Monday, February 20, 2012

Hari Yang Indah Dengan Senyuman

Kadang-kadang aku terlupa pabila aku besedih dan menangis ada juga yang turut merasai kesakitan yang aku rasai ini. Setiap kali aku mengalirkan air mata pasti ada bahu yang datang menjadi peneman air mata aku. Dan semalam tiba-tiba hati aku terasa sayu dan sebak. Mungkin juga kerana aku terlalu sibuk sampaikan terlalu lama tidak balik ke rumah.

Semakin sebak pabila Aqmaliah iaitu kawan sekelas dan juga kawan sebilik aku menyampaikan pesanan daripada Nazreen iaitu kekasih hatinya. Nazreen kata aku dah tak macam dulu, dah tak layan dia dan Azman macam dulu. Dah jarang bergurau di Facebook. Tahu kah mereka bahawa aku terlalu rindukan semua saat itu. Mereka seolah-olah keluarga aku di sini, menceriakan hari-hari aku dalam duka. Tapi aku sangka itu hanya dulu pabila aku menangis dan ada masalah dengan shah maka mereka lah menjadi orang yang pertama untuk memujuk aku dan pastinya dalam inbox aku penuh dengan mesej-mesej mereka untuk menanyakan khabar aku.

Tapi sungguh aku tak sangka, rupanya mereka tetap sama, melayan aku seperti biasa dan tidak sedikit pun berubah dari hari-hari yang dulu.

Mesej dari Azman "Morning lili! Banyak kan bersabar dan tak perlu sedih sangat. Insyallah, man doakan kejayaan dan kebahagian lili dunia dan akhirat."
Sungguh selepas baca mesej tu, aku tersenyum didalam kelas sepanjang pengajaran. Kekuatan itu semakin ada dan aku bersyukur Ya Allah, aku memiliki kawan-kawan yang baik walaupun kami jarang berjumpa tapi mereka tetap caring.

Mesej dari Nazreen pula "yen tak pernah anggap liz lupa yen, yen dah anggap liz ni sebagai adik yen sendiri walaupun yen suka panggil liz kakak. yen tahu liz kan bz sebab jadi pengarah program."

Saat itu, aku rasa bahagia sangat. Aku terlupa yang aku ada dua orang abang yang perasan muda iaitu adik man dan adik yen. Rindu sangat liz nak masakan kat korang berdua.


Dan kepada wanita yang sentiasa mengingatkan aku kepada Tuhan. Kak Nor. Tak terucap kata-kata syukur kerana dengan izinNya liz dapat berkenalan dengan kak nor walaupun perkenalan kita bermula dengan memori yang menyakitkan. Tapi rupanya apa yang berlaku ada hikmahnya kan.

"liz syg', everytime u feel like u cannot go on. u feel so lost n so alone. all u see is darkness. dont despair n never loose hope coz Allah is always by urside. Manusia hanya boleh mendengar tapi tak kan mampu mengubah segalanya atau memberi kekuatan kerana kami juga sama-sama hamba yang hina. Tapi kalau kita mengadu pada Allah, mungkin kita tak nampak Dia tapi sesungguhnya cuma Dia yang Maha mendengar dan mengetahui dan mampu memberi kekuatan. Allah tu ada dan sentiasa mengasihi hamba yang datang kepadaNya."
Kaknor kalau kaknor tahu, bertapa ayat ini telah mmengubah segala duka yang liz rasa dan iia bertukar kepada kesyukuran dan kebahagian yang tidak terhingga dalam diri liz. Liz sedar dia bukan yang terbaik, makanya Allah hanya izinkan dia berada sementara sahaja di sisi liz kerana pasti ada yang lebih baik untuk liz dengan izinNya. Amin. Amin. Amin.

