Wednesday, November 19, 2014

People Love To Know My Acne Journey


| People Love To Know My Acne Journey [ Ko Skin Care Specialist ] | Boleh dikatakan setiap hari liz akan dapat soalan-soalan mengenai kulit muka liz dan produk apa liz ambil.  Bermula dengan belog liyliz yusof --> PM FB ---> IG ---> whatapps.   Dan yang best nya dalam masa yang sama liz dapat kawan baru. Kawan baru yang ada masalah yang sama iaitu JERAWAT.  First of all liz nak bagitahu semua yang entry mengenai Ko's Product bukan tajaan okay.  Sedirian berhad tajaan sendiri.  Memang ikhlas liz kongsi untuk mereka-mereka yang ada masalah jerawat.  Tak kisahlah jerawat kecil ke besar ke yang pasti semua nak kulit mulus cantik kan.  


Dalam masa yang sama juga dari penulisan ni, liz dapat bantu mereka-mereka kat luar sana atasi masalah mereka.  Yes bila korang google korang akan jumpa macam-macam produk baru yang cakap produk A B C D ni elok untuk hilang jerawat.  Dekat Facebook apatah lagi, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Ada saja testimoni yang buat kita tergoda nak cuba.  Tup-tup nanti makin banyak pula tumbuh.  I experienced it once.  Dan liz bukan nak cakap product mereka tu tak bagus CUMA risau kalau-kalau tak sesuai dengan jenis kulit muka korang tu.  Sebenarnya pada pengalaman liz sendiri, liz sarankan korang jumpa Dr. Tak kisahlah Dr. mana sekalipun.  Dr. pakar kulit ramai sangat dalam Malaysia ni.  Tak payah tunggu Dr. kulit pun takpa, ada staff dekat tempat liz tersalah pakai product untuk memutihkan kulit, last-last jerawat naik banyak dekat dahi dan pipi.  Tapi mujur adik ni baru kena, liz terus minta dia jumpa Dr.  sekarang dah baik.  Macam liz pula masa mula-mula kena dulu, liz biarkan je.  Liz ingat lama-lama nanti hilang, rupanya makin teruk dan sebabkan dah terlalu berlanjutan liz jumpa pakar kulit.  Bagi adik-adik yang baru nak tumbuh jerawat tu cepat-cepat jumpa Dr.  


Bukan senang nak pulih dan dapatkan kulit seperti sedia-kala.  Orang sekeliling juga memainkan peranan yang sangat penting. Ahli keluarga dan kawan-kawan.  Ada pembaca liz luahkan pada liz yang dia pada mulanya tak kisah sangat mengenai kulit muka well since tunang pun boleh terima seadaanya tapi once her bakal bapa mertua tegur.  Dia pun rasa segan dan kurang yakin dengan diri sendiri.  Ye! Keyakinan diri tu sangat penting untuk berhadapan dengan orang ramai.  Pada liz sendiri, dulu liz memang rasa segan sikit.  Tapi semakin hari liz positif kan diri dengan motivasikan diri sendiri "semuanya boleh disembuhkan" .  Niat dan fikiran perlu positif supaya aura-aura ni boleh memberi impak yang baik untuk build up keyakinan diri.


Alhamdullilah kulit liz pun semakin hari semakin pulih.  Sekarang ni pergi ofis memang tak pakai make up. Naked face je. Biarlah pulih betul-betul dulu.  Kerap minum air masak okay.  Dan tak payah segan sangat. :) 


Antara-antara soalan dari Facebook untuk liz  : 






Dari pelbagai negeri.  Liz dapat kawan dari Shah Alam, Sabah pun ada. Dari kelantan dan paling keep in touch dengan liz kawan dari Johor.   Liz happy liz ada silent readers walaupun liz bukan top blogger :) Happy blogging bila dapat menolong. 




 

No comments: