| Strawberry Yogurt Juice | Minggu ni liz pilih strawberry sebagai jus pilihan. Alah sebenarnya sebab kebetulan balik daripada cameron highlands. Borong banyak sangat strawberry. Mula-mula masa nak beli cina tu kata 3 bungkus RM20 lepastu dia buat-buatlah nak kasi diskaun 1 kotak lagi. 4 kotak RM20 tapi sebenarnya masa liz nak balik tu, liz ada lalu lagi dekat bahagian yang lain promote 5 kotak RM20. Uishh lagilah murah kan? Liz pun terbeli lah lagi. Bila dah banyak macam tu, nak makan semuanya memang tak mampu dah. Jom kita buat jus.
Bahan-bahannya :
1. Strawberry
2. Yogurt
3. Susu cair
4. Gula
Cara-caranya :
Potong lah ikut suka banyak mana sekalipun strawberry tu. Lepas tu kita blend sekali dengan yogurt/gula/susu cair. Letak air sikit ye. Tak perlu banyak sebab strawberry tu sendiri dah berair plus ada susu cair lagi. Yogurt tu ikut suka nak letak banyak mana. Liz letak 4 sudu besar. Bolehlah letak ais memang sedap sangat okay rasa manis-manis masam strawberry tu.
Yummiee!!
5 comments:
nampk cam best jer..
tp ntah ler shark boleh tlan ker x.
hehe.
Thanks Liz for sharing...bestnya...
tolong buat untuk akak boleh?
akk xtelan ni..tp klu buah nya.. sedap... :D
sesi mendietkan diri..hehehe
Post a Comment