Sunday, December 29, 2013

Vitamin A Dr.Ko Skin care [ Bagus untuk REDUCES OIL & PIMPLES ]


Vitamin A Dr. Ko Skin Care | Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.

Hari ni nak blogging pasal VITAMIN A sebab liz tengah consume vitamin A ni sekarang.  Vitamin ni dapat menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. 

Sebelum liz blogging pasal ni, ada juga liz google study jenis jenis makanan yang ada kandungan vitamin A ni.  Dan kalau korang perasan dekat luar sekarang ni banyak sangat produk duk mengempen kata bagus la vitamin A ni untuk kulit. Dan dalam bulan ni ada 3 orang kawan yang promote liz untuk guna produk mereka, dan ada mak cik seorang ni suruh liz guna produk dia dan nak liz jadi testimony dia lagi. Walauwei pandai mereka-mereka ini buat business sekarang ni, kita ni dah boleh jadi bahan uji kaji mereka lagi.

Lagi tak tahan, bila mereka menggunakan ayat-ayat nak takutkan kita.  'Umur sedang adik ni kena start makan collagen tau, nanti lambatkan proses penuaan' nanti berkedut cepat. 'Adik kenapa ada eye bag ni, teruk dah ni. Kena guna produk akak ni' 'Dik ada pimples ni kat pipi ni kena makan benda ni, akak bagi dik dua bulan je mesti hilang, kalau biar ni boleh jadi sopak'.

Positive girl. Rasa down tak agak-agak bila kena face up benda macam ni? Chill dear, dan liz rasa sangat bertuah sebab di kelilingi oleh orang yang sangat supportive. Proses mengenali diri dan bentuk diri.  I just found out 2 years baru ni, liz tak boleh makan seafood, dan baru ni just found out lagi liz tak boleh makan ayam.  Wehhhh tak aci nye, kena makan ikan dan sayuran sahaja.  Nasib baik bukan tahap kena jadi vegetarian! Tapi sebenarnya alahan ni cuma sementara sahaja.

Pisang, tomato, nenas, lobak dan macam macam lagi ada terdapat vitamin A ni. Go study lah girls. SOmetimes rasa kelakar, orang akan kaitkan, anak tunggal ni manja memang la, tak lasak, kena gigit nyamuk dekat pipi pun boleh jadi bengkak selama 3 4 hari.  Im telling you the truth. Bukan kita nak macam ni, tapi nak tak nak kena cari jalan to overcome. Hello girls kut, tipu kata tak suka cantik. Jelus dengan mereka yang lahir-lahir je kulit dah cantik. sobs-sobs.





Advice liz apa kata you all rujuk pada Dr.  sebab apa-apa masalah mereka adalah orang yang paling sesuai untuk dirujuk.  Liz baru sebulan dengan Dr. Ko dan its work.  Kena kerap pakai lipbum tau sebab bibir akan jadi kering.  Kena minum air banyak juga baru la senang vitamin ni nak buat kerja dalam badan kita.  Boleh ke website mereka untuk maklumat lanjut. www.koskinspecialist.com ataupun boleh telepon di talian bawah ni.


Yang paling awesome kalau korang jenis yang busy macam liz ni, kerja dari jam 9 kekadang sampai jam 10 stay up dekat office boleh main whataps je tau dengan Dr. ni, send je picture muka you all, dia akan tengok dan bagi advice dari jarak jauh. Awesome bukan?  Kalau tak dapat datang, misalnya ada masalah untuk ambil ubat ke, boleh emailkan gambar dan repeat order.  Mereka akan pos. Perhh sangat best kan?  If you all students lagi, mintak parents sponsor ye dan tak silap liz ada student price. If you all dah bekerja, gigih sikit naaa cari duit.  Next week akan berjumpa lagi untuk next treatment. Im coming Dr. Ko.




Sunday, December 15, 2013

Adakah perlu lelaki memakai aksesori?



Just tiba-tiba liz come out with this title.  Dan just tiba-tiba terlintas dan terfikir, agak-agak dalam Malaysia ni berapa ramai lelaki yang suka pakai aksesori dekat badan mereka.  Kalau perempuan tu tak usah cakap la, selagi muat jari, selagi muat tangan, atas tudung pun ada aksesori, atas baju lagi, sehingga la ke kaki.  Macam liz suka juga aksesori but I dnt knw how to take care of it, so better dnt.  Ada pun pakai cincin dan gelang yang tak pernah tanggal dari badan sejak mula pakai benda alah ni.  Dan itu pun take time biasakan diri, rasa semacam tak selesa bila ada sesuatu melingkari pada jari.

Tapi zaman sekarang ni pula dah jadi tebalik, kadang-kadang lelaki lebih banyak aksesori berbanding perempuan, pernah tak tengok pakcik-pakcik yang pakai semacam banyak giler cincin dekat jari mereka.  Mata cincin tu pulak besar-besar lepas tu ada macam-macam warna.  Kalau nak salam pun rasa gerun, tercucuk-cucuk kena muka.  Perlu ke lelaki pakai cincin?  Jawapan nya yes, perlu lelaki pakai cincin, lagi-lagi yang nak show off dia tu kepunyaan sesorang. Ehem ehem ehem. Ops tak boleh mengurat ye bangggg.  Tetapi janganlah over macam dukun tu.
 
 
TAK BAGUS!
 
 
 
JOM MARRIED!

Pada pendapat liz aksesori yang paling-paling utama bagi lelaki, liz akan semak ialah “tengok dekat tangan dia ada jam ke tidak.”  Cuba you all trace lelaki yang you all berkawan, how many of them ada pakai jam.  Mesti rasa macam tak kena je, eh now pukul berapa eh. Urk entah dahla yang si perempuan tangan penuh dengan gelang, tanya lelaki, lelaki pun tak da jam. Phewwww.  Macam tak comel jeww!


 
Tumpang Tanya, sekarang pukul berapa?
NGEEeeeeee
 
Perkara kedua ialah BELT.  Well guys, you all beriya nak pakai rantai la nak pakai gelang la itu ini bagai.  Heeeuuw you guys tak perlu, tak perlu semua tu.  Kalau you all pergi jumpa bakal mak ayah mertua so gadis pun kemungkinan rasa semacam tengok you all.  But actually depends, tak semua yang akan berfikiran macam tu.  Ada yang accepted the way you are.  Tapi kalau liz dah jadi ibu, confirm liz reject dia jadi menantu liz.  Cakap bajet macam esok je dapat anak.  Take care perkara asas, contohnya belt tadi, sekurangnya da 2 3 4 ke, katakan you all cuma ada 1 je belt, tiba-tiba pulak rosak. Hah macam mana?  Pakai seluar tanpa belt? Boleh ke you all?  Jangan la nak kata pakai shorts, boxer? Hik segan kita nak cerita macam ni.  Matching the belt is very important sebenarnya.  The buckle should be small, square, round, oval and must be regularly polished to keep it shine.  Alah kemasnya mereka-mereka ini, tak keterlaluan gitoh.   Tiba-tiba tengok alah gambar tengkorak.  Nampak tak yang semua apa you all pakai reflect diri you all seorang yang macam mana. 
 
 
 
 
 
Pakai kasut tak pakai stocking?  Agaknya pelik ke tidak, liz pun tak sure, now trends macam-macam.  Kadang tu Nampak styles juga if tak pakai, lagi-lagi kalau dia pakai shorts then pakai kasut tak pakai stocking.  Rasa macam seksi nya lelaki ni. Phewww sambil kecilkan mata gitoh.   Tetapi kalau pakai seluar slack tu, pakailah ye.  Teringat dulu masa dalam bas, ada terlihat abang ni sangat-sangat macho dah dengan office attire, mungkin baru masuk kerja, bila dia duduk liz terpandang stocking dia warna putih.  Alahhhh spoil la abang ni, mungkin abang ni tak tahu kut kalau stocking putih are meant for sports use only.  Better pilih dark colour and it should match with the color of your slacks not your shoes.



Ini antara aksesori yang liz perasan lelaki selalu tak ambil kisah.  Its depend pada diri sendiri samada you all kisah atau tak kisah.  One more thing, it is basic thing,  kemungkinan untuk perkara seremeh ini boleh buat you all disalah tafsir oleh orang lain.  Well beb, that’s why orang selalu pesan first impression sangat penting. 


I just wrote my opinion.  Just an opinion.  Happy reading yoals.

Friday, December 13, 2013

Transformasi Sunsilk ke Dove



Sambil nak sharing sambil ternganga tengok Fantastic Four jap.  Always promise dengan diri sendiri nak keep updating blog, tapi bila dah tertinggal beberapa minggu rasa macam kekok je nak mulakan semula. Never gives up kan! Jadi mulakan lagi usaha untuk blogging.

Hari ni nak share pasal syampoo yang liz dah pakai almost 2 years.  Memang favorite habis lah syampoo ni. Liz pakai sunsilk kuning before ni, rasa seronok sangat bila time nak syampoo, dengan haruman dia rasa nyaman dan stress pun hilang bila apply kan pada rambut.  Then disebabkan tepengaruh dengan iklan sunsilk hijau. Sunsilk lime nutrients ni dia punya bau memang lagi lagi dan lagi menyegarkan.  Tapi sedih bila hampir sebulan liz guna syampoo ni rambut liz jadi sangat sangat berminyak.  Bila buka je tudung, sentuh guna jari, rasa jari jari ni melekat minyak.  After dah cuci pun still rasa berminyak. 

So bila dah di nasihatkan oleh beberapa penggemar dengan jagaan rambut ni, they suggest me to try DOVE.  So liz try new dove hair therapy for damage solution.  Since rambut liz jadi berminyak, makanya terjadilah keguguran rambut lately ni.  Dengan menggunakan dove hair fall rescue ni, seriously rambut liz makin hari makin kurang gugur, daaaaan yang paling best sekali after buka tudung je, rambut still rasa lembut dan tidak berminyak pun.


