Saturday, February 4, 2012

Persiapan Terakhir

Hari Jumaat tadi selepas pukul 5 sepatutnya baru kami ke SK Desa Jaya untuk melukis mural tetapi disebabkan test batal pada saat akhir. Kami dari dewan kuliah 2 terus pergi ke Sk Desa Jaya dengan berbaju kurung.

Nak mengecat tapi takut baju kotor, tapi aku berani ambil risiko tu untuk mengecat pintu tu dah lah guna cat minyak kalau kena baju memang menangis lah kan. Ok aku bosan sangat tunggu kat situ tak buat apa-apa, aku ambil berus dan tin cat aku pergi cat pintu tu sorang-sorang. Time tu aku sorang yang gerak buat kerja.

Mak pernah kata, kalau kita susah nak arah orang buat sesuatu kerja tu kita sendiri kena lah bagi contoh dahulu. Lepas tu semua orang datang dekat aku dan diorang lukis mural tu tanpa perlu aku suruh-suruh. Ada juga kawan yang tegur suruh hati-hati masa mengecat tu sebab ialah pakai baju kurung kan. Giler lah kalau comot baju aku tu.

Memang habis perlahan dan berhati-hati lah aku cat. Dah lah pakai kasut tinggi. Tapi dapat juga lah siap kan cat pintu tu. Lepas tu dah lama-lama ada kawan tanya, liz aku nak try lah pulak cat. Aku pun memang dah penat so aku bagi peluang pulak pada kawan yang try tu. Lepas tu lagi seorang kawan nak toling cat. Jai tadi 3 orang yang berbaju kurung berani mati la kan sebab berani mengecat dengan baju kurung tu. Jadi nampak tak kalau kita nak orang ikut, kita sendiri kena lah buat dulu. hihi happy tadi sebab akhirnya kami dapat siapkan semua pintu di bawah, tinggal nak touch up sikit lagi je.

Ini bukti nye hehehe ..






boar ni buat sendiri. hari ni insyallah dah leh tampal.

No comments: