Tuesday, February 24, 2015

Kulit Sensitif Jerawat Naik


Kulit Sensitif Jerawat Naik |

Assalamualaikum. Aku punya lah gigh nak hilangkan parut, alih-alih jerawat pulak naik 2 biji. Besar punya dekat pipi.  Frustrated tahap maksima dah ni.  Makan & guna product Dr. Ko habis beribu dah kut.

Hahahahaha ~~~~ Lepas tu senyum sorang-sorang. Baru teringat kenapa boleh naik jerawat 2 biji dekat pipi tu.  Rupanya kelmarin aku pergi makan nasi kukus dengan office mate aku.  Aku pula pergi cicah ayah rempah tu dengan sambal belacan. Sedap pulak sambal belacan tu kan, jadinya bukan sesuap dua suap aku cicah. Banyak suap juga lah.

Aku ingatkan alahan aku tu dah hilang pada belacan dan benda-benda seafood tu.  Balik je rumah aku terus buat air lemon suam dan minum banyak-banyak.  Lepas tu malam aku buat wap muka kemudian aku sapu putih telur.

Kulit aku yang agak kering bersama 2 biji jerawat tu semakin menimbul dan tunggu masa nak masak ranum pastu pecah! Tapi kan .... apa yang aku perasan pulak parut yang gelap-gelap dekat muka aku makin nipis lah. Baru sekali kut aku buat dah memberi kesan. Malam ni nak buat lagi. Rajin dengan malas je nak sapu telur tu sebenarnya.


Friday, February 20, 2015

Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam


Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam |  Assalamualaikum .. Korang pernah tak dengar pasal Skechers? Aku selama ni tak pernah pun dengar tapi dek kerana makdee yang tersayang tu. Aku dengar je cerita dia pasal Skechers ni.  Aku tak faham kenapa lah makdee aku ni semaca fanatik sangat dengan kasut jenama Skechers ni. 

Alang-alang nak ke Setia City Mall ke-esokkan harinya jadi teman lah dia cari Skechers ni kut-kut ada dekat Setia City Mall.  Memang ada pun kedai Skechers ni dekat sini.  Serbu lah pun kami ke kedai tersebut.  Skechers ni asalnya jenama daripada US dan ciri-ciri kasut ni sesuai untuk workout dan juga untuk berjalan. Untuk kategori kasut wanita terbahagi kepada 3 iaitu Lifestyle / Performance / BOBS.

Contoh Lifestyle


Contoh Performance


Contoh BOBS




Ada macam-macam jenis kasut Skechers ni antara-nya yang biasa aku dengar GORUN & GOWALK.


Yang aku pakai ni Flex 2. Ini dibawah kategori Lifestyle. Harga nya ialah dalam RM200++ 
Aku sendiri rasa selesa sangat dan ringan. Memang patutlah pun harga-nya mahal macam gini.


Yang makdee pakai ni Cali. Pun dibawah klategori Lifestyle. Yang ni size 7 makdee kata rasa macam ketat sikit. Dia order dengan kawan dia dekat US saiz 7.5 tapi macam dekat Malaysia size .5 ni takda. Kalau tak muat 7 kena lah ambil size 8 itulah perbezaan-nya. Harga yang ni RM259.00


Semua nak!! Banyak yang cantik dan boleh buat rambang mata. Tengok orang dekat belakang tu sampai duduk memilih Skechers. Dasyat! Kami cuma tahap sepah menyepah je lepas tu terlupa kasut yang pakai tadi letak dekat mana.



Last sekali beli yang ni. Yang ni new arrival jadinya takda lah discount. Macam yang dekat atas tadi tu ada 30% discount.  Bagi yang ada budget lebih nak kaki selesa berjalan. Ataupun yang kuat brzomba ke jogging ke boleh la cuba jenama Skechers ni. 

Boleh visit website mereka di : 

Tuesday, February 17, 2015

Holiday FEB 2015 KL | Shah Alam | Part 1


Holiday FEB 2015 KL | Shah Alam | Part 1 Assalamualaikum .. Percutian singkat 2 hari 1 malam bersama ahli keluarga tersayang.  Aku pilih ke KL & Shah Alam memandangkan adik aku belajar dekat MSU jadi sambil menyelam minum air pun okay kan.  

Buat pertama kali juga aku drive dari Kuala Lipis ke KL. Weh aku sesat!!! Walaupun aku naik bas banyak kali ke KL dan akhirnya aku memerlukan bantuan boss.  "Hello boss sorry ganggu di hujung minggu ni, saya sesat. Boleh tolong tak." Aku ni bukan tau sangat jalan KL walaupun aku guna GPS ke guna Google Maps ke. Patut pun kena perli hari tu dengan boss "Awak punya Geografi dulu dapat Gred apa?" #sentapgiler

Tapi akhirnya sampai juga bila aku drive ikut panduan yang dia bagi sampai lah aku ke Sogo. Yang penting keluar dulu dari Jalan Hang Tuah. Adeh aku sesat sehingga ke Batu Caves. Tapi aku nak ke Perkeliling sebab aku nak parking dekat sana murah. RM5 untuk seharian okay dan bukan-nya per hour.  Tunggu dalam beberapa minit je dia sampai dan tersenyum sehingga ke telinga bila nampak boss yang aku rindu tu. Haha! Lepas tu follow lah buntut kereta beliau sehingga sampai ke Perkeliling. Dah alang-alang dia ada sekali jemput lah pergi lunch sama-sama. 


Tunaikan hajat TokWan yang nak naik Monorel. Haha TokWan ni boleh tahan juga dia punya keinginan.  Beliau ni memang kuat berjalan walaupun usia-nya dah masuk 75 tahun.  Alhamdullilah masih sihat dan boleh berjalan. 


Makan-makan sikit. Jalan-jalan sikit. Sebab tujuan utama-nya bukan nak shopping atau keliling Mall ni pun. Cuma nak bawa TokWan naik monorel. Done! Alas perut sikit dan kalau korang perasan atas meja tu semua air mineral, hahaha family aku ni memang sangat-sangat menjaga kesihatan termasuk-lah yang si lelaki tu. Tu cousin aku, masa kecik macam kembar sebab kami sama baya dan apa aku pakai dia pun nak termasuklah hari raya aku pakai baju kurung dia pun nak baju kurung. Sedangkan TokWan dah jahit baju kami sedondon tau, dia baju melayu putih aku baju kurung putih. Macam putih-putih melati gituh.  Selesai makan lepas tu jom-lah check in Hotel di Shah Alam. Oh sebelum check in nak pergi jemput adik dekat MSU.   #pakaispectpunsesatjuga







Monday, February 9, 2015

Getting Surprised On My Birthday


Assalamualaikum .. #sambiltersenyum haha
Aku tak sangka sebenarnya yang birthday yang ke 23 ni dapat banyak kejutan.  Sebab-nya aku dah rosak-kan mood birthday sendiri pada tarikh yang sepatutnya.  Ehem mungkin sebab masa tu ialah minggu RED FLAG.  

Sehari sebelum birthday pun dah emosi sedih menguasai diri.  #salahfahamjepun tapi entah macam mana mood sedih terkena pada sehari sebelum birthday jadi-nya menjadi-jadi pula perasaan sedih tu. Ego merajuk tu kemahein la terbawa-bawa sampai ke hari Jumaat (birth date).   Sebab tu entry My Birthday tu entry redha tahap gaban. #poyosangat 

Hari Jumaat aku kerja lepas tu sabtu pun aku kerja. Jadi hari ahad baru la ada masa nak berehat.  Merajuk! Tak nak keluar dengan #boss sebab menangis pun pasal dia lah. Pasal apa tu rahsia la tak kan nak cerita semua amboi hampa korek rahsia sampai ada yang PM FB ada yang WASAP lagi sebab nak tengok gambar #boss 

Hari sabtu ialah hari yang seharian kena pujuk. Okay konon-nya kena pujuk lepas tu kena marah pula. Aku punya sensetip dahla senipis kulit bawang, kalau dengar statement tegas terpancul dari mulut dia aku sentap ketap-ketap bibir.  Padahal memang mood dah tengah RED FLAG, mau tak sensetip.