 
Selamat Mencuba.




 

Wearing Maira Ribbony Dress



Assalamualaikum semua. 
Jom review semula dress yang liz pakai masa last week liz jumpa Dr. Ko.  Okeh now liz bukan nak cerita pasal Dr. Ko lagi tapi nak cerita pasal dress liz pakai.  Kawan-kawan dekat instant dengan FB ramai tanya beli dekat mana.  Sebenarnya dress liz ni senang nak cari dan banyak butik online yang jual dress ni, tapi yang membezakannya adalah price dia.  Ada yang jual RM65 include postage ataupun RM69 include postage. Mahal tahu tak. Sebab liz beli RM60 include postage. Bertapa banyaknya penjual lain ni mark up. Tak kisah la nak mark up, adat orang berniaga tapi beragak la juga.

Jadi kalau nak dapatkan dress maira ribbony ni boleh visit instant @iprincessboutique .. Memang cepat sangat habis stock dekat butik online kakak ni. Yela jual murah, masa liz nak beli pun banyak colour yang liz nak dah habis.  Paling best, kakak ni layan karenah liz memilih colour dekat jugak lah nak ke 2 pagi. Memilih sambil baring, tidak ke awesome tu, tak payah keluar berjalan jalan mencari.  Liz tahu ramai yang rasa lagi puas hati kalau beli direct kan.  Macam liz dulu, bertapa takutnya nak membeli secara online, risau kena tipu lah, risau dapat tak macam kita nak.  Sebenarnya pada pendapat liz, pertama sekali dengan siapa kamu berurusan. Kalau dengan penjual yang ala ala taik ayam je melayan kita, baik tak payah. Macam dengan kakak ni, masa dia nak balut dress liz, dia check ada colour yang melekat pada plastik dan menyebabkan kain tu comot.  So liz pun tukar dress Maira Ribbony ni.
Honest opinion. Liz sangat selesa pakai dress ni, tak ketat, tak ikut bentuk tubuh sangat, ribbon di pinggang pun kita boleh ikat ikut selesa kita.  Tapi kawan liz yang tolong ambil gambar ni tak berapa nak pandai. Hehehe snap sekali dua dah segan bila rasa macam ramainya orang tengok ‘aku’.

Warna dress liz sebenarnya warna turquoise tetapi tah kenapa jadi Nampak warna biru. Mungkin cahaya dan mungkin sebab kita tak pakai DSLR kut. Sedih nya. Untuk tudung liz pakai half moon shawl, rasa kelakar muka bulat macam ni, rasa macam umur 19.


Selamat bershopping dekat ig kakak iprincessboutique tau.
 
 


 

Sunday, December 8, 2013

Today's Story


Dear BLog.  Miss you so much. Sorry tau lama sangat tak spend time dengan awak.

Actually blogging ni seumpama meluahkan kepada 'seorang pendengar yang sangat baik'.  Kita salah ke, kita betul ke, dia dengar je segala rungutan dan keluhan liz. Seolah olah macam you are my lovely soul mate. ISsshhh tengah feeling-feeling nak bercinta dengan Mr. Blog, tiba-tiba nyamuk datang menari-nari depan mata pulak.

Nothing special hari ni tapi hari ni ialah hari yang sangat menyenangkan. Mungkin sebab I keep laughing, voice note dengan nana, farahin dan nuyul all the time sampai habis bateri dekat phone liz tau.

Balik tadi liz singgah beli JUNIOR WISKIS. Memandangkan ada baby tersesat di bawah jagaan liz. Rasa bertanggungjawab jaga baby yang nakal ni. Kalau dia dah start menjerit, eee rasa nak tampal seletip dekat mulut. The way dia act bila Nampak JUNIOR WISKIS.

 
See! Baru acah-acah macam ni. Dah menjerit-jerit. Berlari sana sini tak tenang eh nampak mami pegang Wiski?
Last-last liz yang penat berlari dari dia. Ohkeh la BELLY this food is for you, nah hamik mamam.
*Konon aku yang penat berlari, padahal mak aku yang main acah-acah tu dengan Belly. Kita tolong beli je narnya.
 
Then lepak-lepak jap, masing-masing pun dah mengalah tiada idea nak voice note apa topic. Rest for a while. Alang-alang tu bodek-bodek mak mintak tolong gorengkan keropok ikan tamban. TQ adik cashier yang berikan kak liz keropok ni. Tq sangat.
 
 
 
 
Lepas dah makan-makan semua. Gosok gigi pun awal je hari ni. Ala-ala prepare nak tidur terus. Urk jam baru pukul 830 pm kut.
Kemudian terus makan ubat.
 
Now menonton dan berehat.
Esok melalui hari-hari seperti biasa lagi.
 
That is what we call routine.
 
 
 
 

Wednesday, December 4, 2013

POP PHONE. Jom beli dekat sini.


Ya rabbi. Lama nya tak ngedate dengan blog.  Sangat rindu nak membebel dekat sini. Sangat dan sangat sangat rindu. Walaupun keyboard laptop tengah rosak, masih gigih guna external keyboard.

