Saturday, January 24, 2015

Face Mapping 'Dulu Jerawat Selalu Naik Di Dagu'


Face Mapping ''Dulu Jerawt Selalu Naik Di Dagu'' |

Assalamualaikum beautiful ladies!

Dari masa zaman University sehingga lah tahun 2013. Jerawat kerap kali naik di bahagian dagu aku.  Stress tau memikirkan kenapa lah dekat dagu ni berulang kali naik. Lepas surut belah ni .. timbul sebelah lain pulak. 

Sedangkan tak usik pun apatah lagi nak memicit. Kecut sendiri dan timbul pula di bahagian sekitar dagu lain.  Tapi masa dulu tak pernah pun study kenapa jadi macam tu.  Sibuk sangat belajar pergi kelas balik kelas. Apatah lagi nak guna Internet surfing pun kena pergi Library tau.  Tak mampu nak ada Broadband bayar bulan-bulan tau. 



Di bawah ni ada Full Video Face Mapping. Boleh lah korang check sendiri bahagian mana yang korang ada masalah.  Macam aku sekarang memang dah tak da jerawat di bahagian dagu. Totally free areas dagu.  P/S selain tu aku selalu amalkan minum Lemon Tea. Semoga sedikit info ni
 dapat membantu anda.

 

 


Friday, January 23, 2015

Tencel Mask Review | Thank You WATSONS


Tencel Mask Review | Thank You WATSONS

Assalamualaikum Ladies ~~ 

Today my post is about The Tencel Masks from WATSONS.  First of all I would like to say thank you to WATSONS for giving me this Watsons Brand Kit and inside the Brand Kit is 8 pieces of Tencel Masks!!! I thought it would be fine if I'm doing a mini review of each face masks that I've picked up last 2 months.  Honestly these masks are amazing!!! Their packaging are enough to make me sayang to use.  That is why I keep it in my drawer almost 2 months. Lalala ~~~~ 

For now I already tried 4 pieces of the Tencel Mask.  Why it been called Tencel Mask?  Because it made of 100% Tencel and for sure it is an eco friendly fabric.  Watsons came out with 4 type of Tencel Mask which are: 

- Aloe Vera Hydrating Facial Mask : Lock in moisture
- Pearl Brightening & Moisturising Facial Mask : Improve skin dullness
- Milk Smoothing & Whitening Facial Mask : Whitening your skin and provide nutrients
- Hyluronic Acid Moisturising Facial Mask : Soft your skin and retain moisture
 


Say YES to WATSONS and you will get it for free too ehemmm like me. Wink-wink! :) Just need to do 5 mission. Very-very simple mission okay.  Well I'm not a type person that love to join a mission but for the first time I did because its easy man.

Curios to know about the price kan? Ahaaaks ~~ It is value for money because you can get it with RM6.90 each.  I think these are the cheapest price of mask ever that I noticed compare to others brand. No reasons for not wearing mask okay because its only RM6.90 now.  Get it at the nearest WATSONS tau.  

My Selfie 

 Lets apply it now!!!

Have a good day all beauties. Bye!



Monday, January 19, 2015

Milano Ashley Lotion By Citra Mulia Kosmetik


Milano Ashley Lotion By Citra Mulia Kosmetik | Assalamualaikum dan salam tahun baru 2015. Untuk tahun baru 2015 ni macam-macam aktiviti kecantik-kan dipertingkatkan. Ayuh semua gadis-gadis bersama-sama kita usaha.  Alhamdullilah hampir 70% dah aku free from acne. Asyik jaga kulit muka je tiba rasanya tahun ni nak menjaga tangan dan badan pula. 

