Saturday, January 28, 2012

Splashing The Colourfull Bubbles

ok akhirnya kami dapat T-shirt untuk event kami. Nice tak? The person yang design ni ialah Sarah Eliza. We were very happy with her design and the best thing ialah ada orang nak beli design T-shirt ni tapi sayangnya kami pun tempah cukup-cukup je.

Aku as as Program Leader dah semakin terasa tekanan sebab event ni akan berlangsung pada 4 dan 5 Feb iaitu pada minggu hadapan. Aku selalu rasa sesak dada bila fikir kan tanggungjawab ni lagi-lagi bila masalah yang berlaku setakat ni aku yang kena marah walaupun kesalahan tu bukan aku yang buat tetapi sebagai ketua aku terpaksa menanggung segala kesalahan dari ahli-ahli biro yang lain.

Seriously to be a program leader is not easy as what i thought. Duit pun banyak yang mengalir. Sehari pun boleh habis RM10 untuk kredit sahaja.

Semalam ada sesi bergambar. Ok thanks sebab sudi baca dan boleh lah tengok kami bergedik bila event dah hampir dekat.

Ini ialah gambar semasa meeting dan pada pukul 10p.m breafing bersama juniors dan aku sebagai pengarah program ni sakit tekak juga lah bila kena explain kan the whole thing dengan suara yang kuat before each biro terang dengan lebih terperinci.





Thursday, January 26, 2012

When you and i fall in love

Teenagers always fantasy and promise of living happily depends on our falling in love and getting married. So we all spend a lot of time, energy and money searching for that special someone. But now im already found that special someone. He is my friend and now become my special boyfriend. Insyallah if there is no any barrier, kami akan bertunang dan paling-paling awal pun after aku habis kan diploma.

Once we have a partner, we also discover that the search was the easy part kan? But the hard part is to sustaining that relationship over the years. Before this i had an experieced for 1 year couple then broke up because we found that we were not suit to each other. Actually it is really hurt and hard for me to accept it but if he is not mine maybe he is yours kan?

When you find yourself falling in love and comminting yourself to someone very special, recognize that commitment can take many forms during the life of your relationship.

Falling in love may be forever, it may even be completely. But commitment to forever may require that you adapt to changing times, situations and circumstances.

Wednesday, January 25, 2012

Nak buat Ni ..

VANILLA CUPCAKES

Bahan-bahannya
250 gram mentega tanpa garam, dilembutkan
180 gram gula kastor (resipi asal menggunakan 250 gram gula tapi pada rasa saya terlalu manis dan saya kurangkan)
4 biji telur
185 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung gandum
185 gram susu segar

Cara-caranya
1. Kedua dua jenis tepung diayak, letak tepi.
2. Pukul butter dan gula sampai gebu.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
4. Campurkan tepung dan susu segar berselangseli dengan adunan tadi.
5. Siapkan kertas cupcakes, bubuh adunan di dalam dan bakar pada suhu 180 deg dalam 7-10 minit, bergantung kepada size kertas cupcake anda.

Bahan-bahannya
3 biji putih telur
Icing sugar
secubit garam
1 sudu teh orange extract (untuk mengurangkan rasa manis pada frosting)
Pewarna mengikut citarasa

Cara-caranya
1. Pukul putih telur sampai kaku (terbalikkan make sure confirm tak jatuh kat muka).
2. Masukkan gula sedikit sedikit, pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan sedikit garam, orange extract dan pewarna.

I want bake this cup cake for him but in order to decorate the design on it macam susah. Susah tak pe, kita usaha tapi kalau tak cantik macam mana? ..

Flowers ?

Banyak-banyak bunga, bunga apa yang lili zaza liza suka? Suka bunga ros. Suka sangat dengan bunga ros. Sebab nya bunga tu wangi dan bunga tu berkelopak-lopak. Bila sentuh pun kelopak tu baldu je rasa. Setiap kali balik Temerloh or Mentakab mesti cakap dekat maksu.