Dalam phone siap bagitahu awal-awal dah pukul 4 kena pergi Ampang jumpa seller ambil barang yang dia tempah.  Seriously aku tak da nak fikir pun itu ialah surprise untuk aku sebab a week before birthday aku dia cakap ada special budget untuk aku. I thought ada orang ajak aku beli cincin!!! Hahaha perasan giler weh.  So I guess itu ialah surprise-nya.  Dan aku wish nak makan dekat Ice Room.  Tapi hampeh giler sebab tak tahu yang Ice Room dekat Kota Damansara dah tutup. Dalam website kemahein la banyak outlet, kat Cheras pun dah tutup. Bukit bintang pun dah tutup. Yang bukak-nya cuma dekat Nilai sahaja.  Bangi pun dah tutup!  Aku siap call tau tanya kepastian.  Sangat jauh weh memang tidak lah nak pergi sana sebab boss cakap takut tak sempat pukul 4 nak ke Ampang dah janji dengan orang tu lepas tu nanti rushing nak hantar balik pula.  Itu alkisah planning beliau lah.

Pada hari kejadian once arrived memang terus dia ajak aku breakfast dulu. Tapi aku tak rasa nak makan sangat dek sebab deria rasa pun macam 50-50 kebetulan batuk dan selsema. Mujur la waktu keluar tu hingus takda sangat weh. Nak hembus hingus depan boss kang uisshh habislah keayuan aku karang. Jadi setakat batuk-batuk comel tu takda la buruk sangat rupanya. Hahah.

 Destinasi pertama SOGO. 

Aku ingat tadi terus nak bawa aku pergi Ice Room tiba-tiba terpinga-pinga bila masuk building company dia ni. Okay rupanya nak park sini murah sikit RM5 je pe entrance tapi kena jalan sikit la ke bangunan sebelah baru lah jumpa SOGO.  Kalau parking dekat SOGO memey tersangat mahal la.  Sampai je SOGO aku wish nak cari kasut kerja.  Dalam masa yang sama ternanti-nanti juga apa yang
dimaksudkan special budget tu.  Sangat sekejap proses mencari kasut dalam 30 minit dah siap.  

Boss: "Siap dah membeli kasut?" 
Aku : "Yer dah siap dah. Okay jom ice room"
Boss: "Nantilah dulu, jom pilih your new hand bag. Ada special budget for your hand bag."

Aku memang tak pernah beli hand bag dekat SOGO. Tak pernah nak tengok pun sebab aku tahu even ada sales pun harga nya tetap beratus dan if ada yang harga-nya RM100 ke bawah confirm yang bukan citarasa aku.  Tapi orang dah belanja sahih lah aku jenguk-menjenguk juga.  Weehh dah kenapa mata yang berkenan dan tangan yang memilih ni asyik terpegang yang RM300 ke atas.  Ajak masuk Guess weh ada less 20% pun harga nya masih dalam likungan 1K.  Keluar-keluar rasa panas pula kaki dalam kedai ni.