Saturday, February 18, 2012

oh NO! my maksu dah perasan . .

ok tadi chit chat dengan maksu .. maksu yang comel dan maksu yang baik hati .. sayang sangat kat maksu .. ok if maksu baca entry ni .. along janji along tak cerita dah hal cinta ..

sebenarnya kan u all, my maksu dah stalk blog aku juga .. tadi kena tegur sebab kenapa asyik cerita pasal cinta, dan maksu dah tahu aku putus cinta .. ok bila family kita dah kenal lelaki tu dan dah suka lelaki tu tapi bila tahu lelaki tu buat hal, automatik jugak family kita akan support kita dan let that damn guy pergi dari you dan let him be ..

im happy im still have a big family yang always take care pasal aku .. dan kerana mereka aku semakin semangat .. thanks a lot to my mother yang always doakan yang terbaik untuk anak tunggal dia ni .. love you mami ..

rindu dekat rumah .. rindu dekat semua orang .. tadi tengok pictures maksu dan pakcu pergi U.S. wa jeluz nye aku ..

maksu dan pakcu kata seronok sangat kat sana .. everything need money so nak money kena rajin belajar .. so ni semua antara penaik semangat juga lah bila tengok maksu dan paKcu dah sampai U.S.








maksu kata tempat ni cantik sangat-sangat



Friday, February 17, 2012

KENANGAN SEMASA PENYEDIAAN EVENT

Sangat penat siang malam pagi petang meeting.. tapi ni lah hasil nya.. dari awal meeting sampai lah last meeting .. semuanya gambar-gambar meeting ..






Meeting pertama dan kedua dekat sekolah





Meeting pertama bersama ahli splash 19.












semua ni main commitee

biro protokol yg sangat kreatif


ni mesti biro multimedia ambil time aku buat kerja cakap sorang-sorang




ni ialah assistant aku (asst. pngarah program)


ni biro hadiah


biro aktiviti






biro makanan


Ini meeting kedua







biro multimedia
























Thursday, February 16, 2012

The Way We Performe

Lagu pun dah tukar jadi rancak sebab supaya followers enjoy tengok gambar-gambar ni. Tak kan lah nak pasang lagu lemah gemalai je kan, mood jiwang dah habis. Zaman kejatuhan dah habis. Taniah untuk splashing the colourful bubles yang dapat pujian, taniah juga sebab Dato Reaktor sendiri pun datang jenguk tempat projek kita walaupun kita tak invited Dato secara rasmi. But we wer

e really appreciate.

Masa waktu pagi








sebenarnya banyak sangat gambar .. tapi seriously tak larat nak upload dah .. semuannya jadi kenangan . seronok sangat-sangat rapat dengan junior .. yang baik-baik dan sporting .. jumpa dekat pasar pun boleh hang out sama-sama minum cendol lagi .. macam-macam .. dan plan pergi ke genting .. yang paling noty nye sebab junioor hensem-hensem hihi ..

Tuesday, February 14, 2012

Job Description As Program Leader

PROGRAM DIRECTOR

Lead and attend all the meetings
I must conduct and attend all the meetings in order to make sure our event is in progress. I also have to make sure that all members are come to the meetings on time unless they have a problem or they are not feeling well on that day.

Lead all the activities before, during and after event
As a program director, I have to conduct all the activities before, during and after the event. I also must make a right decision and try to solve any related problems that occur in the event as soon as possible. The decision or solution that I want to made also must seek the opinion from others main committee.

Come out with the good plan to organize the event
I must responsible to all the bureaus if they are asking an idea or opinion while planning something. I also must always observe them whether they are doing the task or not.

Have a good communication with all members
As a program director I have to put aside any emotion or problem while communicate with all the members of the group. I also need to make sure that any current information about the event must be shared with each other. Sometimes if there are any conflicts, most of us primarily want to feel heard and understood. We talk a lot about our point of view to get the other person to see things our way.

Give full commitment to all jobs
I have to give full commitment to all jobs before, during and after the event because as a leader I must play an important role in order make sure everything is perfect.

Saturday, February 11, 2012

Splash 19 Saturday

























Memang penat , tapi puas hati ..
Semuanya berjalan dengan lancar ..
Walaupun masa practise bagi speech smooth je, tapi masa hari kejadian tu aku buat candid speech tanpa tengok skrip .. Alhamdullilah Pn. Hazlin suka, walaupun masa bagi speech hari ahad tu ada gangguan bila ada board jatuh atas lecturer. Dan aku mainkan peranan yang baik .. Hihi 10 markah untuk liz ..