"Maksu jum lalu dekat depan kedai fresh flowers."
Maksu selalu tanya
"awak ni minat betul dengan bunga hidup ni kenapa?"
Tiada jawapan untuk tu.

"Maksu pernah tak dapat bunga ros?"
"Maksu tak pernah pun dapat bunga."
"Lah pakcu tak pernah bagi ker?"

Know what sedih tau kalau guy ni tak bagi perempuan tu flowers. Sebab walaupun perempuan ni tak mintak but to get somthing yang common mostly girl akan dapat tapi dia tak pernah dapat benda tu then mesti dia akan rasa macam ralat. Betul ke?

Huhu entah lah ..





Nice kan flowers? .. Terutama for girls. Siapa yang tak suka bunga? Tipu lah tak suka bunga .. Holiday ni plan nak pergi Cameron. I wish benda ni jadi .. To get what i really like. I like flowers more than i like you. Can i said like that? hihi ..

Saturday, January 14, 2012

Hang Out Lagi

Ladies’ Night Again

Malam tadi ada pertandingan debat antara siswi dan siswa. Dan 1st speaker tu ialah kawan aku nama dia Amalina binti Mohd Yusof. Bangga lah kan, kawan aku gak tu.

Lepas ronda-ronda panas kan dan lenguh kan kaki, kami semua cari tempat makan. Moment ambil makanan dan ambil minuman sangat kelakar, nia da sikit gambar tapi sorry kabur. Well biasalah bukan guna DSLR. Sabar yer, DSLR coming soon!
Ops lupa nak cerita, orang yang lepak makan sama-sama ialah Liya yang kelakar, Datin Mar yang perasan, Najwa yang pending(ops gurau2 je syg), Aqma yang loya bila imagine muka Bok dan aku yang comel. Haha.. Eiww…

masa mula setting tempat duduk nak mamam!

masa aina dan alia ambil makanan secara reverse! Sumpah kelakar . .

Lapar-lapar!







Main tiup-tiup Belon Buih dan masa ni lah gambar kami di snap!
Time tunggu Kupon yang Seksa!

Yey finally sampai bilik.

Then kami jalan-jalan after makan, “alamak tudung tu cantik tapi RM30” sangat mahal. Aku memang mampu melihat sahaja. Satu benda yang aku beli dan aku suka ialah AIR SABUN tiup-tiup macam budak besar perasan kecit tu..

Mula-mula aku je yang beli. Lepas tu masa nak tunggu agihan kupon tu, aku pun bawak lah keluar air sabun warna biru aku tu. Kemain syok lagi tiup-tiup. Lepas tu tak sangka ada sekumpulan lelaki dengan kamera DSLR snap-snap picture kitorang. Jangan perasan, mungkin diorang snap gambar bubbles tu je atau pun snap picture aku je. Hihi.. Gewli!

Lepas tu dah main punya main, kawan-kawan aku ni tak puas hati. Diorang pun ajak pergi beli. Nah cun sekarang ni setiap orang ada satu botol air sabun.

Thursday, January 12, 2012

Macam Zaman Sekolah Dulu

Pernah tak korang datang sekolah awal-awal sebab nak meniru kerja sekolah? Atau sebab korang tak siap kerja sekolah? Hah ni dia baru ni aku dengan beberapa kawan baik aku, tak siap buat kerja Mandarin. Penat tau tak tulis tulisan Cina tu, lagi-lagi pada kawan aku yang baru lagi nak belajar, pada aku mungkin tak berapa masalah tapi dalam aku nak cepat-cepat buat ada jugak yang kena dibetul kan oleh LAOSHI aku. Nak tnegok tak beberapa aksi kami kelam kabut buat kerja sekolah ni?


kawan aku ni sambil buat sambil makan hahahaha






Tuesday, January 10, 2012

Tetap Tunggu

Ini kali pertama bila someone yang aku kenal sanggup tunggu aku dari aku zaman sekolah sampai sekarang. Tapi aku susah nak terharu. Arh.. siannya dia, kami tak declare pun lagi cuma sekrang ni teman tapi mesra. Perempuan mestilah suka bila ada orang care n caring pasal diri dia kan.

