Friday, August 31, 2012

Merdeka kah diri ini?


Gagal dan gagal lagi untuk mendapatkan kebahagian itu. Dia milik ku hanya milik ku dan bila Allah telah merancangkan sesuatu yang lain. Maka terimalah hakikat nya wahai yusmarliza mohd yusof, belajar meredhai apa yang berlaku. 

Roommates i need all of you!! 
Aqma i need you!!
You all are my strengths to still be here. It hurts.

Minta maaf kepada pembaca lain, liz tak rasa sesuai untuk describe betapa kecewa nya liz. Yang pasti liz belajar untuk tidak pentingkan diri, walaupun hakikat hanya kepentingan itu yang mampu buat liz bahagia selalu. 

Jangan terlalu sedih. Jangan terlalu kecewa.

Wahai hati, wahai otak, wahai mata.
Cukup lah sampai sini dan hanya di sini.


ye korang ye liz senyum, liz senyum dan cuba senyum.


SALAM MERDEKA







Wednesday, August 29, 2012

Sickness Wednesday


Bangun liz bangun. 
Semangat!! Jangan layan sangat sakit ni, rajinkan juga langkah kaki ke Library baru.

Abang Van: Liz nak ke mana ni?
Liz: Ke ke perpustakaan. 

Bermula lah discussion dengan 3 ahli group lagi. Dah dapat bercakap, aish sakit tu letak tepi dulu. Datang pula abang chik *staff library tu* cerita hal anak hal isteri hal macam-macam. Tanya ini tanya itu, teng teng teng dapat lah no phone pegawai bank rakyat dari abang chik. Sangatlah membantu untuk siap kan assignment ni.

Abang chik: Amik ni hah pegawai ni, hensem, bujang, orang johor, peramah, baik hati.
Kitorang: Huuuuhuuu melopong dengar abang chik cerita itu ini.

Siap semua urusan rasmi ni dalam jam 1230. Tanpa sarapan pagi terus serbu pergi dewan makan untuk makan tengahari. Tak lalu tak lalu.

Bila sakit, Allah tarik 1 nikmat dari kita iaitu nikmat makan. Liz beli air teh ais. Faham tak perut kosong, minum teh ais. Jadi apa? Hah malas cerita.

Duduk termenung tengok kawan makan.

Aqma: Ko tak nak makan ke.
Liz: Takda selera.
Aqma: Makan la bubur tu kan ko suka.
Liz: Aku dah tak suka. 
Aqma: ----------------------------------

Lapar nya perut tapi tekak tak mahu terima. Duduk dan duduk. Capai lah henset dalam beg, text ibu.

(Ma along lapar sangat, tapi tak da selera nak makan semua ni)

Teenung henset tunggu dan tunggu, ibu tak reply. Ok nampak nani makan laksa. Mungkin berselera sikit. Dah bersungguh ni nak makan. Tetiba bau macam laksa ni hanyir sangat. Tapi tengok nani makan laju je, rasa nak menitis air mata bila kita sedar 1 nikmat Allah untuk kita dah di tarik bila kita sakit. Paksa makan, paksa liz paksa juga. 

Sampai bilik. Rehat baru 5 minit. Perut memulas-mulas. Teh ais campur laksa yang masam pedas. Bergaduh-gaduh dalam liz ni.  Jangan makan menu yang macam liz pilih. Pilihan yang sangat tidak cerdik.







Tuesday, August 28, 2012

Tak Suka Rasa iNi


Tak suka tak suka, tak suka rasa ni. Yukkk!!
Tahu tak rasa mual macam nak muntah tak nak muntah tu?
Mula-mula Nuyul kena, hari ni Liz pula yang rasa macam tu.
Please perut, please dada, please tekak, please mulut, please please please.
Jangan buat kita muntah, hari ni hari kedua kita puasa 6.

Kita tak tahu apa punca mulanya.
Kemudian dan kemudian dan kemudian.
Ohh badan masuk angin malam.
Konon tak sejuk, tak memang tak rasa sejuk sebab duduk luar hampir sejam pun rasa nikmat je.
Tapi tah mana datang angin-angin malam menusuk-nusuk dada ni.

