Friday, October 31, 2014

Mana Lokasi Makan Kali Ini


| Tempat Makan Menarik di Kuala Lipis | Assalamualaikum. Selalu buat review tempat makan luar dari Kuala Lipis.  Ini kali pertama nak cerita tempat makan di Kuala Lipis pula.  Tak ingat dah bila pergi makan dekat sini.  Saja bawa mak abah makan luar sebab mak suruh liz masak. Tapi liz rasa macam rajin masak dekat luar hehe. #malascakapje

Sebelum ni pernah pergi makan dekat sini dengan maksu dan pakcu.  Pada pendapat liz, tempat ni memang sesuai kalau nak bawa family datang makan lepak-lepak.  Liz sampai sini dalam pukul 8.15 pm macam tu lepas magrib. Memang penuh sangat orang dekat kedai ni.  Mencari-cari juga lah tempat duduk yang sesuai nak melepak.

Kedai makan ni tak silap liz Abang Din Tempoyang. Sorry lah ye, kite ni rabun malam. Tak nampak nak baca sign board yang bercahaya dekat pintu masuk tu.  Tapi kalau korang lalu tempoyang mesti tahu punya.  Sebab dekat dengan Maktab Perguruan. Bagi yang belum pergi, boleh lah usha-usha ye sebab senang sangat lokasinya nak cari. Landmark nya Maktab Perguruan. Jadi bila nak lalu laluan tu mesti akan lalu kedai ni dulu lagipun tepi jalan sahaja. Memang mudahlah nak nampak.


Jom guna monopod! Malu-malu nak guna at first tapi dek kerana asyik dapat angel yang tak bagus je. Bawa keluar juga la monopod dari dalam bag. Hehe.  Sementara tunggu menu tu sempat juga lah take 1 take 2 3 4 dengan monopod. 

Talapia Masak 3 Rasa. Wajib order kalau korang datang sini.

Kailan Ikan Masin

Kerabu Perut. 
Mak suka sangat makan sebab lembut katanya.

 Sup Sayur Campur.
Mula-mula masa tengok macam kosong je. Bila cedok banyak je lauk dalam ni.

Next time tak nak dah order Sotong Goreng. Hehe sebab sikit sangat. 







BOTOX CREAM MZ SECRET


| BOTOX CREAM | Botox sangat sinonim dengan suntikan.  Ye suntikan yang menjadi kegilaan buat wanita yang terlalu obsess dengan kecantikkan. Ingin kelihatan cantik menawan sehingga sanggup membahayakan diri sendiri bukanlah pilihan yang bijak ye wahai kesayangan semua. Bahayanya suntikan tersebut sekiranya anda menerima suntikan botox yang salah.  Kini temui cara yang lebih selamat dengan munculnya produk terbaru iaitu BOTOX CREAM keluaran MZ SECRET.  Nak tahu apa rahsia BOTOX CREAM? Perlulah baca dibawah sampai habis ye!

RAHSIA MZ SECRET BOTOX CREAM.
WAJAH TERASA TEGANG DAN GEBU SEAWAL 14 HARI! 
Botox Cream membantu mencerahkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, garis-garis halus di muka, menghilangkan cela dan lain-lain.
Botox cream ni boleh dipakai untuk siang dan juga malam. Senang dan mudah! Hanya sapu di muka setiap pagi dan malam!
Botox Cream ini sangat sesuai untuk semua masalah kulit normal atau sensitif. Juga boleh gunakan oleh semua golongan umur dari 18 tahun sehingga umur 60 tahun.

Kelebihan Botox Cream :
MENEGANGKAN KULIT WAJAH
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN, KULIT TAMPAK AWET MUDA
MENGHILANKAN MASALAH GARIS-GARIS HALUS
KULIT NAMPAK PUTIH SECARA NATURAL
KULIT SEKATA DAN TIDAK BERMINYAK
PORI MENGECIL
MENGHILANGKAN JERAWAT SERTA PARUT-PARUT JERAWAT
 
Keistimewaan Botox Cream :
KESAN DAPAT DILIHAT SEAWAL 14 HARI PENGUNAAN
TERDAPAT PAKEJ UNTUK PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA
JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN
BEBAS KESAN SAMPINGAN/NEGATIF
DIJAMIN HALAL
MENDAPAT KELULUSAN KKM
DIJAMIN SAMPAI KE ALAMAT ANDA DALAM TEMPOH 2-3 HARI BEKERJA
 