Dia suka buat aku gelak, tak pernah lagi kalau dia call aku, aku nak marah-marah. Geram-geram pun, still aku cepat sejuk hati. Dia tak la hensem tapi entah sebab kelakar kut. Minggu ni ada aktiviti sambungan mengecat. Hari sabtu mungkin tak free, mungkin hari ahad dia akan ambil aku kat uitm ni.

Tapi apa-apa pun aktiviti mengecat kena utamakan dahulu.

Ni ada gambar sikit pasal aktiviti mengecat.

time tunggu biro aktiviti, aku dah bising-bising diorang ni lambat..






Ain Aina Liz

Pening Kepala Pasal Event

Petang tadi aku dan ahli yang terlibat dengan tempahan t-shirt pening kepala. Bukan senang nk deal dengan company yang kualiti nak bagus tapi nak harga murah. Bila dah dapat, ada pula ahli yang ragu-ragu sebab tiada contract hitam putih, betul jugak kata diorang tu. Lagi-lagi pasal duit yang ribu ni.

Petang tadi pening punya pasal, ada beberapa gambar yang tak pernah aku jangka akan buat tapi aku dah buat petang tadi. Contohnya, tidur atas tangga, bincang atas tangga hahaha dan macam-macam apa yang sempat kat tangga tu.

Jurugambar ni Ialah Salmah aka Sally. Hihi





Still lagi tak dapat keputusan.




Sampai pukul 630 p.m. duduk kat situ fikir dengan ramai-ramai lagi lah rumit fikir macam kemukinan yang logik. Ok balik bilik, sampai dekat bilik pulak, discuss lagi depan bilik. Pukul 650 baru masuk bilik, solat dulu. Lepas tu sambung lagi kt bilik Aina Mardiah. Pukul 730p.m baru settle. Harap-harap semuanya ok dan keputusan yang buat tu tak merugikan, buat event biasa mungkin tak da hal sangat, tapi ni kami dinilai.

Saturday, January 7, 2012

5 TANDA SI DIA MASIH INGAT KEKASIH LAMA!

Assalamualaikum, hari ni aku nak share tentang 5 TANDA SI DIA MASIH INGAT KEKASIH LAMA!

Allah maha pencipta, mencipta manusia dengan sempurna kan? Manusia mempunyai daya ingatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Ada perkara yang mudah untuk dilupakan dan ada perkara yang susah untuk dilupakan. Dan melupakan kekasih lama bukan sesuatu yang mudah kan? Oleh sebab tu ada sesetengah lelaki tidak dapat lupakan kekasih lama diorang walaupun diorang dah jumpa cinta baru. Ok apa yang aku nak share ni bukan rekaan aku tapi aku dapat sumber ni dari salah satu majalah lama aku.

Berikut ialah beberapa tips yang girls semua boleh perhatikan pada boyfriend masing-masing sama ada boy korang masih ingat ke tak pada ex Nya.

1. Dia sering bandingkan korang dengan bekas teman wanitanya dulu. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan teman wanitanya itu, sebab itulah dia sering cakap yang korang ni selalu mengingatkan dia pada ex dia.


2. Simpan gambar ex. Walaupun dia bagi alasan yang kononnya tu cuma sekeping gambar. Tapi sebenarnya bahaya pada korang sebab tu tandanya bf korang masih ingat kenangan dia bersama ex diorang dulu.

