Thursday, February 28, 2013

Done shopping beb!!


Shopping tak bawa phone lagi heaven rupanya. Seriously try la once a day. Hari ni 28hb which gaji pun tak masuk lagi tapi untuk liz yang pandai berjimat mengenai kewangan, boleh la merasa nak hilangkan stress di hujung bulan.  *Tapi gaji masuk malam ni.

Okey sejak kerja, cara liz kawal duit liz sangat mudah. Awal bulan liz tak shopping beriya sangat. Beli apa yang teringin sangat-sangat je. Contoh Ipod Nano yg pinky tu. Lepas tu tak keluarkan duit untuk benda lain dah selain makan atau belanja cousin makan atau sebarang kegunaan untuk makan.

Hujung bulan baru guna duit gaji untuk shopping. Selebihnya bayar bill bb, bagi parents sikit dan untuk simpan sikit. Dan adakan peruntukkan untuk sesuatu yang dikehendaki.. 

Tadi beli jeans baru. Well tadi liz dah twet kata nak beli kan. So ini dia, dia sudah berada di rumah pun. 

Dah lama nak warna macam ni. Finally !! 

Lepas pergi kedai kasut Vicci. Lepas tu Verns. Dah berkenan pula pada wedges tu try punya try macam cornfirm da ni nak beli. Kemudian urk tesedar duit tak cukup ni. Tak pe action macam bersungguh lagi ni nak beli. Lebih dari 5 pasang try, dan pasti bersepah lantai tu dengan kasut liz je. Alamak nak buat excuse apa ni, phone tada pula nak buat-buat dapat call. Sengal nya, sorang-sorang pula tu. Liz jujur akhirnya dekat sales girl tu, awak cash kita tak cukup sorry yer, sekejap lagi kita datang semula. Hui comel muka ni rasa bila cakap macam tu.

Lepas tu pergi watson pula, niat nak beli nivea dengan masker sarang burung sahaja. Jalan punya jalan dalam watson tu sejam dua, scan semua barang yang ada guna mata yang rabun ni alah semacam comel sangat. Datang pula promoter loreal. Memang kebetulan nak beli barang loreal pun. Jadi mujur la sangat-sangat, siap cakap cina lagi tu so makin pro la skills liz Alhamdullilah.





1. Make up remover from Loreal - RM23.90
2. Anti shine Icy Gel from Loreal - RM22.41
3. Garnier Pure 3in1 - RM17.91

Ni cuba untuk pakai sekarang dan ianya semua produk control oil. Dah pun bulan ke 3 liz berjumpa dokto kulit, liz tak pakai apa-apa moisturizer, scrub dan sebagainya. Pakai pencuci muka khas dari Klinik Dr. Noh, cream siang dan malam serta antibiotik. But now almost recover .. Try to help my skin cure quickly .. 

Rindu nak conteng muka !!

Dan liz beli lagi 1 barang which antara favourite. Tahu apa dia? Hehe botol air je. Botol air yang baru beli warna pink tu liz tertinggal dekat dalam kereta abang myrul. Urmm rindu abang sangat-sangat, busy betul. Its okeh. 



Ni yang paling latest. Warna purple. 

Sekian.

Playing with WEBCAM


Happy Happy Holiday
Tunggu masa sebelum kelyar shopping sometimes suka juga tebalkan muka ambil gambar sendiri.
Nak kutuk? Dengki la tu sebab tak boleh buat. Kalau tidak pe hal bising-bising? 

Gambar akan kelihatan pelik sebab saja buat macam ni. Semuanya guna HDR-ish.





Done!! Cepatlah jam 3 petang .. 

Tuesday, February 26, 2013

Manusia Zaman Sekarang Ibarat Astro



Orang kata manusia ni perlu menjaga perhubungan sesama manusia. Alahai macam ISI dengan KUKU.  Isi kan di jaga oleh kukunya.  Itu orang katalah, tapi aku tak tahulah kebenarannya macam mana.  Tapi pada aku, kalau kuku dah pandai menjaga isinya serta melindunginya. Manusia juga haruslah begitu dalam menjaga perhubungannya.

Kadang-kadang manusia ini juga ibarat ASTRO. 

A-Asyik
S-Suka
T-Teropong
R-Ruang Peribadi
O-Orang

Post ni karangan dari my SV. Miss Zulaiha. I tolong post je. 


Saturday, February 23, 2013

“Pernah dengar tak pepatah Jika ada cinta, pasti ada syurga di wajah kita”


Emmm..Jika anda belum pernah mendengar pepatah ini, luangkanlah sedikit masa untuk menyoroti bingkisan dari liz .. Apa itu cinta? Cinta memang mudah dilafazkan melaui kata-kata, tetapi sangat susah untuk diluahkan melalui perbuatan. Adakah anda pasti anda ada cinta dan syg? Dan adakah anda pasti CINTa dan syg anda cinta terindah? Jika ya , jika cinta ada dalam hati anda, dan jika cinta dalam genggaman anda, pasti ada syurga di wajah kita.

