Hari ni Alhamdullilah liz masih boleh bernafas, masih boleh berjalan, masih boleh menikmati keindahan alam, masih boleh menikmati nikmat rasa kenyang, rasa rindu dan rasa syukur dengan segala nikmat yang melimpah-ruah dikurniaNya.
Masa lunch tadi singgah dekat kedai buku sekejap so liz terjumpa sebuah buku yang memang buat liz rasa nak beli. Sebenarnya niat hati ni nak cari Al-Quran pelangi. Kata kawan liz, tak elok pula kalau kita nak order melalui pos. Tapi lain pula jadinya bila barang yang nak dibeli tiada, beli pula buku lain.
"Cinta Kerana Allah" Nice tajuknya kan?
Dari dulu lagi tertanya-tanya apa sebenarnya maksud sebenar-benarnya cinta kerana ALLAH? Secara kasar liz cuma fikir mungkin cinta kan seseorang tu dengan niat untuk dinikahi dan tiada sebarang maksiat antara pasangan tu. Ikhlas, jujur dan terima seadannya. Tapi sebenarnya cinta kerana ALLAH tu lebih lagi dari apa yang liz sangka.
Cinta Allah itu adalah cinta yang pertama dan utama. Bermula dari alam roh hati kita telah mengenal ALLAH. Perkenalan itu membuahkan cinta. Itulah cinta pertama manusia sebenarnya. Indah kan? Kita tak tahu? Jahilnya kita sebab kita tak pernah nak ambil tahu.
Di alam dunia ini ramai manusia dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibunya. Sejak itu cinta sejati dalam hati kita telah diambil oleh cinta palsu .. Tak faham?
Pernah tak fikir, siapakah yang memisahkan manusia daripada cinta Allah? Persoalan ini menemukan kita dengan jawapan yang menyedihkan. Ibu bapa kita sendirilah yang kerap kali memisahkan manusia daripada cinta ALLAH. Sedih? Atau sebenanrya salah diri kita sendiri tidak mendengar nasihat mereka? Fikirkan.
Kenapa? Sebab "Setiap anak Adam dilahirkan di dunia ini suci bersih, ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." Riwayat al-Bukhari
Pepatah Arab ada mengatakan:" Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya."
Jadi bila cinta itu sudah tersilap langkah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaanya. Hidup beralih arah, daripada menghambankan diri kepada ALLAH kepada menyembah hawa nafsu.
Faham maksudnya? Apa yang liz share ni mudahan dapat membuka sedikit sebanyak fikiran kita tentang cinta yang kita lalui kini. Adakah sebenarnya cinta yang tulus atau cinta kerana hawa nafsu?
No comments:
Post a Comment