Stress kut, minggu yang sangat stress. Sehingga kan password macam-macam document hilang tak ingat. Rasa nak hembur je lagi rasa tak puas hati ni.  Terima kasih sangat dekat kawan liz dua orang tu yang hari hari dengar bebelan liz dekat phone. Sekurangnya tak da lah liz aib kan orang dekat FB.  Sebabkan selalu temankan liz berbual jadi liz order POP PHONE ni di AKSESORI CORNER .. So korang jom la beli juga benda alah yang sangat comel ni.


 
 
Pink dan Biru.
Okeh POP PHONE ni sebenarnya earphone tapi dia design kan jadi ganggang telefon.  So kalau orang call kita, kita cucuk je benda ni pada phone kita.  So ala-ala bergayut guna telefon rumah gituh.
Satu saya dan satu awak.
Jom bergayut guna ganggang telefon ni.
 
Boleh click dekat aksesori corner tu untuk direct terus ke Facebook dia for detail. Selamat mengorder.
 
 

 

Sunday, November 17, 2013

Cara atasi kemurungan.




Hallo you all. Tahu tak cendawan boleh atasi kemurungan.  Sebab dalam cendawan ada psilocybin yang mempunyai potensi untuk mengurangkan kemurungan yang kita hadapi. Siapa murung dekat sini? Hah makan cendawan bebanyak eh. Jangan sampai mabuk pula.

 

Minggu Bersama 3R


Wow title blog kali ni macam best je. Minggu bersama 3R tu. Apa yang berlaku sebenarnya? Liz berani bet lah mesti ramai gadis-gadis di luar sana suka ready awal-awal depan tv sebab nak tengok 3R kan. Liz start tengok 3R dari umur liz darjah 5 lagi. Sekarang liz dah 21 tahun. Walaupun kita kadang-kadang rasa macam tajuk ni ada je yang berulang kali disiarkan tetapi dalam bentuk yang berbeza, ianya memang awesome.

Jadi telah sekian lama tergerak hati liz nak menulis pada 3R. Seminggu hantar message dekat FB, liz ingatkan alah mesti tak respon lah ni. Tetapi sangkaan liz salah. Mereka respon message liz. Thank you 3R tolong liz selesaikan masalah ni walaupun mungkin agak terlewat tetapi liz dah tahu mana nak rujuk sekiranya masalah macam ni berlaku.

 

Tak terang pula bila print screen. Okeh so liz copy paste entry apa yang liz tanya ni. Mungkin akan berguna kepada remaja lain di luar sana.

Salam 1 Malaysia kepada 3R. Saya nak minta nasihat dan langkah apa patut saya buat seandainya saya tahu bahawa kawan lelaki saya telah menghamilkan teman wanitanya. Kawan lelaki saya ingin bertanggungjawab dan bernikah dengan gadis tersebut tetapi gadis tersebut tidak mahu dan ingin menggugurkan kandungannya. Saya menasihatkan kawan lelaki saya untuk terus berjumpa dengan keluarga pihak gadis tersebut namun gadis tersebut mengugut untuk lari dari rumah, ataupun akan menuduh bahawa kawan saya merogol dia. Kawan lelaki saya nak selamatkan kandungan tu tetapi kami pun buntu.
 

Hai Liyliz. Ini dilema yang amat rumit. Kalau boleh, suruh kawan Liyliz hubungi
 melalui telefon untuk nasihat.
 
 
Liz percaya selagi namanya manusia, kita tidak akan sampai hati untuk membuat tidak tahu seandainya kita tahu ada wanita yang sanggup menggugurkan kandungan apatah lagi kita sebagai orang Islam ianya adalah kesalahan yang sangat besar. Ini sahaja yang liz mampu bantu.
So bro, good luck untuk cuba selamatkan bayi anda dan wanita yang anda sayangi.
 
Lepas tu bosan-bosan petang tadi, twet pula dengan 3R. Wah di retwet pulak. Mengada-ngada kejap.
 
 
 
 Jadi harapan liz, liz berharap sangat remaja dekat luar sana tu lagi lagi remaja perempuan, jaga maruah diri sebaik-baiknya dan fikir secara dalam apabila membuat sesuatu keputusan. Tindakan anda sekarang bakal memberi kesan kepada masa hadapan anda.
 
 
 
 
 


Wednesday, October 30, 2013

LANGKAWI TRIP


Salam.
Dear Blog. Thank you welcome be back.

Shiitttttsss. Senyap senyap, attention please!
Tengah nak update ni, korang baca senyap-senyap okeh. Tahulah korang excited nak stalk what goes around kan?

24 hb 2013 - 26 hb 2013 Langkawi

Eceh macam nak buat itinerary pulak dekat sini. Senyap-senyap, focus please!  Liz sampai dekat LCCT dari Pahang lebih kurang jam 1 pagi. Then ke hulur hilir sambil fikir nak buat apa. Ayuh jom lepak MCD.
Lepak lepak sampai jam 4 pagi. Masing-masing main game dalam hand phone hiburkan hati sendiri. Nurdin masa tu, sah-sah lah dia tidur se-nyenyak nya dekat rumah.