At last aku decide cakap takpelah jom pergi Ice Room.  Next time cari lagi.  Ohh tapi kalau dengan boss ni bagi lah alasan apa pun kalau dia dah suruh buat tu jangan lah degil. Dan kalau dia tak suka apa yang aku buat tu jangan lah di uji-uji.  Secara sifat semula jadi keperempuanan aku memang YES aku nak hand bag tu dan aku rasa itu yang paling-paling murah aku jumpa dan berkenan di mata aku. Aku memang dah suka juga hand bag tu tapi aku rasa macam mahal sangat apakata mencari lagi.  Pusing lagi tapi bila dia dah bersuara pula "Pilih ambil dah tak payah fikir-fikir. Jom bayar".  Tapi kan ni mahal. Tapi dia kata "Takpe setahun sekali." Oh okay setahun sekali maksudnya tahun depan ada lagi eah boss. #hoho

Jadi aku rasa itulah dia hadiah birthday aku yang dikatakan special budget tu. Dan bukanlah CINCIN. Hoho please la liz jangan perasan lebih sangat boleh tak!!! Okaylah boleh gerak ke Ice Room kat Kota Damansara.  Penat kut berpusing dekat PJU tu rupa-rupanya dah tutup. Hampeh siottt!!! Lapar tau tak tensyen aku tulah eksyen sangat pagi tadi tak nak breakfast. Bila boss tanya tipu cakap dah breakfast dekat rumah konon. Mujur ada Strawberry kering dalam kereta yang dibeli sebagai buah tangan dari Cameron Highlands tu.  Masa tu jam dah kul 3 jadi aku risau pula nanti tak sempat nak jumpa seller tu nanti nak hantar balik lagi tak pasal stuck dekat traffic jammed pulak. Aku memang percaya lah bulat-bulat sebab kemahein lebat dia cerita yang dia nak beli SHIN GUARD. Okay aku tak tahu minatang amende tapi benda ni guna untuk main FOOTball. Okay btw dia footballer tapi tengok idok lah badan six pack mana pun.  #sorrytaksengajaterkutuk dalam belog.  Benda tu kalau beli yang original mahal jadi beli online dengan owner ni duduk dekat Ampang. Sokayla cari kedai makan dekat-dekat Ampang jela ye boss.  Pastu dia cakap "Sorry tau tak dapat bawa ke Ice Room." Eah takpe-takpe boss dah hadiahkan hand bag mahal ni pun dah happy da. 

Lepas sampai Ampang tu  masuk building Amwalk. Dalam hati dah pelik dah, semata nak beli SHIN GUARD tu sampai ke sini nak jumpanya. Dan aku memang tak tahu rupa SHIN GUARD tu macam mana.  Dan aku pun tak pernah masuk Amwalk ni.  Dan dalam bangunan ni ada Shopping Mall ke apa.  Mungkin ada tempat makan kut sambil tu tunggu seller tu datang.  Itulah dalam fikiran aku.  

Tiba-tiba dia menghala ke tempat seperti di gambar di bawah. Hehe supaya korang dapat bayangkan.



Gambar ni sumber dari Flora Face Book Page. Aku memang tak sempat nak ambil gambar sebab aku tergamam bila dia kata jumpa seller tu dekat situ dalam masa yang sama mata aku dengan kepala aku tak dapat hadam apa yang aku fikir lain dan apa yang aku nampak lain.  Dalam restaurant ni penuh dengan ballon dan bunga. Memang macam ada celebration birthday party tapi aku tak rasa lah itu untuk aku sebab orang-orang sekeliling tu bukan orang yang aku kenal.  Lepas tu dia pergi ke seorang lelaki tu, oh betullah sangkaan aku.  Mesti seller tu kerja sini.  Tapi yang aku pelik nya lelaki tu terus cakap gini "Hi you. Meja you alls dekat luar yer."  Memang aku kaget lah apa? Meja? Dorang kenal ke? Mesra?

Tetiba pulak boss "Have a seat." Eah sejak bila pula bila nak makan jemput aku have a seat bagai. Aku blur-blur kut masa tu. Tak dapat nak hadam apakah semua ini.  Apakah!!!  Lepas tu dia cakap okay sebenarnya memang I da plan nak bawa u kat sini. Tadi dalam kereta wasap dengan Mel. Btw Mel tu manager dekat sini bukan seller Shin Guard. Sebenarnya takda pun Shin Guard dan takda pun orang yang nk dijumpa.  Kalau setakat Shin Guard tu dekat bawah office I boleh beli.  Perghhh aku kena prank!!!


