Saturday, February 23, 2013

“Pernah dengar tak pepatah Jika ada cinta, pasti ada syurga di wajah kita”


Emmm..Jika anda belum pernah mendengar pepatah ini, luangkanlah sedikit masa untuk menyoroti bingkisan dari liz .. Apa itu cinta? Cinta memang mudah dilafazkan melaui kata-kata, tetapi sangat susah untuk diluahkan melalui perbuatan. Adakah anda pasti anda ada cinta dan syg? Dan adakah anda pasti CINTa dan syg anda cinta terindah? Jika ya , jika cinta ada dalam hati anda, dan jika cinta dalam genggaman anda, pasti ada syurga di wajah kita.

Kenapa kita merasakan cinta itu indah?  Cinta yang kita ingin sampaikan kepada insan tersayang tetap akan terasa indah walaupun anda bersama insan tersayang di kala kesesakan ujian di Jalan Raya kehidupan yang berliku-liku.  Tapi cinta kadang – kadang tak selalunye kekal indah kan.. Kenapa? Mcm langit..tak selalu cerah..Dlm kesibukan jalan raya, anda mungkin akan terfikir jalan penyeselaian lain..Owh korang nak guna Jalan highway ke? Betul juga. Tapi itu maknanya, anda cuma inginkan cinta dan cinta akan menjadi indah bila waktu senang sahaja kan? Sedihnya syg sebab cinta begitu. Tepuk dada dan tanya hati sendiri dan nilainya sendiri.  Sejauh mana nilai cinta anda?

Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu menilai sejauh mana cinta kita. Ya.. liz tahu..Cinta datang dan pergi. Tapi itu tidak bermakna cinta perlu diduai dan tidak bermakna cinta tidak perlu di cari. Tapi mencari biarlah pada yang sudi .. Cinta bolehkah di ukur? Oh tidak .. Cinta memang tidak boleh diukur dari mata kasar, bahkan cinta juga tidak boleh boleh dibilang dengan jari. Kerana cinta, CINTA yang murni biarlah hadir dari hati yang tulus suci.  Adakah anda yakin cinta yang ada adalah cinta yang paling suci? Cuba anda fikir  suci yang macam mane yang anda harapkan? Di basuh dengan sabun bio zip?Clorox? Oh tidak.. Suci yang liz maksudkan biarlah cinta itu ikhlas dan jujur dari hati anda sendiri. Kenapa berkata begitu?? Cinta yang dikatakan suci, apabila bilamana se sesak macam mana sekalipun jalan raya, sebasah mana dihujani hujan, tetapi bila kita bersama yang tersayang mengharungi perjalanan.  Anda masih mampu tenang, dan sudi bersama-sama dalam menempuh cabaran.

Tapi kalau sudah bersama yang disayangi,  tetapi hati anda masih lagi beku dan kaku . . . satu persoalan akan timbul.  Benarkah kamu mencintainya? Tepuk dada dan tanya hati sendiri ya..
Jika anda kelapangan, jika anda sudi mengkaji pasangan anda silalah mengakaji pasangan anda disebelah. Ha…ini bukan  bermakna anda kene buka kamus utuk mengkajinya ya..Semasa korang memandu, sesekali tu apa kata korang kaji pemandu di sebelah. Dengan siapa mereka bersama dan bagaimana reaksi wajah mereka.  Adakah ceria? Senyum? Selamba? Masam? Ataupun berkerut?  Kata orang la kan, “Jika ada cinta, pasti ada syurga di wajah kita”

Di manakah golongan kita?
Golongan pertama:  Yang rakus hidupnya tanpa nilai?
Golongan kedua:  Pengecut yang hidup marah-marah tanpa ketenangan?
Golongan ketiga:  Yang hidup dengan ketenangan atas keyakinan kerana ada cinta yang menjadi teman menghadapi cabaran dalam perjalanan.
3 soalan di atas ni buat liz terfikir. Kadang-kadang liz teringin jadi yang golongan pertama tapi tak mampu hanya boleh menjadi golongan kedua namun yang terbaik bila kita boleh jadi golongan yang ketiga. Tenang .. setenangnya .. Insyallah ..

 Ya. Mungkin tanpa cinta kepada ALLAH dan cinta sesama manusia kita boleh mencapai material iaitu harta, pangkat dan nama. Tetapi kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga iaitu kemesraan, kasih sayang dan budi. Faham kan maksud dekat sini .. kebahagian itu bukan diukur semata-mata dengan material.
Dan jika mata anda tajam untuk membuat penilaian sebenarnya tak susah nak kenal orang yang dari golongan pertama dan kedua ini. DI wajah mereka ini tidak ada cinta!

3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul tu.. cinta itu indah dan cinta itu beauty.. tapi manusia ni yg mnghodohkan cinta itu... =D

blog usang said...

kali pertama dengar pepatah mcm tu...yg selalu dengar.."jika ada cinta..pasti ada tawa dan air mata"..tu biasalah saya dengar..:)

Liyliz said...

Alhamdullilah .. tapi apa2 pun cinta yg kita mahukan .. jangan lupa dahulu kan cinta pada Allah