Excited sangat-sangat nak cuba sebab liz baca saja kelebihan BOTOX CREAM ni seolah-olah produk ni ada magik yang sangat awesome. Tak payah susah-susah nak cari cream putihkan kulit, hilangkan parut jerawat lepas tu boleh hilangkan lagi masalah garis-garis halus dan macam-macam lagi.  Liz bukan saja boleh jimatkan masa nak pakai cream itu ini. Tapi boleh jimatkan duit juga. Berbaloi sangat-sangat ni kalau pakai BOTOX CREAM. Hanya 1 cream kita boleh atasi pelbagai masalah. Sebelum ni ramai yang tahu kan kalau liz ada masalah jerawat.  Tapi dah tak lagi cuma tinggal parut jerawat.  Tak sabar pulak nak cuba produk ni lagi-lagi bila baca saja keistimewaan BOTOX CREAM boleh tengok hasilnya dalam masa 14 hari. Lepas tu jaminan wang dikembalikan okay.  Yang paling utama sekali dijamin halal.  Sebagai orang Islam tanggungjawab kita untuk mengambil tahu mengenai halal haram sesuatu produk. Jangan kerana taksub dengan kecantikkan kita lupa soal agama. 
 
Selain itu juga, liz dapat tahu yang MZ SECRET ni sedang mencari agen botox cream di seluruh MALAYSIA.  Almaklum produk ni tengah meletup di seluruh MALAYSIA sehingga-kan tak cukup agen dek kerana permintaan semakin meningkat.  Jadi sesiapa yang berminat nak jadi agen tu boleh rebut peluang keemasan ni cepat-cepat. 

Mesti ramai sangat dah ni tak sabar nak beli dan cubanya sendiri kan.  Untuk keterangan yang lebih lanjut.  Cepat-cepat singgah ke Website dan Facebook Page mereka.
Website : www.mzsecret.com
Facebook : Mz Secret Malaysia
 



Monday, October 27, 2014

Door Gift Untuk Majlis Pertunangan Di "The Wedding Cottage"


| Door Gift Untuk Majlis Pertunangan | Assalamualaikum. Peristiwa yang dah berlaku sebulan lepas, baru hari ni liz update.  Nak update pun perlu kan masa sebenarnya. Masa yang tenang ~~~~ 

" Minta maaf sangat-sangat bagi sesiapa yang liz tak jemput untuk ke majlis ni. Liz buat majlis ringkas je. Jemput saudara mara terdekat je, bertunang pun secara tiba-tiba. Tahu-tahu dah kena bertunang."  Tahu-tahu je korang kena tipu hehehe. 

Liz belum nak bertunang lagi okay.  Rekaan semata-mata. Berdrama di hari-hari walaupun bukan di hari raya.  Liz nak cerita tempat yang liz tempah Door Gift untuk kegunaan syarikat liz. Kiranya Door Gift untuk tetamu yang datang semasa 1st Annual Dinner Company haritu. 

Liz rasa ramai sangat bakal-bakal tunangan/pengantin zaman sekarang ni suka buat research dekat pakcik google betul tak? Tak payah nak berpeluh-peluh survey sana sini. Jadi mungkin website yang liz nak kongsi kan hari ni boleh bagi idea pada semua-semua kat luar sana.  

Banyak sangat-sangat barang yang boleh menarik minat you alls semua untuk dibuat Door Gift cuma ~~~~ harganya mungkin agak lalala ~~~ hehe 


Banyak sangat benda-benda comel!!

Bayar dan bayar. Sebenarnya liz datang waktu ni cuma tinggal nak bayar lagi 50% sahaja payment.
Sebelum ni liz bincang semuanya melalui email dan by call.  Lepas tu bila liz dah decide nak benda apa, proceed dengan deposit.  Deposit pun liz buat tru online. Memang trusted lah kedai ni. So jangan risau okay. Untuk orang-orang yang busy macam liz ni, waceh! Yang macam ahli politik nak kena pergi berkempen sana sini pulak eah. Senang cerita yang memang busy lah. Hehe. Memang sesuai dihujung jari sahaja. Pilihan pun banyak.

"Haiya taukey kasi cepat lah. Hehe!" 
Macam haram dialog rekaan.