Jam 7 pagi. Bye-bye to all acik-acik dan sepupu yang ado. Masa tu jenguh lah pulak tunggu orang tu datang dari Klang. Nak bercuti pun sempat lagi gaduh-gaduh. Tak faham. STRESS!

Lepas tu dia datang pulak dengan Asan. *Asan poyo. Sejak 1st time cakap dengan dia dalam telefon sampai lah waktu dekat LCCT dorang ajak pergi lepak makan sama tapi aku tak nak. *Boleh tahan degil juga kan.
Sampai kan dorang tunggu dekat Taste Of Asia sejam, liz pula tertidur atas troli luggage. Bangun-bangun tengok cermin, Pehhhhhh dekat dahi bulat merah berbekas kesan jam jangan. Masa tu pulak lah si nurdin ni nampak tempat aku lepak. Dia bawa asan pulak dahhhhh. Feeling macam nak bergaduh je.  Dah berjumpa tentang muka, tentang mata tak boleh. Bahaya. *khuatir asan jatuh hati kat aku nanti.
Eceh-eceh time kena snap pic pun segan nak tengok Asan.




Lepak jap sambil sumbat MCD lagi, tadaa the time!!
Fly.. Klakar giler muka nurdin naik flight. Penakut sih dia ni. Okeh next bila dah sampai, tak nak story dah. Bagi you all tengok gambar okeh.

 
Alrite jom lepak Restaurant Haji Ali. Dalam blog bila aku google, ramai kata sedap. Pada aku biasa-biasa je. Air teo Ais dia sedap sebab macam wangi-wangi sikit.  Siakap sweet sour dia pun not bad lah. Tom yam pun ala-ala je. Tapi motif adik sepupu aku tengok dia makan tahap segini macam 'urkk pelik!
*Se lepas makan liz dengan nurdin buat muka. Makan macam tak kenyang di tekak. Walaupun liz yang bawa dorang datang sini.
 
Dah jalan-jalan tu singgah pulak pizza.
 
 

 
Lepas tu nurdin complaint lagi. Pizza tak sedap. Pada liz sedap la juga, boleh tahan lah pizza ni. Cuma roti dia tak lembut macam pizza.
 
 
Keesokkan pagi nya bangun pagi nak berjalan ke cable car. Tunggu anak teruna bertiga tu siap, perhh lama sihh.
 
 
 
Sempat melawat pantai jap pagi-pagi. Lepas tu berlari bila hujan datang mengejar.
 
 
 
Bergambar dengan teady bear.
 
 
 
cuak =====
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Okeh selesai bertugas. Power rangers!!
Ramai yang sangka kami bercuti berdua. Saja bikin hot je you all, kami berdua tak giler lagi lah.
 
 
 
 
 
 
 
 








 

Tuesday, October 22, 2013

Nak Join Masukkan Blog u'lls Dalam Directory Blogspot Tak?


Salam
Dear Blog.

Hari ni baru ada masa sikit liz untuk jengah ke blog sendiri, check apa yang patut, kut-kut ada followers baru ke, ada comments baru ke yang perlu di approve kan ke, betul tak?

Jadi bila dah check. Tiba-tiba excited nya dapat invitation dari DIRECTORY BLOGSPOT. Tahu tak apa invitation dia. Liz pun malas cerita banyak-banyak. So liz print screen.

 
 
Mula-mula rasa nak abaikan je komen ni, liz berblog pun bukan sebab nak aim apa-apa publisiti. Tiba-tiba macam best pula bila dia sebut dia dari france kan. Makdee cakap orang france romantic. Dan topic ni yang pertama keluar masa jumpa Nurdin dulu. Liz bagitahu liz nak orang france, biar lidah berbelit tapi romantik gitu.
 
Liz pun view la link yang dia bagi, rasa macam biasa je, scroll ke bawah, macam biasa je. Tengok tepi ----> walauweii banyak nya senarai blog yang boleh di blogwalking. Dari macam-macam Negara tu.
Teruja tak.. teruja cepat! Kalau korang nak join jugak, jom lah. Cara mudah je click dekat title blog liz di bawah, sebab dia ada komen dekat entry ni.
 
 
 
 

Sunday, October 6, 2013

Persiapan Minggu Pertama #Holiday Langkawi


Salam.
Dear Blog.

Bulan Oktober dah sampai pun. Hoyey hoyey hoyey sambil menaip senyum-senyum dan senyum lagi. Tiket dah book awal-awal. Tiket air asia je yang mampu *mampu lah sangat sebab makdee liz yang bayarkan. Thank you ye aunty yang sangat lovely ni.