Kenapa kita merasakan cinta itu indah?  Cinta yang kita ingin sampaikan kepada insan tersayang tetap akan terasa indah walaupun anda bersama insan tersayang di kala kesesakan ujian di Jalan Raya kehidupan yang berliku-liku.  Tapi cinta kadang – kadang tak selalunye kekal indah kan.. Kenapa? Mcm langit..tak selalu cerah..Dlm kesibukan jalan raya, anda mungkin akan terfikir jalan penyeselaian lain..Owh korang nak guna Jalan highway ke? Betul juga. Tapi itu maknanya, anda cuma inginkan cinta dan cinta akan menjadi indah bila waktu senang sahaja kan? Sedihnya syg sebab cinta begitu. Tepuk dada dan tanya hati sendiri dan nilainya sendiri.  Sejauh mana nilai cinta anda?

Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu menilai sejauh mana cinta kita. Ya.. liz tahu..Cinta datang dan pergi. Tapi itu tidak bermakna cinta perlu diduai dan tidak bermakna cinta tidak perlu di cari. Tapi mencari biarlah pada yang sudi .. Cinta bolehkah di ukur? Oh tidak .. Cinta memang tidak boleh diukur dari mata kasar, bahkan cinta juga tidak boleh boleh dibilang dengan jari. Kerana cinta, CINTA yang murni biarlah hadir dari hati yang tulus suci.  Adakah anda yakin cinta yang ada adalah cinta yang paling suci? Cuba anda fikir  suci yang macam mane yang anda harapkan? Di basuh dengan sabun bio zip?Clorox? Oh tidak.. Suci yang liz maksudkan biarlah cinta itu ikhlas dan jujur dari hati anda sendiri. Kenapa berkata begitu?? Cinta yang dikatakan suci, apabila bilamana se sesak macam mana sekalipun jalan raya, sebasah mana dihujani hujan, tetapi bila kita bersama yang tersayang mengharungi perjalanan.  Anda masih mampu tenang, dan sudi bersama-sama dalam menempuh cabaran.

Tapi kalau sudah bersama yang disayangi,  tetapi hati anda masih lagi beku dan kaku . . . satu persoalan akan timbul.  Benarkah kamu mencintainya? Tepuk dada dan tanya hati sendiri ya..
Jika anda kelapangan, jika anda sudi mengkaji pasangan anda silalah mengakaji pasangan anda disebelah. Ha…ini bukan  bermakna anda kene buka kamus utuk mengkajinya ya..Semasa korang memandu, sesekali tu apa kata korang kaji pemandu di sebelah. Dengan siapa mereka bersama dan bagaimana reaksi wajah mereka.  Adakah ceria? Senyum? Selamba? Masam? Ataupun berkerut?  Kata orang la kan, “Jika ada cinta, pasti ada syurga di wajah kita”

Di manakah golongan kita?
Golongan pertama:  Yang rakus hidupnya tanpa nilai?
Golongan kedua:  Pengecut yang hidup marah-marah tanpa ketenangan?
Golongan ketiga:  Yang hidup dengan ketenangan atas keyakinan kerana ada cinta yang menjadi teman menghadapi cabaran dalam perjalanan.
3 soalan di atas ni buat liz terfikir. Kadang-kadang liz teringin jadi yang golongan pertama tapi tak mampu hanya boleh menjadi golongan kedua namun yang terbaik bila kita boleh jadi golongan yang ketiga. Tenang .. setenangnya .. Insyallah ..

 Ya. Mungkin tanpa cinta kepada ALLAH dan cinta sesama manusia kita boleh mencapai material iaitu harta, pangkat dan nama. Tetapi kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga iaitu kemesraan, kasih sayang dan budi. Faham kan maksud dekat sini .. kebahagian itu bukan diukur semata-mata dengan material.
Dan jika mata anda tajam untuk membuat penilaian sebenarnya tak susah nak kenal orang yang dari golongan pertama dan kedua ini. DI wajah mereka ini tidak ada cinta!

Sunday, February 17, 2013

Ipod Nano


Alhamdullilah. Dapat 1 gadget baru. Dapat bukan dari orang lain, bukan dari parents ok. Mentang-mentang liz anak tunggal semua dok assume parents yang support semua expenses. TIDAK!! Harap faham.

Ini beli dengan gaji sendiri okeh. 







Suka sangat-sangat sebab warna pink still available kat situ. Tak reti nya nak cerita kat you all suka sangat-sangat. Kecil comel nya mudah nak bawa tu dah semestinya la kan. Dan ianya sangat nipis.  Urkk sensetif pula tu.  Uishh macam kena jaga baby.