Sebelum balik. Boss ittew suruh posing macam mak nenek sakit pinggang. 
Menjadi tak? Hehe

Visit website mereka : http://www.weddingcottageonline.com



Saturday, October 25, 2014

Ten Qualities Employees Want In A Job


| Ten Qualities Employees Want In A Job | Few months ago, waceh speaking pulak.  Liz sebenarnya ada attend Best To You Training.  Which company paid outsider consultant untuk consult kami yang terpilih.  #terpilihsangat tau

Apa yang liz nak sekejap lagi ni dalam BI tau.  Tapi simple BI je. Apa sebenarnya 10 kualiti yang pekerja inginkan dalam sesuatu pekerjaan tu.

1. To work for efficient managers.
2. To think for themselves.
3. To see the end result of their works.
4. To be assigned interesting works.
5. To be listened.
6. To be respect.
7. To be recognized for their effort.
8. To be challenged.
9. To be informed.
10. To have opportunity for increased skill development.

Jadi kalau you alls ada interview session yang mana kalau interviewee korang tanya apa yang korang inginkan dalam bekerja.  Boleh lah kasi jawapan atas ni ye. 

 

My Felt Craft Journey


 | My Felt Craft Journey | Ramai dah tahu kan liz suka benda-benda craft ni.  Jadi masa cuti semalam liz pun mulakan semula kerja-kerja felt ni.  Hampir tiga minggu juga lah liz tak sentuh barang-barang felt. Penat sangat fikirkan pasal Annual Dinner. Alhamdullilah dah selesai pun.  Ingat senang ke nak buat, orang mengomen macam ABC kacang je.  Lantak lah, pada liz mulut-mulut orang yang tak membantu ni tak payah nak ambil perduli pun.

Jadi semalam liz tengah siapkan dua biji bantal yang di tempah oleh Kak Ain.  Kak Ain ni suka paggil liz "budak matang" haha ada-ada je Kak Ain ni.  Sebenarnya liz tak kenal pun, tapi yang bestnya customer liz mudah mesra dan jadi kawan. 

Jadi bagi sesiapa lagi dekat luar sana tu nak tempah. Jangan segan-segan nak whataps liz ye. Cuma kalau terlewat reply tu minta maaf lah ye.  Sibuk dengan kerja office. 






Jom whataps ataupun mesej di no 0179804423 :) 


Minta Maaf Sangat Wahai Kulit Wajah


| Minta Maaf Sangat Wahai Kulit Wajah |  Oily skin - sobs-sobs #nangistipu2 sikit.  Sebenarnya pagi ni liz cuma nak cerita yang liz tak boleh nak kawal makan keropok lekor.  Hihi pagi-pagi dah makan sepinggan keropok lekor. 

Memang penggemar keropok lekor.  Tapi sebenarnya tak elok untuk kulit liz sebab keropok lekor ni kan agak berminyak. Wink-wink jadi tak elok lah dengan perjalanan proses membaik pulih kulit wajah.

Takpa-takpa pagi ni je!  Pagi ni je promise tau. Lepas ni liz tak makan sangat, makan jarang-jarang je. Makan sikit-sikit je. Jamah hujung-hujung lidah je.  Hehe! Vitamin A kan ada.




Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


| Jeruk Mangga Asam Boi | Ehem-ehem! Assalamualaikum.  Semalam kan alkisah cutinya hari Deepavali seMalaysia.  Liz pun tak buat apa sangat dekat rumah.  Jadi keluar bawa mak liz ke pasaraya. Dan pasaraya mana lagi kalau bukan ke TF Kuala Lipis.  Dah lah kerja pun sebagai Human Resources dekat sini, cuti pun shopping dekat sini.  Takpa-takpa sebab suka duka pahit manis banyak sangat dekat sini.

Selain tu, yang best nya bila harga-harga promosi barang-barang kita lah over excited nak beli.  Duit pun banyak mengalir dekat tempat kerja. Asal nak balik je lalu dulu bahagian supermarket line. Ateee ada je nampak benda yang terliur nak beli.

Jadi misi nya semalam, adeh tercerita panjang lebar benda lain pula.  Liz buat Jeruk Mangga Asam Boi!

