Wednesday, August 29, 2012

Sickness Wednesday


Bangun liz bangun. 
Semangat!! Jangan layan sangat sakit ni, rajinkan juga langkah kaki ke Library baru.

Abang Van: Liz nak ke mana ni?
Liz: Ke ke perpustakaan. 

Bermula lah discussion dengan 3 ahli group lagi. Dah dapat bercakap, aish sakit tu letak tepi dulu. Datang pula abang chik *staff library tu* cerita hal anak hal isteri hal macam-macam. Tanya ini tanya itu, teng teng teng dapat lah no phone pegawai bank rakyat dari abang chik. Sangatlah membantu untuk siap kan assignment ni.

Abang chik: Amik ni hah pegawai ni, hensem, bujang, orang johor, peramah, baik hati.
Kitorang: Huuuuhuuu melopong dengar abang chik cerita itu ini.

Siap semua urusan rasmi ni dalam jam 1230. Tanpa sarapan pagi terus serbu pergi dewan makan untuk makan tengahari. Tak lalu tak lalu.

Bila sakit, Allah tarik 1 nikmat dari kita iaitu nikmat makan. Liz beli air teh ais. Faham tak perut kosong, minum teh ais. Jadi apa? Hah malas cerita.

Duduk termenung tengok kawan makan.

Aqma: Ko tak nak makan ke.
Liz: Takda selera.
Aqma: Makan la bubur tu kan ko suka.
Liz: Aku dah tak suka. 
Aqma: ----------------------------------

Lapar nya perut tapi tekak tak mahu terima. Duduk dan duduk. Capai lah henset dalam beg, text ibu.

(Ma along lapar sangat, tapi tak da selera nak makan semua ni)

Teenung henset tunggu dan tunggu, ibu tak reply. Ok nampak nani makan laksa. Mungkin berselera sikit. Dah bersungguh ni nak makan. Tetiba bau macam laksa ni hanyir sangat. Tapi tengok nani makan laju je, rasa nak menitis air mata bila kita sedar 1 nikmat Allah untuk kita dah di tarik bila kita sakit. Paksa makan, paksa liz paksa juga. 

Sampai bilik. Rehat baru 5 minit. Perut memulas-mulas. Teh ais campur laksa yang masam pedas. Bergaduh-gaduh dalam liz ni.  Jangan makan menu yang macam liz pilih. Pilihan yang sangat tidak cerdik.







No comments: