Monday, January 5, 2015

Skin Care | Rutin Hujung Minggu


Assalamualaikum.  Terima kasih kepada aweks-aweks cantik semua sebab sudi baca belog cik liyliz yusof dan segala soalan anda di Facebook/Instagram/Twitter/ ataupun whattaps akan di jawab di sini. Hohohoh ~~~~ Sambil tengok semula My Note Diary jadinya aku pilih nak jawab soalan  ini
"Apa rutin skin care Liyliz buat kalau hujung minggu?"  
Okay lah sebab hujung minggu je kan. Busy body tau korang ni hujung minggu pun nak spy.

Aku biasa tersedar jam 9 pagi. Lepas tu golek-golek malas semua dapatlah 9 plus plus. Lepas tu dah separuh sedar sikit capai phone tengok ada whattaps daripada yang tersayang ke tidak. Biasanya memang takda sebab tak pernah hayat lagi dia bangun awal dari aku. Melainkan wishes nite yang aku tak sempat baca bila dah dapat selimut semua gadget aku letak tepi.  #disiplin2015 Dulu tidur dengan phone. Tahun 2015 kemahen sopan aku letak phone atas meja make up. 

930 pagi dah mula bangun. Sanggul rambut tinggi-tinggi lepas tu boleh gosok gigi dan cuci muka. Ops aku tak mandi terlalu awal di hujung minggu melainkan kalau bos nak datang hamek aku kat rumah.  Biasa aku guna Ko Skin punya facial wash dah setahun pun guna dan aku tak rasa lagi nak tukar pencuci muka baru.  Walaupun hakikatnya parut jerawat aku belum hilang tetapi dari pertumbuhan jerawat yang naik macam cendawan tumbuh selepas hujan memang tiada.  Jadinya masih setia dengan Ko skin care specialist. Memang dan memang banyak sangat produk dekat luar sana, keinginan nak cuba tu memang lah sangat membuak-buak tetapi andai kata produk yang korang pakai tu mendatangkan kesan buruk. Korang nak rujuk dengan siapa? Jadi pada aku dengan cara jumpa Dr. ianya lebih menjamin sekiranya ada apa-apa yang terjadi.

Okay sambung cerita tadi.  Lepas cuci muka aku biasanya memang akan lap muka dengan kain bersih sebab nak kasi daki-daki tu lekat sikit dekat tuala. Jadi bila aku lap dekat tuala, aku akan check tengok ada tak kesan kotor atau kesan bedak dekat tuala. Kalau takda maksudnya bersihlah cucian tadi.  Pernah dulu-dulu kalau pakai foundation yang tebal dan cuci muka. Lepas tu bila kita lap dekat tuala ternampak kesan macam coklat-coklat foundation or bedak tu pada tuala. Maksudnya muka kroang tu belum bersih walaupun dah cuci.  Jadi untuk kepastian bersih atau belum selepas cuci muka je aku akan lap dengan tuala.

Lepas tu aku akan pakai masker.  Banyak jenis masker yang aku pakai.  Antara-nya ialah masker dari The Body Shop.  Masker ni harganya RM55 tapi aku pakai dah lebih 2 tahun.  Memang tahan lama masker ni.  Best pakai masker ni sebab bila korang pakai akan rasa berangin dan for sure lah bila dah kering tu korang akan rasa kulit tegang je.

 Sumber Google. 

 Ops Maaf! Terkejut eah? Hahaha

Dan sambil aku tunggu masker ni kering aku akan bancuh air lemon suam.  Boleh lah minum sambil tengok tv dan nikmati waktu lepak sebelum mandi.  Aku tidaklah rajin sangat jaga kulit muka ni. Cukuplah sekadar hentikan penaikkan jerawat di muka jadi kena rajin-kan sikit je.  Tabah lah diriku miliki kulit sensitif paling agung di abad ini.  

Mungkin juga sebab aku suka lemon dari dulu sehingga kini suka minum lemon antara faktor aku maintain berat badan.  Tapi sebenarnya aku tak tahu lah maintain ke tidak, sebab takat ni ramai yang jumpa kata aku makin kurus.  Siap tanya lagi 'kau stress sangat ke kerja dekat sini.' Memandangkan aku kerja dekat hometown jadi kekerapan jumpa kawan sekolah tu boleh dikatakan 80% setiap bulan.  Serious talk berat badan aku masa zaman sekolah dulu 55 kg dan sekarang berat badan aku 42/43/45 dan paling berat 46 kg. Dan serious talk juga aku bukan jenis yang berdiet, kalau aku keluar makan aku memang suka makan benda yang berlemak bercholestrol punya makanan cuma aku jenis yang tak suka sangat minum ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.  Sangat jarang minum ais melainkan cuaca panas. Plus kalau teman bos memang lah kena minum Cha Time. #terpaksateman sebab tu favourite dia. 

