Wednesday, November 26, 2014

A day at Lavender Farm Cameron Highlands



| Lavender Farm Cameron Higlands | Seronoknya plus teruja sangat-sangat masa datang sini sebab banyak sangat benda-benda yang comel.  Orang yang pertama kali jejak kaki dekat sini memang jakun plus hairan tahap maksima punya lah.  Cuba kali kedua confirm belagak buat muka tak heran, Haha!  Cuaca waktu ni tak menentu, kadang-kadang hujan renyai lepas tu reda sekejap, lepas tu hujan semula.  Tapi alhamdullilah semuanya baik-baik saja. Melainkan ada 1 kemalangan kecil berlaku masa  nak balik. Nanti liz cerita wokey sebab sekarang nak cerita pasal Lavender Farm ni.
Nak masuk Lavender Farm ni kena bayar RM5 wokay. Bukan free of charge, haruslah bayar bila nak masuk sebab penat mereka-meraka ni nak gubah suai semua dan menjaga bunga-bungaan dalam ni tau.  Bila dah bayar tiket "sila lah masuk" tak-kan nak berjemput pulak.  Langkah pertama je ke dalam Lavender Farm ni mesti nampak gerai Ais-Krim.  Jadi sambil nak jalan-jalan tu boleh la makan Ais-Krim-nya.  Tapi bila dekat Cameron Highlands ni faham-faham la, Ais-Krim yang corn biasa kita boleh dapat dengan harga RM2 sini RM4 lah wokey.  Sebenarnya liz teringin sangat nak rasa Lavender Ais-Krim. Rugilah you alls kalau datang sini tak cuba Lavender Ais-Krim.  Liz tak reti nak cerita pasal rasa tapi liz cuba okay. Please bayangkan tapi jangan sampai ternganga mulut tu.  Rasa dia berangin macam rasa mint. Ada rasa milky sikit dan yang paling pasti mestilah ada rasa lavender.  Macam mana korang bau Lavender tu macam tu lah rasanya.  Sedap! Liz suka sebab habis liz makan. Kalau tak habis maksudnya tak sedaplah pada liz.  Owh tertanya-tanya ke siapa budak sebelah ni?  Okay ini bakal anak tiri liz. Nama dia Sofee.  Keluar dengan duda anak satu mestilah kena bawa anak sekali. Hahahaha ______________________ Mohon jangan percaya, ni anak visitor dari Australia.  Hahahaha tak kenal pun.  Kenal time berebut nak beli Ais-Krim je. Dan liz tak keluar dengan duda ye. Hahahaha.

Sangatlah hijau pemandangan dari atas ni. Sebelah sana tu ada gerai kecil-kecil, ada banyak makanan.  Tapi macam liz yang dah 2 3 kali ke Cameron Highland liz prefer beli dekat tempat lain sebab lagi murah.  Cuma Ais-Krim Lavender je tak pernah rasa jadi wajib lah dibelanja oleh orang yang bertanggungjawab bawa liz ke sini.

Waktu ni la fefeling macam dalam drama Nora Elina kut ye pun nak acting kan.  Penat memilih bunga kekwa, semua cantik.  Sekuntum RM2 tau.  Bagi yang berminat boleh petik sendiri kat sini.  Korang cuba teka berapa kuntum liz beli? _______________________ Sebenarnya tak beli pun sebab tak minat pun kekwa hehe sesaja buat-buat memilih je tuh.

Haruslah masuk ke kedai Lavender ni.  Dalam ni semuanya berkenaan Lavender kalau nak cari Strawberry dalam ni harap maaf lak ye. Idok ada ler.  Banyak sangat jenis-jenis perfumes Lavender dalam ni. Dalam-dalam diam memilih ni ada juga photographer kat belakang ni snap curi-curi rupanya.  Tiba-tiba liz macam berkenan dengan Lavender packet ni.  Bau punya bau risau juga sebab pure sangat Lavender kadang-kadang boleh memeningkan juga hidung ni. #hidungpunpening hahaha

Satu untuk liz dan satu untuk dia.  Okaylah sekurangnya beli la something kalau dah alang-alang datang ke Lavender Farm ni.  Kami letak dalam kereta masing-masing.  Yes memang dia suka sangat bau ni.  Liz pun suka juga.  Harga fragrance sachet ni RM8 each.  Boleh lah beli sebab tak murah tapi tak mahal sangat. Hehe.

Kalau korang penat macam aku ni hah, bolehlah duduk ye. Sepanjang jalan ada bangku purple ni. Walaupun tak penat sangat tapi kalau dah korang mengada-ngada nak rasa duduk atas bangku ni pun boleh. #macamaku

Bye-bye. Jomlah ke pasar malam dan cari makanan pula.

6 comments:

I N A A I N A A said...

Wow!! Cantiknyaa suasana kat atas sana. Tak pernah lagi pergi cameron, genting je pernah.

Liyliz said...

Cantik. Bnyk lg tmpt dlm ni blh bergambar sbenarnya tp xsmpt sbb org ramai

safurara said...

berjuta kali naik cameron.xempat masuk sini.sbb asek penuh jee.sedih.

Nadia Johari said...

bestnyaaaaaaaaaa

Suria Amanda said...

Dh lama x naik cameron...

Liyliz said...

Kne naik tu