3. Sikap bf korang berubah-ubah. Contohnya semalam dia layan korang mesra sangat. Esok nya layan korang lebih kurang je pastu seolah menjauhkan diri. Kalau benda ni berlaku, tu makna nya bf korang ni masih terperanjat dan keliru gara-gara putus cinta dengan ex diorang tu.

4. Berpura-pura bahagia dan gembira. Salah satu cara untuk lupakan ex diorang sedangkan sebenarnya bf korang tu ego dan sorok perasaan diorang yang sebenarnya masih tak dapat lupakan ex diorang.

5. dia ajak korang bina hubungan serius tergesa-gesa. Contohnya baru kenal korang seminggu dah ajak korang bertunang. Hahah aku pernah terkena situasi ni. Giler apa aku nak bertunang diploma pun tak habis lagi. Aku tolak cara baik.

Perjalanan Dengan Pengisian

Yey well agaknya dah 20 tahun. Semalam keluar ambil cat dan beli barang-barang dengan kawan sangat-sangat puas hati. Nak tengok tak barang-barang apa? First sekali kami pergi kedai cat dulu lah.



Next destinasi ialah STAR CITY





Dah next destinasi pulak



driver yang dah kekeliruan


Makan malam selepas dari Bera dan Ni kawan baru saya. Nama dia Miin.

Budak-budak kuat makan.


NExt kami ke COwboy pula. Beli godie beg dan sabun pencuci.



Yey masuk kereta dan pulang ke Jengka.

Tuesday, January 3, 2012

Kebahagian di tangan kamu!

2012

‘Happiness is in your hand’. Itu prinsip dasarnya. Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknnya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari hari ini. Semak perkara-perkara di bawah ni ok ..

1. Senyum

Mesti korang dah banyak kali dengar kan senyum lah walaupun kita rasa terluka. Tapi sebenarnya memang inilah penawar yang paling mujarab. Kita praktikan perkara yang paling mudah ni walaupun kadang-kadang kita terpaksa senyum dan selindungkan perasaan kecewa kita. Percayalah kalau korang senyum mampu merubah suasana yang suram menjadi ceria. Janganlah korang senyum pada orang yang korang kenal je, apa kata lepas ni kita sama-sama senyum pada sesiapa sahaja yang kita nampak. Tapi hati-hati, cara kamu senyum kadang-kadang ada pula yang tersalah faham. Pandai-pandai lah ye tengok situasi. Dan korang akan rasa bahagia bila orang balas senyuman kamu. Tapi katakan ada yang tak balas senyuman korang, korang janganlah fikir negative. Mungkin time tu dorang ni tak perasan, atau sebenarnya diorang tu juling air. Hahaha korang nampak diorang pandang korang tapi sebenarnya diorang ni pandang benda lain. Anggap je macam tu.

2. ‘You are beautiful, No matter what they say’

Girls terutamanya, termasuk diri aku sendiri. Sometimes kita akan rasa less confident dengan diri kita. Betul tak? Contohnya bila kita berada dalam kalangan yang cantik-cantik dan yang hot-hot, tiba-tiba akan muncul satu perasan yang korang rasa segan dengan diri korang sendiri. Ada tak pernah korang rasa macam tu? Honestly aku selalu sangat rasa macam tu DULU! Normal lah sebab kita perempuan dan kita suka benda-benda yang cantik dan kita selalu nak orang lihat kita dalam keadaan yang cantik tetapi kejadian Allah itu sesuatu yang unik. Kadang-kadang ada kekurangan dan kelebihan yang orang lain tak ada tapi ada pada diri kita.

