Semakin sebak pabila Aqmaliah iaitu kawan sekelas dan juga kawan sebilik aku menyampaikan pesanan daripada Nazreen iaitu kekasih hatinya. Nazreen kata aku dah tak macam dulu, dah tak layan dia dan Azman macam dulu. Dah jarang bergurau di Facebook. Tahu kah mereka bahawa aku terlalu rindukan semua saat itu. Mereka seolah-olah keluarga aku di sini, menceriakan hari-hari aku dalam duka. Tapi aku sangka itu hanya dulu pabila aku menangis dan ada masalah dengan
Tapi sungguh aku tak sangka, rupanya mereka tetap sama, melayan aku seperti biasa dan tidak sedikit pun berubah dari hari-hari yang dulu.
Mesej dari Azman "Morning lili! Banyak kan bersabar dan tak perlu sedih sangat. Insyallah, man doakan kejayaan dan kebahagian lili dunia dan akhirat."
Sungguh selepas baca mesej tu, aku tersenyum didalam kelas sepanjang pengajaran. Kekuatan itu semakin ada dan aku bersyukur Ya Allah, aku memiliki kawan-kawan yang baik walaupun kami jarang berjumpa tapi mereka tetap caring.
Mesej dari Nazreen pula "yen tak pernah anggap liz lupa yen, yen dah anggap liz ni sebagai adik yen sendiri walaupun yen suka panggil liz kakak. yen tahu liz kan bz sebab jadi pengarah program."
Saat itu, aku rasa bahagia sangat. Aku terlupa yang aku ada dua orang abang yang perasan muda iaitu adik man dan adik yen. Rindu sangat liz nak masakan kat korang berdua.
Dan kepada wanita yang sentiasa mengingatkan aku kepada Tuhan. Kak Nor. Tak terucap kata-kata syukur kerana dengan izinNya liz dapat berkenalan dengan kak nor walaupun perkenalan kita bermula dengan memori yang menyakitkan. Tapi rupanya apa yang berlaku ada hikmahnya kan.
"liz syg', everytime u feel like u cannot go on. u feel so lost n so alone. all u see is darkness. dont despair n never loose hope coz Allah is always by urside. Manusia hanya boleh mendengar tapi tak kan mampu mengubah segalanya atau memberi kekuatan kerana kami juga sama-sama hamba yang hina. Tapi kalau kita mengadu pada Allah, mungkin kita tak nampak Dia tapi sesungguhnya cuma Dia yang Maha mendengar dan mengetahui dan mampu memberi kekuatan. Allah tu ada dan sentiasa mengasihi hamba yang datang kepadaNya."
Kaknor kalau kaknor tahu, bertapa ayat ini telah mmengubah segala duka yang liz rasa dan iia bertukar kepada kesyukuran dan kebahagian yang tidak terhingga dalam diri liz. Liz sedar dia bukan yang terbaik, makanya Allah hanya izinkan dia berada sementara sahaja di sisi liz kerana pasti ada yang lebih baik untuk liz dengan izinNya. Amin. Amin. Amin.
No comments:
Post a Comment