Mel ni kawan ke? Kenal mana? Memang banyak sangat soalan aku yang aku nak tanya.  Bila dia suruh aku order menu pun aku blur-blur nak order ke nak tanya dulu. Dan aku tak dapat nak fokus menu yang aku tengok dalam tu.  Sampaikan menu book pun aku tak sempat ambil gambar. Sebab aku ni ada penyakit ambil gambar menu book dan makanan. Jadi sempat tangkap gambar di bawah je.




 
Tempat ni sangat tenang dan memang santai. Lepas tu candle tu ada bauan macam lavender. Hah suka sangat tau kenapa boss boleh jadi romantik macam ni.  Macam susah nak percaya je. Bila pandang dia senyum dia boleh pulak angkat-angkat kening.  Ingatkan kayu sangat.  Ingatkan penipuan tu sampai dekat situ je bila dia cakap "Ini jelah yang mampu buat sebenarnya ni booking pun memang untuk tea time before hantar you balik tapi sebab Ice Room tutup jadi lunch dekat sini pula." Mel suggestkan bawa malam for dinner sebab suasana-nya mungkin lagi romantik tapi sebab nak hantar balik awal jadi tak sempatlah kan. Sebenarnya dalam hati ni melting gilorrr dah.  Lunch cum tea time. Happy!  Dan aku tak expect lebih dah sebab apa yang dia buat ni pun dah macam bukan dia yang aku kenal.  Sebab dia jenis yang bersahaja.  Mana aku nak percaya semua benda yang dia buat ni ..... nak hadam pun payah. 

Inikan tetiba ada lagi surprise before balik.  Sambil makan tu alahai kenapa dia ni sweet sangat cerita semua benda yang dia plan. Terharu!!! Taniah plan anda menjadi.  Lepas tu dia mintak bill. Dan aku ingatkan setakat itu sahaja.  Sedang elok je aku nak bangun ada lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Lalalaalaaaa ~~~~ dari belakang. Sound speaker dari restaurant ni. Kemudian ada orang hantar kek dekat meja aku. Terduduk balik. Hahahaha secara spontan terus take one take two posing depan photographer tu.  

 
Tak sangka ada kek!  Pada mulanya mulut ni ringan juga nak bertanya takda ke kek untuk ittew. Tapi rasa macam tak perlu-lah kut tanya bila surprise tadi pun dah cukup mengharukan aku. Bertambah dengan surprise yang ini lagi rasa nak nangis je. #dramaqueen memang macam ni. #terharu

Balik pula dekat rumah. Ada surprise lagi. Terima Kasih Mak Abah. 
Strawberry cake. Aku memang dilahirkan suka Strawberry agaknya.




Friday, February 6, 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME


| Happy Birthday To Me | Oh tak pernah-pernah buat entry wish birthday to me. But maybe starting this year 2015 and till the next and next year perhaps I can update entry Happy Birthday To Me. 30 tahun akan datang mungkin aku dah ada cucu haha. 

Tak tahu hormon emosi apa terganggu semalam. Cried for the whole night lepas tu mata bengkak dan rasa swing je.  Pagi-pagi dapat morning kiss dari mak dan ucapan yang tenang kan hati.  Mak tanya nak kek apa? Dan aku rasa macam takpelah takde kek pun takpa.  It just a birthday kut. Sekejap je masa akan berlalu hari ni. Tiba-tiba esok dah 7 haribulan hari jadi orang lain pula.

Sangat-sangat berbeza feeling masa kecil dan masa sekarang.  Masa kecil kehendak nak itu ni nak birthday party macam ni macam tu.  Sekarang ni kek pun tak kisah kalau ada pun okay. Takda pun okay.

Or maybe hari jadi tahun ni ialah hari merajuk sepanjang hari.  Hari yang biasa and feel nothing special pun.  Oh btw thanks untuk semua wishes dekat semua media social especially dekat FB and whatapps. Kelakar-kelakar je wishes korang. 

Bila one of my Facebook's friend cakap nanti mesti ada surprise for you. Hoho aku tak rasa pape kut. Tak rasa excited pun untuk face up surprise.  Sebab selalunya ending surprise tu is not like what I expected to be. HAHA. Bersyukur di kelahiran yang ke 20 tahun ni dengan rezeki yang Allah kurniakan sehingga ke hari ni. Alhamdullilah.  Apa kebahagiaan aku ialah bila mampu membuat ibu bapa aku bahagia.  

That its! Happy birthday liyliz. :)

Review : Citra Mulia Kosmetik


Review : Citra Mulia Kosmetik | Assalamualaikum semua.  Sekarang ni cuaca agak tak menentu kan? Sekejap panas sekejap hujan.  Aku pun sekejap sihat sekejap sakit.  Tapi penjagaan kulit kena juga buat hari-hari. Sedia maklum yang aku miliki kulit yang sangat sensitive kepada cuaca panas. Jadi dah agak ten-ten jugaklah kulit sejak akhir-akhir ni. 
Sebulan yang lalu aku dapat produk dari Citra Mulia Kosmetik.  Mesti ramai yang tak pernah dengar pasal produk ni betul tak? Produk ni asalnya dari Indonesia tau tapi sekarang ni dah mengembangkan sayap perniagaan mereka sehingga ke Malaysia.  Produk ni memang ada kelulusan KKM jadi boleh guna tanpa was-was.
Aku dapat je postage dari Citra Mulia Kosmetik ni memang gelojoh tahap gaban lah membuka-nya.


Aku kenalkan yang 2 botol besar tu ialah lotion badan dan juga tangan.  Ada dua bauan yang sangat menyenangkan lubang hidung aku ni.  Pertama sekali ialah Milano Ashley Green Tea. Aku memang suka sangat bau Green Tea sebab kesegaran daripada haruman ni membantu melegakan kepenatan seharian bekerja dekat pejabat.  Kalau yang Milano Ashley Rose Tea ni bau dia macam romantik-romantik gitu. Yelah bau ros kan, kalau aku nak tidur awal memang suka pakai bauan yang ni selepas mandi dan terus rasa macam tenang nak melelapkan mata. Fungsi kedua lotion ni sama sahaja iaitu melembapkan kulit sepanjang hari sebab kandungan lotion ni ada banyak protein, mineral dan vitamin yang membantu untuk menyerikan kulit lebih berseri dan sihat. 



The Face Supreme Whitening Day & Night Gel Serum.  Dua botol serum ni fungsinya untuk memutihkan kulit, sesuai sangat untuk buat mereka yang tengah mencari produk untuk memutihkan kulit. Boleh cuba serum ni cepat-cepat.  Aku memang suka serum ni sebab dia sejuk tau bila sapu dekat muka.  Rasa sayang sangat nak guna serum ni sebab dalam nya ada lingkaran emas gitu tau.  Jadi bila pakai memang nampak berseri dan bercahaya. Packaging-nya apatah lagi pada aku sangat mewah.  


Day & Night 
Gel Serum

Fungsi kedua serum ni sama cuma beza-nya ialah 1 pakai siang & 1 lagi pakai waktu malam.  Serum ni membantu mencerahkan kulit dan ianya anti-penuaan, menghilangkan kerut di wajah, melembapkan dan sudah pastilah untuk memutihkan.  Kandungan serum ni ada vitamin B5 yang mengaktifkan sel-sel kulit yang baru dan juga berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit.  Bukan tu saja tau sebab ada banyak lagi fungsi serum ni iaitu 
:   - mengurangkan bekas-bekas jerawat
    - memutihkan kulit wajah
    - menghilangkan flek hitam
    - mencerahkan warna kulit
    - meratakan warna kulit
    - menghaluskam dan mengenyalkan kulit



Lepas dah pakai serum kenalah pakai Dr. Herbal Whitening AB Cream.  Produk ni terbuat daripada 100% daripada herbal. Memang sesuai untuk semua jenis kulit.  Produk ni boleh membantu membaiki kulit dan lapisan kulit yang rosak.  Selain tu juga, produk ni ada kolagen yang membantu untuk meremajakan kulit kita. Bila semakin meningkat usia ni ehemmmm kolagen dalam kulit kadang-kadang perlukan bantuan daripada kolagen luar juga. 