Sebenarnya ‘cantik’ itu hanya satu konsep dan ia bergantung pada cara kita berfikir. Betul aku tak tipu, alhamdullilah sekarang ni aku bebas je nak pakai apa pun selagi tidak melampaui batas. Dulu aku selalu fikir sesuai ke tidak ni, cantik ke tak ni. Tapi bila aku fikir dan fikir kan cantik itu datang dari cara kita bawa diri kita. Cara kita bercakap dan cara kita express kan diri kita pada orang lain. Cantik itu datang bila kita yakin dengan apa yang kita buat. Pakaian jatuh no.2. Percayalah diri korang ni dalam golongan yang cantik sebab tiada apa yang tidak cantik kerana kita ini adalah sebaik-baik kejadian daripada Allah. Tapi kalau korang rasa korang ni kurang cantik, orang lain pun akan tengok diri korang macam korang tengok diri korang sendiri. Tah lah mungkin sebab aura kita kut. Dalam diri kita kan ada ion positive dan negative. Jadi korang lepas ni fikirlah positive yeah macam aku.

3. Buka mata, Buka telinga

Apa kata korang bercampur dengan orang lain dari pelbagai peringkat umur. Lebih banyak korang bergaul, lebih baik. Korang boleh dapat pelbagai pengalaman. Contohnya, pernah tak bila korang diri korang ni susah sangat? Erm contoh macam ni lah, walaupun aku ni anak tunggal dan selalu rasa sunyi sepi sebab tak da adik beradik tapi sekurangnya aku ada ibu yang selalu manja kan aku berbanding dengan anak tunggal yang kematian ibu bapa. Kesunyian diorang tu lagi dua kali ganda dari aku kan. Atau korang rasa korang ni susah, korang kena ingat kat luar sana tu ramai lagi yang lagi susah dari korang.

4. Luahkan segala yang terpendam

Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan sahaja nanti lama-lama bila dah tak tahan dah confirm-confirm meletup nanti. Daripada kamu berdiam lepas tu nanti meletup tak tentu pasal sana sini lebih baik korang belajar meluahkan sedikit demi sedikit. Sebab tu orang selalu sangat cakap, orang yang diam-diam ni bahaya. Pernah tak korang dengar macam tu. Dulu aku suka sangat pendam kisah duka aku sorang-sorang sampai satu masa hari tu aku gaduh dengan ibu aku. Aku luah apa yang aku simpan selama bertahun-tahun dari pengetahuan ibu. Masa tu aku rasa beban yang berbatu-batu yang aku pikul ni hilang macam tu je. Lepas kejadian tu, aku belajar luah kan perasan aku pada orang yang aku percaya. Tiada siapa yang aku percaya dalam dunia ni melainkan Dia. Allah yang maha esa. Kadang-kadang apa yang kita nak luahkan tu tak sesuai untuk di dengar oleh ibu kita atau pada orang yang rapat dengan kita. Tapi bila kita luahkan pada Allah yang maha mengetahui, kita akan rasa kita di lindungi. Dan setiap kali aku bersujud kepada Nya, aku memohon diberi keredhaan dan di berkati untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini.

5. Lihat sekeliling

Luangkanlah masa 15 minit untuk lihat keadaan sekeliling kamu setiap hari. Memandang ke langit, mendengar suara burung, melihat tingkah laku haiwan mampu membuat korang rasa tenang. Jujur aku cakap aku suka kan haiwan, dan pada sesiapa yang tak suka haiwan tu ok fine tapi janganlah korang tunjuk sangat yang korang ni tak suka. Contoh tak suka kucing, ok fine aku ada 2 3 orang kawan yang tak suka kucing tapi please korang just be cool. Kucing ni memang lah ada yang manja nak bergesel-gesel dengan manusia tapi jangan lah korang sepak or pukul-pukul. Allah dah bezakan kita dan haiwan, kita diberi akal tetapi haiwan tidak ada akal kan. Katakan lah Allah nak tukarkan hukum alam ni, bila-bila je dengan kuasaNya. Apa aku nak sampaikan kat sini ialah, hargai lah setiap kejadian yang dicipta ini. Korang akan rasa bahagia sangat hidup di bumi yang pelbagai kejadian ini.