Untuk tahun baru 2015 tak sahih lah kalau kaum wanita ni tak cuba produk baru.  Termasuklah aku sendiri!  Tambah-tambah lagi usia di tahun 2015 ni dah bertambah setahun lagi iaitu 23 hihi. Masih awal 20-an namun di saat ni lah aku perlu mempertingkatkan lagi usaha penjagaan kulit di peringkat awal.  


www.citramulia.com.my

Nama diberi Milano Ashley Lotion dan didatangin dengan dua bauan iaitu Green Tea & Rose Tea. Fungsi utama lotion ni sememangnya untuk melembabkan kulit dan paling best sekali bila aku pakai dia rasa sejuk je daaaan yang lagi best cepat meresap ke dalam kulit. Kalau pakai je memang aku rasa nyaman dan tenang je. Aku sangat syorkan korang beli lotion ni sebab harga-nya sangat-sangat murah iaitu RM18.50 500ml. Memang botol dia besar giler, 500ml kut.  Kalau yang ramai adik beradik tu sesuai sangatlah beli lotion ni. Dapat jimat sangat-sangat!!! 



Alahai gambar kabur sangat al-maklumlah kalau mak yang ambil-kan kena faham-faham lah ye. Aku ni pantang nampak warna pink jadi-nya hari pertama aku dah cuba bauan Rose Tea. Memang pakai seluruh badan lah. Pakai pula waktu malam aishhh rasa terus nak tidur je dek kerana bauan-nya yang sangat lembut.  Lepas tu mak ni asyik masuk bilik pula bertanya pakai minyak wangi ke kenapa kuat sangat sampai luar bilik bau.  Laa mak ni kita pakai lotion yang tadi tu lah. Tengok mak macam minat je dengan bau ni, okaylah bagi dekat mak.  Aku ada yang Green Tea lagi 1 botol.




Rose tea extract has excellent emollient properties for moisturizing dry skin, it also offers antiseptic and astringent properties to treat acne skin, as well as anti-inflammatory properties that help treat redness and inflammation.
Rose tea extract can also help refine skin texture, controlling skin diseases such as psoriasis and atopic dermatitis.



Green tea extract is derived from leaves of Camellia sinuses.
Green tea extract is naturally rich in antioxidants, which has a cell-protecting function as well. It’s a strong antioxidant effect that protects the skin from the damaging effect of free radicals.
Green tea extract also contains the Methylxanthines that stimulates skin microcirculation and therefore positively influence the tone and health of the skin.
Green tea extract can actually decrease wrinkles and also makes you look younger.

Selamat mencuba.  Aku memang dah suka sangat dengan dua bau ni tapi bila aku dah guna yang Green Tea punya aku rasa aku lebih suka Green Tea.  Sebab bau dia segar, lagi-lagi macam aku bila dah balik kerja terus mandi lepas tu terus pakai lotion ni.  Memang hilang lah rasa pernat kerja tu. Dan tambah-tambah rajin pakai sebab khasiat nya ialah untuk kurangkan kekedutan dan nampak lebih muda.  Selain tu, khasiat yang terkandung dalam lotion ni membantu menjadi-kan kulit anda lebih berseri.  Hey ladies dari sekaranglah kita nak jaga kulit. Bukan setakat nak jaga berat badan je, kulit badan pun kena jaga tau.  

Selamat membeli bersama www.citramulia.com.my 

Sunday, January 18, 2015

Acne Masque Dr. Ko Skin Care [ Dermax Clinicare ]


Acne Masque Dr. Ko Skin Care [ Dermax Clinicare ] | Assalamualaikum ~ ~ ~ Sepatutnya aku post entry ni tengahari tadi seperti yang di janjikan dekat Instagram aku tapi-nya sebab aku busy buat kerja felt craft aku post waktu malam.  Maaf yeah ~~ Jadi bagi sesiapa yang nak latest punya perkembangan boleh follow insta aku di @liyliz dekat sana aku lebih aktif.
Aku rasa makin ramai yang dah familiar dengan Ko Skin Care.  Lagi-lagi sekarang ni Ko Skin Care dah mengembangkan lagi business mereka ni sehingga ke Indonesia. Jadi buat cewek-cewek di Indonesia boleh menerima rawatan juga yeah.  Mohon maaf haha cubaan bercakap indon gagal. Bukan dekat Indonesia je, dekat China pun ada dah tau.  Itu yang setakat aku tahu lah sebab ternampak dekat Instagram @koskinspecialist



