Tuesday, December 23, 2014

My Daily Food at Night [ Yougurt & Fruits ]


Setiap hari makan buah.  Sampai kan kawan dekat Facebook ingatkan aku tengah ber-diet.  Nak berdiet apakah lah kalau badan tengah cekeding cam gini.  Tapi paling tak best kalau pun kurus tapi ada perut yang buncit.  Hihi lagi-lagi yang suka makan lewat malam, dah makan lepas tu masuk bilik baring. Hoho memang terbaik lah kan.  Eah cop takda kena mengena pun dengan makanan yang aku suka makan ni.

Kembali ke pangkal cerita semula.  Aku tak tahu la angin apa yang masuk dalam badan ni untuk minggu ni.  Hari-hari nak makan yogurt.  Yogurt plus pulak extra fruit.  Semalam yogurt habis, gantikan dengan chocolate.  Jadi kalau korang rasa macam boring nya la nak makan buah tu hari-hari kan.  Boleh makan dengan yogurt.  Yogurt beli yang berperisa terus senang.  Macam dulu aku beli yang original punya, kalau yang original ni punya pula kena blend dengan buah baru aku makan. Ikut lah cara apa pun korang suka.

Peach yogurt with Strawberry

Strawberry yogurt with Banana


Paling latest tamak sikit. Pisang & Strawberry tapi yogurt habis jadinya letak chocolate fountainnya. Sesuai untuk mereka yang nak berdiet wokay. Whats next yeah!! 

Saturday, December 20, 2014

Resepi Speghetti Daging Pedas


Mood rajin nak masuk dapur dah datang.  Kiranya untuk bulan ni baru semalam aku masuk dapur.  Kalau tidak dapur tu mak aku yang punya sorang.  Teringin pula nak makan speghetti daging, tapi aku selalu buat yang biasa je tapi semalam aku buat yang pedas punya.  Sebab mak jenis yang tak suka benda-benda western ni. Jadi bila buat pedas-pedas sikit laju pula dia makan. 

Bahan2:
  • Daging cincang - biasa guna jenama Ramli
  • Sos spaghetti brand Kimball (sangat murah baru RM3.90)
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang *kalau rajin tumbuklah
  • 1 1/2 biji bawang besar - cincang
  • Black pepper sos & serbuk oregano *guna black pepper yang serbuk pun boleh
  • Tomato sebijik - potong dadu
  • Cili benggala (Ikut korang la guna warna apa pun)
  • Cili api 10 biji (Aku campak je sebiji2 sebab nak potong takut nenek tak nampak tergigit pulak)
  • Minyak untuk menumis (Kalau korang nak guna butter pun boleh)
  • Spaghetti (Aku guna jenama Kimball sebab dia halus sikit)
  • Sosej

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak/butter - tumiskan bawang putih & bawang besar 
  2. Masukkan daging - buh garam sket + lada sulah - masak sampai air daging tu kering.
  3. Masukkan sos kimball + black pepper sos + oregano + banggala + cili api.
  4. SIAP!
  5. Speghetti tadi tu rebus dulu ye dan letak garam sikit. 

    Review ZAWARA SHAWL : Dura Shawl



    | Review ZAWARA SHAWL : Dura Shawl | Lama sangat dah aku beli shawl ni tapi bila pakai mesti terlupa nak ambil gambar.  Shawl dekat ZAWARA memang lain dari rekaan yang lain.  Dan kalau korang beli ZAWARA SHAWL yang pelik-pelik jangan risau kalau tak reti nak pakai sebab setiap keluaran ZAWARA SHAWL ada tutorial cara macam mana nak pakai.  Type je dekat Youtube mesti ada. Setiap 1 design tu korang boleh pakai lebih dari 1 cara tau.  Aku dah ada 1 Zawara Shawl. Korang bila lagi? Sekarang ni pula sales tengah giler-giler tau.  Boleh check dekat www.zawara.com okay.  Nangis sedu sedan lah korang kalau terlepas promotion hebat dorang ni.  

      Style 1

    Style 2 

    Pandangan belakang yang always aku akan buat.
    Selamat bershopping di ZAWARA ye.

    Monday, December 15, 2014

    Felt Pillow For Boyfriend Bufday


    Felt Pillow For Boyfriend Bufday |  Ini tempahan daripada customer yang tempah dengan aku minggu lepas. Dia nak hadiahkan pada BF kesayangan beliau. Design pun simple, aku pernah buat pillow design macam ni untuk customer kat Nilai.  Ini kali kedua untuk design yang sama untuk customer aku dekat Kuala Lipis.  Mudah sangat pillow tanpa Avatar. Nak order boleh whatapps 017-9804423 wokey. 