6. Cuba perkara baharu

Bila korang rasa bosan korang buat apa? Kebosanan adalah salah satu alasan kenapa korang rasa tak happy tau. Korang akan rasa happy bila korang cuba benda-benda baru. Contoh baru ni aku suka sangat buat benda-benda comel. Haha benda apa aku tak leh bagitahu, malu lah kan. Tapi syok lah sekarang ni aku dah tak bosan, life aku pun happy jer tiap-tiap petang. Hihii.

7. Ucapan terima kasih

Cubalah mengajar diri korang untuk ucapkan terima kasih walaupun apa korang dapat tu sebenarnya tak seberapa atau tak bernilai pun. Kalau korang suka mengeluh dan susah nak berterima kasih nanti korang akan jadi rasa tak puas hati lepas tu iri hati.

8. ‘Shoe To Die For’

Korang oh korang, pernah tak dengar benda ni? Dan apa kaitnya dengan hidup kan? Maksudnya kat sini korang kena lah ada seseorang yang mamou membuat korang rasa bahagia. Setiap kali korang rasa tertekan ataui kecewa, si dia ada untuk membuat kamu ketawa. Si dia yang aku maksud kan tak semestinya buah hati, sebab aku pun single dah kejadah nya kan. Kawan-kawan kan ada, BFF misalnya. Ibaratnya korang ada sepasang kasut yang mampu buat korang selesa bila korang pakai. Seperti kata perpatah Inggeris ‘A Really Cool Shoe To Boost Up Your Mood!!’

So korang.. Let’s get your happy life.

Monday, January 2, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012

Hi assalamualaikum to all the readers. First of all, I would like to wish “A HAPPY NEW YEAR 2012”. End of 2011 kan? Apa korang rasa? Sekejap atau lama meniti tahun 2011? Pada aku 2011 adalah tahun yang penuh dugaan buat diri aku. Kebahagiaan yang aku hadapi tak mampu nak kikis segala pahit ngeri yang aku alami. Masalah dengan boyfriend(ex already), dengan kawan-kawan dengan pensyarah dengan families dan dengan orang asing. Erk siapalah pula orang asing ni?

Alhamdullilah, masa 2bulan before masuk 2011 aku cuba munasabah diri aku. Aku berjaya buang segala apa yang pernah terjadi. Pernah tak korang rasa ada sesuatu yang berlaku tu susah kamu nak lupakan? Contoh nya 1st time bercinta, 1st time jumpa bakal ibu mertua atau apa-apa sahaja yang 1st time, Fine semua tu memang sesuatu perkara yang susah nak kita lupa, tapi sebenarnya semua itu hanya lah mainan perasaan. Kita boleh je lupa kalau kita betul-betul nak lupakan nya. Yeah I did it!

Im happy to be myself dengan tak perlu bertopeng atau apa-apa. Blog kali ni aku nak describe diri aku sendiri. Cuba korang try susah or senang bila nak describe diri sendiri? Kalau kita ni nak describe diri orang senang, nak komen yang buruk-buruk je tapi bila describe diri sendiri semua nak komen yang comel-comel dan yang baik-baik kan?

Tahun 2012 aku rasa dah cukup matang untuk aku kenal diri aku yang akan menjangkau umur 20 tahun pada 6FEB2012 ni. Yeah tak lama lagi im 20ty. Before this aku pernah try untuk jadi seorang perempuan yang lemah lembut, I was tried so hard. But totally I failed. Aku memang dilahirkan untuk manjadi seorang yang garang dan tegas aku rasa. Lagi satu bila kita nak describe diri kita, jangan pernah hiraukan apa orang kata sebab kita sebenarnya kita yang lebih mengenali diri kita. Sebab dihadapan orang kita boleh hipokrit kan tapi bila kita dengan diri sendiri kita bebas kan.
Aku jenis yang kuat melawan, bukan untuk kurang ajar tapi aku bukan jenis mudah nak setuju dengan pendapat orang. Title “degil” lebih sesuai untuk aku. Aku juga jenis cepat nak marah kepada manusia yang susah faham bahasa. Cakap sekali tak faham tapi nak kena marah-marah baru nak faham. aku memang tak respect orang yang belum patut untuk disrespect. Talk about guy, diorang ni selalu sangat nak perempuan tu respect diorang macam lelaki yang baik. Kalau betul-betul baik, aku memang akan hormat laki tu, tapi kalau ada jenis yang pura-pura baik lepas tu nak tegur kesalahan aku tapi dalam masa yang sama dia ajar kita buat benda tak elok. Patut ke hormat laki macam tu? Untuk lari dari kesalahan lelaki akan jawab, “Kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi”.. Now korang boleh nampak tak macam mana lelaki nak lari dari kesalahan diorang dengan memutar belit kan semula kesalahan tu pada perempuan pula.