Packaging dia warna milky cokolat sikit dan di-datangi dengan 60ml.  Aku beli ni masa bulan November 14 sebab-nya di dalam bulan November lah korang akan dapat membeli dengan harga sales tahap the max!!! Jujur-nya aku tak tahu pun pasal masker ni.  Aku tahu pun melalui kawan alam maya yang pada asal-nya dia ialah pembaca blog aku mengenai entry Dr.Ko produk ni. Kemudian dia pun sekarang ni dah guna juga produk Dr. Ko walaupun dia dekat Johor dan aku dekat Pahang tapi kami agak rapat bab-bab berkongsi masalah ACNE! Argh please jangan stress.  Itulah yang aku selalu beritahu dia.  Dan dia lah yang ceritakan dekat aku ada sales untuk masker ni. Beli 1 percuma 1. Kiranya harga dia ialah RM148 untuk 1 kalau tiada sales.  Tapi sebab-kan beli 1 percuma 1 why not kami share.  Jadi bila bahagi 2 tadaaaa seorang cuma perlu keluarkan RM74 dan sekali dengan postage aku suruh dia pos-kan, thank you sayang ku ila.  *Terpengaruh dengan kau(ila) lah ni dah aku beli benda mahal ni. Haha ~~~


Macam aku cuma pakai dekat bahagian yang bermasalah sebab benda ni sikit je. Memang lah cepat habis kalau pakai seluruh muka. Aku rasa benda ni kalau korang nak beli pun boleh tapi kalau tak beli pun takpe. Sebab pada aku kesan-nya ialah cuma untuk kurangkan minyak muka.  Manakala untuk segi menghilangkan jerawat tu aku tak rasa lah ianya sangat berkesan setakat ni ke atas aku. Untuk korang aku tak tahulah.  Contohnya macam aku ada jerawat sebiji tau kat pipi sekarang ni, bila aku pakai jerawat makin menimbul, maksudnya cepat menjadi masak dan dia keluar ke bahagian permukaan dan boleh lah buang. Mudahlah kalau bagi sesiapa yang suka nak picit tu.  Tapi ada setengah mask bila aku pakai dia jadi kecut.  Tak pastilah sama-ada masuk tersimpan balik dalam kulit ke tak. Bila tengok bahagian permukaan elok.  Jadi kadang-kadang tu aku ber-experiment sendiri dengan produk yang aku beli dan cuba.  Tapi apa yang pasti memang wajib untuk korang selalu amalkan pakai masker supaya kurangkan penaikkan jerawat.  


Mohon zoom sendiri lah kalau nak mengkaji ye.  Okay perasan tak di pipi tu ada tertimbul sebiji jerawat. Yes hasil experiment untuk minggu ni bila aku makan kacang masin. Sebenarmya kalau boleh elak-kan makan benda yang masin-masin ni.  Terliur sangat-sangat kacang masin sebab tu selamba je makan. Dan aku pernah refer dengan Dr. Ko pasal makanan ni, betul ke makanan boleh bagi kesan pada jerawat.  Dr. Ko kata sebenarnya makanan ni tak memberi kesan yang besar pun melainkan diri kita tu ada alahan pada sesuatu makanan jadi perlulah di-elakkan.  Pasal kacang pula sebenarnya bergantunglah jenis masakan-nya ataupun gabungan kekacang.  Contohnya kalau aku makan kuah kacang satay tu tak da pun kesan apa-apa.  Kalau tak makan kekacang pun dulu jerawat tetap juga naik sebab-nya hormon dan tekanan jiwa raga. #STRESS

Paling best sekali minggu lepas jumpa bos tau.  Masuk je dalam kereta dia terus cakap " Eeh kulit dah banyak recover lah dear " Okay bukan senang dapat pujian dari bos tau.  Jadi tahun 2015 ni work more lagi untuk dapatkan healthy skin.  Besides jaga juga kesihatan diri.  Dan jangan lupa tau korang untuk sesi detox amalkan minum lemon tea.  Dan aku juga akan makan yogurt dan buah sekurangnya 2 atau 3 kali seminggu.  Bukan niat untuk diet pun sebab sebenarnya niat aku lebih kepada nak cuci usus. Tapi itulah kerajinan tu perlu lebih lah sikit ye.

Sekian terima kasih.  Macam biasa kalau korang ada apa-apa nak kongsi-kan pengalaman atau masalah yang sama boleh likes dan pm dekat Facebook page dan follow Instagram ye.





Tuesday, January 13, 2015

Kursus Perkahwinan Perlu Ke Buat Walaupun Belum Ada Calon


Kursus Perkahwinan Perlu Ke Buat Walaupun Belum Ada Calon | Assalamualaikum dan salam 2015!  Topik ni terkeluar bila borang permohonan cuti staf dekat tempat kerja aku ni asal cuti je tulis alasannya ialah HADIRI KURSUS KAHWIN.  Walhal mereka ni muda-muda lagi dari aku.  Aku sendiri pun belum tergerak hati nak buat kursus kahwin walaupun _____ hehe. Konon-konon buat suspen.  

Bermain pula di minda fikiran aku ni dengan soalan "Perlu ke buat kursus kahwin awal-awal walaupun belum bersedia nak berkahwin?"  Ada macam-macam pendapat punya lah keluar.  Ikut atas permikiran memasing.  Ada yang kata apa salahnya buat awal-awal sebab sekarang harganya murah. Dah macam lesen kereta punya statement kan?  Haha ~~~ Ataupun buat dengan kawan-kawan ada geng sebab berkumpulan.  Buat je awal-awal sebab senang nanti kut-kut kena jadi bidan terjun senang dah siap kursus. Aik macam tu boleh? 

Dulu pernah masa zaman Universiti dulu.  Ada pihak yang anjurkan kursus perkahwinan dengan harga RM50 je. Ramai sangat kawan-kawan yang ajak pergi tapi aku lebih tertarik dengan statement kawan aku sorang ni yang kata "Pergi nanti kursus kahwin dengan pasangan kita.  Lagi seronok. Sama-sama dengar benda yang sama di bawah penceramah yang sama." Rasa lah saat-saat persiapan perkahwinan tu sama-sama. 

Korang pula macam mana?  Tapi aku memang haraplah boleh pergi kursus kahwin ni sama-sama dangan bakal suami. Eehemm!! Tapi kadang-kadang isu jarak, isu masa dan macam-macam isu pun akan timbul. Jadi mudahan dapat lah buat sama-sama. Tak nak buat asing-asing.  Korang macam mana?

Dreaming you alls.  Calon pun tiada nih. Hehe.
Lama dah tunggu nih! Sobs-sobs





Thursday, January 8, 2015

Budak Habis SPM bila Interview Kerja


Budak Habis SPM bila Interview Kerja | Assalamualaikum .. Alhamdullilah gigih juga lagi aku pegang title Human Resources lebih kurang 3 tahun rupanya masa dah berlalu.  Rasa macam baru je setahun lepas aku graduated.  Mungkin juga antara faktor aku tak terasa ialah bila aku tengok kawan-kawan aku ada lagi yang masih belajar. Dan paling tak boleh terima hakikat bila aku interview budak yang umurnya 21 tahun aku rasa macam mereka sama baya je dengan aku. Serius tak sedar diri yang umur aku dah 20+ tahun ni hahahaha. 

Aku sangat kagum sebenarnya pada adik-adik yang habis je menjawab SPM terus pulun cari kerja.  Dan aku juga kagum dengan mereka yang beranikan diri untuk hadir di-temuduga.  Perasaan takut tu memang jelas sangat terpancar dekat muka dorang. Tapi dalam hati aku je aku mampu gelak dan senyum haha hakitnya muka aku memang sangat ketat dan nampak macam nak makan orang agaknya.  Aku dah biasa dengar orang kata aku sombong.  Sangat tegas. Dan belum lagi yang teruk-teruk aku kena kutuk.  Tapi bagi yang dah lama kenal aku rasanya boleh beza bila waktu boleh bergurau dan bila waktu aku tengah serious.   

