Monday, September 8, 2014

Cara aku bahagikan masa jana side income.


Hi Assalamualaikum kawan-kawan.  Alhamdullilah rezeki business part time liz. Liz tak tahu mana datang minatnya berbusiness ni, mungkin juga dari mak liz. Mak berniaga kuih-muih tapi liz pulak lain ceritanya. Tak minat sangat memasak. Sorry dear future husband sebab liz tak rajin untuk ke dapur. Baru nak berjinak-jinak.

Liz mungkin mewarisi minat nenek. Nenek liz suka benda kraft tangan dan benda-benda yang kreatif. Syukur sangat sebab liz tak sangka tempahan felt pillow liz sekurang-kurangnya akan ada setiap minggu. Paling tak pun setiap bulan tu pasti ada. Cuma sebab liz buat secara part time jadi masa tu agak terhad. Ramai yang tertanya-tanya liz ni kerja apa. Liz sebenarnya kerja sebagai Human Resource Assistant. Kuli je.

Liz kerja dalam industry retail. Walaupun kerja dalam retail ni 6 hari seminggu tapi liz gigih juga adakan masa untuk jana pendapatan sampingan. Bantal yang liz buat ni siap dalam masa seminggu. Habis kerja jam 6 petang. Liz akan mula buat mula pukul 8 malam dan keatas. Liz akan fixed tidur pukul 12. Tak lebih dari pukul 1. Tapi kadang-kadang ada juga masa liz penat dan skip jahit bantal.  Itulah setakat ni kitaran lifestyle liz. Bukan senang nak senang. Usaha tu kena lain macam sikit. Selesai kerja liz dah standby siap-siap bantal ni dalam kereta. Habis kerja je liz hantar COD tapi untuk area kuala lipis sahaja.  Kalau luar area Kuala Lipis tu liz akan pos lah. Alhamdullilah sejak ada kereta ni makin mudah liz nak bergerak dan gunakannya sebaik mungkin. Sebab banyak lagi wishing list liz masih belum tertunai.  Jadi kepada kawan-kawan lain, kalau korang nak jana pendapatan lebih tu boleh sangat cuma cari minat korang tu dalam bidang apa. Ada kawan liz yang buat part time jadi mak andam. Kan seronok macam tu dapat duit untuk belanja tak payah nak tunggu duit gaji.


Ini bantal yang latest liz buat untuk COD.

3 comments:

Tengku Syukri said...

syabas anak muda.. truskan usaha.. i follow u dari belakang naa.. happy for u...

Ezwan Amrin said...

nice craft...buat bisnes ni paling best...nak gk ada bisnes sndiri...InsyaAllah one day.. :)

mujagirl92 said...

aku rindu kau. sekian