Bahan-bahan:
Mangga muda
Asam Boi
Cili Api Merah/Hijau (Baru syiok warna warni)
Gula
Garam

Cara-cara:
Hiris dulu mangga tu dalam bekas. Keringkan tau buah tu. Tak mo ada air-air.
Lepas tu letak gula 2 sudu dan garam secukup rasa. Sebab gula garam ni akan berair dengan buah ni nanti.
Kemudian tabur lada-lada tadi.
Lepas tu letak lah asam boi tu. Godel-godel hah simpan letak dalam botol.




Hantar Kereta Mandi Pun Susah


| Hantar Kereta Mandi Pun Susah | Tempat cuci kereta dekat je pun sebenarnya dengan tempat liz kerja, tapi bila dah tertangguh dengan penggunaan ayat "Jap lagi lah" lepas "Esok je lah". Lepas ke esok dan esok dan esok, lepas tu tak sedar dah 3 bulan tak ingat hantar kereta pergi cuci.  Luar memang berkilat sokmo lah sebab memang selang sehari tu jirus dengan air dan lap kan. Tapi kalau habuk dalam kereta tu. Macam habuk orang kerja dekat tapak pembinaan. #tipusikit2

Jadi pesanan untuk diri sendiri dan juga blogwalkers semua. Kalau kita dah pasang niat nak buat sesuatu tu, janganlah lengah-lengah macam liz ye. Nak buat, usaha terus juga buat.


Tuesday, October 21, 2014

I Love October "New Shoes"


| I Love October "New Shoes" |  Happy Tuesday.  Hari ni liz nak kongsi kan kasut yang banyak sangat dapat pujian hihi. Sampai malu-malu kita jejalan hari ni dalam ofis. #ituauta

By the way you alls kasut ni murah je.  Liz beli sebab depa buat CLEARANCE STOCK.  Clearance okay, kiranya dah berapa tahun lah usia kasut ni sampai kan tercalon sebagai barang untuk clearance.
Biasalah dah kalau AA bawa berjalan, tak sahih dia kalau tak tinggal kan liz dekat tempat shopping. Lepas tu dia biar je liz ralit memilih sambil tu dia duduk dekat bucu dan hanya perhatikan.  Bila nampak ala-ala liz nak ke kaunter untuk membayar baru la dia datang meneman di sisi. Waceh!  Mohon jangan muntah ye tokok tambah cerita tadi.

  


Harga dia kan you alls RM18 sahaja. 
Kalau nak beli juga boleh lah Summit Subang Jaya ye. 



Tarikh Deepavali Tahun 2014 Ditukarkan!


| Happy Deepavali | Assalamualaikum semua. Mungkin ada yang dah tahu ataupun mungkin masih ada yang tak tahu. Sebabnya kalau kita tengok dekat kalendar dekat rumah ke dekat ofis ke dekat bilik ke dekat mana-mana sekalipun lah. Mesti tertulis 23 haribulan October 2014 iaitu bersamaan hari Khamis ialah Hari Deepavali. Betul tak? Tapi korang kena tahu tarikhnya dah bertukar ke 22 haribulan October 2014.

Liz dapat tahu pun melalui HQ liz, depa hantar memo. Jadi meh la ramai-ramai liz share dengan you alls semua dekat sini.


Monday, October 20, 2014

| Silky Girl Product : Moisture Boost Lipcolor Balm |


| Silky Girl Product : Moisture Boost Lipcolor Balm | Assalamualaikum semua.  Rasanya you alls tengok tajuk pun dah tahu kan liz nak kongsikan pasal apa. Betul tak!  Mari dekat-dekat dan rapat-rapat. Liz nak mulakan penceritaan ni.

Tahu tak lipcolour balm dari silky girl ni sangatlah awesome!  Sangat-sangat! Serius you alls tak tipu, sebab apa korang kena percaya adalah kerana liz jenis yang sangat cerewet pabila memilih barang make up.  Jadi kalau liz dah kata tahap wajib beli tu, korang memang kena percaya lah yer.

Mulanya liz ingat benda alah ni Lipstick tau!  Daif betul muahahaa. Rupanya Lip color balm.  Sebenarnya liz tak tahu pun apa beza nya. Hehehe tapi yang pasti sekali kalau you alls pakai memang akan rasa kelembapannya sepanjang hari.  Pernah tak kalau you alls pakai lipstick lepas tu nak kena tambah lip gloss? Lepas beberapa jam pulak akan rasa kering, kalau yang lebih haru lagi bibir pulak jadi merekah kekeringan.  Pernah tak alaminya?  Jadi kalau siapa yang pernah alami situasi macam tu, memang sesuai sangatlah you alls beli Moisture Boost Lipcolor Balm ni.

