Friday, February 15, 2013

“The first love of duty is to HEAR”

Kekasih yang baik ialah seorang pendengar yang baik.  Jadi sekiranya awak tu seorang kekasih adakah awak seorang pendengar yang baik?  Bila kali terakhir awak jadi pendengar yang baik? Mendengar dengan jiwa akan melahirkan empati. Mendengar dengan telinga akan melahirkan simpati.

Apa perbezaan keduanya? Pernah belajar masa sekolah bila waktu nak ambil SPM kan? Takpe, liz bezakan untuk you all semua sebab mungkin ada yang sudah lupa. 
Empati: Kita merasai suara hati yang didengarkan dan tidak diperdengarkan oleh pasangan kita.  Empati akan memperkukuhkan cinta kerana cinta itu hakikatnya berkongsi rasa bukan sekadar berkongsi kata.
Simpati:  Hanya memahami apa yang dipedengarkan melalui ayat dan kata-kata.

Apa pula beza antara HEARING dan LISTENING?
Hearing dengan telinga tetapi listening dengan mata dan jiwa.

Bukan senang untuk menjadi pendengar yang baik. Ia melibatkan hati, perhatian dan perasaan.  Seseorang yang benar-benar ikhlas akan sudi mendengar setiap butir bicara itu.  Seseorang yang EGO tidak akan sanggup mendengar ucapan atau teguran atau kata-kata orang lain walaupun ucapan itu sangat berguna pada dirinya.  Terasa? Jadi ubahla diri sebelum terlambat dengan tidak menjadi seorang yang ego.

Namun yang Maha Mendengar adalah DIA.  “Tuhan Yang Maha Mendengar.”
Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar ialah Tuhan Yang Maha Mengasihi hamba-hambaNya.  Antara nama Allah dalam Asmaul Husna ialah al-Sami’.  Allah mendengar rintihan, doa dan pengaduan hambaNya.  Jadi sedarlah bahawa kekasih pertama kita ialah Allah dan Dia juga kekasih terakhir kita kerana Dia Maha Mendengar.

Contohilah sifat Allah Yang Maha Mendengar untuk menjadi kekasih yang baik.  Rendahkanlah hati, kurangkanlah kepentingan diri, dan tekan rasa ego agar tidak menjadi orang yang tuli dalam bercinta.
Ada hikmahnya apabila Allah ciptakan kita sepasanga telinga dan satu mulut.  Tuhan didik kita agar lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.  Jangan bosan mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangan kita.  Siapalah kita berbanding Allah?  Tuhan Yang Maha Agung itu pun masih sudi terusan mendengar luahan, rintihan hambaNya berulang-ulang walaupun kita ini sering melakukan kemungkaranNya.

Semoga apa yang liz share ni boleh buat kita semua sedar bahawa andai kata tiada yang sudi mendengar luahan hati  kita namun ingatlah bawah ALLAH itu tetap ada bersama kita.  

2 comments:

ejulz said...

betul tu. bukan senang nak jd pendengar yang baik.. :)

Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

Unknown said...

yup betul tu...