Sedawa macam orang tua-tua yang dah uzur sangat-sangat je.
Tak kisah tak kisah tak kisah.
Janji jangan muntah dan jangan muntah.
Muntah itu penat!

Subuh harini sejuk sangat-sangat.
Cuaca Jengka sedang berteka teki dengan musim itu dan musim ini.
Tidak tahan tidak tahan tidak tahan.
Zap zap zap ambil stokin wane pink siap gambar kartun-kartun lagi terus sarung dekat kaki.
Ibu pesan, dekat tempat orang kena pandai jaga diri.
Kena pandai bawa diri.
Kena pandai jaga kesihatan.

Bila kita tak tahu jaga diri sendiri.
Tak tahu sayangi diri sendiri.
Tak tahu ini tak tahu itu.
Macam mana nak jaga ibu bapa nanti?
Macam mana nak jaga suami?
Macam nak jadi ibu yang terbaik?
Macam mana ini macam mana itu.
Dan macam-macam dan macam lagi.



Monday, August 27, 2012

BLue MOnday


Nge~~ Tak sunyi-tak sunyi kita tahu sentiasa ada mereka-meraka yang ku sayang di sisi ini. Seronok pula ada kelas cancel pagi-pagi. Hari ni kita puasa 6 dengan roommates semua. Tak da pe nak story sangat, tapi nak tunjuk yang kita okey. 

See this picture, kita senyum lebar-labar kan kan? 


Nampak berisi tak? Baju ni besar, berat tak naik-naik pun. Saja nak feel jadi orang besar, pakai baju yang saiz nya besar sikit. How do i look? Ok kan? Tak ok? Kisah pulak apa korang kata!

Sunday, August 26, 2012

Mata Ini


Alhamdullilah sampai juga liz ke bilik yang penuh dengan kisah dongengan dan penuh dengan impian kami-kami berlima. Hajat dalam hati dalam kepala tak mahu nak bukak pekung di dada. Seronok sangat-sangat gather dengan roommates, rasa rindu, rasa sebak membuak-buak. Lastly, air mata liz mengalir juga.

Ana: Liz perasan mata liz bengkak.
Liz: :) Sedih Ana, orang buat Liz macam ni. Kenapa sikit ujian dia dah       goyah.

Story-story sikit, Nana sampai. Lagi rasa nak tersedu sedan. Allah sedang uji Liz. Liz terima semua ni. Dah lama tak rasa minggu dengan air mata seolah luka lama muncul semula seperti waktu-waktu yang sulit untuk liz lalui. 

Dan sekarang waktu-waktu itu, kembali semula. Walaupun tidak bercinta, rasa kehilangan satu perasaan tu dalam sangat maknanya buat liz.

Orang-orang yang tak suka Liz, boleh gelak dan ketawa kan Liz dengan kegagalan Liz, Liz mengaku Liz gagal dalam soal hati dan cinta.

Bukan itu kehendak liz, tapi apa yang berlaku semua salah liz. Tiba-tiba rasa takut nak psycho orang lagi. Kebolehan tu ada keburukan juga.

Allah sedang uji cinta ini. Sekirannya dia milik ku, satukan kami, andai dia bukan milik ku, jauhkan dia dariku Ya Allah. Doa itu tak pernah henti meniti di bibir ini, dan oleh itu seorang demi seorang yang mula ada rasa kasih dan sayang pergi dari liz sampai kan kadang-kala takut untuk berdoa mengenai hati dan perasaan. 

Lagi rasa nak nangis. Insyallah liz kuat, perkara yang terbaik selalu datang lambat. Yep prinsip itu yang liz pegang sampai sekarang. 

Hargai orang yang tahu hargai kita liz. Apa yang kita rasa baik untuk kita tak semestinya baik, apa yang kita rasa tidak baik tidak semestinya tidak baik. Hah kak nor, perlu kan akak setiap masa untuk motivate liz. 



Kita tahu pp kita gemok, so tak puas hati pehal!! 
27/8/2012
semalam waktu tahalil, maaf phone di'off ketika ini

Tapi bila time makan-makan, roommates banyak bagi semangat. 
"Liz kena kuat, Allah sedang uji sejauh mana sayang dan cinta liz pada dia" "Liz kena sabar."

Cara nak lupakan masalah: Pasang head phone dekat telinga, putar lagu yang rancak kuat-kuat bak kata gempa bumi pun tak akan sedar.      

--------------------------------

7:59 p.m.

Sharina pula balik, liz tengah sibuk kemas-kemas meja, dia bagitahu sorry tak reply mesej, malam tu kite dah tidur awal, ehh awak mata awak bengkak, ibu nampak tak ni pagi tadi masa hantar? 

Mujur ibu kita tak perasan pun mata kita ni. 



Thursday, August 23, 2012

SEGMENT TOPUP RM5


SALAM ..
Giler giler lama tak join apa-apa contest, fuhh. Semangat plus rajin click-click pula malam ni. SO liz decide untuk join contest ini.



  • buat satu entry pasal segmen ni dan tampalkan banner yang buruk tu dalam entry korang dan linkan  sekali ke sini
  • dah siap tinggalkan link entry korang ke sini
  • tak payah susah-susah nak tag
  • tarikh tamat 23-08-2012

23 Ogos 2012


sabar
sabar itu katanya sebahagian daripada iman
iman itu tiang kepada pegangan diri kita

buruk dahulu
kemudian datang baiknya
rugi dahulu
untung kemudianya

sepi dan sepi
beralah berdiam diri
biar hati tutup lagi
asal happy senang hati (mampu kah?)


Wednesday, August 22, 2012

Aku Bukan Student Law


Pagi 4 syawal, lepas usai solat subuh, memang aku dah tak tidur. Sambung buat assignment. Assignment law walaupun aku bukan student law, aku kena buat assignment pasal criminal case. Syokk lah juga tapi tak syok bila asyik nak kena cari bukti ini bukti itu. 

Bukan kepakaran aku, baru sem ni aku belajar benda alahan ni. Tarikh yang merumitkan hidup dan kerja aku! Ikut hati yang sentiasa ingin mudah, aku nak cari tarikh-tarikh copy paste je. Hah kan mudah macam tu, tapi tidak! Aku kena baca kes tu dari atas sampai bawah, sumber mana aku nak dapat, macam dekat library uitm jengka tu ada buku law pasal kes ni. 

Hello pakcik google lah kan, dan sumber nya most comes from blogspot lah. Nak tak nak aku tak da pilihan, baca kesemua blog-blog yang ada. Tq lah dekat blogger dahulu kala yang rajin menulis kes-kes tersebut. Senang nak retrieved!!

Kiranya assignment aku dah siap kini tepat jam 9 27 AM!! Bye nak tidur!


Friday, August 17, 2012

Belum & Selepas


Pagi-pagi dah buat kajian tentang lelaki sebelum dan selepas. Apa tu sebelum dah selepas? Betul ke lelaki ni selagi belum dapat perempuan yang dia nak tu, sanggup ni buat macam-macam. Cakap je apa semua boleh.

Once guy said macam tu, perempuan pun naik hantu wish ini wish itu. Rasa nak mati pula nanti yang menanggung beban durjana. Pagi-pagi dek rasa ngantok yang melampau tapi tak sanggup dah nak tidur, gagah mata buat aktiviti macam biasa bila cuti panjang. Asal on9 je nampak si Rasyid ni lampu hijau je FB dia. So hoi hoi hoi lah kat situ.

Keluar la topik tanya ini tanya itu, tup tup si rasyid ni tak menjawab soalan, alih-alih dia suruh kita baca blog theotherkhairul tu pulak. Apa ni rasyid tajuk pasal cara jaga bf or suami. Takda kaitan lah uit.

Tetiba pula Rasyid ni jawab soalan liz, "selalunya macam tu, lelaki ni cepat bosan".
Ohh kisah lak aku? Kisah lah. Susah hati ohh hati ini susah.

Bila soalan ni tetiba dah bermain-main dalam benak kepala ni. Ok tak pe, i dah biasa single, tada hal lah dohh. Which better ada or tada?

Contoh:

  

Terus tak jadi merajuk!