     

     

    Felt Pillow Comel Hello Kitty


    Felt Pillow Comel Hello Kitty |  Paling comel dan sangat comel for this time design.  Akak ni request nak pillow Hello Kitty tapi design nya dia serahkan pada aku. So aku memang manusia yang suka sangat dengan Hello Kitty sampai kan mangkuk tingkat aku pun si ehem hadiahkan yang ada Hello Kitty.  Oh pee-lease lah liyliz yusof.  Okay jemput tengok pillow avatar Hello Kitty ni, berminat boleh whataps di 017-9804423 for order :) 

     

     

     

     



    Friday, December 12, 2014

    D. I. Y. Kotak Jarum Peniti Tudung


    D. I. Y. Kotak Jarum Peniti Tudung | Kalau dah kedekut kan. Dah nak berjimat sangat. Memang boleh join buat benda ni dengan liz.  Bulan ni sahaja liz minta mak belikan 2 set. Dalam 1 set tu ada lah 12 jarum peniti tapi mesti hilang.  Sebab letak merata-rata yelah kalau bukak tudung time mengadap TV gamaknya habis kusyen tu dicucuknya jarum Haha.  Kalau dalam kereta repair tudung, boleh juga pin kan dekat kusyen kereta. Hehehe perempuan-perempuan

    Jadi tiba-tiba seruan untuk menjadi wanita yang teratur bersama jarum penitinya membuak-buak pulak dah kan. Okay lah liz pun buat lah kotak cucuk jarum peniti.  Buat comel-comel supaya rajin nak mencucuk.


    Liz pun ambil lah 3 sisa Cellophatape ni. Ikut korang nak buat banyak mana, makin banyak makin tinggi. Liz guna 3 sisa je. Lepas tu guna sisa polistrin foam annual dinner dulu. Buat bulat-bulat lepas tu boleh sumbat dalam ruang cellophatape ni. Seperti dibawah ini.


    Lepas tu korang jangan lah malas sangat nak menghiasnya. Korang buat lah se-kreatif korang. Kalau liz buat macam di bawah ni je.

     Jom Cucuk Dalam Keadaan Yang Berhemah.
    Hehe supaya takda orang mengadu buntut tercucuk jarum peniti.

    Tuesday, December 9, 2014

    My First Timer SUBWAY menu



    | My First Timer SUBWAY menu |  Mana lah nak makan dekat Setia City Mall kan.  Banyak sangat tempat makan sebenarnya tapi memandang-kan mood upset ketika ini.  Jadi tak selera nak makan atau nak request apa-apa.  

    Selalu-nya aku lah manusia kuat makan. Dan asyik request nak makan sebab lapar.  Tapi hari kejadian ni cuma sekadar merungut perkara yang mengecewakan.  Okay for the first time Boss decide nak makan dekat mana.  FOR THE FIRST TIME okay.  Selalunya bab-bab lain kalau berbeta dengan Boss confirm aku kalah.  Cuma part makan je dia selalu kasi can aku decide. 

    First time masuk SUBWAY.  Ammende lah yang ada dekat sini.  Okay sampai-kan ke menu pun Boss pilihkan. Layan kan saja #memangxdamoodmakan  Pada aku SUBWAY ni macam TUTTI FRUTTI.  Boleh pilih topping sendiri dan nak lauk apa. Tapi bezanya pekerja yang buatkan untuk kita. 

    Jemput makan. Konon-nya ambil mood lah ni nak makan. Macam sedap sangat je!
    Giler banyak sayur aku!  Tau tak ini semua salah Boss! Dia saja je tu nak buli aku bab-bab sayur. Dengan statement meyakinkan beliau berkata "ambil semua topping lah lagi best" aku pun percaya kut tapi kecuali bawang.  Memang tak suka bawang. Tu lah pasal yang konon-nya SUBWAY pertama aku ni aku rasa SANDWICH macam gini boleh buat dekat rumah je pun.  Penat sangat nak nganga mulut tau tak. Bila makan je jatuh sana sini sayur.  Rimas rasa.  Tapi yang dia punya elok je nipis dan tidak setebal aku punya.  LAST sekali dek kerana penat nak habiskan aku bukak dan makan benda yang aku rasa menarik untuk dimakan sahaja. HAHA.

    I DONT LIKE SUBWAY. WOULD LIKE TO SAY 'FIRST AND LAST'. 
    Thank you.

    Saturday, December 6, 2014

    Blesmished Skin. My Moisturizer is From The Body Shop


    | Blesmished Skin. My Moisturizer is From The Body Shop | Hi peeps .. hi ladies.  Okay satu lagi soalan liz dapat dekat FACEBOOK baru-baru ni dan sebenarnya banyak lagi. Tapi please kasi liz jawab 1 dulu.  Been so busy with bonus evaluation now.  Nak bonus tak? Nak! Nak! Bila dapat bonus boleh beli A beli B beli C.