Antara banyak-banyak candidates yang aku interview. Aku memang suka interview budak yang habis belajar. Soalan biasa bila mereka dah duduk je dekat kerusi mengadap muka aku. Aku akan minta mereka kenalkan diri.  Dari situ kita boleh agak ciri-ciri seseorang tu macam mana, walaupun bukan 100% ialah kita bukan Tuhan yang boleh menilai hati dan sifat sebenar manusia.  Kadang-kadang aku rasa lucu bila interview budak kelantan yang kenalkan diri tapi cuba cakap bahasa luar.  Sebutir-sebutir sebut.  #sebabakuorangpahang

Dan kalau aku interview budak University selalunya memang aku minta mereka 'introduce yourself' waceh nak test lah depa punya English tapi yang ada Degree pun bila diminta untuk perkenalkan diri ada yang lebih teruk dari budak SPM acaner kan.  Jadi memang faham sangat lah kenapa orang ada Degree ada Diploma pun susah dapat kerja.  Kalau sesi kenalkan diri pun dah tersangkut teruk.  Expectation  mestilah lebih tinggi memandangkan kamu budak graduan. 

Jadi sebenarnya tak kisah lah kamu ada pengalaman ataupun tidak. Sebab first impression majikan atau wakil majikan ialah terhadap perwatakkan kamu. Jadi kenapa perlu takut untuk hadir interview.  Orang yang interview kamu pun manusia. Big clap to adik-adik lepas SPM yang berani datang interview.  Sekarang ni mungkin kalau korang datang interview cuma yang menarik untuk dicerita mengenai back ground family. Nanti akan datang boleh cerita pengalaman kerja pula. 



 

Monday, January 5, 2015

Skin Care | Rutin Hujung Minggu


Assalamualaikum.  Terima kasih kepada aweks-aweks cantik semua sebab sudi baca belog cik liyliz yusof dan segala soalan anda di Facebook/Instagram/Twitter/ ataupun whattaps akan di jawab di sini. Hohohoh ~~~~ Sambil tengok semula My Note Diary jadinya aku pilih nak jawab soalan  ini
"Apa rutin skin care Liyliz buat kalau hujung minggu?"  
Okay lah sebab hujung minggu je kan. Busy body tau korang ni hujung minggu pun nak spy.

Aku biasa tersedar jam 9 pagi. Lepas tu golek-golek malas semua dapatlah 9 plus plus. Lepas tu dah separuh sedar sikit capai phone tengok ada whattaps daripada yang tersayang ke tidak. Biasanya memang takda sebab tak pernah hayat lagi dia bangun awal dari aku. Melainkan wishes nite yang aku tak sempat baca bila dah dapat selimut semua gadget aku letak tepi.  #disiplin2015 Dulu tidur dengan phone. Tahun 2015 kemahen sopan aku letak phone atas meja make up. 

930 pagi dah mula bangun. Sanggul rambut tinggi-tinggi lepas tu boleh gosok gigi dan cuci muka. Ops aku tak mandi terlalu awal di hujung minggu melainkan kalau bos nak datang hamek aku kat rumah.  Biasa aku guna Ko Skin punya facial wash dah setahun pun guna dan aku tak rasa lagi nak tukar pencuci muka baru.  Walaupun hakikatnya parut jerawat aku belum hilang tetapi dari pertumbuhan jerawat yang naik macam cendawan tumbuh selepas hujan memang tiada.  Jadinya masih setia dengan Ko skin care specialist. Memang dan memang banyak sangat produk dekat luar sana, keinginan nak cuba tu memang lah sangat membuak-buak tetapi andai kata produk yang korang pakai tu mendatangkan kesan buruk. Korang nak rujuk dengan siapa? Jadi pada aku dengan cara jumpa Dr. ianya lebih menjamin sekiranya ada apa-apa yang terjadi.