Thursday, February 9, 2012

Be Mine

Bermula di Facebook
You Im i dulu
Tak tahu malu
i malas nak layan
So i buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga i jatuh cinta
Gatal nya diri you
Membuat i tejatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu kelaur sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit-sikit ja i merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Monday, February 6, 2012

Happy Bufday ..

Semalam penat sangat sebab 2hari event aku terpaksa tidur lewat buat persiapan terakhir. Semalam banyak call dan mesej aku tak sedar.Even my mom call pun tak berangkat. Everybody would like to wish happy bufday, as a bufday girl rasa happy dan terharu lah kan bila ramai kawan-kawan kita ingat bufday kita. Tapi sedang-sedang layan call dan mesej, romate aku sorang pun tak wish bufday kat aku. Sedih sangat.


Lepas tu bangun lah dari katil pun dah pukul 12:30, masak air sebab lapar nak buat nestum nak minum alas perut. Lepas tu nak ambil nestum perasan ada bear atas meja. Tengok Aqma buat-buat tidur. Aku jerit, Aqma!! .. Masa tu mata dah berair dan nangis-nangis dah. Dah dua kali bufday aku dia buat aku nangis.


Terharu sangat-sangat. Boleh ganti bear yang dulu tu. Tahu-tahu je Aqma ni, siap pesan lagi. "Ingat dia sorang ke boleh bagi ko bear, aku pun boleh bagi bear." Malam semalam nangis macam budak sambil rengek-rengek hahaha pelik macam budak-budak semalam.


Bukak Fb for the first time kawan kat FB yang wish sampai 2ratus lebih.. Appreciate sangat-sangat kepada kawan-kawan yang wish ni. Thank juga pada kak.nor yang jadi orang first wish bufday kat liz semalam.









Saturday, February 4, 2012

Persiapan Terakhir

Hari Jumaat tadi selepas pukul 5 sepatutnya baru kami ke SK Desa Jaya untuk melukis mural tetapi disebabkan test batal pada saat akhir. Kami dari dewan kuliah 2 terus pergi ke Sk Desa Jaya dengan berbaju kurung.

Nak mengecat tapi takut baju kotor, tapi aku berani ambil risiko tu untuk mengecat pintu tu dah lah guna cat minyak kalau kena baju memang menangis lah kan. Ok aku bosan sangat tunggu kat situ tak buat apa-apa, aku ambil berus dan tin cat aku pergi cat pintu tu sorang-sorang. Time tu aku sorang yang gerak buat kerja.

Mak pernah kata, kalau kita susah nak arah orang buat sesuatu kerja tu kita sendiri kena lah bagi contoh dahulu. Lepas tu semua orang datang dekat aku dan diorang lukis mural tu tanpa perlu aku suruh-suruh. Ada juga kawan yang tegur suruh hati-hati masa mengecat tu sebab ialah pakai baju kurung kan. Giler lah kalau comot baju aku tu.

Memang habis perlahan dan berhati-hati lah aku cat. Dah lah pakai kasut tinggi. Tapi dapat juga lah siap kan cat pintu tu. Lepas tu dah lama-lama ada kawan tanya, liz aku nak try lah pulak cat. Aku pun memang dah penat so aku bagi peluang pulak pada kawan yang try tu. Lepas tu lagi seorang kawan nak toling cat. Jai tadi 3 orang yang berbaju kurung berani mati la kan sebab berani mengecat dengan baju kurung tu. Jadi nampak tak kalau kita nak orang ikut, kita sendiri kena lah buat dulu. hihi happy tadi sebab akhirnya kami dapat siapkan semua pintu di bawah, tinggal nak touch up sikit lagi je.

Ini bukti nye hehehe ..






boar ni buat sendiri. hari ni insyallah dah leh tampal.

Friday, February 3, 2012

Betul Ke Ni ?

Aku terbaca benda ni dekat FB kawan kepada kawan. Betul ke perempuan dan lelaki kena tahu ni? Betul jugak kut kenyataan ni. Apakata korang baca.

♥ PEREMPUAN KENA TAHU ♥ #seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun... ♥ LELAKI KENA TAHU ♥ #seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya... ♥ ^_^ ♥..

Mungkin tapi tak semua lelaki hargai apa yang perempuan tu buat dan lelaki yang sayangkan cinta dia tak akan pernah tinggal kan kekasih diorang.