Friday, January 2, 2015

Pembukaan 2015 Untuk Liyliz Yusof


| Pembukaan 2015 Untuk Liyliz yusof | Alhamdullilah pulih juga aku dari demam selama 5 hari bermula pada penghujung 2014 hingga ke tahun baru iaitu 1 hb 1 2015.  Tahun 2014 juga ialah tahun yang memberi pengalaman pertama aku rasa macam mana kena suntik ambil darah.  Sumpah aku tak tengok dan tak nak tengok pun nurse tu tarik darah aku.  Tahu-tahu je dah siap.  Rupanya memang tak sakit.  Cuma ada rasa terkejut je sikit masa jarum tu mula-mula masuk dalam urat.

Tahun 2014 juga ialah pengalaman pertama aku hadapi musim banjir. Selama 22 tahun aku hidup atas dunia ni kan inilah kali pertama aku merasa dan tengok air sungai masuk ke dalam rumah.  Aku kena mengemas dalam masa 1 malam untuk buat persediaan hadapi banjir. Air naik memang sangat cepat. 

Tahun 2014 juga banyak benda yang aku belajar untuk bersabar dengan orang-orang yang suka menguji kesabaran.  Orang yang suka update dan aib kan aku dekat Facebook dalam masa yang sama tak segan meminta aku bersihkan nama -nya pula.  Tak semena-mena pula menjadi antara pemegang rahsia terbesar kepada seorang manusia itu.  Dan kadang-kala tu bersabar juga dengan ujian persahabatan.  Merajuk dengki-mendengki sesama kawan baik. Pada aku selagi sesuatu perkara yang terjadi itu tidak merugikan aku, aku rasa tak perlu nak terlalu obses fikirkan masalah tu.  Cuma sesekali tu kena bagi perhatian dan pengajaran.

Tahun 2014 ni sifat tegas & garang aku makin menjadi.  Sangat-sangat beretika sampai kan no diskaun-diskaun (tolak-ansur).  Tapi adakalanya di belakang mereka aku tolong dengan cara sendiri.  Dan hakikatnya di hadapan semua orang akulah manusia paling kejam.  Tapi aku pun bukan jenis yang kisah apa kata-kata orang.  Kata-kata orang ni terlalu banyak, kalau nak dengar memang tak habis jadi percaya dan yakin pada diri sendiri dan juga carilah seorang penasihat yang sangat membimbing. I do have one. #tersenyumkejap

Tahun 2014 misi untuk miliki kereta sendiri.  Alhamdullilah. deposit sendiri, bayaran tiap bulan pun sendiri. Target untuk dapat pada usia 22 tahun terlaksana.  Kerjaya juga semakin stabil. Semakin stress itu pasti bila title HUMAN RESOURCES masih ada.  Berhajat tukar bidang cuma belum sesuai untuk berpindah buat masa terdekat. InsyAllah untuk tahun 2015 ada perencanaan baru yang perlu berpindah.  Bakal bertukar status mungkin? Suspen tertiba pula.  Calon ada ke?

Kesimpulanya tahun 2014 ni 70% yang manis dan 30% yang pahit. 
 Dan untuk tahun 2015 mungkin dalam blog aku akan mula menceritakan tentang seseorang. Setelah setahun lebih sepi dalam blog kan. Ingatkan takda yang berminat baca segment 'geli-geleman' bajet romantik blog Liyliz Yusof ni tapi rupanya ada juga yang pm/whataps tanya ''kenapa blog awak macam takda nampak cerita pasal buah hati pun?'' Oh terkedu jap bila ada yang perasan.  Kebanyakkan dalam blog liz traffic banyak menyumbang kepada segment My Acne Journey dan Ko Skin Care Product. Tak sangka sangat tahun 2014 ni dapat banyak pm/whataps/twitter/ hah dkt IG pun ada yang berminat nak tahu lebih detail berkenaan Acne Journey aku. Tahun 2015 ni aku cubalah okay lebih detail ceritakan benda-benda ni semua. Sebab blog aku ni blog TIDAK RASMI. Jadi kalau ada orang suka, dia baca. Kalau tak suka pun ada juga yang baca lepastu kang dia KUTUK. Hihi. Pun ada. Kalau tak baca kang macam mana pula orang tu nak kutuk ye tak. #jadichill


Sekian! Selamat tahun baru 2015. Blog akan lebih matang lagi InsyAllah.

2 comments:

nufarsa said...

salam liyliz, love the last picture! its good for ya. I knew you from budak uitm "tu" la hehe. Semoga bahagia cik liyliy :))

nufarsa said...

budak fskm uitm shah alam, because i budak fskm uitm shah alam, i knew that dato'. but actually im the happiest follower bila tgk u dah tak dengan dia. awak tantek comel, rase rugi je hehe. i hope awak bahagia dengan bakal zauj awak k. keep blogging. i love ur blog newayyy!! ;)))