    Okay-okay sambung balik cerita pasal Moisturizer yang liz pakai.  Apa yang sesuai untuk liz tak semestinya sesuai you alls tau. Remark! Wokay. Liz cerita ni pengalaman liz sendiri.  First sekali check dulu kaji dulu jenis kulit memasing macam mana. Mine is oily skin. But for now it becomes a lit bit dry because of VITAMIN A.  Yay I love vitamin A so much.  Kalau nak tahu kenapa dan apa kaitan dengan vitamin A you alls boleh baca dekat sini. VITAMIN A.

    Sebenarnya beauty consultant liz tak suggest liz pakai MOISTURIZER lagi sebab risau pimples naik lagi.  Tapi sebab liz suka ber-make up. #onlyonweekeend phew bila nak ngedated gitu.  Jadi rasanya akan jadi sangat DRY dan make up akan jadi tompok-tompok.  Before apply foundation kena pakai dulu Moisturizer sebabnya mine foundation pula jenis yang tak berminyak. Jadi bila kulit kering you apply pula foundation yang kesat hah faham-faham lah bagaimana rasanya teksture-nya.


    TEA TREE SKIN CLEARING LOTION.  Siap highlighted lagi dekat situ suitable for blemished skin.  Dan seterusnya korang boleh nampak kat apa yang tertulis dekat botol tu hehehe.  Jadi bila pakai ni sedikit sebanyak membantu kulit muka iolls ni. Memang tidak berminyak moisturizer ni.  Jangan risau okay.  Dan harganya RM49.00 boleh lah beli dekat mana-mana THE BODY SHOP terdekat. If not you alls boleh beli tru online WEBSITE mereka.  Sebab dekat website korang boleh dapat diskaun, depa ni rajin buat diskaun tau.

     Ringan je dan boleh sapu dekat muka dari bawah ke atas tau.  Use regularly for clearer looking skin. 


    Cepat meresap tau ke dalam kulit.  
    Selepas & Sebelum.  Terpulang kat korang macam mana. Liz malas nak berkempen lebih. 





    Thursday, December 4, 2014

    Say Yes To Watson Brand


    | Say Yes To Watson Brand | Korang mesti dah biasa dengar WATSONS kan? Hah dah ada ke belum kad WATSONS? Jom lah buat kalau ada yang masih belum ada kad WATSONS tu.  Sambil shopping dapat earn points lepas tu dapat join contest.  Sebut pasal contest kan, meh liz nak cerita sikit. baru-baru ni liz dapat call dari pihak WATSONS.  Alhamdullilah liz berjaya untuk contest pertama bersama Watsons!!!!  Memang sangat-sangat enjoy ber contest dengan Watsons ni tau. Korang semua pun patut join tau.  

    Cara-nya ialah korang mestilah kena ada kad WATSONS.  Lepas tu register kad korang tu ke Web rasmi WATSONS terlebih dahulu. Kemudian korang akan dapat email dari pihak WATSONS.  Bukan sahaja kita boleh join contest tapi kalau WATSONS ada buat event ke atau ada buat promotion sales pun mereka akan acknowledge kita melalui email.  Memang sangat-sangat best tau.  Liz dah join Contest mereka yang pertama nanti liz review Watsons Brand Kit yang liz dapat tu.

    http://watsonsbrand.woop.my/?friend=179889#.VH2gqo4BoVs.facebook
     
    Ini ialah contest liz kedua. Liz ada share dekat FB liz. Kalau korang nak join boleh klik gambar ni. di atas ni. Nanti korang akan jumpa gambar di bawah ni pulak. 

     

    Macam liz pun log in melalui Facebook. Sebab asyik kerap lupa password well peeepsss bila dah banyak sangat website online yang kite terjah. Mulalah hilang ingatan.  Jobstreet pun liz log in guna Facebook dah sekarang haha. Asyik lupa password!!  Okay sambung semula pasal WATSONS - > Korang kalau yang dah ada WATSONS kad memang rugilah kalau tak join.  Sebab contestnya sangat mudah.  Bagi yang belum ada kad WATSONS tu boleh lah beli dekat cawangan yang berhampiran.  



    Ini NEWSLETTER liz. Yay!!! Taniah untuk diri sendiri hehehe. Liz suka sangat berurusan dengan WATSONS ni.  Sebab kalau ada je apa-apa masalah berkenaan dengan kad ke, points ke atau hal-hal yang lain. Korang boleh direct call je di talian ni 1300 880 847 mereka akan sedaya upaya tolong korang.  Jomlah SAY YES TO WATSON BRAND sekarang. 



    Tuesday, December 2, 2014

    Buah Tangan Dari Sarawak


    | Buah Tangan Dari Sawarak | Ooooh so sweet ~~~ terharu den ada yang mengingati nak kasi buah tangan kat liz.  Dalam bulan ni dapat 2 buah tangan tau. Yelah musim orang pergi berjalan. Yang tak dapat nak pergi berjalan cuti-cuti ni duduk diam-diam je lah dekat rumah.  Oops lupa nak snap pica lagi 1 buah tangan tu dari makdee, baru-baru ni dia pergi Australia jadi dapatlah liz merasa pakai syilling bag yang ada kangaroo. Omey sangat-sangat!! Lagi satu pulak bentuk koala. Rasa macam comel sangat je pakai syilling bag macam tu. Macam tahu-tahu je yang syilling merata-rata je taruk. Sekarang semangat nampak je syilling terus letak dalam bag kanggaroo. Lepas tu ada lagi 1 dapat buah tangan daripada bos dari Hong Kong. Untunglah depa pi bercuti.

    Tadaa ini daripada SARAWAK!  Paling best sekali sebenarnya dalam bag ni ada ini benda di bawah ni tau! Cuba tengok.

    Sedapnya!! Ada macam-macam flavor. Kali ni lah liz mewah dengan KEK LAPIS SARAWAK. Sebelum ni nak makan mesti beli 1 2 perisa je. Ini banyak gillerrr perisa. Ada rasa macam red velvet tau yang merah putih tu. Kalau yang hijau tu rasa macam padan lemon. Yang purple tu rasa anggur vanila gitu.  Yang belang warna-warni tu rasa chocolate macam ada milo-milo gitu. Ada lagi kat bawah tu haish tak habis nak sebut.  Ada yang rasa strawberry!!! Aigoo banyaknya. Thanks ya kasi ittew makanan ni. 

    Kenangan terakhir untuk di sangkut.  Korang cuti-cuti ni ada dapat apa? Meh lah share-share story letak link kat bawah. Nanti liz blogwaliking and follow korang.

    Happy December With Mee Kari


    | Happy December With Mee Kari | Yey December 2014 dah!!! Lagi sebulan 2015 dah tau. Umur pun makin meningkat tapi masih muda lagi. Apa lah nak buat untuk tahun depan ni.  Target tahun 2014 liz dah berjaya. Syukur Alhamdullilah.  Usaha dan usaha untuk capai target.  Tahun ni liz lalui macam-macam masalah. Macam awal sangat eah nak tutup tahun 2014? Sebab pada liz dah tak sabar planning untuk tahun 2015.  Jadi bila masuk je tahun 2015 dah boleh mula-kan misi bukan-nya baru nak fikirkan.  Kemahen lah fikir target 2015 kan tapi IC darjah 6 pun tak tukar lagi. Hehehe :) malu ittew asyik kena ejek KAKAK IC darjah 6.

     Pagi-pagi 1 December 2014 dah buat muka. Dulu kemahen segan muka
    Nak hantar pergi cuci kereta pun masih ajak mak teman tau. ANjew tak ittew! Lepas tu sementara tunggu kereta siap di-basuh liz pun ke pejabat pos hantar FELT PILLOW.  Kemudian ngidam pulak tekak ni nak makan mee kari. Okay meh liz share mee kari paling sedap dekat Kuala Lipis.  Memang liz berkenan sangat dengan mee kari kedai ni. 

    Siapa anak-anak lipis confirm tahu lah Medan Selera Alamanda dekat mana.  Boleh lah cari kedai ni, mengadap landasan kereta api.  Sambil makan boleh tengok keretapi lalu. Kalau ada keretapi lalu. Hehehe.  Bukannya keretapi tu lalu sejam sekali pun.  Ada waktu-waktu nya juga.  Kalau sepupu papat yang duduk bandar ni balik, nampak keretapi lalu kat rumah, kemahen bekerja lari. #hairansangat depa hehehehe

    Oh my honey!!! Yummy!!! 
    Jemput makan dan selamat berjaya bagi target masing-masing.
    Selamat berjaya. Ada lagi sebulan tau nak jaya-kan nya.


    Bantal Felt Hashtag


    | Bantal Felt Hashtag | Siap dalam masa 1 hari.  Sebenarnya dah penat sangat-sangat kut tapi gigihkan juga jahit malam tu.  Liz nak hadiahkan dekat Kak Dhila memandangkan dia 28 hb tu hari terakhir dia kerja dekat sini.  Taniah sebab dah dapat kerjaya yang di-idamkan selama ni. Cayiok-cayiok!!



    Nak order dengan liz boleh whataps 017-9804423 wokeh.