Bentuk nya MACAM pencil tau. Tapi tak perlu pun nak asah pun sebab boleh twist je.  Liz beli dekat Watson.  Ada diskaun you alls tapi tak ingat harga asalnya.  Dia jual dengan harga RM17.++ sen.  Murah gilak!!  Dahlah ada banyak colour.  Lama betul den berdiri pilih warna.  Semua cantik-cantik.  Liz ni selalu nya akan tertarik dengan warna oren.  Lipstick liz memang kebanyakkan nya pun warna ala-ala warna oren.  Kali ni nak tukar selera sikit kan.  Biar kasi boyfren tengok lain sikit.  Hahaha!  Kalaulah dia perasan "you ... i pakai lipstick baru ni"  Silap-silap dia jawab " Ada pulak i kisah!" Hahaha confirm i mintak break you!





Kod pilihan ni ialah Latte 01.

Cantik tak? Tak perlu pakai pelembab bibir dah! Macam 2 in 1 lah kirannya. 

Kad Watsons liz pada Ex? Ni kisah cara aku apply semula!


| Kad Watsons | Alhamdullilah bahagia bersama Watsons semula.  Sebenarnya kad Watsons liz pada ex. Maksud liz ex boyfriend. Huhuhu! Yela siapa sangka bila waktu yang bakal menjadi pertemuan kali terakhir dengan boyfriend kan?  Tiba-tiba nak terputus, kad Watson pula termasuk dalam wallet dia.

Agak-agak nak minta ex pos kan kad Watsons. Macam kelakar je kan? Kad je kut! I meant kad Watsons je kut!  Weeyyyyy kad WATSONS okay. Kad Watsons! Penting sangat-sangat untuk gadis yang comel macam liz ni tau.  Mungkin tak penting pada orang yang tak comel. Peleassss lah! Bhaha tertiba semua pakat nak ngaku kad Watsons penting kan? Sebab nak perasan comel jugak lettew.

Liz dah mula menjadi sejak dari zaman uni lagi. Faham tak berapa banyak points dalam kad ni dan faedah yang liz dah pernah rasai. Masa dulu liz buat kad ni RM12 untuk seumur hidup okay. Tak da makna nya nak ada tarikh luput. Lepas tu bila setiap kali shopping dekat Watsons ada sales! Bila ada sales sudah tentunya untuk ahli Watsons. 50%- 70% hah tak ke you alls?  Dalam Watsons ni ada banyak jenama-jenama kosmetik. Antara favorite liz macam Revlon ke Maybelline ke Silky Girl ke. Eah memang tak habis sampai esok lah kalau nak kena sebut semuanya tu.

Lepas tu pulak Watsons ni suka hantar email tau dekat liz, kiranya bagitahu bila ada Sales. Lepas tu ada contest jugak tau.  Kalau menang contest tu dapat shopping voucher lagi tu dekat Watsons. Jadi selama setahun ni liz shopping tanpa kad Watsons. :( Sedih tau. Bila tanya dekat orang Watsons tu nak buat semula tapi dia cakap boleh kalau nak retrieve semula tapi "Nak No Phone yang di register atas kad ni" OMegeeee Omegeee.  Aku tak ingat dah. No phone zaman university okey. Sekali putus cinta saja tukar no phone. Konon-konon nya tak mahu mengenang kenangan lama. Hahaha macam bangang betul!

Then usaha untuk dapatkan no kad ahli Watsons ni.  Mujur lah liz rapat dengan adik Ex. Hihi tapi itu pun segan entah keberapa puluh kali nak pm minta no kad Watsons.  BTW berjaya siot!  Hari sabtu lepas liz jenjalan lagi jadi bila nampak Watsons macam haram je kalau tak masuk.

Bila cakap dekat cashier kaunter tu nak retrieve kad sebab kad hilang. Lepas tu cahsier tu cakap kena buat baru. Liz memang tak nak buat baru. Rugi lah points dalam kad tu.  Terus liz kata hari tu dekat outlet lain boleh je buat tapi saya tak ingat no phone. Tapi.... no kad pun boleh kan?

