Sunday, November 9, 2014

Acne Facial Treatment Dr. Ko


| Acne Facial Treatment Dr. Ko | Assalamualaikum semua!  Minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak hupdate pasal Dr. Ko ni. Bukan pasal Dr. nya tapi pasal Ko Skin Center nya, don't get confuse yeah.

NOVEMBER SALES YOU ALLS!!!!
Harga normal diberi diskaun seronok yang teramat sangat wokeh.  

Dear readers ini ialah kali kedua liz buat facial di sini.  Kepada semua wanita yang ada masalah jerawat macam liz jangan takut untuk datang ke Ko Skin Care Center.  They all are very nice.  Don't worry about the price or about the product sebab consultant dekat sini tidak akan memaksa atau menakut-nakutkan anda.  Jujurnya pada pertama kali liz masuk sini the most thing paling takut ialah HARGA.  How if tak cukup duit! Jangan risau kerana mereka tidak akan memaksa anda untuk membeli produk ataupun melakukan treatment.  Kalau anda nak datang jumpa consultant sahaja pun boleh. How much they will charge is ... urmmm I'm not sure :) sorry readers.  

Liz beli Vitamin A seperti biasa untuk kawal minyak dan jerawat. 
Kemudian liz add on new product iaitu BIO PIMPLE CLEAR SA 2% 13
Dermax Bio Pimple Clear SA 2% 13 
Ianya sangat membantu untuk mengecilkan jerawat.  Ini kali pertama liz mampu beli sebab harga nya ialah RM80++ jadi bila ada 55% discount harga nya dalam RM30++ #mustbuy
-Minta maaf sebab liz tak ingat detail price-

Bentuknya seperti botol minyak wangi yang bersaiz kecil. 
Tetapi di-ingatkan kalau nak pakai jangan roll on direct to pimples. It is much better if  you are using cotton buds and apply it to your pimples. 

 Mohon zoom sendiri untuk lihat jerawat ye.  Selfie dahulu di dalam kereta sebelum buat treatment sebab after treatment muka mesti merah-merah dan bengkak.  Kalau nak tahu details treatment nya bagaimana anda semua haruslah datang dan alaminya sendiri.  Kalau anda semua buat dalam tempoh 1 Nov -15 Nov anda akan dapat 60%.  
Harga untuk Acne Facial Treatment adalah RM180 after less liz dapat RM72 #awesomebukan

Argh gelinya!!! Banyak white heads dan juga black heads.  Tahu tak mereka-mereka ini antara punca yang akan menyebabkan kulit berjerawat.  

Inilah wajah selepas treatment.  Merah dan sedikit bengkak.  By the way selepas sahaja liz keluar dari Klinik Dr. Ko liz akan terus pakai MASK sebab tak nak nanti orang tengok muka liz macam kepelikkan.  Sehinggalah sampai dekat restaurant baru buka mask.  Nanti nak makan masuk kunyah ikut mana pulak ye dak?  Liz harap sedikit perkongsian pengalaman diri liz sendiri ni boleh memberi gambaran serba sedikit mengenai rawatan dan produk yang ada di Ko Skin Care Center.

Nak tahu pengalaman pertama liz jumpa Dr. Ko dan entry-entry mengenai Dr. Ko anda boleh baca di sini.

No comments: