Monday, November 10, 2014

Detim Dengan Boss Di SEOUL GARDEN



| Detim Dengan Boss Di SEOUL GARDEN | Akhirnya tiba jua masanya untuk bermain masak-masak dengan boss.  Ini kali kedua liz masuk dan makan dekat Seoul Garden.  Liz malas nak review sangat pasal tempat makan ni sebab liz rasa SEOUL GARDEN dekat Shah Alam tak berapa best.  Pilihan makanan nya macam tak banyak sangat.  Kalau anda semua google SEOUL GARDEN mesti akan ternampak gambar-gambar yang sangat-sangat mampu membuat anda semua tamak haloba. Tak tahu nak cekau makanan yang mana tapi sebaliknya di SEOUL GARDEN Shah Alam. 

Cuma apa yang best ialah dekat sini boleh main masak-masak sama-sama tau. Lepas tu makan sesama.  Fefeling sangat romantik la ketika ni memang boleh lah sangat-sangat lagi-lagi untuk mereka yang sedang bercinta tetapi sebaliknya pula berlaku dekat liz dengan boss. Nak tahu kenapa? Hah sebab time ni liz tetiba fefeling Lady Boss.  Sebab boss liz yang masak-kan kut.  Masa tu liz tengah bahagi-kan Meggie Goreng sea food dalam pinggan liz sikit lepas tu pinggan boss sikit.  *haha datang Seoul Garden makan meggie kau* Tiba-tiba boss datang bawa pinggan yang banyak kiranya kalau anda semua boleh imagine dia datang dengan tangan yang penuh bersama bahan-bahan nak memasak. Macam mak-mak pergi pasar tu. Macam tu lah boss liz. #okayinidrama Saja nak menokok tambah. 

 Ini lah meggie yang liz cakap tu. Sedap tau. 
Sementara nak tunggu boss masak semua makanan yang mentah kan ambil masa. Jadi anda semua digalakkan sangat untuk ambil makanan yang dah dimasak untuk alas perut. Kuih-kuih pun ada tau.

 Banyak nya makanan dah ada di atas meja tapi boss mana? Hah kan liz dah cakap tadi, dia pergi ambil makanan lagi.  Liz duduk sopan-sopan je dekat atas kerusi ni.  Sambil makan meggie dulu.  Lepas tu kena tegur dengan beliau "eah makan dulu tak tunggu" Huhu senyum simpul jelah den
 pun.
Mula-kan memasak ye.  

Yang sushi ni liz yang ambil.  Liz suka yang ni daripada dekat SUSHI KING sebab rasanya tak da la macam mentah sangat.

 Semua ni liz habiskann dahulu. Entah waktu ni rasa macam liz sorang je yang makan dan dia sorang je yang masak.  Hahaha.  Sedar-sedar je bila liz dah kenyang dia suruh liz makan lagi.  Lepas tu baru tersedar "eah dari tadi dah liz makan yang boss ni asyik masak je bila nak makan?"

Baru lah dia makan sungguh-sunguh dan liz pula take over penyepit tu.
- Kesian -

 Identiti di rasia kan. Kesian baru selesai makan selepas liz makan.
Lepas tu yang best-nya lagi ialah boss buatkan liz CENDOL dan juga Ice Cream.  Actually maybe sebab masa tu muka liz a lit bit redness dan bengkak jadi buat rasa diri ni segan nak bergerak ambil makanan.  Thank you dear sebab tolong buatkan.

Cendol plus jagung banyak-banyak.

Ice cream ni pun boss buat kan.  Tiba-tiba macam pelik je dia tak letak ice cream strawberry dalam ni. Atau sebab ice cream strawberry memang takda.

Okay pencuci mulut selepas makan.
P/S : Kalau keluar dari sini mesti baju memasing akan ada bau minyak. Haha memasaklah katakan.  Jadi bawa la perfumes ye untuk sembur selepas makan tu.







1 comment:

Nadia Johari said...

sedapnya..tak pernah makan dekat seoul garden lagi..