Friday, December 12, 2014

D. I. Y. Kotak Jarum Peniti Tudung


D. I. Y. Kotak Jarum Peniti Tudung | Kalau dah kedekut kan. Dah nak berjimat sangat. Memang boleh join buat benda ni dengan liz.  Bulan ni sahaja liz minta mak belikan 2 set. Dalam 1 set tu ada lah 12 jarum peniti tapi mesti hilang.  Sebab letak merata-rata yelah kalau bukak tudung time mengadap TV gamaknya habis kusyen tu dicucuknya jarum Haha.  Kalau dalam kereta repair tudung, boleh juga pin kan dekat kusyen kereta. Hehehe perempuan-perempuan

Jadi tiba-tiba seruan untuk menjadi wanita yang teratur bersama jarum penitinya membuak-buak pulak dah kan. Okay lah liz pun buat lah kotak cucuk jarum peniti.  Buat comel-comel supaya rajin nak mencucuk.


Liz pun ambil lah 3 sisa Cellophatape ni. Ikut korang nak buat banyak mana, makin banyak makin tinggi. Liz guna 3 sisa je. Lepas tu guna sisa polistrin foam annual dinner dulu. Buat bulat-bulat lepas tu boleh sumbat dalam ruang cellophatape ni. Seperti dibawah ini.


Lepas tu korang jangan lah malas sangat nak menghiasnya. Korang buat lah se-kreatif korang. Kalau liz buat macam di bawah ni je.

 Jom Cucuk Dalam Keadaan Yang Berhemah.
Hehe supaya takda orang mengadu buntut tercucuk jarum peniti.

4 comments:

MISSNICK said...

Ok la tu kreatif...simple dan menarik :)

Nadia Johari said...

Akak guna bekas cincin yang tipu punya tu..yang ade jual dekt kedai hantaran..hahha

Cik Rose said...

Salam perkenalan dari ros.. singgah sini dan follow..
kreatifnya buat sendiri..

Lieya Von Jay said...

wah good idea, bulih cuba, kak liya pn jenis lempaq merata jarum dan selalu ja hilang jarum hihi