| Shopping Jam Tangan Baru | Dua bulan lepas punya cerita ni. Liz berjaya beli jam tangan baru dengan hasil jualan FELT PILLOW. Bangga sangat-sangat sambil buat muka bongkak depan boss. Hehe. Sebab boss yang teman liz beli jam dan dia juga orang yang paling kuat mengomen itu ini tak sesuai.
Liz suka jam yang berantai macam gelang sebab nak fefeling keperempuanan terlebih ayu. Teringin sangat-sangat dah ni nak beli DKNY yang macam dekat bawah ni. Memang tahap hentak-hentak kaki dekat lantai dah masa tu. Sebiji dalam gambar ni tau.
Sumber dari Google.
Tapi bila dah cubaan pakai 2 3 4 kali asyik kena kutuk je. Kecil hati saya sebab bos kutuk depan-depan tau.
Boss cakap : "Pergelangan liz kecil sangat daripada jam. Macam pakai gelung rotan."
Perghh dia kutuk DKNY sayaaaaaaaaa ke dia kutuk pergelangan tangan saya.
Liz : "Tapiiiii bos _________ jam ni cantik."
Boss cakap : "Harga dia pun cantik jugak dah jom tengok jam Casio."
Dalam hati liz berkata ' macam lah guna duit bos '
Lebih kurang macam tu lah situasi masa pilih jam. Yang dialog over-over tu suka tokok tambah. Sebab belog ni antara medium yang seronok kutuk boss. Dia bukan baca belog liz pun.
Krik _________________________________ Krik ______________________________
Website - http://kimtime.my/
Sesi memilih jam tu tak sangat lama sebab liz serahkan tugasan tu pada dia. Setakat 1 2 jam dalam kedai tu kira sekejap je la kan. Haha! Ambil dan pakai dan tanggal dan pakai lagi dan tanggal lagi.
Small kan pica sebab malu pipi sebesar bola golf. Sabar ye bro di belakang, nak posing depan boss jap ni. Liz rasa dekat 5 kali juga potong tali jam dek kerana pergelangan tangan ku yang kecil.
Last sekali selfie sendiri depan cermin besar gedabak ni. Salesman ni cakap kalau nak tahu sesuai atau tidak jam tangan tu pada tangan senang je iaitu bila pakai jam tu tayang depan cermin. Lepas tu posing-posing sikit sambil angkat tangan. Sambil-sambil tengok jam depan cermin. Dan ku turuti sahaja tips yang bro ni kasi. Mana tak lama dalam kedai jam ni. Alhamdullilah mission mencari jam success.
Liz beli jam Casio yang ada 3 dimensi penglihatan. Hehe. Sebenarnya tak cukup duit pula bila dah terambil jam yang ni, jadi boss tolong tambah 50 hengget. Tapi liz kasitau you alls semua tau ini rahsia, liz saja je buat tak cukup duit sebab ingatkan dapatlah hold-kan pembelian jam sementara tunggu pergelangan tangan liz membesar dan tercapai lah impian nak pakai jam DKNY tu. Tapi ada pulek yang tukang menambah duit. Aigooo tapi sebenarnya selesa sangat pakai jam Casio ni. Sambil tengok jam terasa macam tengok boss. Hahahahahaha.
Lepas tu fefeling mengada sikit "setiap detik ku lihat mu(Boss) di pergelangan tanganku"
2 comments:
jam DKNY tu mmg cantik ^_^ Mana jam yang beli tu, xnak tayang ke? hihihi... xmenjadi helah xdak duit tu kan terpaksa gak beli,
Potong jeee. X jd trick ciss
Post a Comment