Ini kiranya percutian liz kali kedua ke Langkawi. Harap-harap boleh jumpa kak yuyu ke. Blogger yang paling awesome, tak sah kalau tak baca blog dia tau.  Cuti pun kena mohon awal-awal, cuti dia jugak.
Dalam gaduh-gaduh tak sangka pulak si nurdin ni dah mohon cuti juga 3 hari lepas, siap belagak dekat liz kata permohonan dia dah lulus. Liz sendiri pun tak mohon cuti lagi.  InsyAllah walaupun tak isi borang lagi tapi liz dah bagitahu colleague liz awal-awal.  Jadi tarikhnya 24 25 26 waktu dekat nak gaji pulak tu tapi HR bercuti. Balik bercuti mudahan dah fresh dan lagi semangat nak mengadap kerja dekat pejabat.

Excited tu semacam sikit sebab kali ni ada nurdin ikut sama.  Benda yang liz nak bawak kena lah check siap-siap nanti ada pulak yang tercicir.





1.  Dettol instant hand sanitizer original.
Bila dah travel ni, kebersihan kena jaga. Kuman merata tempat jadi inilah yang terbaik untuk dibawa merata-rata. Tak nak lah nanti tengah bercuti sakit perut pulak. 

2.  Toner mekar semilu.
Toner Zam-Zam ni sangat best untuk orang yang nak cepat sebab buka je penutup ni terus spray dekat muka. Khasiat dia untuk menyegarkan kulit, menutup pori-pori dan untuk semua jenis kulit boleh guna. Sejuk sangat after spray.

3.  Colgate optic white.
Ubat gigi ni paling best. Nanti tak boleh nak senyum sampai ke telinga pulak malu-malu gigi tak gosok.

4.  Enchanteur Paris Firm & Repair body lotion.
Dari dulu sampai sekarang memang inilah lotion kegemaran walaupun ada lotion yang lain juga yang liz pakai. Jadi kenalah bawa sekali yang ni, dekat Langkawi panas tau. 

5.  Listerine Natural Green Tea.
Yang ni liz dapat dua redeem point dekat Watson. Liz 1 dan nurdin 1.

6.  Sunsilk Co-Creations Nourishing Soft & Smooth.
Dekat hotel kita tak kan tahu syampoo apa dorang sediakan. Jadi untuk beberapa hari bercuti, liz rasa ada baiknya kita bawak benda kecil ni, spray je. Masa itu kan emas, selalunya balik hotel untuk tidur je. Jadi kalau ada benda ni, takdalah rambut busuk ke hapak dek kerana rambut lama berkurung dalam hijab.

7.  Banana Boat Sport Sunscreen Lotion.
SPF 110 PA+++ agak-agak takut kulit hangus bertambah hangus. Kena pakai sunblock.

8.  Tisu. 
Wajib ada untuk apa-apa yang melanda nanti.  Liz suka bawa siap-siap, jadi tak perlu risau nak cari itu ini bila perlu. Lagi-lagi nurdin memang suka order je. Beg liz ni macam beg doremon.

Semua barang ni liz akan letak dalam beg sandang.  Memudahkan semua nak capai waktu berjalan-jalan nanti. Kalau korang ada suggestion tempat mana best untuk melawat dekat langkawi bagitahu liz ye.



 

Nak buat pengakuan tutup cerita zaman DIPLOMA


Salam.
Dear Blog.
Penutup 3 nama!

Hari ni ialah awal minggu untuk bulan Oktober 2013. Kalau Oktober 2012 tahun lepas liz tengah nazak pulun untuk score dalam examination semester akhir.  Kepada kawan-kawan atau adik-adik yang sedang pulun study tu, dah nazak ke apa teruskan cuma nak ingatkan jangan sampai putus nafas je. Fail la jawabnya. Masih ada masa, jangan pernah rasa korang terlewat nak score la apa, selagi ada saat minit jam dan hari berbaki ni, teruskan usaha.

Diingatkan juga, kalau korang dapat roommates yang santai, masak lah korang kalau contohi mereka. Liz syukur sangat-sangat roommates semester akhir liz paling awesome.

Mulanya langkah ni liz ke UiTM pada tahun 2010 bulan 6. Masa tu single mingle, berkobar-kobar tanam dalam jiwa ni nak belajar dan tak nak bercinta. *Macam haram je lepas tu.

Masa semester 1 liz takda laptop lagi, jadi buat kerja liz pinjam laptop kawan. Susah kan waktu tu, tapi roommates sem 1 pun awesome giler, najwa, kak.aza dan lia.  Sampai sekarang ni masih lagi berhubung walaupun jarang-jarang, yang banyak tolong liz wa dan kak.aza memandangkan lia dah tekad nak berhenti belajar masa kami di sem 2. Jadi kami dah lama tak berjumpa.

Tengah menyelongkar gambar semester 1, selongkar dekat FB album xdak, dekat FB kak aza, FB najwa pun xdak. Mana hah sedangkan banyak jugak bergambar, siap ada video lagi.
 