New gadget = New Bf 

-------------------------------

Friday, February 15, 2013

“The first love of duty is to HEAR”

Kekasih yang baik ialah seorang pendengar yang baik.  Jadi sekiranya awak tu seorang kekasih adakah awak seorang pendengar yang baik?  Bila kali terakhir awak jadi pendengar yang baik? Mendengar dengan jiwa akan melahirkan empati. Mendengar dengan telinga akan melahirkan simpati.

Apa perbezaan keduanya? Pernah belajar masa sekolah bila waktu nak ambil SPM kan? Takpe, liz bezakan untuk you all semua sebab mungkin ada yang sudah lupa. 
Empati: Kita merasai suara hati yang didengarkan dan tidak diperdengarkan oleh pasangan kita.  Empati akan memperkukuhkan cinta kerana cinta itu hakikatnya berkongsi rasa bukan sekadar berkongsi kata.
Simpati:  Hanya memahami apa yang dipedengarkan melalui ayat dan kata-kata.

Apa pula beza antara HEARING dan LISTENING?
Hearing dengan telinga tetapi listening dengan mata dan jiwa.

Bukan senang untuk menjadi pendengar yang baik. Ia melibatkan hati, perhatian dan perasaan.  Seseorang yang benar-benar ikhlas akan sudi mendengar setiap butir bicara itu.  Seseorang yang EGO tidak akan sanggup mendengar ucapan atau teguran atau kata-kata orang lain walaupun ucapan itu sangat berguna pada dirinya.  Terasa? Jadi ubahla diri sebelum terlambat dengan tidak menjadi seorang yang ego.

Namun yang Maha Mendengar adalah DIA.  “Tuhan Yang Maha Mendengar.”
Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar ialah Tuhan Yang Maha Mengasihi hamba-hambaNya.  Antara nama Allah dalam Asmaul Husna ialah al-Sami’.  Allah mendengar rintihan, doa dan pengaduan hambaNya.  Jadi sedarlah bahawa kekasih pertama kita ialah Allah dan Dia juga kekasih terakhir kita kerana Dia Maha Mendengar.

Contohilah sifat Allah Yang Maha Mendengar untuk menjadi kekasih yang baik.  Rendahkanlah hati, kurangkanlah kepentingan diri, dan tekan rasa ego agar tidak menjadi orang yang tuli dalam bercinta.
Ada hikmahnya apabila Allah ciptakan kita sepasanga telinga dan satu mulut.  Tuhan didik kita agar lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.  Jangan bosan mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangan kita.  Siapalah kita berbanding Allah?  Tuhan Yang Maha Agung itu pun masih sudi terusan mendengar luahan, rintihan hambaNya berulang-ulang walaupun kita ini sering melakukan kemungkaranNya.

Semoga apa yang liz share ni boleh buat kita semua sedar bahawa andai kata tiada yang sudi mendengar luahan hati  kita namun ingatlah bawah ALLAH itu tetap ada bersama kita.  

BoomPhones (Headphone + Speaker) ?


Gadget!!! Wow bestnya ada benda ni. Nak tak? Try okehh.

Kalau you all yang jenis suka dengar lagu tapi rasa malas nak bawa speaker mudah alih tu kan, jangan risau dah ada penyelesaiannya.  Boomphones ni produk dua dalam satu okeh. Sila jelus dengan liz sekarang ni..

Design dia memang macam headphone. Korang boleh tukar-tukar mod speaker ni tau sebab ada butang khas untuk korang tekan-tekan.  boleh hasilkan audio bukan je berkualiti tapi lantang tau tak.  Bateri yang dia guna ialah jenis Lithium yang boleh tahan selama 10 jam!! HOOyee lama kan? 

Ada dua warna tau tau. Matte black dengan polished white. Pilih lah. Liz pilih polished white. Price nya lebih kurang RM459 tapi kalau kroang ni rajin pancing harga, lagi dapat murah punya lah. Selamat mencuba.

Gambar google. Malas nak snap.
 

" Segmen Miss Hearty Mencari Bloglist Fresh 2013


Alhamdullilah bangun pagi macam biasa, cuma mandi je belum. Hari ni masuk office noon.  Jadi view punya view jumpa segment comel lagi fresh ni.
Bila join segment ni bila korang perasan mesti perempuan yang buat, lelaki? Ada tapi jarang-jarang dan kadang-kadang. Betui tak?  Dah siap follow owner yg dari penang ni, rasanya tada lagi follow blog orang penang setakat ni. U are the first dear. Done juga tinggal kan link url. Okeh Miss Hearty, i nak sambung kemas bilik tidur ni. Good luck for your segment ni. Macam aiskrim pelangi dah bannar u ni.