Ok perempuan ni jenis yang suka untuk menurut perintah suka untuk diarah oleh lelaki. Jadi bila perempuan ni dengar cakap tapi lelaki pijak diorang ni. Sebab tu ramai remaja perempuan kat luar sana tu hamil luah nikah. Ramai yang kata kenapa perempuan ni bodoh sangat serah kan diri diorang. Tapi sebenarnya diorang bukan bodoh tapi diorang ialah kaum yang lemah. Dulu aku pun pernah kata macam tu tapi sejak suatu hari tu masa aku duduk santai-santai dengan Wan aku. Dia tiba-tiba bersuara sambil pegang surat khabar. “Wanita ni ialah kaum yang lemah, sebab tu Allah jadikan kaum Adam untuk mendidik kaum hawa”. “Tetapi lelaki sekarang banyak yang mengambil kesempatan keatas kelemahan kaum wanita.” I was thinking, Apa yang nenek aku ni cuba nak sampaikan. Bila aku dah dewasa dan makin dewasa, baru aku sedar. Kalau kita salah memilih lelaki, kita akan dapat lelaki yang mejuruskan kita kearah negative. Tapi kalau kita pilih lelaki yang betul, mereka ini akan membimbing kita kearah kebaikan. Sebab wanita ialah seorang yang lemah dan mudah cair dengan pujuk rayu kan.

Pada siapa-siapa yang dah pernah kena dump dengan laki tu korang take time, nangis puas-puas dan kenang lah puas-puas memori korang bersama. Lepas tu buang dan bakar. Masa aku kerja part time dulu, banyak sangat kisah cinta yang kau dengar, manager aku sendiri dah 6tahun bercinta tapi lelaki tu boleh tidur dengan perempuan lain. Paling sedih bila hubungan curang laki tu sebenarnya dah hampir setahun.

Aku tak rasa nak berubah jadi orang lain. Jadi diri sendiri lebih bahagia, walaupun baru ni kawan aku yang dekat Melaka tu kata “awak ni garang lah tak berubah-ubah, cuba jadi manja sikit” haha what should I say? “sebab saya garang macam ni awak still try saya kan dari zaman sekolah sampai sekrang ni”. End with smile.

I love fashion I love shopping. Dan hobi aku ni memerlukan duit. Jadi lupakan dulu sebab apa yang penting sekrang ialah habiskan pengajian aku yang hanya tinggal lagi 1 sem je. Di university aku bertudung, alhamdullilah aku mula berubah dari free hair sekarang ni aku dah cuba mula tutup aurat aku walaupun tak sepenuh masa lagi but I will try to be Hamba Allah yang taat dengan perintahnya. Insyallah just please pray the best for me.

Untuk tahun 2012 ni aku harap aku akan lebih berjaya. Yakin dengan diri sendiri apa ada nya. Thanks to him yang selalu ada dari dulu dengan diri aku dan jadikan aku diri aku sendiri. Best Friend Ever la harap-harapnya.

Happy New Year Again 2012. If the way i think is not exact with what you all think, its fine because this is my opinion kan.