 
30 minit dah cari, resultnya memang tiada. Masa nak hujung-hujung sem 1, adalah lelaki itu ini start usha-usha kan. Memilih lah pulak liz ni. Masa tu ramai sangat kata students OM ni students yang paling laris untuk ditakel oleh students lelaki fakulti lain. Ada budak perladangan, tak mo lah, budak perkayuan, tak mo jugak, nak aim budak EC. Civil Engineering. Berangan nak jadi isteri Engineer nanti bila dah besar. Owhh angan-angan, nyanyi macam lagu 60 an tu. Jadi tersangkut la dekat budak ec, masa tu memang nerd lagi, poyo betul rasa.  Jadi ni lah pengkuan jujur liz masa study dulu, kalau nak bercinta pun liz pilih falkulti. Lepas tu putus. Jeng jeng
*****
Harapan lah nak jadi bini engineer.
 
Masa dah dekat sem akhir tu dapat pulak roommates yang semua ada boyfriends. Kita sesorang je single dalam bilik tu. Aishh sakit pula hati ni, bukan sebab dengki. Tapi sebab selalu kena tinggal dalam bilik hujung minggu lepas tu telefon takda pun orang hantar sms ke calling-calling ke. Tapi masa tu laptop dah ada lama dah, beli masa sem dua, start aktif berblog sikit-sikit, giler FB lepas tu masa tu femes dengan game angry bird, lepas tu kawan aku yang sengal tu si aqma kenalkan aku dengan game bas. Sampai rosak keyboard aku bawak bas. Tekan minyak lah, tekan break lah. Yang jahanam keyboard laptop ni sebab aku tekan minyak sekuat hati.
 
End up semester akhir, walaupun result tak keluar lagi, liz dah gigih cari kerja, tak nak buang masa sikit pun, so resultnya. Last je paper akhir masa tu. Pagi keesokkanya liz dapat call interview sebagai accountant. Hah tetiba pulak, terkesima sebab liz bukan budak kos account. Asas tu adalah sebab memang ada subject account waktu last semester tu. Terasa macam awal sangat, masa tu pulak dapat dekat Ampang. Abaikan.
 
Sebulan mengganggur. Akhirnya kerja dekat Pacific as Human Resources Clerk. Seronok juga kerja sana, dalam mall. Duit = Shopping. 6 bulan dekat sana dan sekarang kerja kedua dekat tempat baru. Reason pindah kerja?Mestilah sebab duit = shopping. Tapi dekat sini bukan dalam mall jadi duit = bank .. saving!!
 
Jadi hari ni liz nak tutup dah kisah zaman belajar.
Nak tutup juga kisah dia yang dari zaman sekolah kenal.
Semuanya yang buruk-buruk dah simpan.
 
Salam.
 
 
 
 
 



 

Sunday, September 29, 2013

Gigihnya Jahit Bantal Konvo.


Salam.
Dear Blog ..

Hari ahad ialah hari paling aman dari segala masalah manusia dekat pejabat. Alam pekerjaan lagi horror dari alam Uni okeh. Yang pasti ada yang nak over take kita punya task pun ada, dalam cara halus. Busuk betul hati orang macam tu. Demi mengisi tabung beli kereta takpelah, menyabar lagi mampu.

Hari ni memang membuta sampai jam 12.30. Okeylah kan, revenge semula masa mata ni mencelik. Malam tadi liz tidur lewat jugak, bersaing dengan nana menjahit sama-sama melalui wataps. *yups kami memang sahabat yang comel. Jarak bukan penghalang menjadi mesra dan akrab.



okeh ini kapas untuk bantal liz nanti.
 
 
 
 

Ini benang yang liz gunakan. Buat masa ni hitam dan putih sahaja adooooo!
 
 
 
Dalam ni semua abjad yang liz dah buat. Tupperware cilok jek dekat dapur.
 
 
 
 
Ini jarum yang liz guna, memang besar barulah jahitan pun timbul.
Jangan risau semua barang boleh beli dekat DAISO.
 
 
 
Okeh ni ala-ala topi konvo gitu, puas memikir macam mana nak letak rambu rambai ni. Cuba je lah. Lagipun ni 1st try liz menjahit kain felt ni.
 
 
 
Yang ni pun belum siap lagi. Semua huruf ni akan dilapik dengan warna hitam. Baru dia timbul.
 
Nanti dah siap liz update lagi. Huk Nampak tak gigih bahagikan masa menjahit, betapa nak tunjuk ikhlasnye.  Untungnya bermenantukan liz ni makcik makcik, bantal sekeluarga macik-macik liz boleh jahitkan. Okeh cik yah cik ngah jangan gaduh-gaduh, hantar je calon nanti liz pilih.
 
Alrite nak simpan dah, kena mengemas diri dan pakaian pula, bila menjahit ni benda lain terabai.
 
Salam sayang.
 
 

Thursday, September 26, 2013

KLCC second episode


Salam.
Dear Diary.

KLCC for second time with him. Banyak 'him' dalam blog liz ni. Him yang pelbagai cerita.

Jadi after kisah yang mendukacita, liz jadikan ianya sebagai pengajaran untuk tidak terlalu expose dengan siapa liz berkawan sekarang.  Andai tak jadi nanti, ada juga pihak yang gelak-gelak kan kita, kutuk-kutuk kita. 

