Friday, March 14, 2014

Review produk : AQUA DEFENSE GARNIER

Gambar dari google credit to beautyholicsanonymous.com

Assalamualaikum. Sorry sangat sudah sebulan baru liz nak review. Kebiasaannya liz akan review selepas liz sendiri cuba dan rasai kebaikkannya.  Sebulan liz dengan Aqua Defense ni. Ternyata berkesan lagi-lagi kulit liz sekarang ni mudah kering disebabkan dua faktor iaitu yang pertamanya makan vitamin A (to control oil and pimples) dan kedua sebab penghawa dingin.Tambah-tambah lagi dengan jerebu yang melanda malaysia sekarang.

Kawan liz ada tegur liz baru-baru ni, kenapa kulit muka macam nampak shining macam ish macam susah nak cakap tapi cantik. #perasan #aku #jap
Liz sibuk sangat sampai lupa rupanya disebabkan liz ada pakai Aqua Defense Garnier ni.  Seriously dulu kulit liz mengelupas teruk dek sebabkan proses repairing cell kulit.  Alhamdullilah pulih walaupun bukan 100% pulih lagi. 

Sudah separuh guna tau. Hehe.



Gel nya sangat sejuk dan based nya berair. Dah pun AQUA kan. Unsur air la paling banyak. Hah untuk kulit berminyak sesuai sangat lagi-lagi takut pakai pelembab yang ada oil. Ambil beberapa titik, urk betul ke titik? Okeh tak kisahlah yang pasti tepek dekat muka tau. Sapu-sapu kasi rasa.  Nyaman nya sejuk. Tunggu kering jap kemudian boleh alaskan dengan bedak atau foundation.


Sorry tau terbalik susunannya yang rajah 1 tu liz tak sapu apa-apa lagi, 2 liz sapukan Aqua Garnier, nampak tak dia berair dan tunggu masa sikit untuk menyerap ke dalam kulit. 3 bila dah kering dia akan jadi macam tu. Pinky-pinky sikit, perasan tak perbezaan tu. Sebab kulit sejuk dan peredaran darah pun automatik akan lancar je. Ini namanya moisturizer tau dan liz ada baca wanita penting sangat kena pakai moisturizer sebab nanti proses pernuaan lagi cepat berlaku kalau tak pakai tau. Oh macam pandai je aku, tapi liz pun tahu melalui pembacaan juga.

Thanks Aqua Defense Garnier bagi liz rasa perbezaan ni. Boleh dapatkan di pasaraya yang terdekat dengan harga belasan ringgit sahaja tau. Selamat mencuba.






3 comments:

Nadia Johari said...

akak punyer pun kulit berminyak..kalau ok mcm nak gune je produk ni

Liyliz said...

Akak try tau guna. Sejuk dan sngt selesa

jaakechik said...

jaa tak penah guna produk garnier... hukhuk...