Hah terus orang tu minta no kad liz.  Dan dia kata " Tapi kena bayar lah RM6 " Alaaa 6ringgit je. Sanggup je liz bayar janji dapat semula kad Watsons liz. Sebenarnya kad ni macam ada sentimental value la. Mungkin sebab liz nak juga kekalkan keperluaan yang liz dah biasa guna sejak zaman uni.


Korang ada ke? Hihi!



Wednesday, October 15, 2014

Nuffnang bagi durian runtuh!


Assalamualaikum.  Hari ni bukak je Facebook nampak banyak blogger post pasal Nuffang kasi durian runtuh.  Tiba-tiba terasa nak semak Nuffnang sendiri, tak mengharap pun.  Sebab selalunya melekat pun 1 2 sahaja.  Tapi dalam minggu ni tiba-tiba ada 4 yang tengah on going. 

Happy bak hang!  Biasalah liz ni orang yang tak pernah merasai situasi sebegini. Waceeh! Mudah-mudahan lepas ni makin banyak la yek Nuffnang kasi.






Friday, October 10, 2014

REVIEW : Madagascan Vanilla Flower - Body Shop Perfumes -


| Madagascan Vanilla Flower Body Shop | Hari ni liz baik hati nak buat review sikit pasal perfumes yang baru liz pakai sebab perfumes ni dah buat orang-orang sekeliling tertanya-tanya mana datang nya bau vanilla ni. Hikhikhik. Liz senyap je bila orang bising-bising tanya siapa punya perfumes ni wangi nya bau vanilla.  

Bau vanilla sememangnya menjadi haruman favorite ramai orang cuma ______ haa ada cuma tau, kadang-kadang ada jenama yang hasil kan perfumes vanila ni terlalu kuat menyengat.  Sakit juga hidung nanti, mujurlah liz jumpa Madagascan Vanilla Flower ni.  Bau dia sangat lah wangiiii dan boleh buat orang tertanya "perfumes siapa ni wangi nya?", orang ofis sebelah pun boleh bau.  Betul tak tipu. Haha. Hebat tak hebat perfumes keluaran The Body Shop ni.  

Description perfumes ni liz ambil dari website dia.
 Jemput lah baca. 
'Escape to Madagascar with vanilla flower. Inspired by a sunny day on the tropical island of Madagascar, this warm, sensual eau de toilette from our Scents of the World fragrance collection features a blend of floral and oriental accords."

Jangan lupa layari
  http://www.thebodyshop.com

 
Bhaaa Haaahaaa tergelak tengok muka sendiri bila senyum sampai macam gini! 
Happy tak terhingga kut dapat Perfumes Madagascan Vanilla Flower ni.

 Dapatkan segera Madagascan Vanila Flower anda secara online pun boleh tau!
Klik sini Madagascan Vanila Flower






 

Wednesday, October 8, 2014

Cara Jimat Buat Paper Bag Untuk Door Gift


| Cara Jimat Buat Paper Bag Untuk Door Gift | Hi semua blogwalkers. Sesuka ja liz buat gelaran blogwalkers. Tapi sedap jugak bunyi nya. Okay-okay jangan mengarut-ngarut panjang lebar sangat.  Hari ni nak kongsi kan sedikit cara nak jimatkan duit belanja dari melabur banyak dekat Paper Bag untuk Door Gift korang semua.

Caranya sangat mudah sebab orang yang malas pun boleh buat sambil tutup mata okay. _Krik_krik_krik_
Paper bag yang orang buat jual wafer tu memang antara yang paling murah untuk digunakan. Baru berapa ringgit kut. Lepas tu beli Dolly paper. Lepas tu beli ribbon warna warni.  Lepas tu apa lagi, sila lah buat yerk.  Malas cerita banyak lah. Pi tengok dekat bawah ni ada contoh gambar yang liz dah buat dengan kawan-kawan ofis.
 
 
 
 
 
 
Rasanya tak payah tulis step-step pun korang boleh buat kan bila tengok gambar-gambar ni.  Dah berkotak-kotak buat sebenarnya, lupa pulak nak snap. Memang colourful okay, selain dapat berjimat ianya juga Nampak lebih kreatif.  Sambil tutup mata pun boleh buat kan?  Selamat mencuba ye.