Okay sambung cerita tadi.  Lepas cuci muka aku biasanya memang akan lap muka dengan kain bersih sebab nak kasi daki-daki tu lekat sikit dekat tuala. Jadi bila aku lap dekat tuala, aku akan check tengok ada tak kesan kotor atau kesan bedak dekat tuala. Kalau takda maksudnya bersihlah cucian tadi.  Pernah dulu-dulu kalau pakai foundation yang tebal dan cuci muka. Lepas tu bila kita lap dekat tuala ternampak kesan macam coklat-coklat foundation or bedak tu pada tuala. Maksudnya muka kroang tu belum bersih walaupun dah cuci.  Jadi untuk kepastian bersih atau belum selepas cuci muka je aku akan lap dengan tuala.

Lepas tu aku akan pakai masker.  Banyak jenis masker yang aku pakai.  Antara-nya ialah masker dari The Body Shop.  Masker ni harganya RM55 tapi aku pakai dah lebih 2 tahun.  Memang tahan lama masker ni.  Best pakai masker ni sebab bila korang pakai akan rasa berangin dan for sure lah bila dah kering tu korang akan rasa kulit tegang je.

 Sumber Google. 

 Ops Maaf! Terkejut eah? Hahaha

Dan sambil aku tunggu masker ni kering aku akan bancuh air lemon suam.  Boleh lah minum sambil tengok tv dan nikmati waktu lepak sebelum mandi.  Aku tidaklah rajin sangat jaga kulit muka ni. Cukuplah sekadar hentikan penaikkan jerawat di muka jadi kena rajin-kan sikit je.  Tabah lah diriku miliki kulit sensitif paling agung di abad ini.  

Mungkin juga sebab aku suka lemon dari dulu sehingga kini suka minum lemon antara faktor aku maintain berat badan.  Tapi sebenarnya aku tak tahu lah maintain ke tidak, sebab takat ni ramai yang jumpa kata aku makin kurus.  Siap tanya lagi 'kau stress sangat ke kerja dekat sini.' Memandangkan aku kerja dekat hometown jadi kekerapan jumpa kawan sekolah tu boleh dikatakan 80% setiap bulan.  Serious talk berat badan aku masa zaman sekolah dulu 55 kg dan sekarang berat badan aku 42/43/45 dan paling berat 46 kg. Dan serious talk juga aku bukan jenis yang berdiet, kalau aku keluar makan aku memang suka makan benda yang berlemak bercholestrol punya makanan cuma aku jenis yang tak suka sangat minum ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.  Sangat jarang minum ais melainkan cuaca panas. Plus kalau teman bos memang lah kena minum Cha Time. #terpaksateman sebab tu favourite dia. 

Bila dah kering mask tu kadang-kadang aku malas sangat nak pergi cuci. Serious weh ingat senang ke nak cantik kalau tak rajin. Dan memang aku bukan jenis yang rajin sangat.  Lagi-lagi tengok cite kartun bersambung-sambung dari jam 10 pagi tadi tu hinggan lah ke rancangan jalan-jalan cari makan.  Dan makanan aku memang sangat mudah boleh didapati di dalam peti ais.  Kalau buka-buka tu ada jumpa buah.  Memang aku makan buah dulu. Contohnya minggu ni aku makan buah betik.

 
Cukup semangkuk da rasa kenyang. Kang mulalah skip lunch sebab alasan kenyang makan betik. Petang dah dekat nak malam tu baru hegeh-hegeh nak makan nasi. Lepas tu alasan pula makan sikit je sebab lauk da sejuk.  Jadi itu je lah yang aku rajin buat pun.  Kalau malam pula bila dekat nak tidur plus bila sangat-sangat penat. Aku akan pakai removal mask.  Lepas pakai terus buang dan esok pagi baru cuci muka.  Contohnya aku suka juga pakai masker dari Watson yang Cucumber tu sebab tu ialah antara mask yang murah tau. Tapi macam sekarang ni aku pakai mask dari Watsons juga tapi bukan yang cucumber memandangkan aku dapat Free Watsons Brand Kit jadinya aku guna jelah barang free tu hehehehe. Setakat ni sesuai dengan kulit aku.  Lembut je bila lepas pakai. 