Lepas tu bila dah sampai ke saat ni, liz rasa macam tak best pulak andai sesebuah kenangan tu kita tak abadikan dalam bentuk penulisan. 'Manusia mudah lupa' percayalah. Mereka sukar mengingati kenangan pahit atau manis dengan details untuk jangka masa panjang.

Untuk recall kenangan bulan dan bulan yang lalu, date 1st we met ialah 2nd march. Alasannya semata nak makan red velvet.

 
1st KLCC

 
 
2nd KLCC
 
 

Temanya still sama. Malu-malu ala-ala sopan sangat senyum. Nak bayar ais kelim pun sopan lagi kan. Biarlah nak kata sopan pun. Tengok tu, mat saleh belakang tup pun contohi liz.

Lagi dua bulan nak lalui. Pergaduhan makananan kitaorang dah sekarang. Tetapi penawar kitaorang makanan. Ada ke liz dating KL bawak karipap, eh silap. Karipap 4 segi tu syaz*** suka makan. Hik yang ni nak goring pisang dengan kuah kicap lada bawang putih. Pakai cantik-cantik gini bawak beg plastic okeh. *Nampak tak ciri-ciri ehemmm..

Nanti sambung next story okeh. Holiday di langkawi next month with him.

Salam.

Wednesday, September 25, 2013

Met Up! Daiso Japan.


Salam.
Dear diary. Hari ni hari rabu, selalunya tema blogger suka buat WORDLESS WEDNESDAY. Tapi liz nak wordssss Wednesday hari ni.

Sejak kerja dekat tempat baru , liz baru perasan selepas sebulan kulit muka tangan kaki semua dah hangus. Senang cerita dah gelap gelita. Maybe sebab bila waktu lunch liz balik ke rumah, jadi ulang alik sehari harian dah dapat hasilnya.

Ahad lepas liz pergi KL, sebulan lebih tau tak jumpa dia. Bertambah-tambah busy bila masing-masing dah involve dalam kerjaya masing-masing. SE vs HR. Software engineer vs Human Resource. Gila banyak benda bercanggah, jadi bila dalam telefon pun nak bergaduh, pasal itu ini pasal insurans pun nak gaduh, pasal EPF, pasal masa, pasal cari pasal pun ada. Jadi kalau jumpa kitaorang janji tak kan cerita pasal benda yang serius.

Bengang kut, sekali lagi, liz kena tunggu dia sampai. Kali ni 1 jam. Perut dengan laparnya gerak dari Pahang jam 8 pagi. 3 jam dalam bas bukan perkara yang best okeh. Boleh tidur bangun dan tidur lagi, orang selalunya pergi date, siap-siap terus ada orang datang ambil depan rumah sambil siap buka pintu lagi. *Ala-ala gentleman gituh.
Siap ada bunga lagi okeh. Ops pasal bunga sensitive okeh, ex plus ex classmates dia pernah bagi kat liz. *Siap jadi wanita pertama dapat bunga dari dia.

 
 
Now kulit kembali hitam manis, baru nak feeling-feeling alami pencerahan selama 1 minggu ala-ala "tagline" lotion dalam tv.
Orang dekat belakang tu nak tompang masuk blog liz la tu.
Welcome Sg. Wang.
 
Datang sini sebab liz nak pergi DAISO. Alrite siapa yang tak pernah pergi, DAISO ni ialah shop yang jual perbagai barangan untuk hand craft. Boleh deko dari A - Z.
 
 
 
Antara kedai yang jadi favourite liz sekarang. Ada sesiapa nak buat craft tangan sendiri untuk hadiahkan pada yang istimewa tapi tak nak cari dekat mana? Moh le kita jejak ke DAISO. If you all nak tahu mana location nya boleh google je. Ada banyak cawangan dalam Malaysia ni.
 
 
Total up RM75 .. hoho masa mula-mula masuk ni main ambil je, tak tahu pun price for each items ni how much. So liz bagitahu awal-awal na kat sini, semua harga RM5 setiap barang, tak kira kecit besar panjang pendek barang tu. Tak kira!! RM5 jugak.
Jadi waktu bayar tu, SE complaint 'kalau gitu kita kena ambil barang semua yang besar-besar barulah tak rugi.'
 
 
 
Antara kain felt yang liz shop! Tq nana sebab bagitahu kita mana nak cari kain felt ni. Tq sangat. Dalam usaha menjahit bantal now. Pada awak-awak yang nak jahit bantal atau apa apa sahaja menggunakan kan felt boleh dapatkan di sini. Kalau ada tempat yang lagi murah, jangan lupa bagitahu liz tau. *mana tahu ada yang jual berela-ela boleh liz jahit buat langsir. Macam awesome bukan langsir with felt.
 
Dalam ni macam-macam lagi ada, benang ada, jarum, button. Nanti liz update lagi pasal bantal yang liz tengah jahit ni.
 
Terima kasih sudi membaca, tak kisah kepada yang menyukai atau yang membenci.
 
Salam.