Time sedang mengurat-ngurat!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ops beteri dah low! Nanti sambung.



Tuesday, August 14, 2012

Study case -Mona Fendi-


Pagi-pagi puasa yang sunyi sepi dek kerana suasana kekosongan penghuni. Aku pula menghadap laptop study pasal KES MONA FENDI. Kenal tak tu? Artis pop yang menjadi artis kemudian menjadi bomoh kejam.


TARIKH : 9 FEBRUARI 1995

TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN

Friday, August 10, 2012

Alhamdullilah


Salam jam 2 06 a.m. Malam ni before mula study ENT300 liz sebab on9 dulu, kalau tak nanti demam kalau tak on9 sehari walaupun sekejap.

Seronok sangat bila markah test kita dapat yang tertinggi. Tapi tak semestinya kita tinggi sekarang kita akan tinggi seterusnya. Mungkin next test kita di bawah tapi belajar lah besyukur dengan apa kita dapat. Berbahagia dengan hasil yang kita usaha.

Bila kita di atas, Allah uji kita sejauh mana kelekaan kita dalam keadaan yang selesa. Setiap kali nak test, nak kuiz ke liz selalu mesej dekat ibu itu pun bila dah time kedekut kredit sangat dah tu, bila kita bagitahu ibu kita nak text mesti ibu kita doakan kat kita. Itu yang seronok, doa ibu ni tangga kerjayaan untuk anak-anak mereka tau tau tau.

Tapi kalau untuk tangga yang lain? Credit to :
Tq dekat Syazwan bila setiap kejayaan yang liz dapat mesti dapat reward. nge ~~ Giler tak seronok bila tahu ehh ada hadiah, ehh yang ni pun dapat hadiah, ehh ada hadiah lagi.

So mesti nak buat lagi best untuk next test, yelah nak hadiah kan. :)

Wednesday, August 8, 2012

30 Minit < Berbuka




Sebagai seorang perempuan, sifat ingin tahu mengenai seseorang itu sangat tinggi. Lagi-lagi mengenai orang yang kita sayang. Sejauh mana kita pejamkan mata kita, semakin kita cuba juga untuk tahu mengenai kisah silam mereka.

Ada baiknya jangan mula kan 1 cerita kerana wanita tetap akan cuba untuk tahu sampai pengakhir sesebuah cerita itu.

Kita cuba untuk terima dan kita boleh terima tapi kita juga tetap ingin tahu lebih lagi walaupun apa yang bakal kita tahu itu menyedihkan diri sendiri.

Ketabahan di uji.
Keimanan di ukur.
Keikhlasan di bukti.

Selagi dinama manusia, tetap juga lemah bila itu datang nya masalah.

BANTAHAN KAUM WANITA

Cerita ni liz dapat dekat website ni http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html bila tengah-tengah rest study jadi blogwalking lah kijap kan. Jadinya liz nak share input ni untuk semua.

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

Stay Up Late



Jam sudah 1 17 a.m. Masa belum untuk tidur, menghadap laptop dengar lagu, tengok running man, makan-makan, Facebooking dan minum susu. Berat badanku turun lagi 2 KG, ok penat usaha untuk naikkan tapi tetap menurun. So now 44KG, tak kelakar sebab tak tipu.

Biological clock pun dah berubah semula, after jam 9, waktu tidur. Dan berjaga semula bila lepas jam 12 mata segar bugar. Stay up late, buang masa? For sure lah study, last semester should be the most fun with joy.

Bukan dengan keluhan dah keletihan. Letih, letih, letih. Semangat-semangat. Kenapa tulis blog, suka nak kepoh sana sini, tak suka tak payah baca. You are not invited to read pun kalau sakit hati. 

[GALAXY Note 10.1] Introducing Samsung GALAXY Note 10.1

Tuesday, August 7, 2012

Penkid Gaduh


Seronok punya pasal makan makan semalam, sampai sumbat terlebih muatan. Lepas solat Magrib reramai after berbuka dengan cekodok kentang cicah sos. Terus pergi solat, dah solat tu, sesi makan-makan.