Kelebihan Dr. Herbal Whitening AB Cream ni ialah :
- mencerahkan dan memutihkan kulit.
- memulihkan kulit yang kusam
- menghilangkan tompok-tompok hitamd an juga kesan jerawat
- menjaga keanjalan kulit dan menghilankan kedutan pada kulit
- mengatasi liang roma yang besar pada muka

Cara pakainya:
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu.
2. Sapukan The Face Supreme Gel Serum Day/Night.
3. Ambil krim A untuk siang & krim B untuk malam.

P/S - Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam dan akan mendapat kesan-nya selepas 7 hari.
Kalau korang rasa macam pening-pening lagi dengan cara nak guna produk ni kan. Sudi-sudikanlah klik video tutorial tak seberapa di bawah ni.  Hehe saya #malu pulak tiba-tiba.


 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh ke 

Website:

Facebook Page:


Telefon:
+6012-2542448 / +603-6274 6881

Faks:
+603-6273 1669 

Alamat:
Citra Mulia Beauty
No. 3, Jalan 20/38A,
Taman Sri Sinar,
Segambut,
51200 Kuala lumpur.

Thursday, February 5, 2015

January Felt Pillow 2015


January Felt Pillow 2015 | Alhamdullilah walaupun sibuk urusan kerja lain yang semakin banyak. Setiap hari buat perkara yang baru dan selesaikan masalah yang baru.  Tapi untuk part time job aku masih lagi buat sebagai hobby.

Kalau ikutkan kata hati rasa nak berhenti kerja dan buka business sendiri. Tapi bila ikutkan realiti kehidupan aku masih belum mampu untuk berdiri sepenuh masa dengan business. Jadi kumpul dulu modal sebanyak mungkin dan alhamdullilah aku selesa dengan keadaan sekarang.

Bagi mereka yang berminat nak buat business tu boleh lah mulakan secara kecil-kecilan tetapi haruslah consistent.  1 atau 2 tempahan pun dah okay untuk setiap bulan.  Cuba kekalkan pendapatan sampingan dahulu.  Aku cuma ambil tempahan felt pillow sahaja, untuk buat cover phone, cover album ataupun felt craft yang lain aku tak larat lagi.  Sekarang ni pun aku cuba terhadkan tempahan dan lebihkan masa untuk berehat.

Bagi mereka yang nak tahu mana nak beli kain felt ni. Korang boleh dapatkan di Daiso.  Kalau malas buat sendiri boleh tempah dengan kita. Wataps 017-9804423 tau





Wednesday, February 4, 2015

Happy January 2015


Happy January 2015 | Assalamualaikum everyone. As February 2015 is quickly approaching and we wrap up January 2015.  Full of happiness in January 2015, thanks to Allah with the REZEKI given to me.  

Well I never thought that I would be one of the best employees in this company among the top five.  To show their appreciation I been awarded with RM500 cash.  Huhu I like cash so much. Then among the top five, I been selected as the best for the branch. Yey again awarded with RM1000.00 cash money. I got 1.5k and yey .. Happy 

Besides that I also got the yearly bonus and salary increment.  Well everybody got the bonus but maybe got the different increment yeah because it is based own performance.  What do i do with the money? Nothing much just keep it nicely into the bank haha.  And use 0.5% from it for shopping.  I love shopping but I'm so lucky that I'm so so busy right now and don't have so much time too spending up much.  Even no time to having a date. #longdistancefactoractually

 I wish I will go tru February more exciting.