Friday, October 3, 2014

Jatuh Cinta Dengan Reka Bentuk Proton Iriz


| Proton Iriz |  Semalam lepas balik kerja macam biasalah liz akan lepak dekat meja makan.  Sebab tu trick nak intai makanan yang ada bawah saji.

Tapi semalam duduk je dekat depan meja makan tiba-tiba ternampak Proton Iriz. Tidak lah nampak kereta sebiji atas meja. Hahaha. Tapi katalog Proton Iriz. Terus gapai dan selak-selak. Semak-semak harga, semak-semak cirinya. Teliti segala faedah nya. Dan juga reka bentuk yang buat rasa tak puas hati nak tengok banyak kali.

Patutlah dulu masa liz beli kereta "Proton" juga masa bulan 5. AA ada cakap "tak nak tunggu kereta proton yang baru keluar ke?" Masa tu tak tahu lagi kereta apa cuma kawan AA engineer dekat Proton. Bila keluarnya tu mungkin dalam hujung bulan 8 or bulan 9. Dek kerana masa tu memang liz dah tak sabar nak pakai kereta. Musim hujan pulak. Sob-sob sadis pergi kerja basah kuyup. Hihks drama lebih pulak liz ni.

Jadinya liz beli la kereta yang liz pakai sekarang.  Tapi semalam tengok kereta Iriz ni walaweh leleh liur tengok. Cantik sangat-sangat. Kebanggaan kereta Malaysia. Kalau bukan kita nak bangga siapa lagi kan.












4 comments:

Unknown said...

mmg meleleh tgk ni,
design dan safety mmg terbaik
warna merah rasanya paling cantik.

Farah Waheda Wahid said...

kalau dah jatuh cinta, cepat2 book...he he he...

Unknown said...

klu blh trade in ... iriz active mengancam !

Unknown said...

Da tgk jugak kt showroom Proton smlm..mmg mengancam..tp akan daya sy da beli kia rio..ngehehe :3