Sambil tunggu mata nak lelap. Sambil pakai mask ni tunggu dalam 10-15 minit mainlah whataps jap. Check apa yang patut. Check email ke kut-kut ada job yang masuk.  Sambil layan IG stalk my favourite beuty idol.  Dia dulu kulit berjerawat juga tau, serius lagi horror giler dari aku.  Sekarang ni kulit dia licin giler.  Nama dia Malanie Murphy btw dia Dublin Student huhu jadi sambil tu dapat juga kawan baru bila we comment each other dekat IG.  Dia sangat cantik okay.  Dan dia ada buat beberapa tutorial make up how to cover up your acne. Impress giler aku dengan dia.  Dia cakap yang sebenarnya make up bukan penyebab kulit berjerawat tetapi disebabkan HORMONE dan STRESS! Dan aku sangat setuju dengan dia.  Dan sahihlah sangat comot bila ada jerawat dan caranya cover with the make up.  Dan sekarang she totally free from acne.  Dasyat giler tengok kulit dia sekarang.  Dia ada juga suruh aku apply honey dekat muka sebab aku ngadu kat dia cakap ada scars. Aku je tak rajin lagi nak buat semua tu.  Dia sangat-sangat memberi motivasi pada aku. Dan aku juga harap korang tak payah nak rasa down sangat kalau ada jerawat tu.

24-year-old Melanie Murphy has struggled with acne for a decade. “Growing up with an acne problem was extremely hard on me,” she says. “I was bullied, I was insecure, and I felt alone … I felt inadequate.”

Makeup is empowering, says Murphy. And “we should do anything that makes us feel happy, confident, and beautiful.”

 

Sources from google.  
Yeah katanya "Make up is empowering." 
Do something that makes us happy. 

Sebarang soalan yang lain boleh drop di 
Facebook: Liyliz Yusof
Boleh follow di 
Instagram: liyliz
Twitter: _liyliz_
Youtube channel : 
Hahaha secret vid sebab aku share dengan mereka2 yang pm sahaja setakat ni.

Phewww several scars yang perlu di lighten up. Yang ni aku tak pakai make up just because need to woke up early in thoo morning drive ke Raub pagi tadi dan masih ngantuk-ngantuk. Aku cuma pakai foundation Mary Kay, yes aku sangat suka sebab dia ringan dan tidak menutupi liang pori.  Walaupun still nampak parut tapi kulit aku nampak ceria maksud kulit aku tak kusam hingga ke petang macam aku pakai Naturactor dulu kulit cepat kering tapi yang bestnya memang mampu cover up koran punya scars.  Aku baru lagi cuba Mary Kay punya foundation ni jadi setakat ni ianya sesuai dengan aku. Wish me luck. And sayang-sayang semua aku doakan korang juga berjaya cure your acne. 

Bawah ni previous skin masa Jan 2014. Further post korang boleh klik pada gambar bawah untuk baca lebih detail. 

http://www.liylizyusof.com/search/label/Dr.%20Ko
  Ini antara yang lama punya story. Terima kasih singgah membaca. Jangan lupa follow my blog/ my Ig/ my twitter dan boleh email kan juga di yusmarliza92@yahoo.com 







Friday, January 2, 2015

Pembukaan 2015 Untuk Liyliz Yusof


| Pembukaan 2015 Untuk Liyliz yusof | Alhamdullilah pulih juga aku dari demam selama 5 hari bermula pada penghujung 2014 hingga ke tahun baru iaitu 1 hb 1 2015.  Tahun 2014 juga ialah tahun yang memberi pengalaman pertama aku rasa macam mana kena suntik ambil darah.  Sumpah aku tak tengok dan tak nak tengok pun nurse tu tarik darah aku.  Tahu-tahu je dah siap.  Rupanya memang tak sakit.  Cuma ada rasa terkejut je sikit masa jarum tu mula-mula masuk dalam urat.