Mula menu dengan AIR SODA PINK. Tak pernah pun minum, so ni first time liz juga boleh belajar buat. Makan nasi dengan TOM YAM, TEMPE BERLADA, PERIA GORENG, AYAM MASAK MERAH. Ini pun dah kembpng sangat-sangat dah.

Lepas tu sesi bual-bual jap, sorry no pictures provided to show.  Dah dalam 40 minit macam tu, liz bawa keluar koktail yang liz buat tu. Nyum nyum makan makan lagi. Tengah duk makan-makan terdengar orang gaduh, berlari kitorang intai ikut tingkap.

Rupanya penkid bergaduh rebut perempuan, giler geli. Pakai VIOS, 2 biji lagi tu. Yang datang tu serang tu lak, lelaki sebab marah keluar ngan awek dia. Kata nya kalau tak silap lah, asal ko rampas awek aku. Cam gitu lah. Fuyoo perempuan tu leh pilih penkid dari boyfriend dia.

Lokasi tu area-area sweer APPLE, area rumah kedai. Kitorang intai dari atas lah cite nya. Dah lama mengintai tu, ada sorang penkid perasan. siap say hi kat kitorang. Woo seram lah pula, lari bertebangan lah kitorang. Sambung la semula makan koktail tadi, sambil gosip-gosip.

----------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi ni dah sakit perut, makan campur-campur banyak sangat. Nak kejut syazwan tak sampai hati. Gigih kan la diri on9 isi masa lapang buat teman sakit perut.



Monday, August 6, 2012

Japan government offers scholarships


Assalamualaikum and Hi and a very good morning. OPss Pagi-pagi dah sahur dengan SPAGETTI, tu la duk loghat salam pagi pun dah lagak rasa omputih sangat lah tu kan.

So to share for those who are interested to apply the Japan Scholarships, it is offers to Malaysian under 40 years old to pursuing their master's degree courses in Japan under the Young Leaders' Programme (YLP), beginning next year.

There are five courses will be offers which are :

1.  Business Administration
2.  Law
3.  School of Government
4.  School of local Governance
5.  Medical Administration

This application will be open until Sept 21.  For those who are interested in the business administration course can call the National Chamber of Commerce and Industrial of Malaysia at 03-62049811, for other candidates can call the Public Services Department at 03-8885 3555 (Nor Zahrina)

So please please quickly apply this scholarship. Good Luck.


Thursday, August 2, 2012

yey yey yey my pillow dah sampai


Alhamdullilah. Penantian tunggu binatang ni sampai tersangat lah lama yang amat. Almost 3 months. Ok faham sebab order terlalu banyak.

Pagi-pagi lagi dah excited pergi lagi ke UPK sebab nak tengok kut-kut nama Yusmarliza ni ada tertampal untuk ambil barang kan kan .. Walaupun semalam pagi-pagi dah pergi tengok dekat UPK tapi barang tu tak sampai lagi. Hampa!!!

Pagi ni aish senyum pai telinga dapat bungkusan ni. 



So time tu juga liz buka bungkusan ni dengan tak semena-mena koyak rabak lah kertas-kertas tu.


Apa ada dalam ni? :

Tada ~~~~~~~






Masa buka ni terkejut kijap.. KENAPA LADY BIRD NI HIJAU?
Kite macam jakun kijap tengok lady bird ni sambil nak nangis kerut-kerut. Lepas bunga kecit-kecit kite mintak tada dekat bantal ni. 

Tapi kita ada dapat suprise yang ni pula :


Lady Bird ni nama dia Bito !!

TQ awak for giving me this items. I got the pillow and i got the Flusy toy as well.




Task task task


Tit tit tit tit the sound of the keyboard comes out when it was been entered. Now is 1:23 a.m. and my eyes still keep looking at the screen completing the task given by lecturer.

Presentation slides need to be finish on the time. Avoid delay doing the task. 

Wednesday, August 1, 2012

Oh My English! OST Music Video - Liyana Jasmay & Altimet




Suka sangat-sangat Liyana Jasmay .. Walaupun suara tak da best sangat pun tapi liz suka juga sebab dia ni perwatakan sangat ceria .. Suka lagi tengok dia senyum ..