. Baik muda mahupun tua yang sudah lama bekerja semuanya mewarisi sikap turun temurun. Yea sikap turun temurun sebab saya yakin ramai pembaca pun boleh agak apa yang saya maksudkan tanpa perlu menulis perkataan negatif tersebut.

Dan baru saya tahu rupanya BSN Kuala Lipis juga pernah mendapat ruang di dada akhabar UTUSAN. Rujuk gambar di bawah. Dan terjumpa pula artikal ni dekat arkib utusan. Tahun 2000. Sekarang 2014. Sebab tu saya kata sikap turun-temurun.


Saya menulis ikhlas sebagai seorang pengguna. Bukan kerana unsur dengki atau sabotaj. Mudahan BSN Kuala Lipis memperbaiki mutu kerja untuk lebih maju lagi ke hadapan untuk masa akan datang. Cubalah ubah persepsi masyarakat mengenai jenama bank anda.

Assalamualaikum.

5 comments:

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

BSN kat mana mana pun sama. Servis teruk lepas tu kalau tanya banyak sikit nak marah tak tentu pasal. Saya pernah tengok seorang peniaga tengking pegawai kaunter BSN pasal cek yang tak beres. Padan muka! Gaji nak buat kerja sambil lewa.

Salam singgah.

Liyliz said...

Apakan daya. Ada yg berkata krana nila setitik rosak susu sebelanga. Ttp rata rata org yg tdk sy knl juga kritik pkra yg sama. Di mana mana shj bsn. Sedih pula rs. Bangunla wahai bsn.

Admin said...

Saya setakat ini agak berpuas hati dengan BSN, sebab setiap bulan mesti akan datang ke BSN Cawangan Parit Buntar untuk temankan mak dapatkan duit pencen arwah abah.

Malah, kalau ikut pengalaman mak saya di BSN Cawangan Batu Gajah, kakitangan mesra dan selalu bantu pelanggan terutama warga emas. Siap tuliskan borang, dan tunjukkan cara-cara nak buka akaun dan macam-macam lagilah.

Mungkin stgh tempat BSN tak berapa bagus, sebabnya tu saya tak pasti, tapi memang ada dgr cerita dan rungutan.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum liy, bertabahnya lahaii kalau pergi tempat orang yang tak beradab ni :(

Einaangel Network said...

Memang slalu dengar dah pasal kes ni... Yang peliknya, xde orang amek tindakan ke?? Kann?