Wednesday, December 7, 2011

Berdebar Sangat ..

Esok adalah hari di mana aku dan beberapa biro yang terlibat akan pergi ke sekolah SK Desa Jaya untuk meminta persetujuan dan berbincang mengenai khidmat masyarakat yang bakal di laksanakan pada 28 dan 29 Januari 2011.  Program yang aku handle ni lebih kurang charity kat sesebuah sekolah.  Tujuan charity yang aku buat ni ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebersihan tandas.  Aktiviti yang aku dan kawan-kawan aku akan buat ialah membersihkan tandas, mencantikkan tandas dan juga menghiasi tandas tu supaya selepas ini tandas ini akan lebih dihargai oleh pengguna.

Tema penat giler fikir dan dah banyak kali jugak dah kena reject.  Dan keluarlah Tema "Splashing The Colourful Bubbles".  Bunyi macam seronok kan main buih.  Nama program tu aku ingat nak letak Amazing Wonder Lav.

Hopefully diterima dan sekiranya direject lagi, aku dah bersedia jer.
Aku tak sangka jadi Project Leader berat sangat tanggungjawab, mula-mula ingatkan just tolong-tolong semua biro dan pantau-pantau gitu je tapi rupanya aku juga kena bijak buat keputusan tanpa dipengaruhi oleh apa-apa.  Huh perkara paling susah ialah untuk membuat keputusan terutamanya bila kita terpaksa bercakap jujur pada kawan kita terhadap sesuatu perkara.


No comments: