Sunday, November 9, 2014

Happy Birthday Mak 58 Tahun


| Happy Birthday Mak 58 Tahun | Assalamualaikum dan salam hujung minggu.  Jumaat lepas iaitu 7 November 2014 genaplah mak liz usianya 58 tahun.  Anak gadis dia meningkat dewasa, beliau pun meningkat usia.  Jadi buat semua anak-anak dekat luar sana tu please do something dan hargai mereka selagi masih ada. 

Kadang-kadang apa yang kita sedar ialah umur kita yang tak sabar nak lalui zaman remaja kemudian beralih kepada zaman dewasa.  Sibuk sangat fefeling nak habis belajar, nak cepat kerja, nak bercinta lepas tu nak kahwin lepas tu nak ada anak.  Betul tak? Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar yang mak kita pun semakin berusia.  Lagi 2 tahun mak liz akan ber-injak angka usia yang ke 60 tahun.  Tiba-tiba rasa cepat nya masa berlalu.  Hari-hari liz bersama beliau dekat rumah tak sedar pun semakin hari kita ni sebenarnya di-mamah usia.  

Mak liz pula buat rutin harian seperti biasa.  Liz memang tak rasa pun mak macam 58 tahun.  Rasa macam sama je keadaan mak tu masa liz di zaman sekolah. Bila mak mengadu sakit lutut liz suka cakap "mak ni macam orang tua je sakit lutut dah kalah dengan tok wan"  Sedangkan liz tak sedar memang mak sedang lalui tempoh-tempoh macam tu.  Mungkin sebab liz ada nenek.  Nenek pula masih sihat kuat berjalan sana sini, tak sedar rupanya nenek dah 75 tahun.  Cepatnya masa berlalu. 

Pernah tak korang semua fikir dan bandingkan.  Sebab kita memang tak kan sedar setiap hari setiap bulan dan setiap tahun tu kita lalui kehidupan yang sama.  Sedar-sedar je dah 5 tahun - 10 tahun berlalu.  Jadi masa birthday mak liz baru ni liz tempah kek yang design nya bentuk APRON.  Seperti yang liz cerita dekat entry lepas, simboliknya sebab mak liz dulu tukang masak.  Jadi bila mak tukang masak, anaknya memang tak payah memasak.  Tiba-tiba baru sedar diri [ weh 22 tahun dah aku tak reti masak lagi ].  Tahun depan nak kahwin weh. #tiputipusikitkononlah #nakkahwin


Liz balik kerja pukul 6. Waktu tu jammed pulak dah, mujur kedai kek ni setia tunggu liz sampai 620 tau.  Masa dalam kereta dah memikir macam mana lah nak surprise kan kek ni.  Sebab pagi tu memang liz terlupa birthday mak, cuma ingat petang ni ambil kek.  Short term hilang ingatan.  Sebab dalam masa yang sama busy dengan notify whatapps wish birthday dekat AINA KECIT.  Kawan zaman university dulu.  Bila dah sampai office dah buat kerja dah dekat nak balik baru ingat 'jap lagi nak ambil kek' eah kek birthday mak.  Hahaha.  For sure lah mak dah fikir liz tak ingat birthdaynya.  Kebiasaanya setiap tahun, pagi-pagi liz dah wish happy birthday. 

Bila dah sampai rumah.  Kek tu biarlah dalam kereta dulu, tangan pulak penuh dengan beg kerja, botol air, lunch box bag lagi. Plus business diary lagi kena pegang sebab nak letak dalam bag dah tak muat. - belum bag lampin susu anak lagi - Jadi petang tu balik macam biasa liz suka melepak dekat meja makan tanya mak buat minum petang apa hari ni.  Untung nya badan ni dapat ibu macam ni manja dari kecil ke besar.  Sempat lah tanya "mak masak apa malam ni?" Mak akan tanya "Along nak makan apa?''  Selalu nya macam ni soalan aku mesti akan ditanya dengan soalan.  "Okay lah kita bawa wan makan luar lah tempat hari tu wan tak pergi lagi." Jadikan alasan wan pulak untuk makan luar.  

Nak cerita semua memang tak habis kat you alls.  Dipendekkan cerita, abah tunggu dalam kereta siap-siap sambil pegang kek.  Bila mak buka pintu kami nyanyi wish Happy Birthday dan masa tu tiba-tiba tok wan main peranan dengan sebut usia mak dekat kek tu "58 tahun dah yek" Hahaha. 

 Cepat bandingkan tang mana yang sama:
1.
2.
3
------------------------------------



1 comment:

PCL said...

comel je 2 beranak nih.. hb to mak Liz moga dia berbahagia n sihat selalu.