Bila dah kering mask tu kadang-kadang aku malas sangat nak pergi cuci. Serious weh ingat senang ke nak cantik kalau tak rajin. Dan memang aku bukan jenis yang rajin sangat.  Lagi-lagi tengok cite kartun bersambung-sambung dari jam 10 pagi tadi tu hinggan lah ke rancangan jalan-jalan cari makan.  Dan makanan aku memang sangat mudah boleh didapati di dalam peti ais.  Kalau buka-buka tu ada jumpa buah.  Memang aku makan buah dulu. Contohnya minggu ni aku makan buah betik.

 
Cukup semangkuk da rasa kenyang. Kang mulalah skip lunch sebab alasan kenyang makan betik. Petang dah dekat nak malam tu baru hegeh-hegeh nak makan nasi. Lepas tu alasan pula makan sikit je sebab lauk da sejuk.  Jadi itu je lah yang aku rajin buat pun.  Kalau malam pula bila dekat nak tidur plus bila sangat-sangat penat. Aku akan pakai removal mask.  Lepas pakai terus buang dan esok pagi baru cuci muka.  Contohnya aku suka juga pakai masker dari Watson yang Cucumber tu sebab tu ialah antara mask yang murah tau. Tapi macam sekarang ni aku pakai mask dari Watsons juga tapi bukan yang cucumber memandangkan aku dapat Free Watsons Brand Kit jadinya aku guna jelah barang free tu hehehehe. Setakat ni sesuai dengan kulit aku.  Lembut je bila lepas pakai. 


Sambil tunggu mata nak lelap. Sambil pakai mask ni tunggu dalam 10-15 minit mainlah whataps jap. Check apa yang patut. Check email ke kut-kut ada job yang masuk.  Sambil layan IG stalk my favourite beuty idol.  Dia dulu kulit berjerawat juga tau, serius lagi horror giler dari aku.  Sekarang ni kulit dia licin giler.  Nama dia Malanie Murphy btw dia Dublin Student huhu jadi sambil tu dapat juga kawan baru bila we comment each other dekat IG.  Dia sangat cantik okay.  Dan dia ada buat beberapa tutorial make up how to cover up your acne. Impress giler aku dengan dia.  Dia cakap yang sebenarnya make up bukan penyebab kulit berjerawat tetapi disebabkan HORMONE dan STRESS! Dan aku sangat setuju dengan dia.  Dan sahihlah sangat comot bila ada jerawat dan caranya cover with the make up.  Dan sekarang she totally free from acne.  Dasyat giler tengok kulit dia sekarang.  Dia ada juga suruh aku apply honey dekat muka sebab aku ngadu kat dia cakap ada scars. Aku je tak rajin lagi nak buat semua tu.  Dia sangat-sangat memberi motivasi pada aku. Dan aku juga harap korang tak payah nak rasa down sangat kalau ada jerawat tu.

24-year-old Melanie Murphy has struggled with acne for a decade. “Growing up with an acne problem was extremely hard on me,” she says. “I was bullied, I was insecure, and I felt alone … I felt inadequate.”

Makeup is empowering, says Murphy. And “we should do anything that makes us feel happy, confident, and beautiful.”

 

Sources from google.  
Yeah katanya "Make up is empowering." 
Do something that makes us happy. 

Sebarang soalan yang lain boleh drop di 
Facebook: Liyliz Yusof
Boleh follow di 
Instagram: liyliz
Twitter: _liyliz_
Youtube channel : 
Hahaha secret vid sebab aku share dengan mereka2 yang pm sahaja setakat ni.

Phewww several scars yang perlu di lighten up. Yang ni aku tak pakai make up just because need to woke up early in thoo morning drive ke Raub pagi tadi dan masih ngantuk-ngantuk. Aku cuma pakai foundation Mary Kay, yes aku sangat suka sebab dia ringan dan tidak menutupi liang pori.  Walaupun still nampak parut tapi kulit aku nampak ceria maksud kulit aku tak kusam hingga ke petang macam aku pakai Naturactor dulu kulit cepat kering tapi yang bestnya memang mampu cover up koran punya scars.  Aku baru lagi cuba Mary Kay punya foundation ni jadi setakat ni ianya sesuai dengan aku. Wish me luck. And sayang-sayang semua aku doakan korang juga berjaya cure your acne. 

Bawah ni previous skin masa Jan 2014. Further post korang boleh klik pada gambar bawah untuk baca lebih detail. 

http://www.liylizyusof.com/search/label/Dr.%20Ko
  Ini antara yang lama punya story. Terima kasih singgah membaca. Jangan lupa follow my blog/ my Ig/ my twitter dan boleh email kan juga di yusmarliza92@yahoo.com 







3 comments:

Unknown said...

sis pun ada parut jerawat wpun jerawat dah jarang ada ... susah tul nak hilangkan lah parut jerawat ni ...

Keknis said...

Tengah musim exam ni jerawat rancak pulak naik, siap tinggal kenangan lagi >_<

jaymiee said...

lelaki boleh pakai ke Liz...haha