Tahun 2014 juga ialah pengalaman pertama aku hadapi musim banjir. Selama 22 tahun aku hidup atas dunia ni kan inilah kali pertama aku merasa dan tengok air sungai masuk ke dalam rumah.  Aku kena mengemas dalam masa 1 malam untuk buat persediaan hadapi banjir. Air naik memang sangat cepat. 

Tahun 2014 juga banyak benda yang aku belajar untuk bersabar dengan orang-orang yang suka menguji kesabaran.  Orang yang suka update dan aib kan aku dekat Facebook dalam masa yang sama tak segan meminta aku bersihkan nama -nya pula.  Tak semena-mena pula menjadi antara pemegang rahsia terbesar kepada seorang manusia itu.  Dan kadang-kala tu bersabar juga dengan ujian persahabatan.  Merajuk dengki-mendengki sesama kawan baik. Pada aku selagi sesuatu perkara yang terjadi itu tidak merugikan aku, aku rasa tak perlu nak terlalu obses fikirkan masalah tu.  Cuma sesekali tu kena bagi perhatian dan pengajaran.

Tahun 2014 ni sifat tegas & garang aku makin menjadi.  Sangat-sangat beretika sampai kan no diskaun-diskaun (tolak-ansur).  Tapi adakalanya di belakang mereka aku tolong dengan cara sendiri.  Dan hakikatnya di hadapan semua orang akulah manusia paling kejam.  Tapi aku pun bukan jenis yang kisah apa kata-kata orang.  Kata-kata orang ni terlalu banyak, kalau nak dengar memang tak habis jadi percaya dan yakin pada diri sendiri dan juga carilah seorang penasihat yang sangat membimbing. I do have one. #tersenyumkejap

Tahun 2014 misi untuk miliki kereta sendiri.  Alhamdullilah. deposit sendiri, bayaran tiap bulan pun sendiri. Target untuk dapat pada usia 22 tahun terlaksana.  Kerjaya juga semakin stabil. Semakin stress itu pasti bila title HUMAN RESOURCES masih ada.  Berhajat tukar bidang cuma belum sesuai untuk berpindah buat masa terdekat. InsyAllah untuk tahun 2015 ada perencanaan baru yang perlu berpindah.  Bakal bertukar status mungkin? Suspen tertiba pula.  Calon ada ke?

Kesimpulanya tahun 2014 ni 70% yang manis dan 30% yang pahit. 
 Dan untuk tahun 2015 mungkin dalam blog aku akan mula menceritakan tentang seseorang. Setelah setahun lebih sepi dalam blog kan. Ingatkan takda yang berminat baca segment 'geli-geleman' bajet romantik blog Liyliz Yusof ni tapi rupanya ada juga yang pm/whataps tanya ''kenapa blog awak macam takda nampak cerita pasal buah hati pun?'' Oh terkedu jap bila ada yang perasan.  Kebanyakkan dalam blog liz traffic banyak menyumbang kepada segment My Acne Journey dan Ko Skin Care Product. Tak sangka sangat tahun 2014 ni dapat banyak pm/whataps/twitter/ hah dkt IG pun ada yang berminat nak tahu lebih detail berkenaan Acne Journey aku. Tahun 2015 ni aku cubalah okay lebih detail ceritakan benda-benda ni semua. Sebab blog aku ni blog TIDAK RASMI. Jadi kalau ada orang suka, dia baca. Kalau tak suka pun ada juga yang baca lepastu kang dia KUTUK. Hihi. Pun ada. Kalau tak baca kang macam mana pula orang tu nak kutuk ye tak. #jadichill


Sekian! Selamat tahun baru 2015. Blog akan lebih matang lagi InsyAllah.